Beli Oligo Sambil Menderma kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kempen Beli Dan Derma Oligo | Sape penggemar minuman coklat kat sini? Kalau korang nak tau, kakak merupakan salah seorang penggemar minuman coklat. Tak lengkap rasanya kalau menikmati segelas minuman coklat. Sepanjang Ramadan ni, kakak memang bersahur dengan minuman coklat dan pilihan kakak semestinya Oligo. Dalam banyak-banyak serbuk coklat yang kakak cuba, Oligo ni antara yang paling sedap tau. Lepas tu selain #sapotlokal, kakak juga minum Oligo sebab secara tak langsung, kakak dapat menderma kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. Alhamdulillah, satu usaha kecil juga untuk membantu saudara kita di Gaza.






Beli Oligo Sambil Menderma kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima


Untuk pengetahuan korang, Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root) telah menyampaikan sumbangan RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin pada 20 Februari 2024 yang disampaikan kepada Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz sebagai usaha membantu misi kemanusiaan di Gaza melalui Media Prima dan Bulan Sabit Merah UAE.






Menurut Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku azman Shah Alhaj,

Bantuan yang dihulurkan tidak terhenti setakat itu sahaja di mana bagi setiap pembelian produk Oligo dalam bentuk serbuk, sebanyak RM0.50 akan disumbangkan manakala RM0.10 pulak akan disumbangkan bagi pembelian produk sedia diminum Oligo.

beliau juga berkata,

Power Root sentiasa prihatin dengan nasib penduduk di Gaza dan akan menyasarkan kempen sumbangan seterusnya sepanjang Ramadan ini memandangkan tiada siapa tahu bila perang Israel-Hamas akan berakhir. Menerusi kempen dan sumbangan ini, kami akan berusaha mengumpulkan bantuan kepada penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kami bersama mereka.

So inilah peluang kita sebagai pengguna untuk menyumbang. Semoga setiap sumbangan kita dapat meringankan beban penduduk Gaza untuk meneruskan kehidupan. Kakak memang sokong sangat kempen yang dibuat oleh pihak Syarikat Power Root Sdn Bhd ni. Difahamkan sumbangan solidariti kemanusiaan Gaza ni telah mencapai RM303,229 setakat 17 Mac 2024. Alhamdulillah.




Wajah Baru Oligo menampilkan Duta Oligo - Dato' Azizulhusni Awang

Perasan tak Oligo dah ada wajah baru yang menampilkan Duta Oligo - Dato' Azizulhusni Awang, pelumba basikal trek kebangsaan? Haaa, tapi jangan risau, wajah je baru tapi rasa coklat malt tu teap sama hebat!

Dato' Azizulhusni Awang bukan sekadar jaguh berbasikal trek negara; dia adalah penjelmaan keazaman, ketabahan, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Perjalanan beliau dari permulaan yang sederhana hingga ke puncak kejayaan olahraga amat bergema dengan individu yang memperkasakan etos jenama kami untuk melebihi had mereka dan merangkul potensi mereka.




Penampilan baru ini bukan semata-mata mengenai estetika; ia melambangkan dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti dan peningkatan berterusan. Komitmen kami untuk menyampaikan rasa dan kualiti luar biasa yang sama kekal tidak berbelah bahagi, diperkukuh oleh dedikasi yang tidak berbelah bagi Dato' Azizulhusni Awang terhadap kecemerlangan.


Dapatkan produk Oligo

Oligo bukan sekadar ada jenis serbuk je tau. Produk minuman Oligo tersedia dalam pelbagai bentuk seperti :

  • Oligo 950g Refill Pack
  • Oligo 3 in 1 (30g x 15 sachet)
  • Oligo Calcium 200ml (kotak)
  • Oligo Calcium 240ml (tin)
  • Oligo Protein 240ml (tin)
  • Oligo Instant Cup



Serius sejak kakak cuba Oligo ni, memang kakak terus consume tau. Selain sedap, produk ni juga boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran seperti AEON. AEON Big, Mydin, Giant, TF, Econsave, Sunshine dan sebagainya. Tapi kakak sarankan kalau korang jumpa je terus beli sebab produk Oligo selalu sold out!




Korang juga boleh dapatkan secara online di :


Info lanjut mengenai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Oligo. produk dan sebarang pertanyaan :

Facebook : Oligo Malaysia
Instagram : oligomalaysia

Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadan 2024 | Klana Beach Resort, Port Dickson

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2024 | Klana Beach Resort, Port Dickson | Tak lama je lagi Ramadan bakal menjelang tiba, selain membuat persediaan untuk menunaikan ibadah puasa, mesti ramai juga yang intai-intai pakej Bufet Ramadan kan? Kalau kakak sendiri pun, akan ada sesekali di bulan puasa tu memang makan di luar, yelah kadang kita pun tak tau dah nak jamu apa untuk berbuka kan?




Kali ni, kakak nak kongsikan dengan korang Bufet Ramadan di Klana Beach Resort, Port Dickson. Terletak tak jauh pun dari Pusat Bandaraya, so kalau orang Lembah Klang nak datang berbuka sini pun okay je. Tahun ni, buffet Ramadan disini bertemakan Sajian Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan. Banyak sangat menu menarik yang dihidangkan bersesuaian dengan tema. Kesemua menu yag dihidangkan adalah hasil air tangan Chef Sidi bersama pasukan pasti menjadi kegemaran ramai khasnya pengunjung yang merindui masakan di Klana Beach Resort.


Menu Menarik di Bufet Ramadan Klana Beach Resort, Port Dickson

Banyak menu menarik yang boleh korang cuba antaranya Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Cili Api, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan banyak lagi. Semua menu yang dihidangkan ni sangat unik dan sedap. Tapi kalau korang jenis tak tahan pedas, berasap jugalah telinga tu. Masakan Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan ni, tak lengkap kalau takde rasa pedas tu! Tapi jangan risau, kalau korang bawak anak-anak, kat sini ade Kids Corner yang menyediakan beberapa menu untuk mereka.




Tau tak apa yang paling kakak suka kat sini? Sajian istimewa Klana Beach Resort PD iaitu Kibas Golek dan Sup Kibas, yang sentiasa menjadi buruan dan mendapat permintaan yang tinggi dari para tetamu yang hadir di Bufet Ramadan Klana Beach Resort saban tahun. Serius kalau takde kibas golek ni kan, rasa macam tak lengkap je menu tau! Sebelum datang sini lagi kakak dah target nak makan kibas golek tu. Hahahahahaha.




Selain menu utama, ulam-ulaman, pencuci mulut dan air minuman juga tak kurang hebatnya. Korang boleh memilih pelbagai jenis ulam-ulaman yang terdiri daripada Kacang Botol, Daun Selom, Kacang Panjang, Terung Pipit, Timun, Tomato, Terung dilengkapi dengan pelbagai jenis pilihan sambal seperti Sambal Gesek, Pecal, Sambal Belacan, Cencaluk dan Budu. Ikan Masin, Jeruk, Keropok juga disediakan untuk korang tau! Pilihan aneka minuman termasuklah Air Jus Kurma, Air Soya, Air Tebu, Air Jagung, Air Keladi dan Air Markisa. Hilang terus dahaga bila minum air yang segar dan sejuk ni haaa.



Kat sini juga terdapat aneka gerai-gerai yang mensajikan pelbagai juadah. Kalau berbuka kat sini, korang kena mencuba setiap menu yang ada di gerai-gerai tersedia.




Lima Putaran Menu Sepanjang Ramadan

Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. So kat sini kakak sertakan jadual putaran menu tu, senanglah korang rancang bila nak berbuka disini.


RAMADAN 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28

  • NASI PUTIH
  • AYAM PENCEN MASAK GULAI
  • DAGING DENDENG BATAKOK
  • IKAN PATIN ASAM PODEH
  • TELOR DADAR
  • PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH


RAMADAN 4 / 9 / 14 / 19 / 24

  • NASI PUTIH
  • KALIO AYAM KAMPONG
  • PARU BERLADO
  • GULAI IKAN TONGKOL
  • SAMBAL TAUHU PETAI
  • KOBIS TUMIS IKAN BILIS


RAMADHAN 5 / 10 / 15 / 20 / 25

  • NASI PUTIH
  • MASAK LOMAK AYAM PADANG
  • GULAI DAGING
  • SAMBAL IKAN GORENG
  • TEMPE KICAP
  • GULAI NANGKA TELOR SOTONG


RAMADAN 6 / 11 / 16 / 21 / 26

  • NASI PUTIH
  • AYAM MASAK LOMAK CILI PADI
  • RENDANG DAGING
  • GULAI URAT KETING KIKIL
  • TELOR GULAI PADANG
  • TERUNG CABAI RAWIT


RAMADAN 7 / 12 / 17 / 22 / 27

  • NASI PUTIH
  • AYAM LADO HIJAU
  • GULAI PEROT PADANG
  • TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR
  • CABAI JERING IKAN BILIS
  • GULAI PUTIH PADANG


Solat Terawih Berjemaah

Selain daripada berbuka puasa, Klana Beach Resort  PD juga turut mengadakan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi membolehkan para pengunjung menunaikan ibadah. Sayang kan kalau tertinggal solat terawih sebab berbuka kat luar? So disini korang tak perlu risau. Lepas selesai berbuka tak perlu berkejar ke Masjid terdekat, solat je terus kat Klana Beach Resort  PD. 


Harga Buffet Ramadan 2024, Klana Beach Resort, Port Dickson


RM 69.90 (Dewasa) *RM60 untuk pembelian awal sebelum 1 Ramadan*
RM 30.00 (Kanak-kanak, Warga Emas, orang Kelainan Upaya (OKU)




Harga buffet Ramadan kat sini memang sangat-sangat berpatutan tau. Yang paling best, korang secara langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian baucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat. Alhamdulillah.


Info lanjut dan sebarang pertanyaan hubungi Klana Beach Resort Port Dickson.


Telefon : 06-6487888
Email : sales@klanabeachresortpd.com.my




Pakej Penginapan dan Pakej Seminar di Klana Beach Resort, Port Dickson


Selain berbuka, korang juga boleh menginap di Klana Beach Resort, Port Dickson. Seperti setiap tahun, mereka ada menyediakan pakej khas bilik penginapan dengan berbuka puasa serta sahur sepanjang bulan Ramadan. Pakej ni memang berbaloi.




Selain tu, pakej seminar untuk bulan Ramadan pun ada tau!




Kakak sendiri dah beberapa kali menginap di sini, memang selesa. Klana Beach Resort, Port Dickson pula memang terkenal dengan hotel mesra Muslim. Jadi, korang tak perlu risau. Sejadah, Kain Pelikat dan Telekung juga disediakan di setiap bilik penginapan untuk kegunaan korang.




Bilik penginapan juga sangat selesa, terdapat beberapa jenis bilik iaitu Deluxe, Deluxe Queen dan Deluxe Family sesuai untuk mereka yang menginap bersendirian ataupun dengan keluarga.

Keluarga kecil macam kakak, bilik Deluxe pun dah okay sangat tau. Yang paling best, kakak dapat bilik dengan pemandangan balai cerap yang berlatarbelakangkan laut. Buka tingkap je, saujana mata memandang.

Fasiliti yang terdapat di Klana Beach Resort PD pun best. Kalau bawa anak-anak, wajib ke outdoor swimming pool kat sini tau! Sambil berenang, dapat tengok laut. Tapi sebab adik baby kecik lagi, takde la kakak ke kolam renang. Hihihi.

So, kalau korang ke Port Dickson, menginaplah di Klana Beach Resort!


📍Klana Beach Resort PD
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia

info@klanabeachresortpd.com.my
sales@klanabeachresortpd.com.my

+606-648 7888
+606-648 7999



Apapun, di kesempatan ni, kakak nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan tak lama lagi. Semoga segala amalan dan ibadah kita dibulan mulia ni, mendapat keredhaanNYA. Aamiin.


Baca Selanjutnya »

Guide to Cute Workout Clothes for Women - Cosmolle

Working out takes a lot of energy and not only physically. We are saying this because you’ve to give up on unhealthy ways of living. In simpler words, you will have to say no to pizzas and pastas, especially if you want to see the results. The easiest way to feel better about this is to buy the activewear bodysuit that make you feel amazing.

For this reason, we are talking about a few cute workout clothes for women. The best part? All of them are available at Cosmolle, so you won’t have to hop the shops!


Long Sleeve & High-Waist Legging Set

Working out and looking amazing at once might seem challenging but this set from Cosmolle will make things easier. It comes with a long-sleeved top, so you get more coverage for the arms. Also, the sleeves have thumbholes to make sure they don’t move around when you pick up the gym wear.

On the other hand, the leggings are designed with a ruched seam that helps lift the butt. In addition, there are no front seams, so everything looks balanced. These leggings also have edge-ponded panels that make it more comfortable. All in all, you can’t go wrong with this set, especially if you like light-impact options!



https://www.cosmolle.com/collections/best-set/products/airwear-long-sleeve-high-waist-legging-set


Ultimate Contour Bra & Leggings Set

Proper body contouring is essential for people who work out. That’s because they need to see the shape they have been working. Having said that, this is a perfect set because it’s made from Lycra and nylon. This means that you will have a comfortable wearing experience.

This entire set has a smoothening effect, so your body will look amazing. In addition, there is higher breathability as the clothes have a moisture-wicking material. The best part is the core support it offers because of the compression lining.



https://www.cosmolle.com/collections/best-set/products/ultimate-contour-bra-8-in-1-happy-butt-solution-leggings-set


Crop Top & Leggings Set

If you want a combination of high waisted workout leggings and crop top for your gym sessions, Cosmolle has this one. It has an extremely versatile design, which means you can style it for regular use too. The tee looks very cute with pants and the notch neckline means you can wear your favorite pendants as well.

We love the underbust band in the top because it promises more support for the breasts. Last but not least, it also creates a flattering effect for your entire body. Every woman loves it, we are pretty sure!



https://www.cosmolle.com/collections/best-set/products/premium-seamless-v-neck-crop-top-leggings-set


Crop Tank & Leggings Set - Chestnut Brown

If you like the neutral and deeper colors, getting your hands on this chestnut brown set is necessary. You can pair the top with other seamless crossover leggings that you’ve or wear it whole as a set, it’s your choice. The leggings have contouring panels on the legs and glute area, so you will look toned.

Cosmolle is using a four-way stretch fabric, which makes it comfortable to wear. Also, the fabric helps improve the support – it’s fine for a medium-level workout session!



https://www.cosmolle.com/collections/best-set/products/seamless-crop-tank-leggings-set-chestnut-brown

 


Baca Selanjutnya »

Hidangan Peranakan Melaka di Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hidangan Peranakan Melaka di Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur | Kalau korang peminat hidangan Peranakan Melaka atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya, tak perlu nak drive ke Melaka dah sebab korang boleh menikmati keenakan dan keunikan rasa hidangan ni hanya di Madam Zee yang terletak di Mezzanine Floor, Hotel AnCasa Kuala Lumpur.



Kakak berpeluang menikmati rasa unik hidangan Peranakan Melaka yang disediakan oleh Chef Allan Wan yang merupakan kaum Peranakan itu sendiri, baru-baru ni. Kiranya memang air tangan original Baba Nyonya la! Uniknya, kebanyakan bahan-bahan masakan yang digunakan bagi setiap hidangan juga didatangkan dari Negeri Melaka dan melalui proses penyediaan yang lama bagi menjamin kualiti rasa hidangan itu sendiri. Menurut Chef Allan, pengunaan bahan-bahan asli ni memang sangat penting bagi mengekalkan keunikan rasa hidangan Peranakan. Kalau tak, tak jadilah!



Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur


Menjengah masuk ke Madam Zee ni memang terasa macam makan kat rumah Baba Nyonya. Dekorasi restoran juga masih mengekalkan ciri-ciri tradisi Baba Nyonya dari hiasan dindingnya sehinggalah dekorasi dalaman restoran itu sendiri. Ruang makan yang tersedia di sini sangat selesa. Kalau korang datang berkumpulan dan perlukan ruang privasi, Madam Zee ada menyediakan beberapa buah bilik VIP bagi membolehkan korang menikmati setiap hidangan tanpa mengganggu pelanggan lain.



Hidangan Peranakan Yang Terdapat Di Madam Zee


Mesti korang tertanya-tanya, apa hidangan yang menarik kat sini kan? Di Madam Zee, terdapat pelbagai variasi masakan yang boleh dicuba. Korang boleh pilih set hidangan ataupun ala carte mengikut bajet dan citarasa masing-masing. Chef Allan kata, hidangan Baba Nyonya ni tak lengkap kalau takde menu yang menggabungkan rasa pedas, masam, manis tu. So kakak cadangkan, korang minta recommendation dari mereka bab nak pilih jenis masakan tu. Kakak jamin, korang mesti puas hati dengan gabungan menu tersebut.


Jom kita tengok, apa yang kakak sempat cuba kat Madam Zee!


Teh Longan



Sebelum makan, kami dihidangkan dengan teh longan. Kalau nak tau, teh longan ni sangat baik untuk kaum wanita. Selain memberi kesegaran, teh longan sangat bagus untuk dalaman. Kakak pulak baru lepas bersalin, memang terasa segar lepas menikmati secawan teh tu. Teh longan ni juga merupakan salah satu sumber milk booster untuk ibu menyusu tau! Korang bayangkan, dia punya best tu membuatkan kami minta tambah air yeeee! Hehehehhe.


Nyonya Pai Tee



Tak lengkap hidangan Baba Nyonya tanpa pembuka selera iaitu Nyonya Pai Tee. Hidangan ni memang lain dari yang biasa kita makan kat luar. Cara penyediaannya juga sangat teliti, sengkuang juga dimasak sehingga 4 jam tapi  yang menariknya, rasa dia masih rangup tau! Rasa homemade sauce  dia pun unik dicampur pula dengan cebisan telur, udang dan daun ketumbar. Memang power! Dengarnya, Madam Zee akan menganjurkan kempen Nyonya Pai Tee nanti sebab permintaan untuk menu pembuka selera ni sangat tinggi. So mereka membuka peluang kepada pelanggan untuk sediakan sendiri Pai Tee. Itu baru pembuka selera tau!


Nyonya Ngoh Hiang



Seterusnya kami dihidangkan dengan menu Baba Nyonya kegemaran ramai iaitu Nyonya Ngoh Hiang, hidangan daging ayam yang disediakan dengan 5 jenis rempah, sengkuang dan dibalut dengan kulit tauhu. Keenakan jejari daging ayam ni memang tak dapat dinafikan, setiap gigitan tu terasa cukup daging dan adunan rempahnya ditambah pula dengan rasa sos manis. Terliur rasa!


Ayam Buah Keluak  *hidangan WAJIB CUBA!*



Menu ni merupakan hidangan yang paling kakak looking forward nak cuba tau! Sebelum ni, kakak penah tengok show youtube Chef Allan masak buah keluak. Tak sangka, kakak dapat peluang mencuba sendiri menu ni. Buah Keluak, bukan boleh sembarangan masak dan makan tau. Kalau tak kena caranya, buah ni boleh menjadi racun! Buah keluak yang juga dikenali sebagai buah kepayang berasal dari Indonesia. Buah keluak perlu dicuci dan dibiarkan selama beberapa hari sebelum dimasak. Rasa dia pulak lemak-lemak, sedikit masam dan ade sedikit bitter taste dihujungnya, makan dengan nasi panas-panas, best wooo! Keunikan rasa dia tak dapat kakak nak gambarkan dengan kata-kata. Memang sedap dan boleh diterima dek tekak ni. Barang rare, rasa pun rare!


Selain dimasak dengan ayam, buah keluak juga boleh dimasak dengan ikan ataupun daging mengikut citarasa korang sendiri. Boleh dikatakan rugi sangat berkunjung ke Madam Zee tanpa merasai keenakan hidangan Buah Keluak. Next time kakak nak ajak suami pulak cuba menu ni.


Sayur Lemak Keledek



Macam yang kakak cakap tadi, tak lengkap hidangan Baba Nyonya tanpa gabungan rasa pedas, masam dan manisnya. Jadi sayur lemak keledek ni dihidangkan sebagai pelengkap rasa kita. Isi keledek dimasak bersama santan serta rempah ratus ni sedap dan kuahnya pekat. Isi keledek tu pula, sangat lembut dan tak hancur. Rasa lemak santan dan rempah ratus tu juga sangat unik.


Udang Sambal Petai



Bau menu udang sambal petai ni memang membuka selera, nak pulak kakak memang salah seorang peminat petai! Specialnya menu ni ialah selain menggunakan udang segar, Chef Allan hanya menggunakan sedikit belacan dan campurkan udang geragau untuk memberikan sensasi rasa masin tu. Tapi, kalau chef tak cakap kan kakak tak sedar pun dalam tu ada udang geragau tau! Peminat petai kena cuba menu ni!


Ikan Cili Garam Melaka



Menu terakhir sebagai pelengkap rasa kita di Madam Zee, Ikan cili garam Melaka. Menu ni simple je tau, menggunakan 2 bahan utama iaitu cili dan garam. Ikan digoreng rangup dan ditambah dengan paste cili garam dengan sedikit bawang dan buah keras diatasnya untuk menaikkan rasa. Rasa cili garam tu sedap, tak terlalu pedas, tak terlalu masin. Boleh dikatakan rasa dia balance je. Kalau korang bawak anak-anak yang tak makan pedas tu, menu ni pun sesuai sebab kalau rasa cili tu terlalu pedas, ianya akan overcome keunikan rasa bahan yang lain tu.


Nyonya Cendol



Tak lengkap rasa setiap hidangan tanpa pencuci mulut. So, pihak Madam Zee menyediakan Nyonya Cendol sebagai penutup. Nampak simple, tapi rasa dia sangat padu. Kakak suka gabungan rasa cendol dengan santan pekat dan gula Melaka tu. Serius kakak cakap, rasa dia tu ada macam rasa burnt cheese cake sikit. Boleh imagine tak? Kalau tak boleh, itu maknanya korang kena berkunjung ke Madam Zee sendiri!


Sejujurnya, kakak boleh kata hidangan Peranakan Melaka atau Baba Nyonya di Madam Zee ni memang terbaik kat KL. Dari dekorasinya, suasana dan keunikan rasa setiap hidangan memang A.


Jom Nikmati Hidangan Peranakan Melaka di Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur!



Kalau korang nak makan kat sini, kakak sarankan korang buat tempahan terlebih dahulu. Tapi kalau nak walk-in pun boleh je. Harga makanan kat sini pun sangat berpatutan tau, kalau korang tak nak set hidangan yang ada, korang juga boleh custom order mengikut bajet dan chef sendiri akan mencadangkan menu yang bersesuaian.


Info lanjut :


Restoran Madam Zee
Mezzanine Floor AnCasa Hotel Kuala Lumpur,
Jalan Tun Tang Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur.


Waktu Operasi :
Sesi 1 : 11.30 pagi - 3 petang
Sesi 2 : 6 petang - 10 malam
(Tutup setiap Ahad)


Tempahan : 03-2026 6060 ext 7705

*FREE 2 hours parking for dine-in customer


Baca Selanjutnya »

FIT ZAKAT 2023

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pusat Pungutan Zakat Wilayah - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengundang anda untuk menyertai acara penuh keceriaan, FIT ZAKAT 2023, yang akan berlangsung pada 18 November 2023, Sabtu, di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.



 

Pelbagai Aktiviti Menarik



Merentasi acara ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda. Dari Fit Zakat Fun Run yang menggembirakan, senamrobik yang menyihatkan, score the goal  yang mencuit hati, hingga timbang bola yang mengujakan. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa daripada selebriti terkenal seperti Caliph Busker, Ikhwan Fatanna, dan Persembahan Busker PPZ akan menghidupkan suasana.




 

Penampilan Istimewa Maskot Ustaz Amil, Omar & Hana



Bagi keluarga yang membawa bersama anak-anak kecil, saksikan penampilan istimewa Maskot Ustaz Amil, Omar & Hana, persembahan badut yang menghiburkan, aktiviti face painting yang mencipta kenangan, Supa Dupa dan pertandingan mewarna yang penuh kreativiti. Jangan lepaskan peluang untuk menerima layang-layang percuma sebagai kenangan manis untuk para pengunjung cilik.


 

Pelbagai Tips Sihat dan Kekal Fit



Untuk pencinta kesihatan dan kecergasan, program ini turut menyediakan pelbagai tips sihat dan kekal fit. Sesi Slot Borak "Fit Dulu Baru Sihat" bersama penghibur tanah air Man Raja Lawak dan Influencer kesihatan Hanif Loid akan menyuntikkan semangat kecergasan dalam diri anda. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan mendengar pandangan inspiratif dalam Slot Santai "Kasi Clear" bersama Dr. Wan Share dan Muhammad Noor (Mdno).


 

Kaunter Kutipan dan Agihan Zakat



Dalam kemeriahan ini, lebih daripada 30 gerai jualan makanan, pakaian dan pameran akan menyajikan pelbagai pilihan untuk semua pengunjung pada hujung minggu ini. Pusat Pungutan Zakat Wilayah juga menyediakan kaunter kutipan dan agihan zakat. Bagi yang ingin mendapatkan lebih informasi mengenai zakat, digalakkan hadir sama dan ia adalah percuma!

 

 

Rebut Hadiah Menarik dan Cabutan Bertuah 



Acara ini turut menawarkan hadiah menarik dan cabutan bertuah bagi pengunjung bertuah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk hadir bersama keluarga dan teman-teman pada 18 November 2023, Sabtu, bagi menyertai serta meriahkan lagi FIT ZAKAT 2023.




 

Booth & Gerai Jualan



Pelbagai booth & gerai jualan menanti anda. Ada makanan, pakaian, booth pameran dan banyak lagi. 


 

Kupon Makanan Percuma



1,000 kupon percuma akan diberikan kepada para pengunjung. Boleh ditebus di gerai-gerai jualan tersedia. Siapa cepat dia dapat.


 

Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2023



Acara kemuncak Fit Zakat 2023 ialah Pelancaran Kempen Year End Zakat 2023. Kempen tahunan PPZ-MAIWP untuk menyeru masyarakat Islam tunaikan zakat sebelum 31 Disember 2023. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan di dalam kempen ini. Jom jadi pembayar zakat PPZ-MAIWP!






 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://www.zakat.com.my/yez2023/. Sebarkan berita ini dan pastikan anda menjadi sebahagian daripada acara penuh keceriaan dan bermanfaat ini!


#FitZakat2023 #SihatJasmaniSihatRohani #ppzmaiwp #maiwp #yez #zakat #yearendzakat #tamantasikmetropolitankepong #kepong #kualalumpur

Baca Selanjutnya »