Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Kini Kembali!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Kini Kembali! | Seramai 12 orang wanita akan tampil dalam siri realiti TV sebanyak 6 episod, bermula hari ini 8 Julai 2022, jam 4.30 petang di TV3. Mereka yang terpilih ini merupakan antara yang bertuah daripada 2000 peserta untuk meneruskan cabaran kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran juara.




Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® akan membawakan kembali tiga orang Mentor yang cukup terkenal iaitu Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly dan Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan iaitu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.





Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 ini juga akan membawakan kembali hos kesayangan korang, Nana Mahazan! Yeayyyyy!




Musim kedua rancangan Resipi Berani MAGGI® menjanjikan lebih banyak kejutan. Banyak cabaran yang akan ditempuh oleh setiap peserta untuk meguji kecekalan mereka. Antara cabaran yang bakal dihadapi para peserta adalah menyediakan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik serta cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial. Fuhhh, menarik! tak sabar kakak nak tonton petang ni.



Kakak sendiri berkesempatan menghadiri sesi pelancaran rancangan Resipi Berani MAGGI® musim Ke-2 baru-baru ni dan dapat mengetahui serba sedikit mengenai program ini dan cabaran yang bakal dilalui oleh para peserta. Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad,


“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”


“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain.”




Bagi Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, juara akan membawa modal benih sebanyak RM8,000 dan akan menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang modal benih sebanyak RM5,000.


Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 4.3o petang hanya di TV3 bermula hari ini, 8 Julai 2022 selama 6 minggu. Agaknya apalah resepi peserta-peserta ni ye. Kalau korang tak sempat nak menonton Resipi Berani MAGGI® ni, jangan risau, korang boleh menonton kembali di saluran Youtube MAGGI® (https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos) ataupun siaran ulangan di TV3 setiap hari Sabtu, jam 11.30 pagi.




Dalam rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 ini 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah iaitu Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu). Korang rasa, siapa yang akan menyandang gelaran juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2? Kenalah tonton sendiri!


Masa hari pelancaran Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, kami kena jawab trivia sikit. Kakak kau ni antara 10 orang yang berjaya menjawab soalan. Hebat jugak ek! Done puji diri sendiri! Hahahahahaha.




Episod 1 Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2

Amacam? Dah tengok ke episod 1 tadi? Best ke tak? Kakak dah tengok, berdebar-debar pulak rasa. Mentor Sheila Rusly memang garang, dan komen-komen mentor lain seperti Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris sangat straight forward. Tapi bagus tau, sebab komen-komen membina macam ni akan buat peserta lebih kental dan dapat memperbaiki mutu masakan juga.


Untuk episod pertama ni peserta kena masak signature dish mereka. Masa ni banyak sangat moment menarik korang boleh tengok tau. Kelakar ada, sedih pun ada. Paling best, siap mention minta resipi kat member! Hahahahahah.

So korang kena tengok setiap episod Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 ni tau. Kakak ada 2-3 orang peserta favourite dah. Nak tebak siapa boleh jadi pemenang, awal lagi. Kita tengok episod minggu depan pulak macam mana. 




Info lanjut mengenai rancangan ini ataupun produk MAGGI® :


Baca Selanjutnya »

Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor | Dah tunaikan zakat ke belum tu? Kalau korang belum menunaikan zakat, inilah masanya untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum mengenai kewajipan berzakat, orang kata berzakat ni dapat mensucikan harta. Bukan sahaja harta, malahan pahala. Tau tak dengan berzakat ni, kita bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri tapi juga kepada golongan yang lebih memerlukan.



Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

(Û±Û°Û³) Ø®ُØ°ۡ Ù…ِÙ†ۡ Ø£َÙ…ۡÙˆَالِÙ‡ِÙ…ۡ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَاللّÙ‡ُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Apa itu Zakat?


Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)



Kewajipan Zakat


Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”


Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”


 "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu"

Tau tak bermula 15 Jun sehingga 31 Julai 2022 ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menganjurkan "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" bersempena Bulan Taksir Zakat. Sekarang ni kalau korang berzakat melalui program ini, korang boleh menebus baucar dan juga berpeluang memenangi hadiah menarik! Memang menarik sangat kan? 


Macam mana nak menyertai program ini?


Caranya mudah saja :

  • Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon pintar, buat pendaftaran dan log masuk ke akaun.
  • Cari fungsi taksir yang membolehkan korang membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.
  • Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada.
Ataupun klik saja : Jom.zakatselangor.com.my




Siapa yang layak menyertai program ini?


Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja Lembaga Zakat Selangor. Setiap pernyertaan haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LZS. Untuk tau lebih lanjut, boleh semak poster yang kakak dah lampirkan kat bawah ni. Lagi mudah korang nak faham.





Objektif  "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu"


Program "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

  • Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  • Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  • Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.


Jenis-jenis Zakat


Zakat terbahagi kepada dua, iaitu Zakat Fitrah yang biasa kita dengar dan juga Zakat Harta.


Zakat Fitrah


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

 

Zakat Harta


Zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.


Zakat Harta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

 

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas Perak
  • Zakat Pelaburan Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Takaful
  • Zakat Tanaman Padi
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Harta Galian /  Harta Karun

Baru-baru ni kan ramai yang keluarkan KWSP, so bagi sesiapa yang berkelayakan bolehlah zakatkan KWSP kita tu kan.



Cara Kiraan Taksiran Zakat


Macam mana nak kira taksiran zakat ni? Kalau korang dah muat turun aplikasi Zakat Selangor korang boleh mengira menggunakan kalkulator zakat. Kalau masih tak faham, korang boleh membuat janjitemu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/ untuk bersemuka dengan pihak LZS dan mendapatkan nasihat mengenai cara dan jumlah yang tepat untuk pembayaran zakat ini.



Selain membayar zakat, korang boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my.





Pengagihan Zakat

Mesti ada yang tertanya-tanya, zakat yang dibayar tu lazimnya akan disalur kemana? Antara jenis agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor ialah :

  • Asnaf Fakir dan Miskin
  • Asnaf Muallaf
  • Asnaf Fisabilillah
  • Asnaf Gharimin
  • Asnaf Ibni Sabil


Korang tak perlu risau sebab Lembaga Zakat Selangor akan memastikan zakat yang dibayar, diagihkan kepada mreka yang benar-benar berkelayakan. Segala permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah terlebih dahulu sebelum diluluskan. LZS sangat menitik beratkan soal pengagihan zakat ni tau. Jadi takdelah zakat itu diagihkan kepada orang yang salah.


Jadi tunggu apa lagi? Jom kita berzakat, manalah tau dengan berzakat ni korang dapat menang hadiah menarik pula kan. 


Baca Selanjutnya »

Manjakan Diri di Urban Bliss Wellness, Putrajaya

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Manjakan Diri di Urban Bliss Wellness, Putrajaya | Lama betul kakak tak manjakan diri, so hari Sabtu  lepas kakak ke Urban Bliss Wellness yang terletak di Tingkat 3, Mercure Hotel, Putrajaya. Landmark dia senang je, bersebelahan dengan Alamanda.



Urban Bliss Wellness yang baru saja dibuka ni, merupakan spa aromaterapi yang menawarkan pelbagai terapi spa seperti refleksologi, rendaman kaki dan mandian, urutan aromaterapi seluruh badan, lulur dan sebagainya. Rawatan-rawatan ini dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan khusus dalam bidang aromaterapi.



Sebelum memulakan rawatan, korang akan dihidangkan dengan secawan teh untuk kesegaran dan lepas tu kena cuci kaki terlebih dahulu. Kemudiannya kakak ditempatkan di salah satu bilik rawatan untuk menukar baju. Bilik kat sini memang selesa ditambah dengan muzik yang mendamaikan dan bau aromaterapi yang tak terlalu menusuk. Serius, kakak kalau pegi mana-mana spa memang tak gemar sangat bila bau dia terlalu kuat. Agak mengganggu juga sebenarnya.




Urban Bliss Wellness menggunakan produk mereka sendiri tau, jadi sebelum apa-apa rawatan korang perlu declare sekiraya korang ada alahan pada apa-apa ingredients. Nanti sebelum korang masuk, receptionist akan amik details daripada korang.

Kat sini, terdapat banyak bilik-bilik rawatan yang disediakan untuk para pelanggan. Yang paling kakak suka ialah tahap kebersihan tempat dan suasana dalaman yang tenang. Memang kalau kita pegi spa nak tenang-tenang je kan?



Urban Bliss Jouney


Untuk sesi rawatan kali ni, kakak amik pakej Urban Bliss Journey yang merangkumi Full Body Scrub, Signature Massage dan Facial. Rawatan ni memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Memang agak lama, tapi sebab dah lama kakak tak manjakan diri sendiri kita kasi onz la!




Selain tu, staff kat sini memang sangat friendly, dari mula kakak melangkah masuk sampailah ke masa rawatan tak terasa asing pun. Cara mereka mengendalikan sesi rawatan pun sangat gentle. Memang seluruh badan rasa lebih relax. Memang kalau pegi spa kita nak relax kan? Tapi kalau orang yang buat rawatan kat kita agak kasar, jadi tak relax la cerita dia. So far, kat sini memang kakak puas hati. Kalau nak tau, masa tengah-tengah sesi rawatan tu kan, kakak tertidur. Tau-tau diorang kejut kata dah habis dah. Hahahahhahha.



So kalau korang  nak memanjakan diri, kakak suggest korang ke Urban Bliss Wellness, Putrajaya. Selain pakej Urban Bliss Journey, banyak lagi pakej-pakej rawaan untuk korang cuba. Harga yang ditawarkan juga, bagi kakak sangat berpatutan dengan rawatan yang diberi. Sekarang ni tengah ada promo pembukaan dan korang boleh dapatkan diskaun 20%. Tapi kalau datang dengan kawan boleh dapat diskaun 30% (tertakluk kepada terma & syarat).



Nak tau lebih lanjut, korang boleh hubungi sendiri Urban Bliss Wellness Putrajaya seperti di bawah :

Alamat : Mercure Living Putrajaya, Block A, Level 3-03 Menara Shaftsbury, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Tel : +6012-204 5373

Baca Selanjutnya »

Kolaborasi AEON La Boheme Dan Nestle KITKAT. Pastri dan Coklat?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kolaborasi AEON La Boheme Dan Nestle KITKAT. Pastri dan Coklat? | Kalau sebut La Boheme mesti kita terbayangkan pelbagai pastri yang pelbagai kan dan kalau sebut KITKAT pula kita mesti terbayangkan coklat yang sedap dan rangup. Tapi macam mana pula kalau pastri dari La Boheme digandingkan dengan coklat KITKAT kegemaran ramai tu?



AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah berkolaborasi bersama Nestle KITKAT. Pada majlis pelancaran yang telah di AEON BiG Jaya One PJ baru-baru ni, kakak sendiri sempat menikmati KITKAT cara baru yang menggandingkan coklat dengan produk pastri AEON La Boheme. Unik kan? Kalau makan pastri dengan krim coklat tu dah biasa sangat. Ni dengan coklat KITKAT pulak, memang berlainan dari yang biasa tau.




Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.


Menurut Sunny Setiawan,


"Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami."



"AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti."





Yit Woon Lai pula mengulas,


"Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama in akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT."


Lima Produk Pilihan


Buat masa ni, terdapat lima produk pilihan yang telah diperkenalkan melalui kerjasama antara AEON La Boheme dan Nestle KITKAT iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf.




Rasa dia pulak bagi kakak memang just nice. Gandingan roti pastri yang lembut dan kerangupan coklat KITKAT tu memang ngam. Dari segi rasa pula, kakak suka sebab ianya tak terlalu manis. So sesuailah dengan penggemar coklat dari semua peringkat usia. Macam kakak sendiri, kalau kena rasa yang terlalu manis, memang potong selera sikit. Tapi yang ni, okay dan rasa dia sedang-sedang elok je kata orang tu!



Kalau korang nak merasa sendiri keunikan gabungan AEON La Boheme dan Nestle KITKAT ni, korang boleh dapatkan di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG yang berhampiran. Tak rugi pun tau kalau korang cuba sendiri.












Baca Selanjutnya »

Program Berkat Korban 2022 bersama AEON | Dari Masjid ke Pusat Beli Belah

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Program Berkat Korban 2022 bersama AEON | Dari Masjid ke Pusat Beli Belah | AEON CO. (M) BHD. (AEON) kembali lagi dengan Program Berkat Korban 2022 seperti yang telah dijalankan pada tahun lalu. Program ini dilaksanakan bertujuan bagi memudahkan umat Islam yang ingin menunaikan ibadah korban pada tahun ini.



Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah qurban?


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.

Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.

Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”

(Riwayat al-Hakim).

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:

Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.


Berkat Korban 2022 bersama AEON


Tahun ini merupakan tahun ketiga program Berkat Korban dijalankan lantaran sambutan yang diterima pada tahun sebelumnya sangat menggalakkan. Bagi Berkat Korban 2022  pihak AEON telah berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.



Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, 


“Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,”


“AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,”


Program Berkat Korban 2022 ini akan dilaksanakan di cawangan AEON, AEON Big dan MaxValu seluruh Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalankan ibadah korban, korang boleh mengunjungi mana-mana cawangan AEON berhampiran.


 Dua Kategori Haiwan Korban dan Harga Berkat Korban 2022



Terdapat dua kategori haiwan korban dalam Program Berkat Korban 2022 ini iaitu lembu dan kambing.


  • Lembu

Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian dan harga yang telah ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880.


  • Kambing

Harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200.




Harga yang ditawarkan ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf. AEON juga mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program Berkat Korban 2022.


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022



Pada tahun ini, AEON juga telah memperkenalkan seorang figura yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022.

 

“Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.”





Cara membuat tempahan Berkat Korban 2022 dan proses pengagihan daging korban


Kalau korang berhajat untuk menyertai Berkat Korban 2022, korang boleh membuat tempahan dengan  mengunjungi kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh terus menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816 ataupun secara dalam talian di : http://www.myberkatkorban.com.my/.



Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 5 Julai 2022. Korang masih ada masa lagi untuk berbuat demikian okay.


Bagi proses pengagihan daging korban pula, korang boleh pilih untuk membahagikan agihan secara peribadi kepada sesiapa ataupun mana-mana pihak yang korang nak beri ataupun serahkan sepenuhnya kepada pihak AEON untuk urusan pengagihan. Kalau nak agihkan sendiri, korang kena pick-up daging tersebut di mana-mana cawangan AEON pilihan korang pada tarikh yang akan diberikan kelak.



Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.



Alhamdulillah, inisiatif yang diambil ni memang usaha yang baik dan sangat memudahkan mereka yang berhajat nak buat korban, tapi kurang mahir mengenai cara-cara korban. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, kakak pun nak jalani ibadah korban ni suatu masa nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.


Untuk maklumat lanjut :

Website: www.aeongroupmalaysia.com

Facebook: www.facebook/aeonretail.my/ | www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/ | www.instagram.com/myaeonbig/






Baca Selanjutnya »