Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop. Padanan Sempurna Ayam dan Mentega!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Cuba korang bayangkan ayam yang digoreng rangup dipadankan dengan mentega yang digrill sempurna. Aduhaiii! Terliur kakak bila membayangkan Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop. Padanan ni bagaikan merpati dua sejoli, terasa bagaikan dah jumpa jodoh okay!


Hidangan istimewa akhir tahun Grilled Butter Chicken ni dikembalikan atas permintaan ramai, tapi ianya hanya akan berada dalam menu TCRS sehingga 17 Januari 2021 ni sahaja. Kalau korang nak menikmati sendiri keenakkan padanan sempurna ayam dan mentega ni, korang boleh serbu TCRS yang terdekat dengan korang. 


Kakak dah cuba sendiri Grilled Butter Chicken, ayamnya rangup dan mentega atas ayam tu memang terasa lemaknya. Masuk je dalam mulut terus mencair! Perghhhhh, masa menaip ni pun terasa kecur liur. Rasa macam kejap lagi nak kena pegi TCRS. 


Selain ayam dan mentega, Grilled Butter Chicken dilengkapi dengan cili dan daun kari untuk menambahkan aroma dan rasa. Walaupun ada cili, taklah pedas rasa mentega yang berlemak tu masih boleh dirasa. Ayam pulak diperap sempurna, setiap suapan terasa kelembutan ayamnya tau! 


Menurut Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd, June Song, Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang digemari bukan hanya kerana rasanya tapi kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. Mentega bukan hanya sekadar ramuan. Ia merupakan elemen yang menjanjikan kegembiraan dan kepuasan citarasa. Memang Grilled Butter Chicken akan membuatkan rakyat Malaysia jatuh cinta berkali-kali. 

Sesuai dengan slogan TCRS “Chicken Rice… and More“ mereka akan sentiasa berusaha memenuhi citarasa pelanggan dengan hidangan istimewa seperti hidangan akhir tahun ni. 

Korang tunggu apa lagi? Tak lama je lagi menu ni akan berada di TCRS, rugi kalau korang tak cuba. 



Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau sebarang promosi di TCRS, layari : 



email signature
Baca Selanjutnya »

Selamat Tahun Baru 2021

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sekejap je masa berlalu, kita dah masuk ke tahun baru 2021. 2020 banyak perkara yang terjadi. Dengan pandemik Covid-19 yang semakin  mengganas dan pelbagai lagi kejadian kan?

2020 juga merupakan tahun yang memberi kesan kepada ramai orang kan? Ada yang diberhentikan keje sekaligus hilang punca pendapatan. Kakak harap korang semua baik-baik je dalam menangani tahun yang penuh cabaran.

Dikesempatan ni kakak nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 buat semua pembaca blog kakak, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Apa azam korang untuk tahun ni?

Kakak? Takde la nak berazam apa-apa, cuma harapnya tahun ni tahun last kakak membujang! Hahahahahha. Bagi rakan-rakan yang dah selamat menamatkan zaman bujang, Alhamdulillah. Tahniah kakak ucapkan, maaf kakak tak dapat hadir majlis korang. Sekarang kakak tengah on trip, nak jana sikit pendapatan orang-orang didalam industri perlancongan.

Semoga berjumpa lagi. 2021 buka lembaran baru dan biarkan yang lama berlalu menjadi kenangan, yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan.

email signature
Baca Selanjutnya »

PRETTIAN Skincare Untuk Kulit Cantik dan Berseri

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila usia kakak dah makin meningkat ni, penjagaan kulit memang penting. So kakak nak kenalkan korang dengan produk PRETTIAN Skincare untuk kulit yang lebih cantik dan berseri. Prettian merupakan siri penjagaan kulit dari Korea yang menggunakan bahan asas semulajadi dengan teknologi nano. Bahan yang digunakan didatangkan khas dari Pulau Jeju! Kalau korang belum tau, Nora Arrifin merupakan wajah untuk produk Prettian, patutlah Kak Nora sentiasa nampak awet muda kan?


Prettian bermaksud Pretty + Angel dan berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang penyelidikan. Prettian juga bergabung dengan SKIN MEDS yang mempunyai 17 doktor domestik yang pakar dalam pelbagai ujian klinikal produk seperti ujian kerengsaan kulit, peningkatan sebum, peningkatan pori, peningkatan gloss serta peningkatan ketelusan. Jadi memang produk Prettian adalah satu produk yang tak perlu diragui.


Terdapat 3 jenis produk di dalam rangkaian Prettian skincare iaitu Triple Oil Cleanser, Moisturising Cream dan Silky Brightrening Cream. Kesemua produk ni mempunyai pelbagai fungsi tersendiri dalam membantu mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Masa kakak terima kotak Prettian skincare, bau wanginya terus menerpa hidung. Terus jadi teruja nak tengok isi kandungan kotak ni okay! Apa lagi? Jommmm!




Triple Oil Cleanser



Sebenarnya kalau nak cerita pasal pencuci muka, kakak memang elak untuk nak gunakan pembersih yang berasaskan minyak. Walaupun kulit kakak kadang-kadang sedikit kering, oil cleanser is big NO! Tau kenapa? Dulu kakak penah cuba satu produk ni, tapi lepas setiap kali cuci muka, kulit jadi melekit dan terasa terlalu berminyak. Lepas beberapa hari, naik jerawat halus pulak. So memang kurang percaya sikit dengan oil base cleanser. Tapi kan, bila nampak produk Prettian, kakak nak juga cuba sebab color dia menarik perhatian! Hahahahha. Kalau bukan sebab color, taklah kot rasa nak cuba. Nampak tak tang mana first impression yang buat kakak nak cuba? Hahahahahah.


Prettian Triple Oil Cleanser dirumus dengan teknologi tiga lapisan, sebab tu korang nampak dia ada 3 warna yang berlainan dalam sebotol pencuci muka tu. Nak try produk ni, kakak saja mekap agak heavy. Agak-agak berkesan ke tak berkesan untuk tanggalkan kesan mekap?

Tekstur triple oil cleanser ni tak terlalu likat dan bau dia pun lembut. Yelah, kalau terlalu wangi dah jadi tak natural pulak. Bukan semua orang boleh guna pembersih wajah yang too fragrance. Kakak try pam dan ratakan pada tangan, minyaknya mudah meresap dan tak terasa berat. Kalau yang likat tu, sapu je dah rasa berat! So far, triple oil cleanser ni LULUS!

Bahan utama yang terdapat dalam Triple Oil Cleanser ialah tropical acai berry, witch hazel & sage dengan rumusan istimewa Prettian. Kesemua bahan ni, memang sangat lembut pada kulit dan tidak akan membuatkan kulit kita rengsa. Selain itu ianya membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengecilkan liang roma dan membuang sel-sel kulit mati secara semulajadi selepas setiap kali kita mencuci wajah.


Cara pengunaannya mudah je, korang cuma perlu goncangkan botol untuk sebatikan minyak dan terus pam atas cotton pad atau tapak tangan dan sapukan pada kulit wajah. Nampak tak? Sekali wipes je terus kesan mekap pada muka kakak hilang. Sekarang ni dah tak perlu lagi nak sental kulit kuat-kuat untuk hilangkan mekap terutamanya yang jenis kalis air.

Harga pasaran : RM 128


Moisturising Cream


Kunci kepada keremajaan dan kecantikan ialah kulit yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Krim pelembab dari Prettian mengandungi snail mucin sebagai bahan utama dan juga shea butter, Vitamin B dan ekstrak pennywort. Selain itu, krim pelembab Prettian diperkaya dengan tangerine, ecklonia cava & honey.


Teksturnya sangat lembut dan ringan. Macam pembersih muka, moisturising cream Prettian pun tak terlalu pekat dan likat. Kulit muka kakak memang tak boleh terima kalau produk tu terlalu pekat, automatik kulit kakak akan jadi macam berat dan panas. Lepas 2 - 3 hari, kau tunggu kejap, confirm naik jerawat! 

Bila kakak cuba sendiri produk ni, tak rasa berat dan mudah meresap jauh ke alam kulit. Bila pakai tu memang rasa kulit menjadi lebih anjal dan terhidrasi. Bertambah keremajaan kakak! Selain tu boleh mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tekstur kulit dan mencerahkan kalau korang konsisten. 

Harga pasaran : RM 118

Silky Brightening Cream


Dirumus dengan hizika fusiforme, ecklonia cava & honey dengan rumusan istimewa Prettian, produk ini membantu memudarkan cela dan parut pada wajah. Paling bagus digunakan sebagai asas mekap.


Selalunya, brightening cream akan meninggalkan kesan putih berlebihan pada kulit, tapi Silky Brightening Cream tidak menjadikan kulit kita nampak cerah yang tidak natural, ianya amat sesuai dengan semua warna kulit dan mudah meresap ke dalam kulit. Bila pakai mekap, tona kulit kita akan nampak lebih sekata dan kulit kita akan jadi 1 tona lebih cerah.

Sebenarnya Prettian Silky Brightening Cream ni bukan hanya boleh apply kat muka je, tapi korang boleh sapukan juga pada tangan, siku dan tempat yang korang nak nampakkan sedikit cerah. Kakak pakai kat tangan jugak supaya takdalah nampak warna kulit kat muka dengan kat tangan tu jauh beza. Kang ada pulak yang cakap "Eiiii, muka putih tapi tangan gelap." Huhuhuhuhu

Untuk produk ni kakak tak pasti la dia ada SPF ke tidak, rasanya takde kot. Kalau didatangkan dengan SPF lagi bagus kan? Yelah, kita orang perempuan ni kadang malas nak tepek banyak-banyak benda kat muka. Yang ada fungsi 2 in 1 ke 3 in 1 memang sangat membantu.

Harga pasaran : RM 108

Produk PRETTIAN Skincare ni sangat sesuai dengan semua jenis kulit tau, tak perlu nak berbelanja lebih untuk banyak-banyak produk. Kakak sendiri dah cuba produk Prettian skincare dan hasilnya sangat memberangsangkan. Kulit kakak terasa lebih segar, lembut dan tampak lebih sekata. Selain tu, kadar kelembapan kulit juga menjadi lebih baik. Seronoknya bila kita ada kulit yang cantik dan berseri tanpa ada bermasalah. Terima kasih PRETTIAN Skincare!

Kakak harap lepas ni PRETTIAN Skincare akan keluarkan travel set pulak. Yelah kakak kan selalu travel, so mengusung full-sized product tu memang sangat tak praktikal. Lagipun, kalau ada travel size, mereka yang baru nak kenal produk ni pun boleh cuba. Kan kan kan?


Kalau korang nak tau lebih lanjut dan cuba sendiri produk Prettian ni, korang boleh hubungi Prettian di :

Website : https://prettian.my/
Instagram : https://instagram.com/prettian.my
Facebook : https://www.facebook.com/prettianmy
Shopee : https://shp.ee/aw9z8je

Apa tunggu lagi? Inilah masanya nak dapatkan kulit yang cantik dan berseri bak gadis Korea dengan PRETTIAN Skincare!

email signature
Baca Selanjutnya »

Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Zakat bukan lagi perkara asing bagi Umat Islam. Setiap pada kita diwajibkan membayar zakat yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu zakat fitrah yang biasa kita dengar, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP dan zakat emas.

Kakak sendiri pun kurang arif mengenai zakat, tapi bila dengar pasal Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor barulah kakak faham serba sedikit mengenai zakat saham dan pelaburan. Meh kakak kongsikan sedikit info mengenai zakat saham ni.

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut :

  • Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  • Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  • Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.




1. Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

2. Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

Bagi yang kurang pasti berapa kiraan zakat yang perlu korang bayar boleh ke : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/




Syarat wajib Zakat Saham dan Pelaburan
  • Islam - diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna - mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
  • Milik Pihak Tertentu - saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
  • Cukup Nisab - Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul - Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal - Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.

Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor


Sehubungan dengan itu pihak Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Kempen Zakat Saham 2020 bermula 15 September 2020 sehingga 30 November 2020. Yang menariknya mereka yang menyertai kempen ini berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik berupa :

Hadiah Utama: Telefon Bimbit bernilai RM1,000 x 1
Hadiah Kedua: Tablet bernilai RM600 x 1
Hadiah Ketiga: Baucar AEON bernilai RM100 x 3
Hadiah Saguhati: Cenderahati daripada Lembaga Zakat Selangor x 5

Syarat Penyertaan
  • Terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat saham di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sahaja.
  • Wargakerja LZS tidak layak menyertai kempen ini.
  • Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta dengan jumlah bayaran zakat saham adalah bawah RM50000.
  • Tempoh kempen bermula 15 September hingga 30 November 2020.
  • Peserta mestilah membuat bayaran zakat saham dan memenuhi semua kriteria yang dinyatakan dan menjawab semua soalan dengan betul bagi melayakkan diri dalam penyertaan.

Cara pembayaran dan penyertaan juga sangat mudah, korang cuma perlu mengikuti langkah dibawah :



  • Bayaran secara online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
  • 25 Cawangan Lembaga Zakat Selangor
  • Semua Ejen Kutipan Lembaga Zakat Selangor

2. Selepas pembayaran zakat saham, imbas kod yang diberikan dalam gambar yang tertera.

3. Jawab soalan mudah dan lengkapkan borang maklumat diri.

Keputusan penganjur adalah muktamad dan hadiah mesti dituntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pegumuman.

Info lanjut :

Website: https://www.zakatselangor.com.my/kempenzakatsaham2020/

Tel : : 03-8314 2312 (Afzalika) 
03-8314 2222 (Lembaga Zakat Selangor)

Whatsapp : 011-2075 4557 (Afzalika)




Sekarang korang mesti dah faham mengenai zakat saham dan pelaburan kan? Jom korang, kita tunaikan kewajipan berzakat. Semoga harta yang kita perolehi lebih berkat dengan berzakat. InsyaAllah.

email signature
Baca Selanjutnya »

Perjalanan Hijrah Seorang Ayue

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rasa macam tak sesuai je nak cerita, yelah nanti mesti ada yang kata "Alah, baru setahun jagung je kot!". Tapi takpelah, kakak sajalah kongsikan dengan korang macam mana bermulanya perjalanan hijrah seorang Ayue. Bulan lepas ada cerita kat FB. So arini kakak nak cerita pulak kat blog.


Sebenarnya niat nak berhijrah ni dah lama kalau ikutkan, bertahun kakak simpan hasrat. Tapi masih berbolak balik pulak hati tu. Banyak "macam mana", "kalau", "tiba-tiba" bermain kat fikiran. Makanya niat tu kakak lengahkan.

Sampailah 1 hari dalam pertengahan bulan 8, masa tu kakak kat jalan-jalan kat Pasar Chowrasta, Penang dan masuk 1 kedai ni. Kat kedai tu sambil-sambil cuci mata, terberkenan kat sehelai shawl ni. Masa tu takde pun rasa "aku beli shawl ni sebab nak pakai tudung". Serius, sikit pun tak terlintas di fikiran, yang ada masa tu ialah "shawl ni cantik".

Tanpa sedar, inilah dia punya TURNING POINT penghijrahan kakak

Lepas tu esoknya, entah macam mana rasa nak lilit kat kepala ala gypsy. Mula-mula kan rasa segan jugak. Nanti apa pulak orang kata kan. Tapi kakak amik pendekatan, malas nak amik pusing dengan cakap-cakap orang dan kakak pakai macam tu sampailah kakak balik KL masa hari tu.

Lepas pada tu, kakak pegi pulak launching Fareha temankan Nisa Kay. Disebabkan kakak sedia maklum Fareha tu jenama tudung, kakak pakai shawl kat event tu supaya tak nampak macam pelik. Yelah, kakak ni spesis kalau ke event selalunya akan berpakaian ikut kesesuaian majlis.


Dan dijadikan cerita, bermula pada kat Penang tu tanpa sedar kakak dah mula bershawl dan bertudung secara perlahan-lahan. Mula-mula style gypsy, tapi sebab tak rajin nak mengikat style tu setiap kali nak keluar, kakak just pinkan shawl kat kepala dan selimpangkan kat bahu. Sampailah sekarang. Mungkin kakak masih belum pakai tudung menepati syariat, tapi InsyaAllah kakak cuba sedikit demi sedikit.

Masa pakai style gypsy tu ada yang bertanya, kakak dah pakai tudung ke? Jawapan kakak "Taklah."

Tapi itulah orang kata, kalau Allah SWT dah gerakkan hati kita, tanpa perancangan dan secara tiba-tiba sesuatu tu jadi. Kun Fa Ya Kun! Kalau ikutkan, umur 40an kot baru kakak rasa nak bertudung! Hahahah. Jangan kecam pulak ayat kakak ni, walaupun memang minta dikecam! Tapi Allah dah rangka sesuatu yang terbaik buat kakak rupanya. Alhamdulillah.

Semua yang kakak cerita ni, Allah SWT yang atur. DIA yang jentik hati kakak untuk mula berhijrah.

Untuk pengetahuan korang, kakak bertudung ni bukanlah atas paksaan sesiapa, bukan juga sebab nak kawen dan bukan sebab nak jual tudung. Al-maklumlah sekarang ni kan kakak dah jadi agent tudung Fareha. Ini pun lagi 1 hal, meniaga ni tak penah ada dalam kamus hidup kakak tau tak? Secebis kuman pun tak penah terasa nak berbisnes. Hahahahaha. Subjek pengajian perniagaan masa tingkatan 6 dulu pun, tak mencapai piawaian. Cukup-cukup makan je! Hahahahaah. Tapi dah tertulis rezeki kakak buat masa ni, berniaga tudung Fareha pulak.

Satu yang kakak minta, korang doakan kakak lebih Istiqomah. Yelah berhijrah ni mudah tapi nak Istiqomah dan kekalkan hijrah kita tu ada ON/OFF battle dia. Sedangkan yang bertahun-tahun bertudung pun boleh kembali freehair. Inikan pulak kakak yang baru sangat ni. Kakak doakan semoga urusan kita semua, orang yang membaca entri kakak ni dipermudahkan Allah SWT. Amin.

Kat bawah ni yang kakak post kat FB bulan lepas.

    



email signature
Baca Selanjutnya »