The Wembley Hotel, Penang. Hotel Penginapan Terbaik di Pulau Pinang


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Baru-baru ni kakak telah membuat lawatan singkat ke The Wembley Hotel, Penang yang merupakan hotel penginapan terbaik di Pulau Pinang. Lokasinya sangat strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang dan berhadapan dengan bangunan Komtar. Penginapan dan kemudahan yang disediakan bersesuaian untuk mereka yang ingin menginap secara individu dan berpasangan serta badan korporat.


Perjalanan ke The Wembley Hotel hanyalah 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan. 5 minit pemanduan dari Terminal Feri. Kalau nak senang, korang boleh menggunakan khidmat free shuttle CAT tu je sampai Komtar.

The Wembley Hotel mempunyai 415 bilik penginapan yang terdiri daripada Superior, Deluxe yang dilengkapi dengan 1 katil king ataupun 2 katil single, Executive Superior, Executive Deluxe yang dilengkapi dengan 1 katil king dan Executive Suite yang dilengkapi dengan 1 katil king dan terdapat ruang tamu yang berasingan. Selain tu terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan dalam setiap bilik seperti :
  • Penyaman Udara
  • Peti Sejuk Mini
  • Kopi dan Teh
  • Pengering Rambut
  • TV Satelit
  • Seterika
  • Telefon
  • Akses Internet
  • Selipar
dan lain-lain kemudahan.


Bagi mereka yang menginap di Executive Superior, Executive Deluxe, anda boleh menikmati naiktaraf perkhidmatan di Lounge Eksekutif di tingkat 30 yang biasanya hanya disediakan kepada pengunjung yang menginap di Executive Suite. Pemandangan dari atas tu memang superb!


Selain tu terdapat beberapa kemudahan lain yang disediakan untuk pengunjung seperti gimnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan dan juga infinity swimming pool di tingkat 11! Yang ni paling kakak suka, korang boleh berenang sambil melihat pemandangan bangunan ikonik Pulau Pinang, Komtar.


Macam kakak cakap awal tadi The Wembley Hotel juga bersesuaian dengan badan korporat kerana mereka juga menyediakan 10 ruangan pelbagai keluasan untuk mesyuarat, latihan dan acara bergantung kepada jumlah tetamu. Setiap 1 bilik dilengkapi dengan projektor.


Selain tu bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan, The Wembley Hotel juga turut menyediakan sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 1000 orang tetamu.


So, kalau korang ke Pulau Pinang bolehlah menginap di The Wembley Hotel. Nak bergerak kemana-mana pun mudah sebab dekat dengan kawasan pelancongan, pusat membeli belah dan sebagainya. Kakak jamin korang akan berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Info lanjut :

Website : https://www.stgileshotels.com/hotels/malaysia/penang/
Alamat : The Wembley Hotel, 183, Jalan Magazine, 10300, Pulau Pinang, Malaysia


email signature

Baca Selanjutnya »

Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dari D'Aura

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Virgin Coconut Oil ataupun Minyak Kelapa Dara merupakan salah satu bahan alami yang tak asing lagi dalam kehidupan seharian. Dari zaman tok nenek pun dah gunakan minyak kelapa dara ni. Yelah, orang dulu mana nak ada salon kecantikan, jadinya bahan semulajadi ni la yang mereka gunakan. AJ sendiri pun merupakan pengguna minyak kelapa dara terutamanya untuk rambut. Baru-baru ni AJ diperkenalkan dengan produk Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dari D'Aura.



AVCO didatangkan dengan 2 variasi iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Kalau korang tak sukakan bau minyak kelapa dara yang terlalu kuat, AJ memang sarankan korang gunakan AVCO sebab bau dia sangat menenangkan dan tak terlalu menusuk. AJ selalu gunakan minyak kelapa dara waktu malam je sebelum ni, tapi dengan AVCO AJ boleh gunakan setiap masa.




KELEBIHAN, KHASIAT DAN KEGUNAAN AROMATIC VIRGIN COCONUT OIL (AVCO)

Banyak kelebihan dan khasiat AVCO yang AJ nak kongsikan dengan korang dalam entri ni. Antaranya untuk rambut dan juga kulit. AVCO diperbuat dari 99% minyak kelapa asli dan 1% haruman yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi, tanpa bahan kimia berbahaya seperti SLS, plumbum dan paraben. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, AVCO ni selamat digunakan. AJ ada mild eczema, bila guna AVCO rasa selesa je kulit tu. Teksturnya tak melekit dan tak terlalu berminyak, mudah menyerap dalam kulit setiap kali penggunaan.



Menanggalkan kesan solekan pada wajah

AVCO sangat sesuai digunakan sebagai "makeup remover". Dalam masa yang singkat, kesan solekan boleh ditanggalkan. Kalau korang jenis yang suka bermekap, korang memang kena bawak AVCO kemana-mana sahaja. Ianya mampu menanggalkan mekap kalis air juga. Lepas tu rasa bersih je kulit muka tu.




Membantu menangani masalah rambut

Penggunaan minyak kelapa untuk rambut ni dah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Begitu juga dengan AVCO, korang boleh gunakan sebagai minyak rambut harian. Kalau vco lain, AJ cuma akan gunakan pada waktu malam je, sebab bau vco agak kuat. Kadang rasa macam baru lepas mandi minyak je. Hahahahha. Tapi dengan AVCO, AJ yakin nak gunakan pada bila-bila masa. Penggunaan AVCO secara konsisten boleh membantu korang mendapatkan rambut yang sihat dan lembut. Selain tu boleh membantu melebatkan rambut, merawat rambut kusam, bercabang, kering dan bagus untuk kulit kepala.




Pelembab bibir dan kulit

Ini antara kegunaan AVCO yang AJ paling suka! AJ ni selalu beraktiviti luar dan selalu terdedah kepada cahaya matahari berlebihan. Semua ni membuatkan kulit AJ jadi kering dan kusam. Kadang tu dia punya kering sampai bibir dan kulit jadi menggelupas. Selalunya, sebelum tidur, AJ akan sapukan beberapa titis AVCO pada bibir dan kulit muka. Hasilnya lepas bangun tidur setiap pagi kulit jadi lebih lembab, lembut dan anjal!




Asas mekap

AJ selalu bermekap dan bila dah pakai mekap terlalu lama, foundation nampak bercapuk dan tak rata. Dengan AVCO, AJ dah takde masalah ni. Caranya, AJ akan campurkan setitik AVCO dan foundation sebagai asas mekap. Hasilnya foundation jadi mudah diratakan, tak bercapuk dan kulit nampak glowing! Ada yang tanya, tak rasa berminyak ke? Jawapannya, TAK! Dalam masa sama kan, kulit rasa lebih lembut.




Melembabkan kulit

AVCO bukan hanya untuk rambut dan wajah. Tapi sesuai digunakan sebagai pelembab kulit tapi boleh digunakan pada tangan, kaki, siku ataupun tumit yang merekah. Pendek kata dari hujung rambut sehingga hujung kaki boleh guna AVCO tau!

Antara khasiat AVCO yang lain ialah :

- Tinggi dengan antioksida dan anti-penuaan
- Kaya dengan vitamin E 
- Menyihat, melembap - dan menganjalkan kulit, mengurangkan garis penuaan dan kedutan serta mengecilkan liang pori 
- Membantu mengurangkan parut pada kulit



Banyak kan kebaikan, khasiat dan kegunaan AVCO? So tunggu apa lagi, korang kena mula amalkan AVCO ni dalam kehidupan seharian.

Harga pasaran :
RM22.90 / 50ml

Korang boleh ke Youtube AJ untuk tengok cara-cara nak menggunakan AVCO.


Info lanjut :

email signature


Baca Selanjutnya »

Jom ke Tempat Menarik di Maran!


ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jom ke Maran! - Pestime AJ menjelajah area Maran, rupanya banyak juga tempat-tempat menarik di Maran yang boleh dikunjungi bersama keluarga. Maran terletak di bahagian Timur Malaysia, di Negeri Pahang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kuala Lumpur. Dekat je!



Bersempena Lawatan Pelancongan Daerah Maran Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang baru-baru ni, AJ dapat melihat sendiri keindahan dan keunikan Maran serta produk-produk yang diusahakan oleh masyarakat setempat.



Destinasi pertama kami ialah Laman Qalbu, disini kami berpeluang melihat demonstrasi membuat makanan tradisional seperti Sambal Botok, Kuih Badak Kubang dan Kuih Pena. Jangan salah faham tau, sambal botok takkan membuatkan kulit korang anjal tapi akan membuatkan perut korang kenyang! Selain tu ada demonstrasi membuat ikan pekasam. Haaa, ikan pekasam Pahang dan Utara ni lain tau, tapi diorang kata rasanya lebih kurang sama dan memang sedap. Tang ni, tak boleh nak komen la. AJ tak makan ikan! 😅






Seterusnya kami ke Galeri M Warna yang terletak di Kampung Sentosa. Galeri ni diusahakan oleh Encik Zakaria Adam atau Aboh. Hasil seni kat sini memang unik sebab kebanyakkan lukisannya berunsurkan periuk kera sehinggakan beliau digelar Master of Pitcher.



Menurut Aboh, periuk kera ini dijadikan sebagai ilham untuk berkarya kerana periuk kera dikatakan sebagai tumbuhan pemangsa tetapi sebenarnya ia hanya bertindak sebegitu apabila diganggu. Selain itu ia tidak bersikap hipokrit, tidak pernah berpura-pura mahupun menyamar seperti sesumpah dan sentiasa menjadi diri sendiri.





Tambah Aboh lagi, periuk kera seperti orang Melayu. Datanglah sesiapa pun, kalau diganggu mereka masih bertahan disitu. Haaaa, mendalam kan maksudnya?




⁣Kalau korang ke Maran, kena singgah di Galeri M Warna okay. Dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Selepas tu kami ke Galeri Tokoh dan Galeri 3D Maran. Galeri Tokoh ni mempamerkan anak-anak jati kelahiran  Maran yang telah berjaya dalam pelbagai bidang antaranya politik, seni dan juga sukan. Barulah tau ramai tokoh kelahiran Maran ni antaranya penyanyi Juliza Adlizan, Anis Salwa dan pemain bola sepak Muhamad Farizal. Kenal ke idok? Tak kenal kena pegi Galeri Tokoh Maran la!



Di tingkat 1 pula terletak Galeri 3D yang mempunyai pelbagai lakaran unik untuk korang bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan. Unik okay! Merasa AJ naik bas ekspress Maran tau. Hehehehehe.




Waktu operasi :
⁣Setiap hari (kecuali Jumaat)
⁣9.30 pagi hingga 5.30 petang
⁣Bayaran masuk :
⁣RM 8 (Dewasa)
⁣RM 5 (Kanak-kanak bawah 12 tahun, Warga Emas & OKU)
⁣RM 10 (Warga Asing)

Kami juga dibawa ke Maran Hill Golf Resort, disini ada 18 lubang dengan 20 buah buggy untuk pemain golf disediakan. Ada juga kemudahan 12 buah bilik untuk disewa serta pelbagai kemudahan lain seperti kafeteria dan sebagainya. Selain daripada bermain golf, korang boleh menikmati pemandangan Maran dari atas bukit. Memang cantik sangat, saujana mata memandang.




Kami juga berkesempatan berkunjung ke Kampung Keramat untuk melihat sendiri sumber mata air yang telah ditemui dari tahun 1987. Kat sini terdapat hasil madu kelulut dan juga produk-produk berasaskan madu lebah. Best!




Haaa, part yang paling best di Maran ialah banyak kawasan riadah untuk korang bersantai! Kami berkesempatan berkunjung di Air Terjun Teladas 7 yang terletak lebih kurang 2km dari bandar Maran. Air terjun kat sini memang best dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, tempat persalinan dan juga dewan. Terdapat jambatan gantung untuk korang merentasi sungai. Ehem! Nak ootd pun cun wooo!



Seterusnya kami ke Taman Rekreasi Che Minah Sayang. Sampai sini mengigil-gigil kaki AJ nak terjun dalam sungai tu tau! Nasib tak bawak baju spare, kalau tak AJ pun dah join pengunjung kat situ mandi manda. Kat sini korang boleh berkelah dengan keluarga. Air kat sini takde la sejuk sangat, tapi rasa segar je tau. Kalau datang sini korang boleh sewa gazebo dan kalau tak sempat nak masak ke, jangan risau sebab terdapat gerai-gerai menjual makanan juga. Kalau korang taknak mandi. Ada sudut membaca mini juga okay!



Dan destinasi terakhir kami semasa berkunjung ke Maran ialah Taman Eko Rimba Lubuk Yu yang terletak di Kuala Sentul lebih kurang 15km dari bandar Maran. Sampai sini AJ terpegun sangat dengan keindahan Lubuk Yu, air dia hijau, biru. Subhanallah. AJ boleh katakan, Lubuk Yu ni memang "worldclass".






Kemudahan yang disediakan kat sini pun selesa dan bersih. Terdapat surau yang luas, tandas awam yang bersih, bilik persalinan yang selesa dan kawasan yang cantik. Kat Lubuk Yu ni la pestime AJ dapat rasa buah perah. Ya ampun.... Sedapnya, rasa dia lemak-lemak pahit. Berbiji-biji buah perah AJ makan tau, yelah kat KL mana nak dapat? Heheheheh.




Selain mandi-manda, korang boleh berkayak kat Lubuk Yu. Nampak enjoy sangat! Nasib la takde baju spare, kalau tak memang AJ dah join berkayak dah. Oh ya, dalam Lubuk Yu, ada ikan kelah tau. Korang boleh bagi  ikan-ikan ni makan, besar-besar weh! Tapi, jangan pulak berani nak pancing ye, korang akan didenda kalau ditangkap. Tak salah AJ seekor ikan boleh kena denda sehingga RM 10,000 okay!

Setiap tahun, Taman Rimba Eko Lubuk Yu akan menganjurkan Hammock gathering. Untuk tahun 2020, masih lagi dalam perancangan. Best gila kalau dapat join kan? 

Nampaknya, masa pun semakin mencemburui. Lewat petang kami bergerak meninggalkan bumi Maran. Memang banyak kawasan menarik kat sini, InsyaAllah nanti AJ nak ajak kawan-kawan lain beriadah kat Maran ni lama sikit. So kalau korang tak tau nak beriadah kat mana, jom ke Maran! Tak jauh dari ibukota Kuala Lumpur dan menarik!



Terima kasih Tourism Pahang, Majlis Daerah Maran dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program Lawatan Pelancongan Daerah Maran Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Memang 1 pengalaman yang menarik untuk AJ ❤️.

email signature
Baca Selanjutnya »