ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Siapa perasan AJ ada update bercuti kat Sabah baru-baru ni. Ala, yang pegi dengan Alif Satar pujaan korang tu? Hahahahaha. So semasa trip tu, AJ dibawa ke beberapa negeri di Sabah.
So AJ nak cerita dulu apa yang menarik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya, ini pertama kali AJ jejakkan kaki di Negeri di Bawah Bayu. Memang teruja sangat. Banyak tempat yang best dan juga makanan yang sedap! Ada yang susah nak dapat kat KL, korang boleh dapat kat sini tau! Jom AJ bawak korang berjalan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant
Kalau ke KK, tak sah kalau tak singgah di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant yang terletak di Taman Tun Fuad Luyang. Restoran ni memang sangat popular kalau kat Kota Kinabalu. Kat sini pelbagai jenis makanan laut korang boleh makan. Kalau kat Sabah, dah tentulah lobster antara hidangan makan laut yang korang kene cuba!
Restoran ni dibuka setiap hari dan terdapat 2 sesi. Iaitu makan tengah hari dari jam 11.30 pagi sehingga 2 petang dan makan malam dari jam 6.30 petang sehingga 11 malam. Setiap malam ada persembahan kebudayaan negeri Sabah dan paling seronok pengunjung juga boleh turut serta dalam tarian-tarian tu tau! Sambil makan, sambil berhibur gitu.
Info :
Website : https://www.kampungnelayan.com
Alamat : Silverado Corporation Sdn. Bhd Taman Tun Fuad Luyang, Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-231 003
Perpustakaan Negeri Sabah, Menara Yayasan Sabah dan Tanjung Lipat
"Mende la, pegi perpustakaan!" Haaaa, jangan terkejut tau kalau masuk Perpustakaan Negeri Sabah. Perpustakaan ni sangat moden dan teratur. Sebelum jejakkan kaki pun korang akan amaze gile dengan reka bentuk perpustakaan ni tau. Direka dengan bentuk buku yang separa terbuka. So dari luar korang dah boleh nampak reka bentuk unik tu.
Perpustakaan Negeri Sabah ada 6 tingkat kesemuanya, setiap 1 tingkat dah dipecahkan dalam beberapa kategori yang bersesuaian dengan semua peringkat umur. Terdapat beberapa jenis kemudahan yang disediakan selain daripada ruangan membaca. Ada bilik komputer, bilik muzik dan dewan untuk peperiksaan. Paling AJ suka, ruangan kanak-kanak yang berada di tingkat 1. Terasa macam duduk dalam tadika reka bentuknya tau! Kalau korang memang suka membaca, bolehlah luangkan masa berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah.
Info :
Website : http://www.library.sabah.gov.my/index.php/ms/
Menara Tun Mustapha / Menara Yayasan Sabah
Selain tu korang boleh luangkan sikit masa ke Menara Tun Mustapha ataupun lebih dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah, merupakan menara ikonik yang melambangkan Negeri Sabah. Dulu ianya juga digelarkan sebagai bangunan bateri mengikut rekabentuknya.
Berhadapan Teluk Likas yang terkenal dengan air laut biru dan pantai bertembok batu karang. Nak kesini boleh melalui jalan pantai sejauh 8.3km je dari Bandaraya Kota Kinabalu. Dinamakan sebagai Menara Tun Mustapha pada 31 Julai 2001 bersempena 35 tahun penubuhan Yayasan Sabah sebagai pengikhtirafan atas sumbangan dan perjuangan beliau. Yayasan Sabah ditubuhkan dan bertindak sebagai pemangkin dalam pendidikan dan pembangunan sosioekonomi Negeri Sabah.
Info : http://www.yayasansabahgroup.org.my
Info :
Website : http://www.library.sabah.gov.my/index.php/ms/
Menara Tun Mustapha / Menara Yayasan Sabah
Selain tu korang boleh luangkan sikit masa ke Menara Tun Mustapha ataupun lebih dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah, merupakan menara ikonik yang melambangkan Negeri Sabah. Dulu ianya juga digelarkan sebagai bangunan bateri mengikut rekabentuknya.
Berhadapan Teluk Likas yang terkenal dengan air laut biru dan pantai bertembok batu karang. Nak kesini boleh melalui jalan pantai sejauh 8.3km je dari Bandaraya Kota Kinabalu. Dinamakan sebagai Menara Tun Mustapha pada 31 Julai 2001 bersempena 35 tahun penubuhan Yayasan Sabah sebagai pengikhtirafan atas sumbangan dan perjuangan beliau. Yayasan Sabah ditubuhkan dan bertindak sebagai pemangkin dalam pendidikan dan pembangunan sosioekonomi Negeri Sabah.
Info : http://www.yayasansabahgroup.org.my
Berhampiran Menara Yayasan Sabah, terletaknya Tanjung Lipat ataupun Teluk Likas. Kat sini korang boleh berjalan, makan-makan angin ataupun berjogging petang-petang sambil menikmati pemandangan yang tenang. Angin petang kat sini best wa baq ang! Sambil tu korang boleh juga ke Masjid Terapung Kota Kinabalu.
Restoran D'Place Kinabalu
Nak rasa makanan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun kat Sabah? Korang wajib ke Restoran D'Place yang terletak di Plaza Shell. Makanan dia memang unik dan kalau korang nak cuba rasa butod pun ade juga tau. Ape tu butod? Ala, ulat sagu tu. Tapi kita tak bole makan la. Masa kat situ semua macam tertanya-tanya boleh makan ke tidak. Alif siap google lagi. So, jawapannya TAK BOLEH DIMAKAN bagi yang beragama Islam.
Masa kat sini kami dihidangkan nasi dalam buluh kombinasi "gulu-gulu". Dalam tu ada beberapa jenis makanan tradisi seperti hinava, bambangan, tuhau, nomsom/bosou ikan, sayur kampung dan ikan masin. Bagi AJ yang pertama kali makan hidangan ni, memang tak tau nak gambarkan seapnya macam mana terutama bambangan dan tuhau tu. Ada rasa pedas, masam manis, semua cukup! Yang AJ boleh cakap, korang kene CUBA! Dibuka dari jam 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
Info :
D’ Place Kinabalu
Alamat : Lot 2.01&2.02, 2nd Floor,Plaza Shell
Kota Kinabalu, Malaysia
Tel : +6016-833 2381
Bukit Signal dan Dataran Todak, Kota Kinabalu
Seterusnya kita ke Bukit Signal yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Dari atas ni, korang boleh tengok pemandangan indah Kota Kinabalu. Korang boleh nampak bukit, laut. Kat atas tu jugak ada kafe untuk korang lepak-lepak minum. Memang cantik! Kalau korang jenis suka adventure sikit, bolehlah berjalan ikut trail yang ada kat situ. Orang kata, kalau tak fit boleh tahan mengah jugak. Hehehhehhe.
Dataran Todak juga salah satu tempat yang boleh korang pegi kalau ke Kota Kinabalu. Kat sini kira macam Jalan Alor yang kat KL ni la. Pelbagai jenis kedai makan seafood ada. Korang tinggal nak pilih je. Makanan laut dia segar-segar. Lobster dia, perghhh! Bapak besar!. Kat sini selain makanan laut, AJ try latok. Dia sejenis rumpai laut yang memang terkenal di kalangan orang Sabah. Rasa dia? Plain tapi kalau kuah cecah dia sedap, memang licin sepinggan latok tu! Alhamdulillah, kene dengan tekak AJ! Dataran Todak ni hanya bukak pada sebelah malam je tau.
Okay, ni je la antara tempat menarik yang sempat AJ singgah masa kat Kota Kinabalu. Memang best kat sini. Kalau korang ada banyak masa, banyak lagi tempat yang boleh korang explore dengan pakej percutian ke Sabah yang korang amik. Untuk entri seterusnya, AJ nak bawak korake Sabahng berjalan di Menara Kayangan yang terletak di Lahad Datu pulak.
Nak tau apa yang best kat situ? Tunggu!
P/s : Rindu pulak nak makan Latok!