ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask, Tidur Pun Cantik!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Seronok je rasa nak tidur sekarang. Sebabnya ada ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask, tidur pun cantik! Sejujurnya, AJ tak rajin bile dah pakai mask, lepas 20-30 minit kene gi cuci. Kalau pakai terus tidur, hari-hari AJ pakai. Jadi mask ni memang betul-betul menepati jiwa AJ.. Gittew!



Okay, ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask bukan mask yang biasa-biasa. Banyak yang menarik pasal mask ni. Antaranya boleh bentukkan muka kita. Ramai yang cakap AJ dah bulat kan? So inilah altenatif untuk muke AJ lebih V-Shape! Tapi takdelah kesan tu terus nampak overnight kan... Heheheheh...



Selain tu kan, mask ni boleh membantu menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan pada kulit, membuatkan wajah lebih terbentuk dan tegang serta anti-penuaan. AJ ni dah 30an kan, sel-sel kulit AJ pun dah tak macam dulu. Walaupun nampak masih muda remaja, tahap keanjalan kulit berkurangan tu tetap ada, jadinya ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask memang terbaik untuk kulit AJ!

Masa mula-mula dapat produk ni kan, AJ tertarik sangat dengan packaging dia. Terletak elok je dalam bekas kristal. Unik! Teksturnya pula, halus dan lembab. Baunya pun sangat mild, takde la rasa mencucuk hidung.




Cara nak pakai senang je, korang boleh pakai dulu produk yang biasa digunakan, lepas tu sapu rata ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask. Ataupun korang boleh gantikan je mask ni sebagai pelembab malam korang. Tapi guna amaun yang mencukupi je tau! AJ ni masa memula pakai terambik banyak macam sapu mask peel-off tu, rupanya calit sikit pun dah cukup! Hahahahhahaha.



Pastu kan, nak tau apa yang best? Boleh digunakan setiap malam tau! Pagi bile bangun tidur tu rasa lembut dan lebih berkelembapan je kulit ni.



So korang pun mesti nak try jugak kan? Korang boleh dapatkan di Watson's yang berhampiran.

Harganya pula RM 199 untuk 30ml. Tapi tahan lama tau! AJ dah pakai dalam 2-3 minggu. Ada banyak lagi.

Nak dapatkan secara online pun boleh! Pegi je kat Watson's Online.

Sekarang ni kan Watson's tengah buat sale kan? Inilah masanya korang nak dapatkan produk ni pada harga promosi! Lagipun Chinese New Year pun tak lama lagi. Bolehlah belikan kat mak ke, kakak ke sebagai hadiah selain angpow... Heheheheh..

Nah tengok ek sebelum dan selepas punya kesan. Takdelah banyak beza, tapi nampaklah terbentuk sikit muka AJ tu... Hehehehe!


So okaylah, AJ nak tidur dulu! Sebab setiap pagi bile bangun je rasa cantik! Eh! 😍

Baca Selanjutnya »

Ekspo Halal Malaysia 2019, Peluang Keemasan Untuk Usahawan Produk Halal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mesti ramai dah tau mengenai Ekspo Halal Malaysia 2019 (MHE2019) yang bakal berlangsung pada 24 sehingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) yang AJ dah ceritakan dalam entri sebelum ni kan?



Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun nanti, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia bakal membuka peluang untuk para usahawan produk halal. Jadi inilah peluang keemasan untuk usahawan produk halal mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan untuk diketengahkan selaras dengan tema ekspo iaitu "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020"


Majlis Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019

Pada 8 Januari 2019 yang lalu juga, Majlis Pra pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Majlis ini diadakan bagi mengumumkan memorandum kerjasama (MoC) yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Jepun dalam memastikan industri halal Malaysia dapat menembusi pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik nanti.



Ekspo Halal ini menyasarkan seramai lebih 10,000 orang pengunjung dengan penglibatan 320 booth pameran oleh usahawan dari enam (6) kluster iaitu :
  • Makanan dan Minuman (F&B)
  • Bahan Ramuan
  • Bioteknologi
  • Kosmetik
  • Penjagaan Kesihatan
  • Farmaseutikal serta Logistik
Program Menarik Sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019

Sepanjang ekspo itu nanti, banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung iaitu beberapa sesi perkongsian ilmu (knowledge sharing) seperti Pocket Talk (3 sesi), Forum (2 sesi) dan  Singgah Santai Selebriti (2 sesi) yang menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Program ini juga melibatkan pelbagai agensi-agensi seperti SME Bank Berhad, EXIM Bank, JAKIM, Matrade dan banyak lagi.

Kat bawah ni AJ lampirkan jadual 3 sesi Pocket Talk yang akan berlangsung nanti.






Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award juga akan diberikan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal.

Selain tu terdapat lebih daripada 300 sesi padanan perniagaan dengan sekurang-kurangnya 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari kedua-dua negara menyasarkan potensi jualan sebanyak RM50 juta! Rugi tau kalau tak rebut peluang semasa Ekspo Halal Malaysia 2019 ni, bukan senang nak dapat peluang macam ni lagi.



Jangan lupa datang ke Ekspo Halal Malaysia 2019 tau! Ianya dibuka kepada trade visitor dan umum pada 24 sehingga 26 Januari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Ekspo Halal Malaysia 2019 :
http://www.halal-expo.my


Baca Selanjutnya »

Malaysia Halal Expo 2019, Bawa Produk HALAL ke Jepun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila melancong kat luar negara, masalah nak dapatkan produk HALAL tu memang susah bila kita memilih untuk ke negara Bukan Islam seperti Jepun. Kalau ke negara jiran macam Thailand, Singapore ataupun Indonesia, tak menjadi masalah sebab penduduknya ramai yang menganut agama Islam.



Baru ni AJ ke Jepun selama seminggu, sejujurnya kalau hotel yang AJ menginap tu tak menyediakan makanan halal, agak sukar juga untuk kami makan. Yelah, kat sana makanan halal tu ada je, tapi susah sangat nak cari. Kalau rujuk pada aplikasi halal pun, tempatnya agak jauh dan harga yang ditawarkan agak mahal. Kalau kita bawak halal card ke kedai-kedai biasa pun, seleksi makanan dan produk halal sangat sikit dan cepat habis sebabnya rakyat Malaysia ni ramai yang gemar melancong kat Jepun.



Macam hotel penginapan AJ tu memang dah mendapat pengiktirafan halal Kyoto Council for Sharia and Halal Affairs, Japan. So perasaan was-was memang takde. Dapur penyediaan dan peralatan hidangan pun berasingan dari biasa dan dilabel dengan perkataan HALAL.



Sebenarnya memang mencabar bab HALAL ni, sebab pada pemahaman sesetengah orang bukan Islam sangka HALAL itu menyediakan makanan tanpa alkohol dan daging babi sahaja. Tapi halal ni merangkumi semua dari penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada peralatan yang digunakan. Memang totally tak boleh bercampur dengan peralatan biasa tau!

Dan HALAL ni juga bukan hanya fokus kepada produk makanan, malahan kosmetik dan barang penjagaan diri.

Bersempena penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020, permintaan makanan halal pastinya melonjak kerana penyertaan kejohanan tu juga datang dari beberapa negara Islam. Sejajar dengan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan usahasama agensinya SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019, untuk mempromosikan dan membawa produk halal PKS tempatan ke Jepun.



Malaysia Halal Expo 2019 ini akan diadakan di Hall 1-4, KL Convention Center pada 24 sehingga 26 Januari nanti merupakan platform terbaik untuk pengusaha tempatan mempromosikan produk HALAL tempatan yang mereka keluarkan. Yelah, takkan tak nak tengok produk PKS tempatan berada di pasaran luar seperti Negara Jepun kan? AJ sendiri kalau ada peluang ke Jepun lagi, mesti bangga bila dapat tengok produk orang kita kat rak-rak convenience store Jepun tu!

So untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Halal Expo 2019 boleh layari :

  • https://www.facebook.com/OfficialMEDMalaysia
  • https://web.facebook.com/mhe2019


Pengusaha makanan dan produk HALAL tempatan tunggu apa lagi? Jom ambil peluang untuk mempromosikan produk korang, manalah tau kalau-kalau dengan peluang yang ada ni produk tersebut boleh diperluaskan sehingga ke serata dunia kan? AJ memang sokong usaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan SME Corp. Malaysia 100 peratus. Lepas ni lagi mudahlah nak melancong ke negara Bukan Islam kan.

Sekarang ni pun, orang Jepun semakin alert tentang keperluan asas mereka yang beragama Islam dengan menyediakan kelengkapan untuk solat dan juga surau di beberapa tempat. Insyaallah menjelang 2020 nanti sektor makanan  dan produk HALAL pulak akan diketengahkan.


Jangan lupa temujanji kita okay! Jom ramai-ramai ke Malaysia Halal Expo 2019. Pelbagai forum dan aktiviti menarik menanti korang!

P/s : Tips yang selalu AJ guna bila travel ke luar negara, ada Masjid Insyaallah ada makanan halal kat sekitar situ.

Baca Selanjutnya »

Surya Chlorophyll Campuran Minuman Botani Laici/Peach untuk Seisi Keluarga

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau sebut pasal chlorophyll ataupun bahasa Melayunya klorofil, apa yang korang bayangkan? Mesti sesuatu yang hijau ataupun sayur-sayuran kan? AJ ni memang penggemar sayur, jadinya minuman chlorophyll ni memang AJ sukalah. Tapi kalau korang yang tak suka sayur pun, AJ sarankan korang cuba sendiri Surya Chlorophyll campuran minuman botani yang sesuai untuk seisi keluarga.


Jangan salah faham tau, Surya Chlorophyll bukanlah pengganti sayur tapi khasiat yang dibekalkan oleh campuran minuman botani ni sama dengan nutrien yang terdapat dalam sayur-sayuran. Kalau sapa ada anak-anak yang tak suka sangat makan sayur bolehlah cuba. Lepas tu sikit-sikit korang bagi anak cuba sayuran sebenar jugak. Didatangkan dalam 2 jenis perisa iaitu peach dan yang AJ cuba ni laici.



Kandungan utama Surya Chlorophyll


Diekstrakkan dari daun Mulberi yang bebas dari serangan serangga dan racun perosak. Daun Mulberi ni banyak sebenarnya khasiat dan boleh dijadikan sumber ubat-ubatan bagi membersihkan dalaman kita, sebagai ubat batuk, demam dan sebagainya.



Bagi orang perempuan pulak, ekstrak daun mulberi ni sangat bagus dalam kecantikan. Sapa yang tak nak dan suka cantik kan? Alkali semulajadi dan pigmen yang terkandung didalamnya boleh membantu menjadikan kulit kita lebih cerah, berseri dan mampu mengurangkan jerawat.

Selain itu, bahan lain yang terdapat dalam Surya Chlorophyll adalah Air, Laici/Peach, Epal, Klorofil serta bahan pengawet yang dibenarkan.

Khasiat Surya Chlorophyll



  • Kandungan antioksidan yang tinggi yang membantu meneutralkan toksin dalam darah
  • Meningkatkan hemogoblin dan sel darah merah
  • Memperbaiki masalah sistem penghadaman dan mengawal berat badan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • Membantu melawan kanser dan baik untuk detox hati
  • Membantu mengatasi masalah mulut dan badan berbau
  • Menjadikan kulit lebih cantik, bebas jerawat dan tidak kusam
  • Salah satu superfood yang kaya dengan mineral dan multivitamin



Cara pengambilan Surya Chlorophyll :

  • Campurkan 25ml Surya Chlorophyll Laici/Peach kedalam 125ml air suam
  • Kacau sebati dan sedia untuk diminum

Tak jelas camne? Rujuk video AJ ni :



Rasa dan testimoni AJ sendiri?

Sedap! rasa dia just nice je, tak manis dan tak tawar. Kalau siapa yang tak suka sayur tu jangan risaulah, dia takdelah rasa sayur hijau semata. Dia macam korang minum jus laici la. Kalau tak caya cuba korang tengok testimoni orang lain, ramai yang kata macam AJ cite ni tau! Lepas tu kan, bila dah amalkan mudah je nak lawas. Hihihiihihi. Aj ni kalau nak tau memang ada masalah penghadaman. So dengan Surya Chlorophyll, dah takde lagi masalah ni. Terima kasih kepada yang kenalkan AJ dengan produk best ni.


Kat mana nak dapatkan?

Korang yang nak dapatkan Surya Chlorophyll Campuran Minuman Botani ni boleh ke cawangan Watsons yang berhampiran. Tapi kene cepat tau sebab produk ni laris gila. AJ pun kene pegi beberapa buah Watsons masa nak beli ni. Kalau nak senang, cari je secara online. Tup-tup sampai depan rumah.

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : http://www.facebook.com/Surya.Malaysia
Instagram : http://www.instagram.com/Surya.Malaysia


P/s: Barang baik kenalah kongsi!

Baca Selanjutnya »

Kelas Mekap Inspire, Mak Andam Kiri dari Lamar Wedding dan Event Management

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Rasanya belum terlambat untuk AJ ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 untuk kawan-kawan yang masih setia baca blog AJ ni. Hehehhehehe. So macam mana? Azam tahun lepas dah tercapai ke belum? AJ? Erm, jangan tanya tetiap tahun pun tak penah tanam apa-apa azam. Hahahahaha.

Okay penutup tahun 2018, AJ sempat join kelas mekap Inspire anjuran Kak Yati ataupun nama glamour nya Mak Andam Kiri dari Lamar Wedding dan Event Management. Sapa kata dah tau mekap tak perlu ke kelas mekap? Lain jurusolek lain tau dia punya tips dan teknik. Sebab tu kalau ada masa ataupun peluang join kelas mekap AJ akan join.



Kelas mekap kali ni memang santai sangat. Kami cuma 6 orang je. Memang kak Yati tak amik ramai-ramai dalam 1 kelas, sebabnya bila tak berapa ramai lagi senang dia nak ajar dan pantau kami apply mekap. Cara kak Yati mengajar pun mudah difahami dan sangat details. Step yang diajar pun satu-satu, so lagi senang kami ni nak pick-up.

Kelas Mekap Inspire, Mak Andam Kiri



Okay taknak buang masa, meh AJ share sikit dengan korang apa yang diajar sepanjang kelas mekap ni. Serius AJ penah join kelas mekap asas lain, tapi agak makan masa jugak. Tapi Kak Yati ajar ni sekejap je. Produk yang digunakan pun tak banyak yang remeh temeh.

Primer / Pelembab Muka

Perkara paling asas sebelum mekap adalah primer ataupun pelembab muka, ikut jenis kulit. Macam AJ kak Yati bagi pakai pelembab sebab kulit AJ sangat-sangat kering. Nak pulak AJ join kelas mekap ni sehari lepas berjimba-jimba kat Sunway Lagoon. Fungsi primer ni untuk bagi mekap kita lebih lekat dan tahan lama.



Teknik Melukis Kening

Bab ni ramai yang failed kan kan kan? Alhamdulillah AJ ni takdelah pandai sangat lukis kening, tapi bila dah kerap praktis, AJ tau lah serba sikit teknik nak melukis kening ni. Kak Yati cuma bagi tips yang betul je macam mana nak lukis kening ikut bentuk muka. Kening AJ ni memang dah sedia terbentuk, so takde masalah sangat. Lepas lukis kening, kak Yati ajar pulak macam mana nak conceal lebihan-lebihan kening kita tu. Kak Yati sarankan guna teknik gam untuk kemaskan kening.



Foundation

Step ni paling penting tau. Yelah foundation ni bukan boleh sebarang letak. Silap code ataupun jenis foundation, nampak kelabu dan pelik je muka. Selama ni AJ ingat tak kisah pun nak guna cream foundation ataupun liquid foundation tau. Rupanya kak yati kata, liquid foundation ni agak kurang sesuai dengan cuaca yang panas Malaysia ni. kalau negara sejuk sesuai la! Ohhhh, ku pikirkan apa pun boleh. So kak Yati bagi kami cuba cream foundation dari Naturactor. Bagus tau foundation ni, tak melekit dan full coverage. AJ ada masalah kulit tak sekata terutama kat bahagian pipi, sapu sikit je terus kulit nampak lebih sekata.




Shading

Teknik shading pulak penting untuk bentukkan muka kita. Macam AJ ni kan hidung tak berapa nak mancung, so kenelah shading betul-betul bagi nampak hidung ni terletak je. Lepas tu kami diajar macam mana dan kat mana kene buat shading ikut bentuk muka.




Bedak Tabur

Step seterusnya menyapukan bedak tabur diseluruh wajah kecuali kawasan yang kita shading. Yang ni untuk elakkan sisa mekap lain bertaburan kat muka dan nak bagi mekap tahan lama. Biarlah macam tepung gomak pun. Hahahahaha. Tapi jangan ratakan dulu. Biar je kat muka kita macam gitu, lepas tu sambung ke step seterusnya. Nampak tak betapa hantu kak Limahnya AJ time ni? Teknik ni juga disebut sebagai setting powder..




Pembayang Mata

Yang ni agak mencabar sikit bagi sesiapa yang tak tau macam mana nak buat soket. Tapi jangan risau, kak Yati akan pastikan korang pandai bab ni. Caranya mudah je sebenarnya, nak bagi lekat kak Yati pakai cream blusher sebagai asas pembayang mata, kemudian amik warna yang sedikit gelap dan ratakan pada hujung mata, kemudian amik warna yang cerah ataupun pembayang mata yang glitter untuk tengah mata. Nak tau teknik lebih lanjut? Kenalah masuk kelas!






Eyeliner, Mascara dan cara memakai Bulu Mata Palsu

Ramai yang tak tau bab ni. Kalau mekap biasa  je tak ramai yang rajin nak pakai bulu mata palsu ala Che Ta kan? Tapi kak Yati bagi kmi belajar cara pasang bulu mata palsu jugak. So lepas ni melentik-lentiklah bulu mata kami setiap kali mekap. Untuk eyeliner pulak kan? Bagi mereka yang tak biasa gunakan jenis cecair boleh pakai jenis pensel. Senang nak apply dan kurang comot. Kalau tercomot sikit pun jangan risau boleh adjust punya. Mascara AJ pasti semua tau guna kan? Cara nak apply zig zag je. Pastu jangan lupa pakai kat bulu mata bawah jugak tau! Barulah nampak natural bulu mata kita.




Sapuan pemerah pipi, highlight dan lipstick

Nak sapu pemerah pipi pun ada caranya. Nak lagi senang sapu je sekitar tulang pipi tu. Lepas tu highlightkan diatas tulang pipi, tengah hidung, atas bibir dan juga bawah dagu. Highlight ni fungsi dia untuk menonjolkan mekap kita. Lepas tu sapulah lipstick kegemaran korang. Diorang ni duk request ala-ala Kpop, so kak Yati cuma calitkan sedikit di tengah bibir dan sapukan lipgloss bagi nampak gradient. Jangan lupa ratakan bedak tabur korang sebelum tu okay!




Face Mist

Yang ni last sekali, fungsinya untuk bagi mekap lebih tahan lama dan nampak glowing. Kat pasaran ada macam-macam jenis face mist, korang boleh pilih je mana yang berkenan kat hati.

So nak tengok hasil sebelum dan selepas belajar mekap dengan kak Yati?


Haaaa. Amacam? Cantik tak AJ mekap? So kalau korang nak belajar mekap dengan cara dan teknik yang betul, korang boleh hubungi kak Yati sendiri. Harga bermula dari RM500 ke RM800 bergantung kepada teknik mekap yang korang nak belajar tu. Jangan risau, kak Yati akan make sure korang betul-betul pandai.


Untuk maklumat lanjut boleh tengok info kat bawah :

Lamar Wedding & Event Management
No. 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh Fasa 2
68100 Batu Caves
Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh


Lamar Wedding & Event Management

Dah alang-alang tu kan, AJ nak inform sikit. Kalau ada yang nak buat kerja kahwin dan tercari-cari wedding planner, korang boleh ke Lamar Wedding & Event Management yang terletak di Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves. Selain tu jugak, korang boleh dapatkan khidmat spa dan berbekam.



Kalau korang nak dapatkan produk Naturactor original pn boleh dapatkan dari kak Yati. Kat sini AJ nak ucapkan terima kasih kepada kak Yati sebab sudi share teknik dan tips mekap kepada kami. Lepas ni bolehlah kami eksyen mekap cecantik dengan kengkawan lain. Hahahahahaha. Tak-tak! Gurau je.

P/s : AJ memang dari kecik suka mekap!

Baca Selanjutnya »