ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Fuhh! Sakan seorang AJ menjejak Buffet Ramadhan tahun 2018 ni kan? Kali ni nak bawak korang jauh sikit je dari KL iaitu di Sama-Sama Hotel yang terletak di KLIA. Gigih AJ merempit gi sana tau demi pembaca kesayangan blog AJ ni. Sebelum tu terima kasih pihak Tourism Selangor dan juga Sama-Sama Hotel, KLIA atas jemputan.
Kalau korang jenis yang tak suka bersesak, Sama-Sama Hotel, KLIA memang lokasi yang paling sesuai untuk kaki makan ni tau sebabnya mereka menawarkan promosi buffet Ramadhan di ruang legar hotel. Luas dan selesa serta dikelilingi gerai ala bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.
Berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, juadah yang disajikan bukan sahaja dari Malaysia, malahan juga hidangan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Okay kat sini memang banyak gila juadah yang disediakan oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Ditambah pula dengan iringan irama tradisional Ghasal dari kumpulan Suara-Suara Otai, lagilah terasa mood Nusantara tu.
Bermula 18 Mei ini, para pengunjung boleh menikmati sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.
Okay, tak nak cerita panjang lebar, jom AJ bawak korang tengok sendiri antara juadah berbuka puasa yang terdapat disini. Untuk permulaan berbuka mestilah jamah kurma kan. Kat sini pelbagai jenis kurma ada iaitu Ajwa, Mariami, Mabroom dan Safawi.
Macam AJ cite tadi, kat sini ada 2 tempat yang boleh korang duduk, 1 dekat ruang legar di dalam hotel dan 1 lagi ruang legar di ruangan luar. Kalau kat luar tu memang best sebab stall makanan kat luar tu lagi meriah! Macam kat paar malam je rasa. Variasi makanan? Tak payah cerita, banyak gila! Paling best... Ada stall durian lagi. Kopek dan makan kat situ jugak. Tapi kalau nak merasa makan durian tu kena cepat beratur. Kalau tak korang tengok kulit durian je la!
Lepas tu acam biasalah, pencuci mulut pun banyak pilihan termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi.
Harga Buffet Ramadhan 2018 | Sama-Sama Hotel, KLIA
Promosi buffet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6 petang sehingga 10 malam. Berharga RM135 pada hari biasa dan RM99 pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih erat bersama ahli keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan Sama-Sama Hotel KLIA yang tertera kat bawah ni :
Telefon : +603 8787 3333
Email : sales@samasamahotels.com
Info Sama-Sama Hotel KLIA :
Mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel ini telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013.
Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:
1. Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013 – 2017.
2. Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3. Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4. 25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5. Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6. Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia, 2014 – 2017.
7. Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8. Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9. Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.
P/s : Buffet Ramadhan sini puas hati!