ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Okay pencarian Buffet Ramadhan 2018 diteruskan lagi, kali ni kat Chakri Palace. Kalau nak tau Chakri Palace ada 2 cawangan yang terletak di Pavilion dan KLCC. Tahun ni spesel sikit sebab Chakri Palace meraikan ulangtahun ke 19 jugak tau. Diam tak diam dah 19 tahun Chakri Palace menyajikan hidangan dari Thailand kat Malaysia ni tau dar tahun 1999. Cawangan Pavilion pun baru je ubahsuai dua buah bilik VIP yang boleh memuatkan 30 orang dalam 1 masa tau!
Okay bersempena Ramadhan yang akan datang, Chakri Palace tak ketinggalan untuk menyajikan rangkaian makanan Thailand seperti tahun-tahun sebelum ni. Berkonsepkan "Tantalizing Taste of Thailand", penggemar makanan Thai bolehlah berbuka dengan sajian favourite bermula 18 Mei 2018 nanti. Dengarnya ada lebih 50 hidangan asli dan moden Thailand serta tak ketinggalan sajian tempatan.
Terdapat banyak ulam-ulaman dan kerabu yang akan dihidangkan macam Thai Mango Salad, Thai Papaya salad dan favourite AJ "Mieng Kam"! Tak sah makan makanan Thai kalau takde Mieng Kam dan pelbagai jenis kerabu ni okay! Selain tu ada juga samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi.
Untuk sajian utama pulak mestilah Thai green curry kambing, udang dengan sos butter dan telur masin, sotong goreng telur masin, tomyam seafood, daging lada hitam, ikan masam manis. Paling spesel, tahun ni ada juga sajian asli Malaysia macam rendang tok, masak lemak gulai daging, ayam kapitan (pandan) dan nasi briyani. Satay pun tak terkecuali!
Akhir sekali tak lengkap hidangan Thai tanpa pulut mangga dan red ruby waterchestnut. Kalau tak salah AJ, orang panggil bubur delima. Lepas tu ada juga pelbagai kuih-muih tradisional macam bubur jagung, pulut pisang dan sebagainya.
Bersempena ulangtahun ke 19 ni jugak Chakri Palace memperkenalkan beberapa hidangan baru dari Royal Celebrity Chef McDang dari Chakri Dynasty. Nampak tempting gila kot hidangan dia. Tak sabar nak cuba Ramadhan nanti.
Harga Buffet Ramadhan 2018 The Imperial Chakri Palace Pavilion :
RM 88.90++ Dewasa
RM 42.90 Kanak-kanak (6-10 Tahun)
RM 42.90 Warga emas (56 tahun keatas)
RM 42.90 Warga emas (56 tahun keatas)
Harga Buffet Ramadhan 2018 The Imperial Chakri Palace KLCC :
RM 98.90++ Dewasa
RM 49.90++ Kanak-kanak (6-12 Tahun)
RM 49.90++ Warga emas (56 tahun keatas)
*Buffet bermula jam 7.00 malam
RM 98.90++ Dewasa
RM 49.90++ Kanak-kanak (6-12 Tahun)
RM 49.90++ Warga emas (56 tahun keatas)
*Buffet bermula jam 7.00 malam
*Kanak-kanak bawah 6 tahun PERCUMA!
Sekarang ni ada Promosi Early Bird untuk pembelian baucer sebelum 14 Mei 2018 :
The Imperial Chakri Palace Pavilion KL
RM RM68.90++ (Dewasa)
The Imperial Chakri Palace Pavilion KL
RM RM68.90++ (Dewasa)
The Imperial Chakri Palace KLCC
RM RM78.90++ (Dewasa)
** Minimum 4 Orang
** Tawaran sah dari 8 April 2018 sehingga 14 Mei 2018 sahaja.
** Tempahan berkumpulan - Beli 5 Percuma 1
RM RM78.90++ (Dewasa)
** Minimum 4 Orang
** Tawaran sah dari 8 April 2018 sehingga 14 Mei 2018 sahaja.
** Tempahan berkumpulan - Beli 5 Percuma 1
Info lanjut, layari dan hubungi talian di bawah :
Website :
http://berbuka.chakri.com.my
Telefon :
03 23827788 (KLCC)
03 21431141(Pavilion)
016 2277182 (hp)
Email :
marketing@chakri.com.my