Tragedi Sebelum Bercuti....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Minggu lepas AJ menghabiskan masa pegi bercuti sempena birthday Mak yang jatuh pada 25 April.... Tak jauh pun...

Memula plan asal nak pegi makan-makan je macam tetiap tahun, maybe kat Bagan Lalang masa hari birthday Mak tu... Tapi sebab jatuh pada Isnin, kitorang plan celebrate awal la....
Tetibe AJ cadangkan pegi cuti-cuti.. Kebetulan ade rezeki lebih sikit... Diorang pun ON terus AJ book apartment....

Tapi sebelum nak pegi tu tetibe mak AJ tak berapa sihat....
Dia kene admit pulak hari Jumaat tu...
Runsing AJ sekejap, apartment dah book.. Nak cancelled pun tak boleh sebab dah last minute sangat... Kalau cancel hotel still akan caj kad AJ... Waaaaaa....
Almost nak let go apartment tu kat dalam FB tau....



Tengah ari sabtu tu dalam hati ni berdoalah moga Mak boleh keluar...
Memula doc kate mak hanya boleh keluar hari ahad tu... Hampa gile kot...
Yelah, orang yang nak diraikan pulak takde.. Memang AJ burned kan je la apartment tu...
Tetibe nurse datang cakap mak dah boleh keluar.... Alhamdulillahhhh....

Balik je umah terus packing baju lelaju dan terus gerak untuk bercuti....
Kemana pulak tu???
Tunggguuuuuu... Dekat je... =D

P/s : Banyak pulak idea nak menulis tetibe.... =P
 

Baca Selanjutnya »

Jubah Lelaki Moden dari RizQ Design Tampilkan Kelainan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ingat tak AJ ade share pasal Jubah Lelaki Moden ni kat instagram aritu??


Jubah dan Kurta dari RizQ Design

Baru-baru ni AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari berkesempatan berjumpa dengan pemilik RizQ Design iaitu Fazren Rafi.....
Sapa ingat Spa Q?? Mesti kenal kan??
Sekarang ni selain berlakon, beliau merupakan pengeluar Jubah Lelaki Moden di bawah label RizQ Design (Jubah Premium) Kuala Lumpur...


 

Jubah Lelaki Moden RizQ Design ni memang menampilkan kelainan dari jubah sedia ada di pasaran....
Ianya direka seperti Jubah IP Man... Ada yang kata jubah ini tidak melambangkan identiti seorang lelaki Muslim..
Pada AJ korang kene tengok dengan mata kepala sendiri dari situ baru korang boleh nilaikan design, kekemasan dan kualiti kain nya....
Walaupun menggabungkan sedikit elemen dari negara luar, jubah lelaki moden dari RizQ Design masih mementingkan rekaan yang menutup aurat dengan cutting regular fit....
Sesuai nak bawak bersolat dan bukan fashion semata-mata.... Itu yang penting kan?



Kat bawah ni korang boleh tengok lagi antara koleksi Jubah Lelaki Moden dari RizQ Design...
Bukan sahaja menampilkan koleksi jubah, kurta pun ade... =D









[Group%25201%255B6%255D.jpg] Alyas & Eyfa 1




Jubah Lelaki Moden IP Man
Apa macam?? Smart tak???
Ade yang nak beli untuk bapa, suami, teman lelaki tak???
Haaaaa.... Kalau nak beli jubah ni korang boleh hadiri :

 Open Day Riz Q Design

Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

Kat sana nanti kalau ade yang berminat nak beli bolehlah datang ke butik kilang mereka...
Nak jadi agen jualan, dropship Jubah Lelaki Moden pun boleh tau....
Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016
 Psst... Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50% tau...
Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Bersempena Aidilfitri yang bakal menyusul nanti Jubah Lelaki Moden berkoloborasi dengan Hafidz Roshdi dalam mempromosikan dan memperagakan koleksi jubah mereka tau...

Hafidz 1

Dari segi harga pula koleksi jubah dan kurta moden bermula dari RM 109 sehingga RM 229....
Memang berpatutan...
 Terdapat 3 koleksi jubah dan 1 koleksi kurta didatangkan dengan 10 pilihan warna setiap 1 design....
 Jualan bermula pada 1 Jun ni....

Info :

Facebook :
https://www.facebook.com/jubahlelakirizq

Instagram :
https://www.instagram.com/jubahlelakimoden

Jangan lepaskan peluang tau....
Bergayalah korang masa Aidilfitri nanti kan... =D


Bersama Fazren Rafi, pemilik RizQ Design

P/s : Tak lama je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan...

Baca Selanjutnya »

Meriah ke Kejohanan Bowling Kelab Blogger Ben Ashaari dan K.Rogers Butter Cookies??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jumaat yang lepas berlangsungnya Kejohanan Bowling Kelab blogger Ben Ashaari dan K.Rogers Butter Cookies yang bertempat di Ampang Superbowl, Bangi Gateway....
Meriah sangat ke kejohanan bowling tu???



 Gila tak meriah???
Kalau geng #kelabbloggerbenashaari dah berkumpul memang huru hara dibuatnya 1 pusat bowling tu....
Event yang sepatutnya bermula pada pukul 8.30 malam delay sikit ke pukul 9.20 malam camtu....
Lepas pengagihan t-shirt, kami kene amik undian nak tentukan kumpulan..
AJ dapat geng "Gagak Hitam" dengan Hafiz Rahim, Lyssa Faizureen dan Mkhai....
Kerlazzzz nama team tau... Hahahahhaahha....



Kami semua main 3 game....
Kat situ macam-macam ragam yang keluar, mak bapak budak pun dah mengalahkan bebudak!
Hahahahhahaha....
Ohhhh! Terima kasih buat K.Rogers Butter Cookies selaku penaja utama yang menaja Kejohanan Bowling Kelab Blogger Ben Ashaari ni...
Sambil berentap, sambil makan biskut barulah bertenaga kan....







Semasa kejohanan bowling tu kumpulan AJ tak memang pun... Kami menang sorak je kot....
Tahniah buat kumpulan Panda yang berjaya mengumpul markah tertinggi...
Mane aci team diorang ade kak Mas, dia power woooo... Hihihihi......

AJ pun menang jugak tauuuu....
Tak sangka pulak boleh jadi pemain kedua terbaik kategori perempuan....
Dapat biskut limited edition okay...
Jangan jeles tau... Hihiiihiihi....
 

 
Okay meh nak cite sikit pasal penaja kita ni....
 K.Roger's Butter Cookies diperbuat daripada 100% pure butter dengan kualiti premium...
 
Didatangkan dengan 4 perisa iaitu Almond & Cocoa Chips, Blueberry, Rasberry & Almond Chips dan Cornflakes & Cereal...



  Ianya takde kat kedai-kedai biasa dan hanya boleh dibeli secara online dan agen berhampiran..
Sekarang ni ade promosi istimewa sehingga 8.5.2016...

Beli 4 tin dengan harga RM100 sahaja. Penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia.

Hubungi 014-3348803 untuk pembelian atau sebarang pertanyaan...  


 Nak cuba? Sedap Sekali Ngap!!!
Memang sedap-sedap biskut dia tau...
Baru bukak, sekejap je dah licin....

 P/s : Sayang pulak nak makan biskut limited edition dia tu... =D


Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Lahir Mak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 25 April 2016 genap usia Mak 63 tahun....
Alhamdulillah....
Adik nak ucap selamat hari lahir buat Mak, semoga sentiasa panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan...



Sempena birthday Mak ni, AJ dan adik beradik plan cuti-cuti kat Melaka last weekend...
Memang enjoy abis! Nanti AJ cerita pasal short vacay tu....
Nasib plan masih berjalan walaupun ade tragedi sikit sebelum pegi tu....

Apapun Selamat Hari Lahir Mak....
I love youuuuuuu.......

P/s : Sesekali family bonding....
Meriah!

Baca Selanjutnya »

Bersantai di Pretz n Beanz @ Jalan Telawi 2, Bangsar



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pretz n Beanz nama yang tak asing lagi dalam senarai F&B outlet kat Lembah Klang ni...
AJ selalu dengar kawan-kawan duk cerita pasal cafe ni tapi belum berkesempatan lagi nak jenguk....
Baru ni AJ dengan beberapa orang geng #kelabbloggerbenashaari bersantai sambil menjamu selera kat outlet terbaru Pretz n Beanz yang terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar.



Outlet ni baru dilancarkan lebih kurang 2 minggu yang lepas... Masih fresh lagi tau...
Kalau korang biase dengan area Bangsar senang je nak cari cafe ni...
Terletak berdekatan dengan Maybank dan McDonalds je...
Nak lagi senang? Betul-betul berhadapan dengan La Bodega... =D

Nak bersantai sambil makan, AJ sarankan korang ke sini...
Kenapa?
Dekorasi dalam cafe ini sendiri memang cukup santai.....
Ruangnya yang luas dengan hiasan yang cukup simple buat rasa selesa.... =D




 

Dari segi makanan pulak, Pretz n Beanz bukan hanya menyediakan Pretzel semata-mata tapi mereka mengolah pretzel tu jadi hidangan lain pulak...
Contohnya macam Pretzel Pizza ni... Doh pizza tu diadun dari Pretzel membuatkan hidangan tu lebih lembut dan sedap....
 


Terdapat beberapa jenis pizza yang boleh korang pilih antaranya 2 jenis pizza yang kami sendiri cuba iaitu :

 Quattro Fromaggi

 
 
Doh pretzel yang dilapisi dengan sos pizza, keju cheddar, keju mozzarella, keju monterey jack, krim keju dan ditambah pula dengan hirisan tomato segar...
Walaupun takde inti apa-apa atas pizza tu, tapi rasa dia memang enak sangat.....
Gila tak best?? Tak tengok pulak berapa jenis keju yang ada atas pizza tu kan??

 Flammkuchen



Haaaa... Walaupun bunyi menunya macam kucing, tapi bukan pizza kucing ye kawan-kawan....
Pizza Flammkuchen ni ialah doh pretzel yang dilapisi dengan sour cream, hirisan bawang kuning keemasan, kepinagn daging dan keju mozarella....

Rasa? Memang empuk dan sedap!

Selain 2 jenis pizza ni korang boleh cuba pelbagai lagi pizza sepertio Al-Funghi, Prociutto E Funghi, Ala Caprese dan sebagainya...

Kalau terasa nak breakfast kat sini, jangan risauuu...
Hidangan sarapan pagi juga ade disediakan seperti Champignon Baked Egg ni...
Penggemar cendawan mesti suka sebab ianya dihasilkan dari egg baked bersama tomato, cendawan dan keju mozzarella dihidangkan dengan pretzel....
Juga kami dihidangkan dengan Continental Breakfast yang terdiri daripada roti bakar, omelette, sosej, chicken ham, hash browns dan mushroom...

Champignon Baked Egg
Continental Breakfast

Pasta juga boleh didapati di Pretz n Beanz ni antaranya Grilled Fish With Creamy Sauce..
AJ jamin yang korang takkan dapat pasta yang lemak berkrim macam kat sini di tempat lain.....
Masuk je dalam mulut terus terasa likatnya berkrim sos pasta tu....
 Kalau korang dah lapar sangat pilihlah menu ni, memang kenyang weh....

Grilled Fish With Creamy Sauce
Bile dah makan sedap-sedap mestilah kene ade air minuman yang best dan pencuci mulut kan??
Di Pretz n Beanz terdapat pelbagai jenis jus, ice blended, smoothie, milkshake dan juga kopi yang dikisar hanya apabila diorder oleh pelanggan....
Pilihan AJ?
Dah tentu Ice Blended Green Tea with Topping Cream!
Penggemar green tea sure tau green tea ni paling susah nak maintain rasa dia...
tapi kat sini green tea dia memang dalam kategori terbaik....
Rasa dia memang diadun sempurna, terasa pahit manis green tea tu okay...



Lepas tu pulak bab pencuci mulut diorang ade kek dan pastri yang lazat...
AJ cuba Volcano Chocolate Cake with Ice Cream...
Perghhhhhh... Melting gile bile kombinasi ice cream dengan coklat tu masuk dalam mulut okay!



AJ juga sempat rasa rainbow cake, black sesame mille crepe dan blueberry cheese cake....
Sweet tooth? Come over here! I'm guarantee craving satisfied punya....




Ni ada lagi 1 AJ nak bagitau...
Bab makan ni memang Melayu Muslim ni titikberatkan soal HALAL kan?
Jangan risau, Pretz n Beanz ni menyediakan hidangan yang halal dalam setiap ingredient makanan mereka...
Malahan diorang ade kilang pembuatan makanan sendiri yang terletak di Taman Medan dan merupakan salah 1 pengedar untuk MAB...

Kalau korang nak rasa sendiri hidangan di Pretz n Beanz @ Jalan Telawi 2, Bangsar kunjungi / lawati

Alamat : 
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur.


Tel : 03-22019026  
Facebook :
https://www.facebook.com/pretznbeanz
 
Email :
pretznbeanz@pretznbeanz.com


 P/s : Kenyang perut, hati senang!

Baca Selanjutnya »