Hari Keempat | 3 November 2015
Hari terakhir sepanjang 4 hari 3 malam bersama team #TSDayOut Special...
Seriously rasa tak puas sangat menjelajah bumi Sarawak ni....
Banyak khazanah dan tempat menarik di Sarawak yang belum sempat kami jelajahi....
Aktiviti hari keempat ni pun agak mencabar...
Kami dibawa menerokai 2 buah gua iaitu Gua Fairy dan Gua Angin....
Kedua-dua buah ini terletak agak berdekatan antara 1 sama lain...
Gua Fairy ada ceritanya yang tersendiri....
Dikatakan bahawa pada ketika dahulu ianya merupakan sebuag perkampungan....
Perkampungan ini telah disumpah oleh seorang tua yang miskin kerana orang-orang kampung memandang hina akan kedudukannya.....
Pada suatu hari seorang tua tersebut memakaikan seekor kucing baju dan orang kampung mentertawakan kucing tersebut... Akibat sumpahan, 1 perkampungan termasuk penduduknya telah menjadi batu.... Kalau dilihat dari rupa bentuk batu gua tu, korang sendiri boleh nampak ade yang menyerupai susuk tubuh manusia...
Gua Angin pula dinamakan gua angin kerana laluan angin keluar masuk dikedua-dua buah jalan masuk ke gua ini...
Kalau nak meroka gua angin, korang kene bawak lampu suluh tau...
Keadaan dalam gua tu memang gelap...
Ianya juga merupakan sarang kelawar.... Banyak gila kelawar disekitar dinding gua tu...
Oh ya, kalau tak bawak lampu suluh korang boleh sewa lampu suluh di pintu masuk.... =D
Antara dua gua ni kan, Gua Fairy la agak mencabar sikit...
Sebab nak masuk gua ni korang kene mendaki tangga naik ke atas...
Fuhhhh... semput jugak nak sampai ke atas tu.... Huhuuhu...
Selepas meneroka gua ini, kami dibawa makan tengah hari di Tandoori Palace di Kuching waterfront...
Pihak tourism juga telah membuat keputusan untuk membawa kami ke City Tour....
Sepatutnya City tour ni dijalankan pada hari kedua... Tapi disebabkan masalah denagn flight, kami tak dapat pegi....
Masa city tour kami dibawa ke muzium dan membeli kek lapis...
Hujan yang turun buat kami tak dapat nak amik masa yang lama...
Takpelah, kami tetap berpuas hati....
Dan usai membeli kek lapis, tibalah masa untuk meninggalkan bumi Kuching...
Alahaiii... rasa tak nak balik pulak....
So tamatlah sudah penjelajahan kami dengan #TSDayOut special...
Dikesempatan ini AJ nak ucapkan terima kasih buat Tourism Selangor dan Sarawak Tourism Board atas layanan selama 4 hari 3 malam....
Penat kan nak layan karenah kitorang??? Hehehhehe....
Terima kasih juga buat para penaja seperti AirAsia, Hotel Empire Subang dan banyak lagi...
AJ harap dapat join lagi TS Day Out pada masa akan datang.....
Lagi entri #TSDayOutSpecial :#TSDayOut | Hari Pertama : Klang Heritage Walk#TSDayOut | Hari Kedua : Kuching Aku Datang!!!!#TSDayOut | Hari Ketiga : OrangUtan Semenggoh dan Aktiviti Kayak Semadang
P/s : Dah tamat cuti.....