ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Awas! Entri banyak gambar! Hehehhhehehe...
Sabtu 13 Jun Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 atau lebih dikenali sebagai #SBBYeos2015 telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 orang blogger bukan sahaja dari Malaysia, malahan dari negara jiran Indonesia....
SBBYeos2015 merupakan kali ke-4 dianjurkan dan mungkin merupakan kali terakhir..... =(
AJ sendiri dah 2 tahun berpeluang join SBB... =D
SBB tahun ini menampilkan kelainan dari tahun-tahun sebelumnya yang biasanya diadakan di tempat yang tertutup..
Tahun ni SBB pertama kali anjurkan di tempat terbuka dengan aktiviti outdoor iaitu Treasure Hunt pada sesi pertama....
Memang fun dan menguji minda sungguh aktiviti Treasure Hunt ni...
Kene turun naik bukit tu yang tak tahan tu....
Nasib baik stamina AJ masih fit lagi walaupun dah kurang buat aktiviti-aktiviti lasak ni.....
Dan gara-gara task pertama, wall climbing terus lekat nama "CICAKGIRL"... Kahkahkah....
Senaman pagi dulu.....
Kumpulan 10 : The Ten katanyaa.... =D
Dari kiri : Aten, Nyna, AJ, Izzuddin (back), Reezluv, Jamar (back), Amir Nawawi, Encik Titan
Pada sesi kedua pada sebelah petang, 3 orang panel dijemput untuk berkongsi ilmu berblog...
Antaranya Tuan Aqif Azizan, pakar copywriter yang berkongsi mengenai kelebihan outbound blog...
Iaitu strategi untuk membentuk, memperkukuhkan blog dan menjual dengan harga mencecah ribuan atau ratusan USD...
Suatu perkongsian yang hebat!
Panel kedua Saudari Anazkia dari Indonesia yang berkongsi mengenai blog beliau yang banyak berkisar mengenai tenaga kerja antara pembantu rumah dan majikan...
Untuk pengetahuan, saudari Anazkia penah menjadi pembantu rumah...
Dari karya menulisan beliau, sedikit sebanyak persepsi masyarakat antara pembantu rumah dan majikan banyak dikupas.... Dan banyak mengubah pendapat orang ramai....
Dan panel ketiga Tuan Masrukhin dari eQurban memceritakan pengalamannya mengembara ke China selama 46 hari bersama anak lelakinya....
Suatu kembara hebat dan pengalaman yang berharga buat mereka.....
Mendengar kisah pengembaraan beliau membuatkan AJ sendiri rase nak mengembara dan timba pengalaman dari negara orang....
Selepas itu berlangsungnya Majlis Pelancaran Jam Tawaf Denaihati yang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Yani dari wakil dari Kumpulan Karangkraf...
Untuk cabutan bertuah pula, AJ macam biasalah... Jarang bertuah... Hahhahaha...
kat SBB aritu 1 pun tak mengena... Takpe, bukan rezeki kan...... =D
Tahniah diucapkan buat blogger-blogger yang menang lucky Draw antaranya
Halim Brother yang memenangi hadiah utama Iphone 6 64GB... Untunglahhhhh..... =D
Dan juga kak
Rokiah yang menangi Samsung Note Edge....
Untuk Treasure Hunt pula group AJ iaitu group 10 hanya mendapat saguhati...
Tak cukup power lagi nampaknya... Hehehehhee....
Tahniah buat kumpulan yang menang iaitu tempat pertama wang tunai RM3000,
tempat kedua RM1200 dan tempat ketiga RM800....
Yang ni AJ tak join... Bakat pun takda....
Jangan lupa ajak AJ selfie pakai Go Pro Hero 4 korang tu ye! WAJIB! =P
Lebih kurang 5 petang Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 melabuhkan tirainya....
Jauh kat sudut hati ni kan, AJ berharap ini bukanlah yang terakhir...
Bukan apa, kat sinilah salah 1 platform untuk sesama blogger saling berjumpa selain dari alam maya dan mengembangkan network...
Sekalung tahniah buat Team Denaihati Network...
Sebelum AJ tamatkan entri #SBBYeos2015 ni, jom kita layan dulu gambar-gambar semasa acara berlangsung...
Jom tengok gambar yang sempat AJ snap...
Antara blogger-blogger yang AJ sempat selfie....
Group 10 yang havoc!
Tak cukup lagi?
Meh tengok gambar dari kawan-kawan lain pulak....
Kredit gambar kepada
Acul dan juga rakan-rakan
group 10... =D
Thanks korang sudi kongsikan gambar...
Gambar dari kamera Acul...
Sebahagian gambar yang dikongsi oleh ahli Kumpulan 10
Suatu memori yang berharga...
Sayonara Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos...
P/s : Hilang lemak 5kg gara-gara Treasure Hunt...
Siap ngan pakej demam selsema la balik tu....
Sampai ke hari ni, sakit tekak ngan selsema tak hilang lagi..... Hehehhehehe....