Giveaway Ephyra Skin Bar di Mialiana.com


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Dah lama AJ tak join Giveaway....
So malam ni AJ nak join giveaway dari Kak Mia ni......
Harap-harap adelah rezeki AJ kan..... =D

 

Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....



WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!\'a0
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan "blackheads" di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak ) 



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam

  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.

  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.

  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.

  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.

  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus

  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.

  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance

  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.

  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.

  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain  )

  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.

  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.

  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat mild dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.

  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.

  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.

  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.

  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.

  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)


Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? AyueJean (AJ)
Umur pengguna? 28 tahun
Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan) Perempuan
Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif) Kombinasi

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
AJ memiliki kulit yang agak kusam serta tona kulit tidak sekata di kawasan sekitar pipi... Kulit juga kering dan sering menggelupas..
Kulit AJ juga agak sensitif dan senang ditumbuhi jerawat dan mudah berparut...

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak) Ya

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Baca Selanjutnya »

Mood Holiday Tamat....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Officially dah tamatlah mood holiday AJ...
Dah 2 hari pun kembali bekerja....
Agak busy sebab follow up balik keje yang ditinggalkan....
Siapkan mana yang ofismate tak sempat backup tu....
Dan mulakan kembali rutin harian di tempat kerja....



Tapi macam biaselah bila dah syok-syok holiday, first few days masuk keje lemaulah cita dia...
Rasa malas nak buat keje tu memang tinggilah tahapnya kannnnn....
Dah namanya pun keje, nak taknak 2 hari ni tetap AJ gagahkan jugak buat keje walau fikiran masih kat Pangkor... Hahahhahaha....

Tempoh cuti AJ takdelah lama mana pun....
4 hari 3 malam je....
Cuaca kat Pangkor pulak panas terik, lepas tu petang-petang hujan.....
Kitorang pun takde kemana sangat sepanjang 4 hari tu.....
Kate pegi cuti nak relax kan... memang relax sungguhlah....
Hari pertama sampai takde buat ape sangat.... Agak letih masa sampai tu...
Hari kedua pulak buat aktiviti Island Hopping dan snorkeling.....
Hari ketiga lepak-lepak pantai dan pusing-pusing pulau dalam hujan.... Hehehheheh....
Hari keempat pulak duduk berendam dalam swimming pool dan bersiap untuk balik KL....

Tapi sebelum balik Kl tu, kitorang menyinggah kat kawasan sekitar Perak.....
Antaranya Kellie's Castle, Gua Tempurung dan patah balik ke Menara Condong Teluk Intan....
Memang enjoy dan agak memenatkan percutian AJ ni...
Alhamdulillah walaupun masa bercuti tu AJ demam on/off tapi takdelah teruk sampai kene masuk hospital macam cuti 2 tahun lepas... Hehehehehhe....

So next entri AJ akan ceritakan pasal holiday AJ ye......
Ini bagi panas-panaskan jari menaip je...
Al-maklum berhari-hari kot AJ lupakan blog sekejap.... =D


Penangan holiday!

P/s : Kulit dah macam orang lain dah...
Sunburn teruk + jerawat naik bagai diternak-ternak dan kulit dah mula menggelupas teruk..... =(

Baca Selanjutnya »

Holiday!!!! Woohooooo......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Saat yang dinantikan telah tiba....
It's holiday!!!!


Destinasi pilihan untuk cuti kali ni Pulau Pangkor...
AJ pegi 9 orang...
Sekarang kan musim cuti... So kawan AJ nak bawak anak-anak bercuti....
Diangkutnya kitorang sekali.... Hehehehehe....

Actually dah 2 ari AJ kat sini...
Tapi disebabkan access internet agak limited, AJ tak berapa nak update la.....
Lepas tu pulak bile kat sini memang henpon jarang ade dalam tangan...
Kate holiday... Memang segalanya holiday lah...
Nanti AJ story A to Z pasal holiday ni okay.....

Ni pun quick update je ni....
AJ tengah melepak kat lobby.... Hehehehhehehe....
 Okaylah... Gtg.... Kang kalau ade masa AJ update lagi tau.....

P/s : Duduk sini memang relax.....
Tapi baru 2 hari warna kulit dah bertukar...
Whahahahahah....


Baca Selanjutnya »

Tajuk Entri Menimbulkan FITNAH...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Tadi masa duk scroll timeline fb, ternampak ade orang share 1 artikel dari blog ni...
Tak perasan pulak AJ blog mana dan siapa pemiliknya....
Tapi ape yang menyentap AJ tulis entri ni, sebab tajuk entri tu.....
Tersentap kot AJ baca.....
Tajuknya... "Mizz Nina Mengandung Anak Siapa??"

Astagfirullah al adzim....
Memang takde keje sungguhlah penulis entri tu....
Sedar tak tajuk je dah mengundang fitnah...???
Semua orang tau, Mizz Nina dah lame bernikah dengan Noh Hujan....
Tetibe ade yang keluarkan entri macam tu.....
Ko tak rase ke at the 1st place bile orang baca tajuk je, fikiran mereka confirm dah fikir bukan-bukan??
Kesian Mizz Nina... Tak pasal tajuk entri tersebut dah timbulkan FITNAH pada dia.....
Ape pulak perasaan keluarga dan kawan-kawan dia kalau terbaca tajuk entri gitu??

AJ tak pasti ape kandungan entri tersebut....
Baca tajuk dia je dah buat AJ tak hingin nak membaca.....
Bile baca komen, ramai yang bash admin tu....
Tolonglah ek... Kalau ye nak trafik sekalipun, buatlah cara yang lebih BERSIH....
Bukannya cara MENGUNDANG FITNAH macam ni....
Pada AJ tak dapat trafik banyak pun takpe dari dapat trafik dengan cara tak berhemah...

Jangan sebab blogger begini, tak pasal-pasal orang cakap semua blogger ni penyumbang fitnah terbesar alam maya....
Kesian blogger-blogger lain yang gunakan medium berblog ke arah kebaikan...
Secara tak langsung terpalit sama......

P/s : Kurang gemar bercerita pasal artis...


Baca Selanjutnya »

Senarai Barangan Yang Perlu Dibawa Kala Percutian...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mood cuti dah tiba!!!!
Tak kisahlah bercuti dalam negara atau luar negara....
Jauh beribu batu atau sekangkang kera.....
Barang-barang penjagaan diri, perhiasan mesti kene bawak kan.....
Tak lengkap kot bercuti kalau ade terlupa bawak sesuatu....
Dah tak pasal bajet percutian tu, terpaksa dikeluarkan sikit untuk beli barang yang kita tinggal tu...


Berikut merupakan senarai barang yang perlu dibawa kala percutian...
(Versi cuti AJ)

1. Pakaian yang mencukupi
Kala bercuti, bawaklah bekalan pakaian yang mencukupi...
Janganlah cuti 2-3 hari, packing baju macam sebulan...
Begitu jugak sebaliknya.....
Tapi kekadang ade jugak sesekali terover bawak baju... Hahahhahha.....
Make sure bawak baju yang sesuai dengan tempat percutian.....
Takkan la cuti tepi pantai, bawak winter coat berpasang-pasang pulak... =P

2. Barangan keperluan peribadi
Mungkin nampak remeh, tapi tanpa barangan-barangan peribadi ni kurang lengkap rasanya perjalanan kita....
Yelah takkan setiap kali cuti, semua kene beli di kawasan percutian...
Buatnya produk yang sesuai dengan kita tu takde kat tempat percutian kita tu, tak ke haru nak mencari?
Kalau AJ sendiri, baik bawak dari rumah je... Takpelah beg berat sikit....
Lagi pulak kulit AJ jenis tak sesuai dengan semua produk.... Produk tertentu je...

3. Sunblock / Krim Tabir Suria
Ini wajib dibawa... Tak kiralah cuti dalam hutan ke, gunung-ganang ke, tepi tasik ke, laut ke...
Perubahan cuaca yang tak menentu ni lagilah kene bawak....
Sekurang-kurangnya kulit tak terlalu terdedah kepada cahaya UV yang berlebihan kan.....
AJ pulak pantang berpanas terik... Kulit immediately terus berbelak, pedih....

4. Aloe Vera Gel
Lepas seharian meneroka dan menikmati percutian, kulit mesti akan terselar dek panahan matahari...
So, lepas membersihkan diri dan kala merehatkan tubuh badan diwaktu malam tu, ape kata sapukan aloe vera gel di kawasan kulit yang duk berjemur siang hari tadi....
Selain menyejukkkan kulit, ianya juga membantu mengurangkan kesan selaran matahari tu....
Lepas tu kalau rajin, AJ akan bawak sekali aloe vera mask untuk muka....
Kalau tak, yang gel tu AJ tadahkan kat muke.... Kihkihkih... =P

5. Alat Solek / Mekap (ikut keperluan)
AJ tanpa peralatan mekap memang tak lengkap walaupun kadang tu takde rase nak bermekap....
Tapi berpada-padalah ye...
Cukup sekadar bedak padat, mascara, pemerah pipi dan lipgloss..
Jangan pulak duk angkut barangan mekap macam nak pegi show.....
Mekap senipis (nude make up) mungkin paling sesuai kala bercuti....
(Hakikatnya ade jugak selit-selit yang tak perlu contohnya lipstick merah mak ngah, eyeshadow bagai.. =P)

6. Kaca Mata dan Topi
Kaca mata itu adalah aksesori wajib bagi seorang AJ....
Bile bercuti, AJ akan pastikan bawa sekurang-kurangnya sepasang kaca mata.....
Kalau topi pulak, AJ ikut tempatlah...
Takdelah 24 jam bertopi kan..... Tapi kalau tepi pantai, harusssss bawa topi cam Fazura dalam filem pisau cukur ok.... =P

7. Kasut dan Sepatu 
AJ selalunya pakai jelly shoes je nak kemana-mana..
Macam tu jugak kalau bercuti....
AJ akan pakai siap-siap kasut jelly tu dari rumah dan bawak selipar extra...
Bukan 24 jam nak berkasut... Kaki pun nak bebas berlitup jugak sesekali tu....

8. Tuala Mandi
Ini penting! Ramai yang selalu lupa bawak tuala masa bercuti... AJ terkategori sekali la..
Semuanya bajet tuala disediakan di tempat penginapan...
Tapi itu ketika menginap kat hotel... Kalau tak? Nak pakai tuala ape.....
Macam AJ selalu cuti beramai-ramai dengan kengkawan....
So tuala tu macam limited walau disediakan...
So lebih elok bawak sendiri punya kan..... =D


Ape lagi ek....???
Rasenye ini je la yang perlu diusung dan diangkut kala percutian....

P/s : Tik tok tik tok....
Less than a week yowww!
Yeayyy!!! My vacay just around the corner =D


Baca Selanjutnya »