Dating Dengan Blogger


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seminggu lebih peram cerita ni oii..... Heheheheh.....
Ahad, 30 Mac lepas AJ luangkan mase dating dengan 2 orang blogger ni iaitu Yanty Lee dan Ika Pukpuk...
Dah lame kami ni plan nak dating, tapi asik tertunda je..
Al-maklumlah, sorang Utara, sorang Selatan...
Yang AJ pulak tengah-tengah.....
Kebetulan pulak Ahad tu si Ika turun KL, dah terlanjur tu plan jumpe sekali la kan.... =D

Memula kitorang plan nak jumpe kat Mid Valley je..
Entah macam mane tetibe tersesat ke KLCC pulak... Hehhheheh...
Itupun last minit hasil bincang-bincang kat Whatsapp..... =P
Finally dapat jugak jumpe secara trio....
Ade jugak jumpe sebelum ni, tapi selalunya mesti salah sorang takde.....

Riuh kejap bile budak bertiga ni jumpe wa baq ang.....
Gossip-gossip, makan-makan dan secara tak sengaja TER shopping.....
TER tau, so memang tak sengajalah.......  =P
Macam-macam cerita, macam-macam khabar yang kami kongsi....

Alhamdulillah, terima kasih dunia maya kerana mempertemukan kami......
AJ harap ukhwah yang terjalin berkekalan.... =D


P/s : Ramai dah rakan alam maya yang dah jadi rakan alam nyata dengan AJ.....
Semuanya hasil hubungan melalui dunia blog....


Baca Selanjutnya »

Kejohanan Sukan Paintball Dibatalkan??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Pagi ni AJ terbaca berita yang Kejohanan Paintball yang sepatutnya berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka dibatalkan kerana dikatakan menyalahi Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.....

Seriously, masa baca berita tu AJ terkedu sekejap.....
Sukan Paintball ni dah lama bertapak kat Malaysia ni.....
AJ sendiri pun dari tahun 2006 dah berkecimpung dalam industri sukan Paintball ni sebagai operation crew dan pemain....
Walaupun dah 4 tahun tak join mana-mana tournament, AJ still ikut perkembangan dunia sukan Paintball ni...
Yelah, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat bermain.....
Dunia paintball dan AJ ni dah sebati.....
Paintball penah jadi sumber rezeki utama AJ kot.....

Tapi berita pagi ni buat AJ rase agak marah jugaklah......
Ini bukan kali pertama paintball ni dibuat kat Dataran Pahlawan.....
Dah bertahun-tahun pun....
Lepas tu kenapa dibatalkan bile barang dah transit, padang dah setup semua?
Kalau tak bagi buat kejohanan tu, bagitau je la awal-awal kan?
Lagipun nak anjurkan kejohanan tu confirmlah dah ikut prosedur semua kan?
Kesian kot..... Duit, tenaga nak buat keje tu semua sia-sia je.....
AJ faham macam mane perasaan penganjur dan peserta kejohanan......
Dahlah datang dari seluruh pelusuk negeri, tetibe bila dah sampai, dah ready nak bertarung kejohanan dibatalkan.......
Memang frust lah... Malahan lagi frust daripada kalah mase bertanding......

Mungkin ade salah faham yang berlaku menyebabkan kejohanan ini perlu dibatalkan.....
Apapun tunggu hasil perbincangan persatuan dengan pihak berwajib dulu....
AJ harap Sukan Paintball di Malaysia ni masih boleh diselamatkan.....
Paintball adalah sukan, jangan bunuh sukan paintball di Malaysia.......
Kepada rakan-rakan dari persatuan paintball, AJ doakan kejayaan kalian dalam menyelamatkan industri sukan Paintball kita.....

Sumber : Harian Metro Online

Antara kenangan AJ dalam dunia sukan paintball....


Sedar tak sedar 9 tahun dah AJ di dalam dan mengikuti perkembangan industri sukan paintball ni...

P/s : Kalau orang nak buat jenayah, pakai ape pun jadikan....
#JusySaying
Selamatkan Industri Sukan Paintball Malaysia....

Baca Selanjutnya »

WW #53 : Lipas Terbang!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Tersengih AJ bila Mr.JR duk tag kat gambar ni.....
AJ memang lemah kalau dengan menatang bernama lipas ni...
Nak pulak lipas terbang...
Memang lari tak cukup tanah wooo........

P/s : GELI!

Baca Selanjutnya »

Hai APRIL!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini dah masuk suku kedua tahun 2014...
Hai APRIL!



Nampaknya awal April ni tak bermula dengan baik..
Pagi tadi AJ dah buat error dengan sistem baru......
Dahlah sistem tu memang tak user friendly....
Kesian team leader AJ kene solved kan masalah AJ tu......
Sorryyyyyyyyy...... =(
Lepas tu kan, berduyun-duyun pulak error jadinya.... Aiyokkk AJ.... Tak tau.....
Nasib baik arini tak jadi meeting.....
Kalau tak habislah AJ kene bash.... =P

Oh ya, hujung minggu lepas AJ busy dating dengan 2 orang adik blogger..
Nanti AJ story ye..
Tak berkesempatan pulak nak story morry........
Ni pun AJ curik masa sikit.... Sementara nak tunggu 5.30 petang.....
Tapi kejap lagi tetap tak boleh balik...
Hujan lebat selebat lebatnya.....
Alhamdulillah.... Hujan rahmat....
Harapnya tak lamalah hujannnya tu..... AJ balik naik motor kot.....
Huhuhuuhuuh...

Okaylah, nak sambung buat keje sikit...
Bubbye!!!!

P/s : April, harapnya awak buat baik  kat saya ye....... =D


Baca Selanjutnya »

Belasungkawa : Datuk Ali Mamak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam industri seni tanah air dikejutkan dengan berita kematian Datuk Ali Mamak yang merupakan pelawak terkenal sekitar era 80an...
Antara sitkom beliau yang paling diingati adalah Santan Berlada....
Masa zaman tu AJ kecik lagi.... 
Dan beliau juga seorang penyanyi....
Antara lagu dia yang AJ suka dan AJ masih dengar sampai ke hari ni, lagu Apa Dah Jadi dengan pelawak Abon.... Siap save kat PC ofis dengan pendrive lagi tau....

Gambar kenangan dengan Allahyarham....
Sempat dia berseloroh masa kitorang suruh dia berdiri tengah-tengah : "mentang-mentang aku hitam, korang suruh berdiri kat tengah ye.."

Beliau disahkan meninggal dunia jam 4.20 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat kanser tahap kedua....
Berita kematiannya mengejutkan ramai pihak termasuklah AJ....
Takde pulak dengar desas desus mengenai sakit beliau....

Allahyarham merupakan anak kelahiran  Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka...
Sudah berkecimpung dalam bidang seni selama lebih kurang 25 tahun dan dianugerahkan gelaran Darjah Seni Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk..

Allahyarham telah selamat dikebumikan sebelum Zohor semalam di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Selangor...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham...
Semoga beliau ditempatkan dikalangan insan beriman.....

P/s : Penah beberapa kali jumpa, tak penah lokek dengan senyuman dan selalu buat AJ tak kering gusi dengan ayat spontannya....
Al-Fatihah Datuk Ali Mamak (1951-2014)


Baca Selanjutnya »