ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Minggu ni je dah 2 kes denggi terjadi kat orang-orang yang AJ kenal....
1st, tunang kepada abang Mr.JR.. Lilian..
Lepas tu semalam pulak kawan Mr.JR, Malik aka Mok pulak admitted gara-gara denggi.....
Alamak.. Takut pulak AJ dengar..
Tambahan pulak AJ pun tengah demam on off ni..
Kejap panas, kejap sejuk.....
Kalau dalam few days lagi tak okay, AJ pegi chech darah kat hospital terus.....
Apa itu Demam Denggi?
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda-tanda Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
Rasa pahit pada lidah
Lemah dan tidak bermaya
Cara-cara pencegahan Demam Denggi
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi.
Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
Sumber : Wikipedia
Bahaya kan demam denggi ni...
So kalau korang ade rase tak sihat, demam berterusan ke, cepat-cepat dapatkan rawatan okay.....
P/s : Ofis ni air cond sikit punya kuat...
Sakit urat!