ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Tajuk entri macam tajuk lagu gitu...... Heheheheheh... =D
Alhamdulillah...... Terima kasih Ya Allah atas rasa ini......
Mana yang dah lama kenal AJ pasti tahu sifat AJ yang PENDENDAM.....
Yup, AJ memang seorang yang sangat pendendam (susah nak maafkan orang..)......
Bila ada yang cari pasal atau AJ tak berpuas hati dengan dia, senang-senang je AJ nak benci.....
Itulah sifat dan perangai AJ yang susah nak dikikis......
Tapi, semenjak dua menjak ni, Alhamdulillah sangat....
Sedikit demi sedikit, AJ mampu kikis permainan syaitan ni.......
Segala dendam kesumat, perasaan benci terhadap sesiapa AJ cuba buang sedikit demi sedikit....
Hasilnya, hati AJ rasa tenang sangat..... =D
Sebelum ni pun tenanglah jugak... Tapi tak setenang yang AJ rasa sekarang......
Memang agak susah nak buang rasa tu....
Tapi sampai bila nak bermusuh, nak berdendam??
Kita semakin dewasa..... Ajal maut kita tak tau......
Sempena 1434H ni, AJ cuba dan usaha untuk membuang tabiat buruk AJ ni.....
Semoga dipermudahkan Allah s.w.t..... =D
Di kesempatan ni, AJ nak minta maaflah kepada sesiapa yang terasa hati dengan penulisan AJ...
Tak kiralah entri general atau memang ditujukan kepada individu.....
Yelah, tak semua luahan atau pendapat kita diterima kan kan kan???
Tak salah meminta maaf...... =D
Kadang ada yang tersalah tafsir dengan perkataan MAAF lalu menjadikan ia terlalu MAHAL untuk diungkap.........
Meminta maaf bukan bermakna kita KALAH......
Kita selalu tak sedar maaf itu adakalanya KEMENANGAN yang paling besar.....
Cuma EGO yang buat kita tak sedar betapa berharganya sebuah kemaafan..... =D
So sekali lagi, AJ dengan seikhlas hati minta maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terasa hati dengan AJ.....
Dan AJ juga maafkan sesiapa yang pernah buat salah dengan AJ sama ada sedar ataupun tidak....
"Memaafkan bukan bermakna melupakan.........
Ada yang boleh dimaafkan tapi sukar untuk dilupakan......
Tapi biarlah ingatan itu hanyalah untuk dijadikan pengajaran......."
P/s : Bukan ingin menjadi seorang yang "baik"...
Tapi sekadar memperbaiki diri... =D
Baca Selanjutnya »