ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kyut Skin Melancarkan Produk Terbaru dan Showroom Di Wisma Nini Comel
Selasa, 1 Ogos 2023ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kyut Skin Melancarkan Produk Terbaru dan Showroom Di Wisma Nini Comel | Kyut Skin merupakan jenama produk penjagaan kulit terbaru milik Fabulove Sisters Empire yang telah diusahakan oleh dua orang adik beradik dan usahawan muda iaitu Nur Fathini Khalilah dan Nur Fathin Zulaikha.
Sejujurnya, ini merupakan pertama kali kakak mengenali jenama Kyut Skin ini sendiri. Baru-baru ni, kakak berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran produk Kyut Skin dan juga pembukaan rasmi showroom Kyut Skin yang terletak di Wisma Nini Comel, Ampang. Majlis ini berlangsung meriah bertemakan Enchanted dan dihadiri lebih 150 orang tetamu yang terdiri daripada pakar kecantikan, influencer, selebriti tempatan, pihak media dan ramai lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sister Empire, Nur Fathini Khalilah,
Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam prduk keluaran mereka.
Produk Terbaru Keluaran Kyut Skin
Semasa majlis tersebut, Kyut Skin telah memperkenalkan produk Kyut Skin termasuk produk terbaru yang terdiri daripada :
- Sunscreen Stick
- Oil Face Cleansing Sheet
- Glowy Face Mist
- Moist Moisturiser
- Anugerah Keunggulan Peniagaan Bumiputera
- Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider (bagi produk Sunscreen Stick)
- Inovasi penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023
Minyak Zaitun Al'Ard : Premium Palestinian Olive Oil
Isnin, 24 Julai 2023ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Minyak Zaitun Al'Ard : Premium Palestinian Olive Oil | Sekarang ni banyak sangat minyak zaitun yang ada dalam pasaran kan? Minyak zaitun ni ada pelbagai jenis tau, kakak sendiri pun kadangkala keliru nak pilih yang mana satu. Tapi tu la, nak pilih ni bukan senang sebab kalau salah pilih, takut terpilih minyak zaitun yang fake tau! Ini yang kakak paling seram sekali. Tapi baru-baru ni kakak diperkenalkan dengan minyak zaitun Al'Ard yang premium dan organik dari bumi Palestin yang diyakini terbaik.
PALESTINE yang dikenali sebagai “THE HOME OF THE ANCIENT OLIVE TREE” adalah tempat asal Allah SWT lahirkan pokok zaitun di bumi ini.
FIRST HARVEST Premium Organic Extra Virgin Olive Oil
Kelebihan utama minyak zaitun berkualiti tinggi dari Bumi Palestin.
- Minyak zaitun terbaik awal musim atau "EARLY HARVEST".
- Minyak zaitun extra virgin adalah dari perahan pertama & cold pressed.
- Pilihan buah zaitun terbaik & diproses pada hari yang sama.
- Mempunyai kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%.
- Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
- Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade.
- Hasil dari ladang zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestin.
- Buah zaitun dari pokok tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestin.
- Menghasilkan minyak dengan kandungan khasiat antioksidan yang lebih tinggi.
- Minyak zaitun diproses dan dibotolkan mengikut "Standard & Piawaian International Olive Oil Council."
Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours!
Isnin, 26 Jun 2023ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours! | Baru-baru ni kakak ke Hatyai dan Songkhla. Akhirnya bercop juga passport kakak lepas PKP berpanjangan tu. Kiranya trip ni yang pertama kakak keluar dari Malaysia lepas pada PKP tu.
Kalau korang tengok IG story kakak, mesti dapat rasa betapa meriahnya trip tu kan? Memang meriah habis, tambahan pulak pegi dengan kawan-kawan kecoh terus satu bas sepanjang perjalanan.
Kopetro Travel & Tours
4 Hari 2 Malam ke Hatyai dan Songkhla, Thailand dengan Kopetro Travel & Tours
Kami semua bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9 malam menuju ke Kuala Nerang, Kedah. Kenapa Kuala Nerang kan? Selalunya kalau ke Hatyai, mesti akan menuju terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun Padang Besar. Tapi dengan Kopetro Travel & Tours ni kan, kami akan memasuki Thailand melalui CTC Durian Burung yang terletak di Kuala Nerang, Kedah. Kat sini, tak terlalu sesak seperti Bukit Kayu Hitam, tapi perjalanan dia agak sedikit jauh dari kebiasaan.
Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami tiba di Kuala Nerang, Kedah. Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, Thailand, kami singgah solat dan bersihkan diri di Masjid Tengku Sharafuddin sementara menunggu pintu sempadan dibuka. Selepas tu, kami singgah bersarapan di kawasan sekitar dan ambil white card sebelum memasuki sempadan. Kalau korang ke Thailand, white card kemasukan tu memang wajib diisi. Tapi jangan risau sebab sampai kat situ nanti, pihak Kopetro Travel akan uruskan, korang cuma perlu bagi passport dan selepas itu kena pastikan semua data dalam tu betul. Harga yang dikenakan untuk white card ni RM2.
Kat CTC Durian Burung ni, macam kakak cakap tadi tak terlalu sesak. Jadi segala urusan cop passport dan kemasukan ke Thailand tu tersangatlah mudah. Dalam leih kurang 30 minit je dah selesai semuanya. Pintu masuk CTC Durian Burung ni terus menghubungkan daerah Banprakob. Kakak boleh katakan, ni jalan belakang. Kalau ikut Bukit Kayu Hitam tu, kita ikut jalan depan, sebab terus tembus di Danok, seterusnya Hatyai.
Masuk je Thailand, kira dah hari kedua la perjalanan kami menerokai bumi Thailand dengan Kopetro Travel. Masa ni semua dah eksited dan tak sabar nak berjalan-jalan di sekitar Hatyai dan Songkhla. Tanpa berlengah, jom kakak bawak korang tengok tempat-tempat menarik untuk makan-makan dan bershopping kat sana.
Tempat Shopping Menarik di Hatyai dan Songkhla Thailand
ROSECARREE
Rosecarree merupakan sebuah butik tudung dan pakaian muslim di Thailand. Kat sini korang boleh mendapatkan pelbagai jenis tudung, pakaian dan paling femes kat sini ialah kain sutera Thailand yang berkualiti. Kalau korang peminat kain pasang, kat sini banyak design menarik dengan warna-warna yang cantik boleh dipilih. Kalau korang malas nak menempah, baju dah siap pun ada. Tinggal nak bayar dan gayakan je.
RANU KOHYO
Kalau ke Thailand, tak sah kalau tak beli kekacang dan kudap-kudapan. Harga kat sini boleh dikatakan agak murah berbanding kat tempat kita. So dah alang-alang ke Hatyai, kami singgah di Ranu Kohyo yang terkenal sebagai pusat borong makanan seperti kekacang, kerepek dan pelbagai jenis snek. Nak dapatkan mee segera Thailand yang umphhh seperti Mama dan Serda pun ada dijual kat sini tau. Harga yang ditawarkan pun, okay juga la. Average dan lebih kurang macam kat tempat lain di sekitar Hatyai.
Kakak sempat jugalah memborong 3-4 jenis makanan kat sini untuk dibawa pulang. Pistachio tu wajib! Favourite kot, takkan la tak beli. Heheheheheh.
NORA PLAZA
Kat sini pula terkenal dengan pelbagai produk yang diperbuat daripada kulit. Nak handbag kulit buaya, kulit pari semuanya ada disini. Selain tu korang boleh dapatkan pelbagai produk kraftangan dan juga cenderahati dengan harga yang berbaloi. Bolehlah beli untuk kengkawan dan sanak saudara kan?
Kat sini kakak memang rambang mata ye, semua benda nampak menarik. Tersambarlah juga satu handbag buatan tangan. Harganya lebih kurang RM50 je wehhh! Murah gila! So kalau tak beli time tu rugilah kan? Lagi satu, kakak kau ni kalau bab shopping, mana boleh elak! Hahahahhah.
ASEAN NIGHT BAZAAR
Tempat ni sememangnya terkenal di kalangan pengunjung. Kat sini macam ala-ala uptown sikit la. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian, produk kecantikan, cenderamata dan juga produk makanan. Kat sini ada 2 tingkat, kalau korang nak beli pakaian dan sebagainya, kat tingkat 1 la. Kalau korang nak cari makan, naik je kat tingkat 2 tu. Banyak juga pilihan makan Thai Street Food yang boleh korang cuba.
Kat sini, kalau korang pandai tawar-menawar kan, bolehlah dapat harga yang murah! Pandai-pandailah bodek-bodek sikit peniaga kat situ, sure dapat baju atau seluar idaman korang dengan harga yang berpatutan. Kakak tawar-tawar aritu, dapatlah diskaun beberapa Baht. Jadilah pada takde kan kan kan?
Lagi 1 kan, kalau korang nak makan udang bakar besar-besar tu, boleh makan kat sini je. Harga dia murah sedikit pada tempat lain. Dalam 100 Baht je dah boleh dapat sepinggan udang tu.
LEE GARDEN NIGHT MARKET
Kat sini pun memang terkenl di kalangan pengunjung. Korang boleh dapatkan juga pakaian, makanan yang best-best dan sebagainya. Lee Gardens Night Market ni terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, so memang senang nak berjalan kat sini. Confirm tak sesat! Cumanya korang akan sesat dalam 7 eleven, Watsons ataupun tempat urut kaki la! Hahahahaha.
BIG BEE FARM
Punyalah banyak kali kakak ke Hatyai, baru tau ada tempat yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah ni. Kat sini memang menarik, selain boleh bergambar di spot-spot menarik, korang boleh dapatkan pelbagai informasi mengenai madu lebah.
Selain tu juga, korang boleh mendapatkan produk makanan berasaskan madu dan juga produk kecantikan yang diperbuat dari madu. Kakak kau, memang obses sikit dengan produk kecantikan ada kandungan madu lebah. Makanya sempatlah, sambar body wash ngan lotion kat sini. Kalau korang nak beli skincare pun ada juga tau.
Tempat Makan Best di Hatyai dan Songkhla Thailand
RUSDEE BOAT NOODLE
Kalau sebut Thailand je, mesti terbayang-bayang hidangan Boat Noodle kan? Ni kakak nak share sikit tempat makan yang ada boat noodle best iaitu Rusdee Boat noodle. Kat sini terdapat pelbagai pilihan boat noodle seperti daging, ayam, meatball dan sebagainya.
Masa kat sini, kakak order boat noodle dengan daging. Rasa dia memang sedap, kuah pekat dan terasa setiap rempahnya. Condiment dia pula free je, korang boleh minta tambahan sayur seperti Thai basil leave dengan taugeh tu banyak mana pun. Kakak siap minta extra sayur lagi tau! Hahahahah. Harga pun boleh tahan, taklah mahal pun. Kakak makan dalam RM12 je termasuk air.
KHLONGHAE SEAFOOD HALAL BUFFET
Kat mana lagi nak dapat seafood buffet yang murah kalau bukan di Khlonghae Halal Seafood Buffet? Dengan hanya 299 Baht seorang, korang boleh makan banyak mana pun seafood. Pilihan hidangan dia memang banyak gila. Dengan udang segar, ikan siakap besar-besar, kerang dan kepah pun elok-elok memang tersangatlah berbaloi!
Selain tu, pilihan hidangan yang siap dimasak pun banyak. Korang nak nasi goreng ke, sushi ke, semua ada! Kitorang makan kat situ sampai tersandar la. Puas hati gila! So kalau ada di sektar Hatyai, kakak sarankan korang singgah kat sini. Silap-silap 3 hari kat sana, 3 hari lah korang makan seafood buffet kat sini! Hehehhhehe.
KHLONGHAE FLOATING MARKET
Satu lagi tempat menarik untuk korang singgah kalau nak cari Thai Street Food yang best! Kat sini terdapat banyak sangat pilihan makanan tau. Menariknya, peniaga-peniaga kat sini berjualan di atas sampan masing-masing. Makanan yang ada pun banyak sangat pilihan.
Kali ni kakak cuba aiskrim kelapa dan Miangkham. Aiskrim kelapa dia memang best dan wajib dicuba. rasa dia memang sedap! Homemade lagi tau, so rasa kelapa tu memang padu. Miangkham pula memang favourite kakak, so kenalah beli bila dah jumpa tu kan.
Kat sini juga, korang boleh dapatkan produk lain seperti t-shirt, cenderamata dan sebagainya. Kalau makanan dijual di dalam sampan, barangan runcit pula terdapat di bahagian dataran berdekatan. Harga dia, macam biasa kalau pandai tawar-menawar memang boleh dapat mur-murr. Heheheheh.
- RM 379 (Pengangkutan dan Penginapan)
- RM 659 (Pengangkutan, Penginapan dan Makan)
Manfaat California Blueberries
Rabu, 21 Jun 2023ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Manfaat California Blueberries | Korang tau tak California Blueberries ni ada banyak manfaat? Walaupun bersaiz kecil, buah blueberry dikenali sebagai "super fruits" kerana khasiat yang terdapat di dalam blueberry itu sendiri. Mengandungi pelbagai jenis nutrisi, vitamin dan juga kaya dengan antioksidan.
Sekarang ni, musim blueberry dah kembali tau dan California merupakan salah sebuah negara pengeluar yang terbesar di Amerika Utara. Sebab tu California Bluberries ni antara buah blueberry yang termanis.
Manfaat dan Khasiat California Blueberries
California Blueberries ni bukan saja sedap dinikmati begitu je, tapi boleh diolah menjadi pelbagai menu yang berkhasiat tau. Boleh buat kek, pencuci mulut, dicampurkan dalam minuman, kalau orang yang tengah diet pun sesuai mengambil buah blueberry. menjadikan bluberry sebagai salah satu makanan tambahan dalam diet seharian memang sangat bagus untuk menambahkan tenaga dan meningkatkan kadar imun kesihatan kita tau!
- California Blueberries rendah lemak - Satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi, kita boleh menikmati keenakan dan kemanisan blueberry bila-bila masa sahaja tanpa had.
- Kaya dengan Serat - California Blueberries bukan sahaja rendah lemak tetapi merupakan salah satu sumber serat yang baik dalam membantu mengekalkan penghadaman.
- Vitamin C untuk Penguat Imun - Satu hidangan blueberry mengandungi 25% keperluan Vitamin C yang diperlukan tubuh untuk membantu sistem imun yang sihat.
- Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga - California Blueberries tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.
Banyakkan manfaat yang boleh didapati dalam bluberry? Walaupun kecil, manfaat dan khasiat dia sangat besar untuk kita. So mulai hari ni, kakak nak ajak korang mula mengamalkan pengambilan blueberry ni tau. Kakak pun dah start amalkan bersarapan dengan California Blueberries ni tau! Badan pun rasa lebih bertenaga.
Info lanjut mengenai California Blueberries, layari :
Website : www.calblueberry.org
Facebook : https://www.facebook.com/CaliforniaBlueberryCommission
Instagram : https://www.instagram.com/calblueberries/