ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia | Siapa je yang tak suka MAGGI kan? Bila sebut je MAGGI, automatik terbayang mi segera pelbagai perisa dan perisa kesukaan kakak semestinya MAGGI Asam Laksa! Perghhh, taip ni pun dah terbayang-bayang rasa pedas-pedas masam asam laksa tu tau!
“Sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, MAGGI® dengan bangga meraikan warisan kami dalam semua produk kami. Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri.”
“Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI® berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari Chef-chef MAGGI®, kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.Sesungguhnya, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya. Oleh itu, ciptaan baharu kami direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia. Ia dimasak perlahan-lahan hingga 'pecah minyak' untuk rasa dan aroma Laksa autentik sambil mengekalkan resipi aslinya. Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!”
“Keistimewaan Laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar.”