ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Bibir Mungil Dengan Her Beauty "Fire & Ice Lip Booster Serum" Keluaran Nynaa Harizal | Siapa je tak nak bibir yang mungil kan? Sebagai seorang wanita, kita mesti tak lari dari perasaan nak cantik. Tapi nak dapatkan bibir yang mungil tu macam impossible je kalau tak cucuk-cucuk ni. Tapi sekarang jangan risau, korang boleh dapatkan effect bibir yang mungil dengan Her Beauty Fire & Ice Lip Booster Serum keluaran Nynaa Harizal.
Pada 21 Mac yang lalu, Nynaa Harizal telah melancarkan empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, Her Beauty yang dilancarkan secara rasmi di sebuah majlis sidang media tertutup. Sebagai langkah pertama sebagai usahawan dalam bidang kosmetik, Nynaa Harizal telah memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum yang dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.
Menurut Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Her Beauty,
Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.
Melalui pengamatan kami sewaktu masih dalam fasa market research untuk jenama Her Beauty, kami dapati trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.
Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran Her Beauty iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.
Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, kami berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi Her Beauty ke aras tertinggi menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas sudahpun dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat untuk mempromosikan jenama kami.
Her Beauty "Fire & Ice Lip Booster Serum"
Kakak sendiri berpeluang mencuba sendiri produk terbaru Nynaa Harizal ni dan teruja dengan hasil dia tau! Dalam masa beberapa minit je, bibir jadi lebih mungil tanpa perlu cucuk sana sini. produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.
Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat. Memang masa guna serum fire ni kan, korang akan rasa bibir sedikit panas, tapi jangan risau efek panas ni sekejap je dalam masa lebih kurang seminit je, hilanglah rasa panas tu.
Serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah. Kalau tadi panas, sekarang korang akan rasa sensasi sejuk pula pada bibir. Masa ni, korang akan mula rasa bibir tu lebih mungil.
Tak percaya? Korang boleh tengok sendiri, kesan sebelum dan selepas penggunaan Her Beauty Fire & Ice Lip Booster Serum. Serius best gila! Sekarang ni, nak dapatkan bibir mungil tanpa melalui prosedur yang menyakitkan bukan lagi sesuatu yang mustahil.
Kat mana nak dapatkan produk Fire & Ice Lip Booster Serum ni?
Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi :
Harga pasaran pula memang mampu milik, hanya RM44.90 sekotak untuk 2 serum (Fire & Ice). Berbaloi-baloi kan? Kakak dah cuba produk ni, apa kata korang pun cuba. Gerenti puas hati!