ShopeeFood Meraikan Rakan Penghantaran Wanita Bersempena Hari Wanita Sedunia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


ShopeeFood Meraikan Rakan Penghantaran Wanita Bersempena Hari Wanita Sedunia | Sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan rakan penghantaran wanita di Lembah Klang. dalam industri penghantaran makanan, ShopeeFood telah meraikan mereka dalam satu majlis bersempena Hari Wanita Sedunia pada 15 Mac yang lalu.



Acara ini diadakan dengan kerjasama beberapa jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia. Hampir 60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan, telah mengambil bahagian untuk menyambut peristiwa istimewa ini.


Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).




Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru, pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti daya tahan, kesedaran diri dan juga empati.


Pada program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian berdasarkan program PI-Q. Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.


Menurut Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia,


ShopeeFood ingin memberikan rakan penghantaran wanita kami persekitaran yang penuh sokongan supaya mereka berasa selamat dan dihargai. Kami sangat gembira untuk bekerja dengan pelbagai jenama terkenal untuk mempamerkan penghargaan kami terhadap rakan penghantaran wanita dengan cara yang lebih bermakna. Program pembelajaran ini akan membawa banyak manfaat dan juga akan memberi impak yang positif kepada kehidupan mereka.


Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini, pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dan kebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan. Pada sesi ini, rakan penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk membantu mereka dengan memulakan cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru.




Kemuncak acara sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial ShopeeFood. Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan.




Para panelis adalah:

  • Datuk Shalin Zulkifli, merupakan seorang pemain boling profesional dan bekas atlet negara yang telah mewakili Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai persaingan antarabangsa. Pada masa kini, beliau telah pun memegang 5 gelaran kejohanan sedunia. Beliau juga merupakan penyokong vokal untuk hak kesaksamaan jantina.
  • Nandini Balakrishnan, merupakan seorang pengaruh media sosial dan producer video yang bekerja dengan syarikat media terkenal di Malaysia. Dia telah menulis secara meluas tentang diskriminasi dan kerja beliau telah ditampilkan di pelbagai penerbitan antarabangsa. Pada tahun 2021, Nandini telah diberi anugerah Women of The Future Awards Southeast Asia dalam kategori seni dan budaya.
  • Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia.



Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan penghantaran dijamu dengan makanan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ, Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.




Mengenai ShopeeFood


ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.


Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.


Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.
Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadan 2023 | Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan Selera Nusantara

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadhan 2023 | Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan Selera Nusantara | Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan Selera Nusantara yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.





Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.


Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.




Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.





Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA


Promosi pembukaan :
RM88 sahaja sah sehingga 23 Mac 2023


Harga asal :
Harga RM98 (Dewasa)
RM58 (Warga Emas dan Kanak-Kanak)
Bermula 24 Mac 2023 


Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.


Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.


Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.


Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi :

Tel : 011-54040385



Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan 2023 | Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadhan 2023 | Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel | Tak lama je lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan, so arini kakak nak share dengan korang menu sajian berbuka puasa dari The Grand Campbell Hotel yang terletak di Kompleks Campbell, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Buffet Ramadhan The Grand Campbell pada tahun ini bertemakan Hidangan 1001 Rasa. Terdapat lebih kurang 100 hidangan yang boleh korang pilih sekiranya korang berbuka puasa disini.




Kakak suka sangat dengan lauk-pauk yang dihidangkan sebab kebanyakan menunya sajian kampung. Masa kakak ngan mak pegi preview baru-baru ni, kakak sempat mencuba beberapa jenis hidangan antaranya masak lemak daging salai, paru goreng berlada dan sambal udang. Mak pulak cuba ikan bakar dan bubur pulut hitam. Kalau nak tau, mak kakak ni bab makan, kalau tak best memang dia cakap tak best! Tapi kat sini, LULUS! Dia siap ajak kakak repeat masa bulan puasa nanti tau.




Dan tak lupa, di The Grand Campbell Hotel juga ada menyediakan kambing bakar! Tak lengkap rasanya Buffet Ramadhan tanpa kambing bakar kan?




Sepanjang bulan Ramadhan nanti, selebriti Chef Dee atau lebih dikenali sebagai Dee Jangan Ketawa akan menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di The Grand Campbell Hotel. Kakak pasti korang semua takkan kering gusi dengan telatahnya.





Harga Buffet Ramadhan Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel

RM 78 (Dewasa)
RM 55 (Kanak-Kanak)
Beli 10 PERCUMA 1*





Pakej penginapan di The Grand Campbell Hotel sepanjang Bulan Ramadhan


Selain dari berbuka puasa, pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di The Grand Campbell Hotel tau sebab sepanjang bulan Ramadhan nanti korang boleh mendapatkan harga promosi dari RM150 untuk Bilik Superior (termasuk sahur untuk 2 orang) dan RM300 untuk Bilik Superior (termasuk sahur dan berbuka puasa untuk 2 orang).




The Grand Campbell Hotel mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Eksekutif. Mereka juga mempunyai tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. Di samping itu, The Grand Campbell Hotel juga akan memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.


Kedudukan lokasi Hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan The Grand Campbell Hotel tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan. So, kalau korang nak cari the good spot untuk stay sambil berbuka puasa dan shopping untuk musim perayaan nanti, apa kata korang hubungi The Grand Campbell Hotel dan book sekarang!

Baca Selanjutnya »

Taarana Menyambut Hari Kantin bersama Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Taarana Menyambut Hari Kantin bersama Kanak-Kanak Berkeperluan Khas | Sabtu lepas kakak berkesempatan meluangkan masa menghadiri Hari Kantin yang dianjurkan oleh Taarana iaitu sebuah sekolah untuk pelajar berkeperluan pendidikan khas (special needs education).



Tujuan utama penganjuran Hari Kantin ini sebagai langkah pertama ke arah membina masyarakat yang lebih inklusif untuk semua orang, RYTHM Foundation, inisiatif impak sosial Kumpulan QI dan Sekolah Taarana untuk kanak-kanak berkeperluan khas mencipta hari istimewa dan melibatkan diri dengan komuniti neurodiverse dalam usaha untuk memastikan masyarakat sekeliling lebih memahami keperluan khas anak-anak ini.


Program ini diadakan buat julung kalinya oleh Taarana sejak penubuhannya pada tahun 2010. Penganjuran Hari Kantin ini juga bertujuan untuk mendedahkan setiap pelajar dalam menghadapi situasi berjumpa dengan orang ramai dan memastikan kanak-kanak berkeperluan khas berdikari sambil memperkenalkan konsep beli dan jual kepada mereka.


Program yang berlangsung selama tiga jam diadakan di sekolah itu bagi membolehkan ibu bapa, guru dan kakitangan QI Group Malaysia melibatkan diri dengan pelajar Taarana, berumur 9 hingga 12 tahun dan dalam masa yang sama membantu mewujudkan kesedaran yang lebih baik.

Menurut Pengetua Taarana Dr S. Sunitha,


"Kami telah mendedahkan mereka kepada konsep Inoney di dalam kelas. Oleh itu, apabila kita ada perkara seperti ini, mereka akan dapat memahami dan didedahkan dengan konsep pertukaran wang."


Makanan dan barangan seperti sandwich, jus mangga, buah-buahan segar, tumbuhan serta seni dan barangan kraf yang ditawarkan pada program itu disediakan sepenuhnya oleh kanak-kanak dengan bantuan guru mereka.



Menurut Dr S. Sunitha lagi,


"Seminggu sebelum program Hari Kantin ini, kanak-kanak telah menyertai latihan bersama para guru untuk memastikan mereka bersedia dari segi mental dan fizikal. Kanak-kanak ini sangat teruja untuk Hari Kantin ini."



Menurut Datin Sri Umayal Eswaran, Pengerusi RYTHM Foundation,


“Setiap pelajar adalah diri mereka sendiri dengan minat, kebolehan dan aspirasi yang berbeza. Masing-masing ada gaya pembelajaran dan cara berfikir masing-masing. Setiap orang tanpa mengira bangsa, bahasa, jantina, perbezaan pembelajaran dan semua ciri indah lain yang menjadikan setiap daripada kita individu, mempunyai hak untuk sama-sama berada dalam komuniti, dihormati dan mempunyai akses serta peluang yang sama untuk berjaya dalam mencari minat serta kebolehan diri. Hari Kantin adalah perayaan yang istimewa dan tidak dapat dilupakan untuk semua di Taarana."


Menurut Cik Santhi Periasamy, Ketua RYTHM Foundation,


"RYTHM Foundation sentiasa percaya bahawa setiap kanak-kanak di Taarana adalah sangat istimewa dan menjadi inspirasi kepada semua kakitangan. Taarana tidak akan berjaya tanpa sokongan dan keyakinan ibu bapa terhadap sekolah dan guru-guru kami. Selain itu, Kantin kami menyumbang kepada persekitaran makanan yang sihat untuk anak-anak di sekolah. Mereka mengimbangi garis panduan keselamatan makanan dan pemakanan, sambil menyediakan perkhidmatan makanan kos rendah kepada pelajar. Hari Kantin ialah hari untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan sukarelawan kantin kami sebagai penghargaan buat mereka. Tanpa tenaga pengajar dan kantin kami yang berdedikasi dalam menunjukkan kasih sayang dan komitmen mereka kepada pelajar setiap hari, kami tidak akan berada di tempat kami berada."


Taarana Special Needs Education


Taarana yang bermaksud "kebangkitan" dalam bahasa Sanskrit telah ditubuhkan pada Mei 2011 oleh RYTHM Foundation, Inisiatif Kesan Sosial Kumpulan QI lebih daripada sekadar pusat pendidikan unik untuk kanak-kanak istimewa. Taarana berusaha untuk membuka kunci keupayaan setiap kanak-kanak dan membantu mereka menjadi ahli masyarakat yang aktif dan mampu menyumbang untuk diri sendiri serta masyarakat. Taarana dan RYTHM Foundation menyokong persekitaran pendidikan inklusif yang membuka jalan untuk akses yang sama kepada pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak dari semua kebolehan.




Program Pendidikan Khas Taarana tersedia untuk pelajar yang layak berumur antara 4 dan 18 tahun yang menghidap :


  • Attention Deficit Disorder (ADD)
  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Autism Spectrum Disorder (ASD)
  • Developmental Coordination Disorder (DCD) or Dyspraxia
  • Down syndrome
  • Global Development Delays

Menurut RHYTM Foundation, Penubuhan Taarana adalah bagi mengenal pasti keperluan dan memberi sokongan kepada kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran khas dan keluarga mereka. Dengan Taarana, RYTHM Foundation berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan berkeperluan khas dan mengubah sikap serta amalan yang berkaitan dengan kanak-kanak luar biasa. 


Taarana dan RYTHM Foundation juga memainkan peranan penting dalam memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. 


Terdapat pelbagai program di Taarana sekolah dan antaranya :


  • Early Intervention programme (EIP)
  • Early Transition Programme (ETP)
  • Academic 1 & Academic 2
  • Targeted Intervention Programme (TIP)


Mengenai RYTHM FOUNDATION


RYTHM FOUNDATION, inisiatif impak sosial QI Group, melabur dalam komuniti setempat beroperasi, melalui perkongsian strategik, sukarelawan pekerja dan khidmat masyarakat.


RYTHM, akronim untuk Raise Yourself To Help Mankind dan nilai teras Foundation dibina berdasarkan prinsip Pemerkasaan, Kesukarelawanan dan Ketahanan. Melalui semua kerja. sama ada membuat geran, penglibatan sukarelawan atau melabur dalam program pembangunan manusia, matlamat kami adalah untuk memperkasakan kehidupan dan mengubah masyarakat.




RYTHM FOUNDATION berusaha untuk mengukuhkan aspirasi dan tanggungjawab QI Group dalam memainkan peranan penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB. Bidang tumpuan kami ialah Pendidikan untuk Semua, Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Komuniti Kelestarian.


Baca Selanjutnya »

Pemeriksaan Semula Mata di OPTOM EYECARE Bangi

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pemeriksaan Semula Mata di OPTOM EYECARE Bangi | Sapa ingat dulu kakak penah buat cermin mata di OPTOM EYECARE Bangi? So baru ni, kakak kembali semula ke OPTOM untuk buat pemeriksaan mata untuk tengok keadaan mata dan check spek mata. Kot-kot la kena tambah power ke ape ke kan.




Sebenarnya, kita digalakkan kerap buat pemeriksaan mata, so kita akan lebih aware dengan tahap kesihatan dan kondisi mata kita. OPTOM EYECARE ni pula memang berkepakaran dalam optometri so, kakak memang prefer untuk follow up apa-apa kat sini. Senang sikit sebab mereka pun memang simpan data mengenai mata kita hasil dari pemeriksaan yang lepas.


Jom Buat Pemeriksaan Mata!


Macam biasa, sampai je kat OPTOM kita memang disambut oleh staff yang ramah dan professional. Memula kakak dan tunang serahkan dulu spek lama untuk tengok dia punya struktur tu okay ke tak. So far cermin mata yang kakak buat di OPTOM masih lagi dalam keadaan baik, cuma hujung spek tu je pihak OPTOM tolong ketatkan balik.




Tapi cermin mata tunang kakak ada masalah lari fokus sikit. So mereka akan check warranty dulu sebelum buat apa-apa. Ini yang best kalau kat OPTOM. Diorang memang ada bagi warranty untuk setiap cermin mata yang kita buat kat sini. Sayangnya cermin mata tunang dah habis tempoh pula. Tapi takpe, sebab harga yang ditawarkan untuk adjust balik dan potong kanta tu masih lagi berpatutan mengikut masalah cermin mata tu sendiri.


Lepas tu, kami buat pemeriksaan mata untuk tengok tahap kesihatan mata. Kalau sebelum ni, kita pakai slit lamp dan fundus camera. Kali ni, ada lagi 1 mesin tambahan di OPTOM iaitu Mesin 3D scanner.






Fungsi Mesin 3D scanner adalah :

  • Mengukur rupa bentuk pada muka klien, antaranya seperti mendapatkan ukuran tepat diantara dua anak mata, jarak telinga, ketinggian sudut pada hidung dan lain-lain.
  • Memastikan setiap sudut pada bingkai yang hendak ditempah, menepati rupa bentuk muka klien. Misalnya ujuran panjang tangkai pada bingkai kacamata mestilah mengambil kira jarak telinga, panjang ukuran jembatan pada bingkai Mestilah mengambil kira jarak diantara dua anak mata dll..
  • Memberi peluang kepada klien memilih bentuk, warna dan melakukan modifikasi pada kedudukan bingkai kacamata secara virtual sepuas-puasnya sebelum kacamata siap ditempah.

Hasil pemeriksaan mata macam mana?


Untuk tunang kakak, Alhamdulillah power dia maintain dan kesihatan mata nampak makin okay. Kalau sebelum ni, bila check menggunakan fundus camera nampak ada benjolan-benjolan lemak atau kolestrol pada salur mata tu. Tapi kali ni, benjolan lemak tu dah mulai hilang.




Untuk mata kakak pula, power masih lagi sama. Tapi mata kakak ada Pterygium iaitu pertumbuhan yang timbul, berisi, berbentuk segi tiga pada konjungtif mata anda. Pendedahan jangka panjang kepada cahaya UV adalah punca utama. Mata anda mungkin merah, bengkak dan rengsa dalam kes ringan. Jika pterygium tumbuh, penglihatan kita mungkin terhalang atau kabur. Rawatan termasuk titisan mata yang melegakan gejala dan salap untuk pembedahan jika penglihatan anda terjejas. Pterygium boleh menjejaskan satu atau kedua-dua mata anda tetapi biasanya tidak pada masa yang sama. Apabila ia menjejaskan kedua-dua mata pada masa yang sama, ia dipanggil pterygium dua hala.




Tapi dalam kes kakak, kesan Pterygium tidak terlalu teruk. tapi even tak teruk pun perlu diberi perhatian. Patutlah selama ni, kakak selalu rasa iritating pada mata. Terasa macam ada benjolan atau isi lebih lebih dalam mata. Rasa dia memang sangat tak selesa, macam ada bulu mata tersangkut dalam biji mata. Haaa, dah boleh imagine tak? Hehehehehe.


Solusi dia, kakak kena selalu pakai cermin mata untuk menghalang sinar UV masuk terus kedalam mata. So lepas ni, kalau korang nampak kakak jalan ala-ala Diva AA dengan cermin mata gelap, dah tau kan kenapa?




Sekarang korang tau tak kenapa kita kena kerap buat pemeriksaan mata? Bayangkan, kakak rasa mata kakak ni biasa je. Tapi sebenarnya, ada yang kakak perlu beri perhatian. 


So kalau korang nak buat pemeriksaan mata dan nak buat cermin mata, kakak memang sarankan untuk korang buat di OPTOM EYECARE Bangi. kat sini mesin yang digunakan memang bagus dan konsultasi dari pakar optometri pun sangat jelas.


Jom ke OPTOM EYECARE!




Info lanjut :

OPTOM EYECARE Bangi
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi , 43650 Bangi , Selangor.
Tel : +60 11-1147 9093


Ataupun laman sosial OPTOM seperti dibawah :
Baca Selanjutnya »