Jom Serbu KAMYA FEST 2023!
Ahad, 12 Februari 2023ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Jom Serbu KAMYA FEST 2023! | Bermula 10 Februari sehingga hari ini, jenama produk kecantikan Kamya telah menganjurkan Kamya Festival bertempat di Parking A & B, Stadium Bukit Jalil. Banyak aktiviti menarik dan booth-booth jualan daripada lebih 300 vendor terdri daripada usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan. Kamya Fest 2023, merupakan inisiatif Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dengan sokongan daripaa selebriti serta usahawan terkenal iaitu Shiub Sepahtu selaku penganjur bersama.
Kakak sendiri berkesempatan mengunjungi Kamya Fest pada hari pertama penganjuran Jumaat lepas. memang menarik, ada macam-macam produk yang dijual termasuklah produk makanan dan minuman, fesyen, automotif, sukan dan permainan gaya hidup sesuai untuk semua golongan.
Menurut Puan Erna Elliyana,
"Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 schingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat."
"Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan. Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang."
Jom Buat Rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Khamis, 2 Februari 2023Filem COAST GUARD Malaysia : Ops Helang, Bukan Filem "Cliche"
Rabu, 1 Februari 2023ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Filem COAST GUARD Malaysia : Ops Helang, Bukan Filem "Cliche" | Berani kakak katakan filem ini memang lain daripada yang lain. Dengan babak dan adegan aksi yang sangat real dan mendebarkan.
SINOPSIS
Jom HUAT Di The Chicken Rice Shop Dengan "Ayam HOT-AH"!
Selasa, 31 Januari 2023"Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini."
"Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing."