- Bukit Tinggi, Klang
- AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
- Cheras Selatan, Kuala Lumpur
- Metroprima, Kepong
- Rawang, Selangor
- Bukit Raja, Klang
- Tebrau City, Johor Bahru
- Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
- Kulaijaya, Kulai
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Ipoh Station 18, Ipoh
Pembukaan Rasmi Outlet Ke-3 Calisto Vision Care
Ahad, 27 November 2022ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pembukaan Rasmi Outlet Ke-3 Calisto Vision Care | 22 November lepas, Calisto Group Sdn Bhd telah membuka outlet ke-3 Calisto Vision Care di AEON MALL Nilai sekaligus menjadi outlet Calisto yang terbesar dan sangat estetik. Memang betul, kedai cermin mata Calisto Nilai ni memang besar!
Kakak sendiri berkesempatan menghadiri majlis pembukaan rasmi outlet Calisto Nilai tempoh hari. Tahniah Calisto! So siapa yang berkata mata tu, dah boleh serbu Calisto Vision Care beramai-ramai untuk gantikan cermin mata tu.
Macam kakak cakap, Calisto Vision Care Nilai merupakan outlet yang terbesar diantara 3 outlet Calisto selepas outlet Melawati Mall dan Pavilion Bukit Jalil. Calisto merupakan kedai optik yang berkonsep estetik dan minimalis.
Terdapat pelbagai pilihan cermin mata daripada pelbagai jenama yang boleh dipilih. Kakak sendiri sampai rambang mata tak tau nak pilih yang mana. Kalau korang tak gemar memakai cermin mata, korang juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kanta lekap mengikut kesesuaian.
Disini juga, korang boleh melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh dan boleh mendapatkan pandangan pakar optik yang berada di Calisto. Jangan risau, staff Calisto memang terlatih dan sangat mesra, kalau ada pertanyaan mengenai kondisi mata seperti rabun jauh atau dekat dan cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka, mereka akan layan sampailah korang berpuas hati.
Dah alang-alang kat sini, kakak check terus la mata. Alhamdulillah, power spek kakak maintain je. Tak naik tak turun. Actually rabun kakak tak terlalu teruk, tapi kakak memang perlukan cermin mata sebab kerja sekarang memerlukan kakak menghadap laptop dan telefon dengan kerap. Jadi silau tu agak tinggi.
Kalau menempah spek disini, korang boleh pilih untuk tunggu spek siap dalam 1jam atau pos terus ke rumah. Aritu, kakak minta pihak Calisto poskan terus kerumah. Tempoh penghantaran pula, dalam masa 10 hari je.
Tak sempat ke Calisto Vision Care? Korang boleh membuat tempahan spek secara dalam talian. Caranya mudah je, visit : https://calisto.co/ dan pilih je spek yamg korang suka.
Lain-lain promosi : https://calisto.co/
Info lanjut :
Alamat :
AEON MALL Nilai
Demam Piala Dunia di AEON Goal Bonanza
Khamis, 17 November 2022ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Demam Piala Dunia di AEON Goal Bonanza | Bahang Piala Dunia dah mula terasa, korang semua dah tau ke nak pilih team mana tahun ni? Kakak belum decide lagi nak sokong pasukan mana tahun ni. Ada masa lagi kan nak fikir? Hehehehhe.
Bila sebut pasal Piala Dunia, bermula 15 November 2022 sehingga 25 November 2022 ini, pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza dimana korang berpeluang memenangi merchandise Piala Dunia eksklusif! Wahhhhh!
Meriahlah Piala Dunia korang kali ni, sebabnya terdapat banyak pilihan barangan dari pasukan kegemaran korang tau. Kiranya menyaksikan perlawanan tu nanti dengan penuh ceria dan bergaya la walaupun tengok kat kaca TV je. Hehehe.
Kita Rewang Sekampung Daerah Kuala Langat
Rabu, 16 November 2022Kita Rewang Sekampung Daerah Kuala Langat | Dah lama tak merasa suasana merewang weh! Sekarang ni banyak tempat gunakan katering je dan budaya merewang ni dah semakin lupus ditelan zaman. Kakak bersempatan menyertai program Kita Rewang Sekampung yang diadakan di Daerah Kuala Langat, minggu lepas. Daerah Kuala Langat ni merupakan destinasi terakhir untuk program ini. Fuhhh! Nasib baik kakak sempat join, tau-tau dah lokasi terakhir dari 9 daerah di sekitar Negeri Selangor.
Program Kita Rewang Sekampung dengan tagline "Adat Melayu Warisan Bangsa" merupakan anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan. Dan kakak dijemput oleh Gaya Travel untuk sama-sama menyertai program ini. Terima kasih jemput.
Aktiviti Rewang
Korang tau tak rewang tu apa? Macam kakak cakap sebelum ni kan, aktiviti merewang dah susah nak rasa dah sekarang ni. So kakak bertuah la sebab masih lagi berpeluang rasai kembali suasana rewang ni. Rewang berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud bergotong royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis macam kenduri kawen ke, aqiqah dan cukur jambul dan sebagainya. Masa kakak kecik dulu, sempatlah merasa sendiri suasana merewang. Memang meriah dan gamat suasana bila tengah merewang ni tau. Banyak adegan usik-mengusik sesama mereka yang tengah merewang ni boleh kita lihat tau. Kalau ada orang melatah lagi riuh! Hahahahha.
Selalunya aktviti rewang ni akan dimulakan seawal pagi, orang kampung akan sembelih lembu atau kerbau dan juga bertungkus ,umus menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Setiap orang ada tugasan masing-masing sepeti melapah, memotong bawang dan bahan masakan lain serta yang mengacau kuali untuk menyediakan hidangan.
Aktiviti Marhabban, Berendoi dan Cukur Jambul
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor | Sebagai satu langkah mempromosikan pelancongan domestik di Negeri Selangor, Tourism Selangor telah mengadakan Selangor International Travel Photography Festival yang bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 12 dan 13 November yang lalu.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi yang menjadi salah satu usaha untuk mempromosikan negeri Selangor. Kalau nak tau, banyak sangat tarikan yang terdapat di Selangor. Ada yang kakak tak tau pun, bila tengok pameran di Selangor International Travel Photography Festival, baru kakak aware akan kewujudan tempat-tempat menarik kat sini.
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Twitter: https://twitter.com/TourismSelangor
TikTok: https://www.tiktok.com/@tourismselangor