Perasmian Cawangan Pertama ArRahnukita Milik KOPETRO

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Perasmian Cawangan Pertama ArRahnukita Milik KOPETRO | 30 Oktober lepas, kakak sempat menghadiri Majlis perasmian cawangan pertama ArRahnuKita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang bertempat di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. Sebut je pasal ArRahnu, semua mesti sedia maklum yang ArRahnu merupakan premis pajak gadai emas yang patuh syariah.




Majlis perasmian ArRahnukita KOPETRO telah disempurnakan oleh Dato' Haji Zazali Bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan turut dihadiri oleh wakil-wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).





Bersempena majlis perasmian tempohari, satu karnival jualan turut diadakan dan dimeriahkan oleh lebih 200 orang pengunjung terdiri daripada para peniaga, orang ramai di sekitar Medan Niaga Tasik Damai, jemputan khas termasuklah wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga dan wakil-wakil ArRahnu di sekitar kawasan Lembah Klang. Untung tau sape yang datang hari tu, banyak aktiviti menarik yang diadakan antaranya ujian dan cucian emas secara percuma dan promosi jualan produk-produk keluaran KOPETRO seperti makanan sedia dimakan jenama LengQuas, minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel & Tours.




Pada majlis tersebut juga, KOPETRO juga turut menyambut ulangtahun ke 42 yang jatuh pada tarikh yang sama. Penubuhan ArRahnukita dianggap sebagai hadiah yang paling bermakna buat warga KOPETRO.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah :



" Alhamdulillah, hari ini amat istimewa buat warga KOPETRO kerana setelah 42 tahun penubuhan KOPETRO, hari ini kami berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan tertubuhnya perniagaan ArRahnukita.

Kejayaan ArRahnukita ini adalah bukti komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggita dengan melipatgandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara."


KOPETRO juga mengumumkan bakal membuka lagi 3 cawangan baru ArRahnukita pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam.



Bagi Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000. Perkhidmatan ArRahnukita terbuka kepada orang ramai tapa mengira bangsa mahupun kewarganegaraan, malah atas sambutan yang memberangsangkan sejak mula beroperasi pada 3 Ogos 2022 lalu.


ArRahnukita turut menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000, khas buat peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai secara segera dengan mengguna pakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.


Tuan Haji Shamsudin bin Haron, selaku Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnukita memberitahu bahawa pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama yang dipercayai.




Tahniah KOPETRO atas pembukaan perniagaan ArRahnukita dan ulangtahun ke 42. Semoga sentiasa maju jaya.


Untuk mengetahui kadar emas harian dan promosi terkini daripada ArRahnukita :

Facebook : ArRahnukita
Instagram : @arrahnukita
Telefon : 03-90559839

Baca Selanjutnya »

KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd Hadiahkan Cuti Sakan!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd Hadiahkan Cuti Sakan! | Wahhhh seronoknya dapat hadiah percutian! 27 Oktober 2022 yang lepas, KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd telah menghadiahkan pakej percutian bernilai RM15,000 kepada 15 orang pemenang yang telah menyertai cabutan bertuah bermula 1 Julai sehingga 30 September 2022 yang lepas.



Majlis yang bertempat di Flora Terrace telah dihadiri sendiri oleh para pemenang dan disampaikan sendiri oleh pihak KOPETRO.




Tapi kan, uniknya penyampaian hadiah kepada 15 orang yang bertuah juga dilakukan secara cabutan bertuah tau. Kiranya bertuah lagi bertuah. Haaaa gittewwww! Kakak pun berpeluang jadi antara yang bertuah mewakili pemenang yang tak dapat menghadirkan diri. Merasalah kejap jadi orang bertuah, sebab selalunya kalau cabutan bertuah, kakak tak berapa nak bertuah! Hehehehe.



Hadiah yang ditawarkan juga best-best antaranya, hadiah utama pakej percutian 3H2M ke Bali, Krabi dan Langkawi, pakej penginapan dan tiket taman tema ke beberapa lokasi terkenal seperti Scapes Genting Highland, Lexis Port Dickson, Legoland, Sunway Lagoon dan banyak lagi!


Para pemenang dan wakil bersama Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pelancongan dan Riadah Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), Encik Hasnoal Idris.

Seronoknya, memang betul-betul Cuti Sakan! Tahniah kakak ucapkan kepada semua pemenang. Macam tu rupanya perasaan jadi pemenang cabutan bertuah ek, dapatlah kakak amik aura sikit, kot-kot lepas ni dapat jadi pemenang cabutan lain, kalau ade lagi. Hehehehehe.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, 


“Kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ adalah inisiatif yang diambil bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara. Seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan. Peralihan ke fasa endemik memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia."


Sekali lagi, tahniah semua! Selamat bercuti okay.


Info lanjut mengenai KOPETRO Travel & Tours dan pakej percutian menarik layari :

Website : www.kopetrotravel.com.my


Baca Selanjutnya »

Sayap Bagimu, Drama Bersiri Pertama AEON

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sayap Bagimu, Drama Bersiri Pertama AEON | Bersempena ulang tahun ke-38, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu yang dibintangi oleh Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi. Majlis tayangan gala dan sidang akhbar yang telah diadakan di TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur baru-baru ini juga telah dihadiri barisan pelakon dan turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON.



Sayap Bagimu merupakan satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.





"Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan.


Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.


Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan." -


Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON




Drama Sayap Bagimu merupakan sebuah drama realiti tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat semasa negara sedang menghadapi pandemik Covid-19. Kalau nak tau, pengambaran ini juga dilakukan semasa musim pandemik. Menurut Alif Satar selaku tonggak utama drama, pengambaran memakan masa hampir 2 tahun dan ianya merupakan salah satu cabaran yang terbesar sepanjang 16 tahun menjadi anak seni. menurut beliau lagi, lokasi penggambaran juga berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Yelah, semasa negara sedang menghadapi pandemik, AEON pun ada yang kadangkala perlu ditutup sebab ada kes penularan wabak masa tu. 



Drama 13 episod Sayap Bagimu telah mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022 yang lepas. Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua.



Kakak dah tonton episod pertama, memang best! Ada elemen lawak, serius dan sebagainya digarapkan dalam drama ni. Dan dalam drama ni, Alif Satar sendiri telah membawakan watak yang lain daripada lain. Selalu korang tengok lakonan dia ala-ala romantik je kan, kali ni lain sangat. Nak tau watak Alif dalam Drama Sayap Bagimu ni macam mana, korang kena tengok sendirilah! Tak sabar pulak nak tunggu episod seterusnya minggu ni. Agaknya apa yang jadi ek?



Korang kena tonton tau drama ni, rugi sangat tak tengok. Bukan calang-calang juga pelakonnya. Lagi 1 yang kakak rasa tertarik nak tonton, selain daripada tengok lakonan hebat pelakon-pelakon sedia ada, korang berpeluang melihat lakonan beberapa orang kakitangan AEON sendiri! Tak sangka ramai yang berbakat ye.


Dah jom subsribe Youtube : AEON Malaysia


Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice.



Info lanjut :





Baca Selanjutnya »

Ooh La La Brunch, Bonjour!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Ooh La La Brunch, Bonjour! | Sepanjang beberapa bulan lepas, banyak betul dugaan sampai kakak sendiri lupa nak mingle-mingle dan manjakan diri sendiri dari baik segi mental dan fizikal. Lepas tu kakak nampak Mamasan post pasal Ooh La La Brunch, terus kakak register, kalau ada rezeki boleh la join kan. Alhamdulillah, tak lama lepas tu kakak dapat invitation dari Mamasan. Thank you Tammy!



Seperti tahun-tahun sebelum ni, kalau event dengan Tammy, mesti akan ada tema. Untuk Ooh La La Brunch kali ni, temanya adalah Parisian Chic! kalau sebut pasal Paris, kakak terus terbayang baret hat. Bab baju pulak, susah jugak kakak nak decide nak pakai apa. Kalau korang google, Parisian fashion ni jenis yang agak minimalis. Dan kalau korang kenal kakak, minimalis tu so not me! Hehehehehe. So lepas google segala images, godek kat Pinterest, kakak pilih untuk pakai tweet suit warna pink ala-ala Emily in Paris. Aggittteeeewww!



Event kali ni bertempat di Lou Lou James Kitchen, Plaza Arkadia. Lepas 2 tahun takde event, kakak memang excited sangat nak mingle dengan geng-geng The Butterfly Project Malaysia. Actually Ooh La La Brunch ni event yang santai dan berkonsepkan self-care. Yes! Self-care, kakak tau this past few years has been so hard for most of us. Dengan pandemic yang macam tak berkesudahan, ada yang hilang kerja dan macam-macam lagi. Macam kakak pula, baru-baru ni diduga dengan kesihatan Abah yang tak menentu, so kakak memang stress, sedih dan sangat-sangat perlukan sedikit me time untuk kakak rehatkan kepala dan badan.



Dalam acara ni, ada beberapa sesi self-care yang kitorang buat. Antaranya aktiviti melukis atas tote bag bersama Us For Ocean. Aktiviti ni memang seronok, semua orang enjoy gila melukis atas tote bag tu tau. Ramai betul yang kreatif tau, kemain cantik lukisan diorang. Kakak yang tak berapa nak kreatif ni, lukis je la apa yang terlintas kat kepala. Hasil diaaaaaaa... Tadaaaaaaaa! Hahahahha. Bolehlah kan???



Lepas tu pula, ada sharing session bersama Roots Malaysia yang berkepakaran dalam menghasilkan Essential Oil (EO). Sekarang ni EO memang dah jadi 1 bende yang semua orang wajb ada. EO ni banyak kegunaan dia, selain daripada bau yang mampu menenangkan ianya juga boleh membantu merubah mood seseorang. Ada juga EO yang boleh mengurangkan gejala penyakit seperti sengugut, sakit kepala dan sebagainya. Masa kat Ooh La La Brunch ni, kami dapat EO yang special dari Roots Malaysia tau! Tapi kakak lupa la main ingredients EO dia tu. Yang kakak tau bau dia memang best!



Lepas tu pulak, ada sharing session dari Skin Inc. Kalau korang memang pentingkan penjagaan kulit, Skin Inc ni bukan jenama asing lagi. Kat Sephora pun ada jual. Skin Inc memang terkenal dengan custom skincare, maksudnya skincare kita tu dirumus dengan ingredients yang bersesuaian dengan kulit kita dan juga mengikut jenis kulit. Masa sesi ni juga Skin Inc ada buat demo produk TRI-LIGHT™️ mereka yang mampu membantu memperbaiki sel kulit dan membuatkan kulit jadi lebih lembut. Paling best, kitorang semua dihadiahkan dengan Skin Inc Sleeping Mask yang dirumus bersesuaian dengan kulit masing-masing tau! Yeayyyyy!



Sepanjang acara, kami dihidangkan dengan Ooh La La Brunch dari Lou Lou James Kitchen, beserta dengan refreshing drinks dari MONIN. Masa ni la baru tau sebutan yang betul tau, kalau tak ikut main dan je sebut MONIN tu! Hahahahhaahha. Antara menu yang dihidangkan ialah Spaghetti, Roast Chicken, pelbagai jenis keju dan banyak lagi! Korang boleh tengok je la gambar. Hahahhahah.



Kemuncak acara, pengumuman 3 pemenang best-dresses. Korang rasa kakak menang ke tidak? Alhamdulillah, kakak merupakan salah seorang dari 3 pemenang. Yeayyyy! Tapi pada kakak kan, semua yang hadir tu memang mengikut tema dan cantik-cantik.



Apapun, kakak nak ucap terima kasih kepada semua penaja Ooh La La Brunch dan of course kepada Mamasan yang sudi menjemput kakak. It means a lot to me! See you next event.


My tablemate!


Au Revoir!

Baca Selanjutnya »

Layan Game Online di plays.org

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Layan Game Online di plays.org | 2 minggu ni kakak memang sibuk dengan trip yang back to back, tak sempat nak rehatkan badan dan kepala. Lepas balik tu pulak dah mula sibuk dengan urusan seharian. Kadang rasa penat sangat, otak pun sama letih. So untuk hilangkan rasa letih tu, kakak rajin layan game online. Antara website game online yang kakak selalu main ialah plays.org.




Banyak game online yang ada kat sini dan yang paling best ianya percuma dan takde iklan! Kakak paling stress kalau main game tu, kejap-kejap kuar iklan. Elok tak stress, lagi stress pula jadinya. Hahahahhahha. Selain tu permainan kat sini bukan sahaja sesuai untuk dewasa, malahan untuk kanak-kanak juga!. Kalau korang nak bagi anak-anak melayan games sesekali tu, bolehlah ke plays.org. Kalau korang tengok, lebih dari 150 jenis game ada. 



Jom kita intai games yang terdapat kat sini. Kakak nak share beberapa game yang kerap kakak main.



Sebagai pencinta kucing, semestinya cat games ni jadi salah satu favourite kakak. kadang-kadang game dia tu macam bebudak punya level je, tapi bila dah main, eh! jadi syok pulak. Crashy cat ni layan tau, dia macam ala-ala Super Mario gitu.




Lepas tu, antara game yang dari zaman kanak-kanak tak penah bosan, pinball. Siapa ingat? Dulu masa lepak cyber cafe guna pc kotak tu, game pinball je la yang ko hadap kan? Hahahahhaha. Mengimbau betul! Tapi sekarang dah canggih, macam-macam jenis game pinball boleh main, bukan 1 tu je.



Macam kakak cakap sebelum ni, korang boleh main games dengan anak-anak juga. Dan games yang ada bersesuaian mengikut peringkat umur. Contohnya kalau anak-anak korang tu peringkat pra-sekolah, boleh sama-sama layan colouring games ni. Tapi disebabkan kakak kau terlebih kreatif, memang kalah budak tadika la teknik kaler-kaler nye. Hahahahahhah.




Sajalah pilih Garfield ni, tapi baru kaler tang perut Garfield dah rasa macam, ya ampun! pebende seorang Ayue kaler ni? Indehhh betul! Hahahahahhahaha. Comot betul hasil kerjanya. Tapi tengok, memang bagus kan? Game ni bukan semua melalaikan untuk anak-anak, ada yang bagus untuk perkembangan otak dan pemikiran kreatif mereka. Tapi parents kena pantau la apa yang anak-anak ni main kan.


Ikutkan banyak game favourite kakak nak share tau, tapi kang kalau share semua mau 3 hari 3 malam tak habis cerita. Apa kata korang pegi je kat plays.org untuk cuba sendiri. Nak game perang, game menguji minda, game santai-santai semua ada! Best tau. Hilang sekejap segala permasalahan dalam kepala ni bila layan game sekejap. Selamat mencuba! Heheheheheh




Okay, okay dah! Heheheheh. Jom kita battle, sape hebat! 

Baca Selanjutnya »