ReLY | Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA 


ReLY | Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian | Sejak Covid-19 melanda, penggunaan aplikasi dalam talian telah diperkenalkan secara menyeluruh termasuklah dalam sesi pembelajaran. Baru-baru ini, Fly High Training Centre telah memperkenalkan satu aplikasi yang dinamakan ReLY yang telah dilancarkan di De Palma Hotel Shah Alam. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Apa itu ReLY?


“ReLY is REVOLUTION OF LEARNING, with ELECTRONIC ECONOMICS value, through a LEVERAGE APPROACH, and YEOMAN SERVICES”



Matlamat ReLY ialah memastikan semua pelajar berpeluang dan berupaya untuk mengakses sistem dalam talian daripada mana-mana lokasi di seluruh negara dan tidak terbatas untuk satu-satu lokasi sahaja. 




Selain sesi pembelajaran, ReLY juga menawarkan manfaat lain bagi ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak seperti :


  • Khairat Kematian
  • Tabung PIBG
  • Baucar
  • Bantuan Peralatan Pendidikan
  • Insentif Kewangan Permulaan IPT
  • Insentif Kecemerlangan
  • Peperiksaan


Menarik kan? Yang lagi menarik, ReLY akan membuat kelas percubaan secara percuma selama 2 minggu bermula 16 September 2022 ini. Kalau ada ibu bapa yang nak tengok sendiri cara penyampaian guru-guru dan pembelajaran yang diajarkan kepada anak-anak, boleh amik peluang ini. Bukan senang tau.


Macam mana nak join?


Layari www.relyedu.com dan buat pendaftaran untuk login, secara automatik korang layak mengikuti kelas percuma selama 2 minggu yang bernilai RM398 bermula 16 September ini.




Barisan Ikon ReLY dan Pakej Yang Ditawarkan oleh ReLY


Barisan Ikon ReLY juga bukan calang-calang. Kebanyakkan daripada para guru ini mempunyai pengalaman dan ada antara guru yang telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Jadi, ibu bapa tak perlu rasa ragu-ragu.




Pakej yang ditawarkan juga, sangat berpatutan dan berbaloi serendah RM99 sahaja sebulan.



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai ReLY, boleh layari  :

Website : https://www.relyedu.com/

Facebook : https://www.facebook.com/rely.apps

Instagram  : https://instagram.com/relyapps

Tiktok : https://www.tiktok.com/@relyapps

Baca Selanjutnya »

Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall, Nilai

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall, Nilai | 31 Ogos merupakan tarikh Kemerdekaan Tanah Air tercinta, Malaysia. Kakak nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua Rakyat Malaysia! Alhamdulillah dah 65 tahun kita mengecapi kemerdekaan. Tahun ni sambutan Hari Kemerdekaan kembali meriah setelah 2 tahun kita tak dapat meraikannya, so korang sambut kat mana je? Tahun ni kakak ke AEON Mall, Nilai je bersempena program Kita Merdeka Kami Anak Malaysia.



Program Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini dihadiri oleh YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Encik yob Majid, Presiden IRAMA, Mr. Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD dan Dr Kasuma Satria Mat JAdi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON. Program Kita Merdeka Kami Anak Merdeka ini ialah hasil kerjasama AEON bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).



Banyak aktiviti menarik yang diadakan di AEON Mall, Nilai seperti berpeluang berjumpa dengan Siti Nordiana pada sesi meet and greet, kalau nak Nana berkolaborasi dengan AEON untuk manisan Nana Dessert. Nak cuba? Boleh dapatkan kat AEON. 


Credit : https://modernmumthingy.com/


Selain tu antara aktiviti yang menarik ialah Drum Circle bersama Kandora. Pengunjung berpeluang bermain alat muzik bersama-sama dengan mereka tau! Kakak sendiri tak melepaskan peluang. Seronok gila! Sebelum ni kakak selalu join aktiviti DrumCircle kat RWMF, so bila nampak ada aktiviti ni, kakak memang eksited ye! Hehehehhehhehe. Ada juga demonstrasi masakan, berhibur bersama peserta pertandingan busker dan konsert pada sebelah malam. Tapi kakak tak sempat tunggu sampai malam la.


Credit : https://www.dboystudiomy.com/


Sebagai simbolik sambutan Kemerdekaan, para pengunjung akan menyanyikan Lagu Negaraku dan membaca Rukun Negara. Uniknya, nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara ni bukannya hanya berlangsung di AEON Mall Nilai sahaja, tapi secara serentak di AEON seluruh negara! Wahhhhhhh! Betul-betul terasa semangat Merdeka! Pengunjung kat AEON Mall Nilai pun sama-sama bersemangat. Terbaik Rakyat Malaysia! Selepas itu ada sesi pengagihan kuih bakar sebagai tanda penghargaan dan simbolik acara kepada pengunjung AEON Mall, Nilai pada Hari Kemerdekaan ni.


Credit : http://tatimansur.com/


Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia juga turut dimeriahkan oleh abang-abang Bikers. Terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidada Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). 


Seronok betul dapat join sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai. Macam-macam aktiviti yang kakak buat. Rugi siapa yang terlepas tau! So macam mana dengan sambutan Hari Kebangsaan korang? Best ke tidak? Apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-65.


Untuk maklumat lanjut :

Website: www.aeongroupmalaysia.com

Facebook: www.facebook/aeonretail.my/ | www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/ | www.instagram.com/myaeonbig/





Baca Selanjutnya »

Online Games Percuma di Solitaire.org

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


 Online Games Percuma di Solitaire.org | Kadang duduk rumah ni bosan jugak tau, nak tengok movie pun takde idea nak tengok cerita apa. Selalunya kalau nak hilangkan bosan kakak selalu main online games je. Sebenarnya dari zaman pc besar gabak lagi kakak suka main game. Antara yang kakak suka adalah games yang menguji minda. Barulah otak kita ni berfikir sikit kan.  Kat mana nak main game secara online ni Haaa, meh sini kakak nak share dengan korang!



Baru-baru ni kakak sajelah duk google games percuma, tup-tup ternampak solitare.org ni, games ni femes okay! Memang dari zaman bebudak lagi dah tau pasal solitaire ni okay! Hahahaahha. So apa lagi, kakak pun lajulah masuk web tu nak tengok games ape yang ada. Selalunya bila sebut solitaire je mesti orang ingat card games je. Actually banyak lagi games lain yang boleh korang main tau kat situ. Macam kakak sendiri, selain card games, cari barang tersembunyi antara yang kakak paling suka. Kadang tu nampak macam senang gila, tapi nak mencarinya payah yeeee!


Malas nak buang masa, jom kakak tunjuk kat korang antara game yang selalu kakak main kat solitare.org. Kalau korang tak tau main, jangan risau kat setiap game tu diorang ada terangkan cara-cara permainan games tersebut. kacang je!




Banyakkan list game dia? Korang cuma perlu pilih je game ape yang korang nak main. Yang bestnya kan. kat solitaire.org ni takde iklan! So bila main games tu memang takkan rasa terganggu. Sesetengah website yang sediakan online games percuma ni banyak iklan, terus potong mood nak main games tu kan? Bertambah stress lagi ada la! Hahahahaha.


Kat bawah ni pulak anta game yang selalu menjadi pilihan kakak. Hidden games ni paling favourite la. Sampai naik berpusing biji mata kadang duk cari barang tersembunyi dia. kadang-kadabg tu depan mata je pun tak nampak! Apooo!




Kalau korang nak acah-acah pilot sikit boleh main game simulator. Yang ni nak main dengan anak-anak pun boleh. Yang kakak tunjuk kat korang ni level kacang tanah je tau. Parking helikopter je. Yang lagi susah pun ada juga. Tapi kalau nak tunjuk kat sini, sampai esok pulak tak habis.





Kalau korang suka main games ala-ala candy crush pun ada juga. Selalu kakak main kat henpon je, tapi yang tu kalau habis nyawa kena tunggu kengkawan anta bantuan dulu or tunggu diorang refresh nyawa. Kat sini tak payah pun, korang cuma perlu fikir mana yang nak dialih je, nanti dia akan level up.




Dan antara games yang kakak rasa paling menguji minda ialah puzzle games. Yang ni memang ada level terpaling mudah dan terpaling susah, tapi kalau spesis tak berapa bijak macam kakak ni kan, main level easy pun terasa susah! Hahahhhahahha.



Memula tu nak mainn crossword, lepas tu rasa macam otak ni tak mampu nak fikir pulak, so kakak tukar main sudoku je. Dulu masa zaman sekolah, gigih beli buku sudoku semata-mata. Sekarang ni, tak payah beli buku dah. Bukak je solitaire.org, cari game sudoku. Settle!



Best kan? So kalau korang nak release tension tu boleh la cuba main online games percuma di Solaite.org ni dan pilih je games mana yang  kena ngan jiwa korang. Bukan sesuai untuk orang dewasa je, tapi untuk dijadikan anak-anak menguji minda pun boleh. Cumanya, parents kena pantau la masa bermain dan games apa yang sesuai dengan anak-anak. Okaylah, kakak nak sambung main games jap. Bye!

Baca Selanjutnya »

Koleksi Ningrat Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan, Gandingan Klasik dan Moden

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Koleksi Ningrat Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan, Gandingan Klasik dan Moden | Mana nak cari Shawl Sulam dan Bawal Printed di bawah satu bumbung? Jawapannya di Tana Hassan. Bagi mereka yang berhijab, ada yang meminati shawl dan ada juga peminat tudung bawal. Tapi kalau kakak sendiri, dua-dua kakak suka bergantung kepada pakaian dan acara.



Tana Hassan bukanlah nama baru, sebelum ini dikenali sebagai Hijabulous Hassanah sejak dari tahun 2013. Pada tahun ini, Hijabulous Hassanah membuat penjenamaan semula kepada Tana Hassan dan melancarkan koleksi Ningrat di bawah jenama ini. Kalau nak tau, Tana Hassan merupakan pemilik kepada jenama ini sendiri tau!


Koleksi Shawl Sulam Ningrat by Tana Hassan


Shawl sulam bukanlah gaya baru dalam dunia fesyen, tapi sekarang ni shawl sulam dah kembali mendapat tempat dan berjaya menarik perhatian generasi masa kini termasuklah kakak sendiri. Jujurnya, kakak memang falling in love sangat dengan koleksi shawl sulam Ningrat ni tau!



Shawl sulam membuatkan si pemakai nampak sangat klasik dan anggun. Kalau nakkan sentuhan tradisional sikit, korang boleh menggayakan shawl sulam ini dengan baju kebaya ataupun baju kurung. Terdapat beberapa corak sulaman dan warna yang boleh korang pilih daripada koleksi Ningrat ini. Yang kakak pakai ni, Sulam Melati kod Grapes.



Materialnya pula ialah Chiffon Georgette yang sangat mudah dibentuk dan flowy je bila dipakai. 


Bawal Printed Ningrat by Tana Hassan


Bagi mereka yang kurang menggemari shawl sulam, Tana Hassan juga ada koleksi Bawal Printed. Yang menariknya corak bawal printed ini direka sendiri oleh Tana Hassan. So, coraknya limited edition. Kiranya, yang beli dari Tana Hassan je ada corak ni tau!



Material Bawal Printed ni ialah Dull Satin. Kainnya memang sangat lembut dan mudah dibentuk. Selain tu, satinnya ringan dan sejuk bila dipakai. Lepas tu nak tau apa yang best? Bawal ni sangat mudah digosok. Sebagai orang yang terlebih "rajin" macam kakak ni kan, material easy iron ni memang kakak suka tau! Hahahahaha.



Kat bawah ni kakak share sikit cara menggayakan koleksi Ningrat Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan. Sapa nak tutorial boleh request, InsyaAllah nanti kakak kongsikan kat socmed kakak okay!


@ayuerejaluddin Korang geng shawl atau geng bawal? Kakak tak tau la nak pilih mana, dua-dua kakak geng! So kalau korang nak dapatkan shawl sulam ataupun bawal printed, boleh beli dengan @TanaHassan_. Banyak pilihan menarik tau! So kakak kongsikan dengan korang 4 cara nak menggayakannya. Cukuplah 4 gaya setiap satu, kang korang minta tutorial jenuh kakak nak explained! 😂 #fypã‚· #shawl #bawal #fashion #style #hijab #hijabstyle #ningrat #tanahassan ♬ original sound - ayuerejaluddin



So kat mana nak dapatkan koleksi Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan ni? Sekarang ni dengarnya Tana Hassan ada harga promo tau. Cepat dapatkannya sekarang.


Instagram : https://instagram.com/tanahassan_

Facebook : https://www.facebook.com/TanaHassan

Tiktok : https://www.tiktok.com/@tanahassan_

Shopee : Tana Hassan


Baca Selanjutnya »