Masjid-Masjid Cantik di Kelantan

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Masjid-Masjid Cantik di Kelantan | Sesuai dengan jolokan Serambi Mekah, terdapat banyak Masjid dengan senibina menarik di Kelantan ni. Bersempena Program Ihya Ramadan 2022 baru ni, kakak sempat melawat ke beberapa buah Masjid yang cantik dan unik. Antaranya :


Masjid Muhammadi, Kota Bharu




Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dikenali sebagai Masjid Besar oleh penduduk disini. Masjid yang telah dibina pasa tahun 1967 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 – 1886), diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu pada mulanya.




Masjid ini dibina dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih dan pada tahun 1922, ianya telah distrukturkan semula daripada kayu kepada konkrit. Masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931 dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.




Masjid Muhammadi berkeluasan 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah pada satu-satu masa. Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.


Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang


Jika ke Tumpat, korang wajib singgah ke Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang. Dari jauh korang dah boleh nampak kubah berwarna biru kehijauan dan bangunan masjid yang bertatahkan jubin tona kuning keemasan.




Bila jejakkan kaki kat depan tu, SubhanAllah terpegun kakak melihat senibina yang tersergam indah didepan mata. Hiasan luaran dan dalamannya memang menarik dengan gabungan warna yang menarik serta dipengaruhi elemen dari Cardoba, Sepanyol dan marmar nya juga dikatatakan sedikit mirip dengan Masjidil Haram. Di dalamnya terdapat 4 sudut dinding yang ditulis dalam Jawi melambangkan 4 mazhab iaitu Hanafi, Shafi'e, Maliki dan Hanbali. Selain itu, hamparan permaidani di dalam masjid juga dibuat sama dengan hiasan pintu dan siling masjid itu sendiri. Mihraj 5 lapisan di dalam masjid ini juga simbolik kepada 5 waktu solat.





Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang mula dibuka kepada umum pada bulan Mei 2021 dan boleh memuatkan sehingga 3,200 jemaah pada satu-satu masa. Yang menariknya, masjid yang dibina dengan kos pembinaan hampir 20 juta ini dibina dengan menggunakan dana dari kerajaan pusat sebanyak 6 juta setengah dan selebihnya dana awam seperti penduduk kampung dan pengunjung. Tujuan pembinaan masjid ini ialah untuk menyemai dan menarik minat masyarakat dalam mencintai masjid serta mengimarahkannya serta memupuk rasa cinta dalam mempelajari dan mendalami Islam. Oleh yang demikian, pihak masjid bercadang untuk membuat asrama penginapan bagi mereka yang datang untuk tujuan tersebut pada masa hadapan.


Masjid Noor Aini, Pasir Hor


Masjid Noor Aini dikenali juga sebagai Masjid Cahaya Mataku terletak di mukim Pasir Hor, Kubang Kerian. Masjid ini dinamakan bersempena nama Tengku Noor Aini yang merupakan salah seorang Kerabat DiRaja Kelantan yang membiayai sepenuhnya kos pembinaan masjid ini. Mula dibina pada tahun April  2009 dan siap pada Oktober 2009 dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 15 April 2011. 




Hiasan dalaman dan luaran Masjid Noor Aini juga merupakan idea Tengku Noor Aini sendiri. Dibina dengan ukiran-ukiran kayu yang ditempah khas daripada Sumatera, Indonesia. Dari apa yang kakak tengok, masjid ini menggabungkan ciri-ciri Melayu Tradisional dan unsur-unsur Islamik. Sangat menarik! Masjid ini boeh memuatkan sehingga 1,250 orang pada satu-satu masa. Kakak difahamkan, kos pembinaan menelan belanja lebih kurang 3 juta.




Kalau ke mukim Pasir Hor, jangan lupa singgah disini tau. Korang memang akan rasa macam berada dalam masjid di kampung dengan senibina kayu ni tau.



Masjid Razaleigh, Gua Musang


Masjid Razaleigh yang terletak di Gua Musang merupakan salah satu masjid yang menarik wajib dikunjungi di Negeri Kelantan. Masjid ini diilhamkan dari Masjidil Haram di Mekah. Masa perama kali menjejakkan kaki disitu, memang boleh nampak betapa miripnya masjid ini dengan Masjidil Haram.




Kos pembinaan masjid yang dibina diatas tanah berkeluasan 1.5 hektar ini menelan belanja RM32 juta oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Masjid ini telah dibuka kepada orang awam dan boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini dijangka bakal menjadi satu lagi mercu tanda di Negeri Kelantan.




Selain masjid, kakak berkesempatan melawat sebuah pusat pengajian pondok disini. Alang-alang tu, kakak selit sekali la kat entri ni.


Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh





Madrasah Ihya Ulumuddin merupakan sebuah pusat pengajian pondok yang terletak di Pasir Puteh. ianya ditubuhkan pada bulan Ramadan tahun 2014 dan kemasukan pelajar bermula pada tahun 2015. Madrasah Ihya Ulumussin berkeluasan 5 ekar dan 4 ekar diwakafkan kepada madrasah. Terdapat sebuah masjid 2 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 2,600 orang dengan kos pembinaannya RM2.6juta.




Pengajian pondok ni tak macam sekolah biasa, disini mereka diterapkan dengan pengajian tradisional pondok iaitu mengaji kitab dengan 70% pengajian Al-Quran dan 30% pengajian Fardu Ain. Pelajar-pelajar disini terdiri daripada mereka yang berumur 12 ke 25 tahun. Ada juga beberapa orang warga emas yang paling tua berusia 82 tahun. Terdapat 12 orang guru yang mengajar disini.




Sepanjang bulan Ramadan, Madrasah Ihya Ulumuddin mengadakan pelbagai aktiviti seperti program buka puasa perdana, majlis khatam Al-Quran, tadarus, Qiamullail dan juga majlis Tahlil. Kalau korang berniat ak infak, boleh juga berkunjung ke sini.


Sebenarnya banyak lagi masjid-masjid yang cantik dengan senibina menarik di sini, tapi kalau nak eksplore semua masjid yang ada, memang kena berkampung agak lama di Negeri Kelantan ni. Lain kali kalau diberikan masa dan kesempatan, kakak nak buat mosque trail lagi..





Baca Selanjutnya »

Intro | Ihya Ramadan Kelantan 2022

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Intro | Ihya Ramadan Kelantan 2022 | Baru-baru ni kakak mengikuti Program Ihya Ramadan Kelantan 2022 anjuran Tourism Malaysia Wilayah Timur. Ramai yang kata, bulan Ramadan kat Negeri Kelantan ni selalunya lebih meriah. Jadi, bila dah dapat peluang menyertai program ni, kakak memang teruja sangat. Sebelum kakak cerita dengan lebih lanjut dalam entri selanjutnya, meh kakak intro dulu serba sedikit mengenai program dan tempat lawatan.



Seramai 10 orang peserta telah menyertai Ihya Ramadan 2022. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri suasana Ramadan di negeri yang mendapat jolokan "Serambi Mekah". Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berunsurkan islamik dan kerohanian. Disamping tu, kami juga dibawa ke beberapa destinasi yang sememangnya terkenal di Negeri Kelantan.


Program Ihya Ramadan yang diadakan selama 4 hari 3 malam ni memang sarat dengan pelbagai aktiviti lawatan. Antara yang paling menarik ialah lawatan ke Masjid-Masjid ikonik yang tersergam indah di bumi Kelantan. Subhanallah, tak tau macam mana nak gambarkan perasaan setiap kali menjejakkan kaki di dalam Masjid-Masjid ini. Antara masjid yang sempat kami lawati ialah Masjid Muhammadi Kota Bharu, Masjid Ar-Rahman Kubang Batang, Masjid Noor Aini Pasir Hor dan Masjid Razaleigh Gua Musang. Setiap Masjid ini mempunyai keunikan yang tersendiri.


Sumber : Kaki Travel


Negeri Kelantan juga terkenal dengan sistem pengajian Islam iaitu sekolah pondok untuk mereka yang ingin mendalami Al-Quran. Antara yang dikenali ialah Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh untuk melihat sendiri aktiviti anak-anak tahfiz di sana.



Selain itu kami juga berkesempatan melawat tempat bersejarah tokoh-tokoh ugamawan Kelantan seperti Suluk Tok Selehor dan juga Telaga Tok Kenali. Masa kat Suluk Tok Selehor tu kan, kakak dapat pengalaman masuk ke dalam lubang yang digali dalam kawasan tanah perkuburan dengan kedalaman mengikut liang lahad. satu pengalaman yang berharga buat kakak!



Kami juga dibawa melawat ke Muzium Islam Kelantan, Muzium Wau dan Rumah Tiang 12 untuk mengetahui serba sedikit mengenai peradaban Islam di negeri Kelantan dan budaya masyarakat disini. Juga lawatan ke mural yang terdapat di Laman Palestin dan Laman Budaya, Kota Bharu.



Dan antara yang paling menarik di Negeri Kelantan sepanjang bulan Ramadan ialah kepelbagaian makanan tradisonalnya. Masa kat sini, kakak baru kenal dan dapat merasa sendiri keunikan makanannya. Masa pegi bazar Ramadan kat perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV dan Pasar Siti Khadijah tu kan, rambang mata sangat. Rasa macam nak cuba semua juadah yang ada kat sini okay! Lepas tu dengan coleknya lagi, memang balik KL berat naik ye. Hehheheh.




Nanti kakak ceritakan lebih lanjut intipati program Ihya Ramadan Kelantan 2022 okay. Banyak lagi tempat pelancongan menarik Negeri Kelantan yang kakak nak kongsikan selepas ni. Semoga bertemu lagi di lain entri.

Baca Selanjutnya »

Menu Serendah RM1 Dengan Aplikasi Marrybrown

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Menu Serendah RM1 Dengan Aplikasi Marrybrown | Betul ke boleh dapatkan Marrybrown dengan hanya RM1? Ya betul, korang boleh dapatkan Marrybrown dengan hanya RM1 dengan aplikasi Marrybrown! Tak percaya? Kakak pun mula-mula tak percaya jugak, macam mustahil je nak dapatkan Marrybrown Crispy Chicken dengan harga yang tak masuk akal macam tu. Tapi lepas tengok Neyra post pasal deals tu, terus kakak download aplikasi Marrybrown.




Dengan aplikasi Marrybrown tu kan, korang bukan je boleh dapatkan Marrybrown Crispy Chicken, tapi banyak lagi menu lain dengan harga yang lebih murah. Lepas tu beberapa hari lepas kakak terus pegi beli juadah berbuka puasa dekat Marrybrown. Tapi sayangnya, promosi Marrybrown Crispy Chicken RM1 tu sangat limited, laju betul korang redeem ye? Sampai hati tak tinggalkan 1 untuk kakak!


Aplikasi ni agak baru, so masa kakak mula-mula download dia macam ada glitch sikit. Macam tak boleh nak redeem deals yang ada. Tapi lepas tu, okay je. Disebabkan kakak terlepas untuk dapatkan Marrybrown Crispy Chicken dengan harga RM1 tu, kakak redeem Tower Burger Combo. Set ni siap ada air dan kentang goreng. Harga asal dia RM 17.50 tapi kalau redeem melalui aplikasi Marrybrown jadi RM 13.99 je. Jimat ke tidak? So korang tunggu apa? Baik download sekarang.




Cara nak download Aplikasi Marrybrown?


Korang boleh cari je Marrybrown dekat Play Store ataupun Google  Play. Selain tu korang boleh download melalui https://mbapp.marrybrown.com/. Selepas dah download, korang boleh register akaun dan cari bahagian Deals kat sebelah bawah tu. Kat situ nanti korang boleh tengok antara deals menarik yang ditawarkan oleh Marrybrown.





Yang paling best kan, lepas je korang register korang akan dapat seketul Marrybrown Crispy Chicken secara PERCUMA. Mula-mula kakak tak perasan tapi bila tengok kat bahagian My Reward tu terus jumpa. Selain tu, korang boleh kumpulkan reward points setiap kali korang buat pembelian dan points terkumpul tu korang boleh buat redeem makanan juga.



Lupa pulak, buat masa ni pengunaan aplikasi marrybrown ni terdapat di beberapa outlet sahaja. Korang boleh semak outlet Marrybrown yang terdekat dengan korang kat sini : https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/




Sebarang info lanjut :

Website : https://marrybrown.com/

Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/

Facebook : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/

Twitter : https://twitter.com/MarrybrownMY

Baca Selanjutnya »

Lima Produk Terbaru LengQuas Yang Wajib Dicuba!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Lima Produk Terbaru LengQuas Yang Wajib Dicuba! | Baru-baru ni, kakak sempat mengunjungi Hari Terbuka LengQuas di Dapur Setempat Kopetro yang terletak di Pusat Perindustrian Taman Bukit Serdang. Masa kat situ, kakak sempat melihat sendiri kilang pembuatan produk LengQuas dan mencuba sendiri produk LengQuas termasuk lima produk terbaru yang turut dilancarkan pada hari terbuka tempoh hari.



Hari Terbuka LengQuas yang diadakan selama 2 hari tu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali produk LengQuas dan mencuba sendiri keenakan makanan secara percuma. Selain tu, LengQuas juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan dengan menjadi agen LengQuas. Tak berapa hari lagi pun dah nak berpuasa, so alang-alang LengQuas bagi harga special hari tu, terus kakak sambar lima produk terbaru LengQuas untuk stok bersahur atau berbuka puasa nanti!.




Lima Produk Terbaru LengQuas


Korang mesti teruja nak tau lima produk yang kakak duk sebut-sebut dari tadi kan? Produknya ialah :



  • Ayam Cili Padi
  • Ayam Pedas Korea
  • Puff Daging
  • Daging Perap Beku
  • Ikan Merah Kukus


Kesemua menu terbaru LengQuas ni RTE (ready to eat), korang cuma perlu tebuk ataupun buka pembungkusnya dan panaskan di dalam microwave selama beberapa minit. Mudah dan cepat! Dari segi rasa pula, kakak bagi 5 bintang sebab memang sedap. Masa hari terbuka hari tu, bertambah-tambah nasi kakak ye. Hahahahahaha.



Ayam Cili Padi




Bagi korang yang gemarkan masakan pedas, Ayam Cili Padi ni memang pilihan yang tepat dan sesuai dengan korang. Ayamnya digoreng elok dan juicy, ditambah pula dengan cili padi yang ditumis bersama beberapa bahan lain seperti serai dan sebagainya, memang mengalir keringat bila masuk je dalam mulut. Perghhhh! Pedas dia terangkat! Macam kakak yang tak tahan pedas ni, surrender juga dengan tahap pedas dia tu!


Ayam Pedas Korea



Ini pun salah satu produk yang wajib korang cuba! Ayam yang disalut sos pedas dan taburan bijan ni memang sedap dan juga pedas. Kalau tiba-tiba rasa nak makan ayam pedas Korea, tak payah susah-susah nak pegi restoran Korea dah, korang cuma boleh dapatkan Ayam Pedas Korea LengQuas ni je. Rasa dia sama je macam makan kat restoran tau. Paling best, korang boleh nikmati hidangan ni dengan cara korang sendiri. Nak makan macam tu je pun boleh, nak makan dengan nasi, ramen ataupun nak improvised sikit makan dengan cheese pun boleh!


Puff Daging



Ini kakak suka! Ketulan daging yang disalut dengan puff ni memang sedap sangat! Dagingnya empuk dan juicy dan didatangkan dengan sayuran dan sos dalam setiap satu pek tu. Kalau nak buat sendiri mau makan masa kan?  Dah ada produk RTE LengQuas ni, bila-bila masa teringin nak makan daging yang ala-ala Beef Wellington anytime je boleh makan!


Daging Perap Barbeku



Satu lagi produk berasaskan daging yang wajib dicuba ialah Daging Perap Barbeku. Sama macam puff daging tadi, daging perap berbeku ni juga sangat lembut dengan rasa perapan yang sempurna. Dagingnya juga sangat juicy dan tak kering. Kakak kan, kalau makan apa-apa masakan berasaskan daging, bila kena daging dia tu terlalu kering boleh potong mood nak makan tu. Mesti liat bila nak gigit. Tapi daging perap barbeku LengQuas ni lembut dia just nice, nak gigit senang. Rasa empuk dia tu.


Ikan Merah Kukus



Bagi penggemar masakan ikan, korang boleh cuba sendiri menu Ikan Merah Kukus. Isi ikan merah yang segar ditambah pula dengan rempah dan sos, memang sesuai untuk korang yang tengah berdiet tanpa perlu berlapar. Menu ni disediakan tanpa minyak dan tanpa lemak! Diorang yang dah cuba menu ni semua cakap sedap!



Bagi kakak, produk-produk LengQuas ni memang sangat bagus dan sesuai untuk semua pringkat umur. Rasa dia memang padu dan masakannya memang buatkan korang terasa macam masakan mak-mak. Kualiti produk pun terbaik, walaupun dah simpan lama dalam peti sejuk, rasa masih sama dan tak lari bila dipanaskan


Dari segi kebersihan pembuatan pula, kakak jamin bersih sebab kakak dah melawat kilang dan tengok sendiri tempat penyimpanan bahan basah, cara masak dan juga cara pembungkusan produk. Dan paling penting, produk LengQuas diperakui HALAL dan telah mendapat pensijilan dari pihak yang berkenaan. Alhamdulillah, kakak tak ragu dengan produk-produk dari LengQuas.



Bulan Ramadan nanti tak tau nak sahur ataupun berbuka apa, bolehlah beli produk LengQuas. Nak-nak orang bujang ataupun mereka yang selalu sibuk. Agak-agak tak sempat masak, bukak je peti ais, capai produk LengQuas dan panaskan je dalam microwave beberapa minit dengan suhu yang bersesuaian. Cepat, Mudah dan Enak! 


Lagi 1 kakak kan selalu travel, jadi produk ni sesuai nak dibawa kemana-mana. Packaging dia tak besar sangat tapi isi padu makanan tu agak banyak. Kalau kata takde microwave pun takpe, korang boleh panaskan produk ni dengan teknik kukus. Kalau kat hotel tu, masak je air lepas tu rendamkan je produk LengQuas selama beberapa minit since produknya memang dah sedia dimasak dan cuma perlu pre-heat je.



Okay kat mana nak dapatkan produk LengQuas? Sekarang  ni tak susah pun, korang boleh dapatkan produk-produk LengQuas di mana-mana kedai serbaneka yang berdekatan seperti MyNEWS, 7E, pasaraya berhampiran ataupun boleh beli secara online.


Nak tau lebih lnjut mengenai produk LengQuas boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/lengquas.official
Instagram : https://www.instagram.com/lengquas.official
Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadan 2022 | Me'nate Steak Hub : Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2022 | Me'nate Steak Hub : Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box | Pejam celik tak lagi beberapa hari je lagi kita nak menyambut bulan Ramadan. So arini kakak nak berkongsi dengan korang 1 lagi tempat menarik untuk korang berbuka puasa iaitu Me'Nate Steak Hub yang akan bermula pada 4 April sehingga 1 Mei 2022 nanti.



Bagi peminat stik, korang boleh mencuba menu iftar di Me'nate Steak Hub yang terbaru dan berlainan dari sajian Ramadan sebelum ni dimana mereka telah memperkenalkan hidangan istimewa Mubarak Iftar Platter untuk dine-in dan Mubarak Iftar Nate-Box untuk take-away/delivery. Kakak sendiri berpeluang merasa sendiri menu istimewa ni semasa Ramadan Preview baru-baru ni.


Mubarak Iftar Platter


Yang menariknya juga untuk Ramadan kali ni, korang yang membeli pakej Mubarak Iftar Platter boleh menikmati Mini Buffet Appertisers & Desserts dengan pelbagai pilihan menu pembuka selera dan pencuci mulut secara percuma! Tema yang ditampilkan oleh Me'nate Steak Hub tahun ini ialah kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai. Bila menikmati Mubarak Iftar Platter ni, memang terasa dekat sangat dengan keluarga ataupun rakan-rakan sebab kita berkongsi hidangan yang sama. Tak gitu?



  • Heavenly Me'nate (RM580)
Steamed Persian Rice, BBQ Wagyu Beef Ribs, Persian style grain Fed Ribeye, Half BBQ Spring Chicken, Pepperoni Pizzadillas, BBQ Beef Nachos, mammamia Beef Carbonara, Seafood Aglio Olio, Papadom & condiments.




  • Heavenly Lamb (RM530)
Steamed Persian Rice, Persian style lamb Shoulder, Mediterranean lamb Shank, Persian style Lamb Leg, Pepperoni Pizzadillas, BBQ Beef Nachos, mammamia Beef Carbonara, Seafood Aglio Olio, Papadom & condiments.




  • Heavenly Ribs (RM480)
Steamed Persian Rice, BBQ Grain Fed Beef ribs, Meduterranean Lamb Ribs,, Pepperoni Pizzadillas, BBQ Beef Nachos, mammamia Beef Carbonara, Seafood Aglio Olio, Papadom & condiments.





Sepanjang Ramadan nanti, kesemua cawangan Me'nate Steak Hub akan menyediakan beberapa lagi menu istimewa antaranya Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa'gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted BBQ Chicken, Sahawiq, Pepproni Pizzadillas, Nachos BBQ Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta,Seafood Aglio E Olio Pasta. Korang juga boleh memilih pelbagai pilihan minuman dalam jug seperti Cha bang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum dan Watermelon Mint.



Selain tu korang boleh nikmati pelbagai jenis hidngan daging seperti Daging Harimau Melalak, Rendang Tok ataupun Lamb Shabu. Antara 3 ni kan, Lamb Shabu paling kakak suka! Sedap gila, rasa dia macam manis-manis butter camtu.


Me'nate Steak Hub juga masih lagi menyediakan semua menu-menu ala carte lain yang mengikut buku menu standart Me'nate semasa Ramadan nanti.


Mubarak Iftar Nate-Box




Nak berbuka di rumah dengan hidangan Me'nate? Korang boleh menempah sajian Mubarak Iftar Nate-Box yang menyediakan 3 pilihan iaitu :


  • Nate-Box Heavenly Me'nate (RM470)
Steamed Persian Rice, BBQ Wagyu Beef Ribs, Persian style grain Fed Ribeye, Half BBQ Spring Chicken, Papadom & condiments.

  • Nate-Box Heavenly Lamb (RM430)
Steamed Persian Rice, Persian style Lamb Shoulder, Mediterranean Lamb shank, persian Style Lamb Leg, Papadom & condiments.

  • Nate-Box Heavenly Ribs (RM360)

Steamed Persian Rice, BBQ Grain Fed Beef Ribs, Mediterranean Lamb Ribs, Papadom & condiments.


Setiap Nate-Box ini dihidangkan dengan pelbagai daging stik premium dan halal dan  boleh dinikmati oleh 4 ke 5 orang untuk 1 box.




Promosi Pembelian Awal


Berita baik! Kalau korang membuat pembelian sebelum 31 Mac 2022, korang layak mendapatkan diskaun 15% tau.




Tawaran Menarik Bagi Syarikat Korporat


Terdapat juga pakej menarik yang ditawarkan bagi syarikat-syarikat korporat yang ingin mengadakan jamuan Korporat Ramadan untuk staff.


Program CSR


Bagi syarikat korporat yang ingin melaksanakan program CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan, Me'nate juga menyediakan peluang dengan Pakej Infak istimewa bertemakan "Sesekali Kita Infak Makanan Premium" untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa. antara pakej yang ditawarkan ialah :


  • Pakej Infaq Platinum (300-500 pax)
  • Pakej Infaq Gold (200-250 pax)
  • Pakej Infaq Silver (100-150 pax)


Bagi syarikat yang berminat boleh menhubungi pegawai perhubungan korporat Me'nate di talian : 019-4771047.


Baca Selanjutnya »