Buffet Ramadan 2022 | Me'nate Steak Hub : Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2022 | Me'nate Steak Hub : Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box | Pejam celik tak lagi beberapa hari je lagi kita nak menyambut bulan Ramadan. So arini kakak nak berkongsi dengan korang 1 lagi tempat menarik untuk korang berbuka puasa iaitu Me'Nate Steak Hub yang akan bermula pada 4 April sehingga 1 Mei 2022 nanti.



Bagi peminat stik, korang boleh mencuba menu iftar di Me'nate Steak Hub yang terbaru dan berlainan dari sajian Ramadan sebelum ni dimana mereka telah memperkenalkan hidangan istimewa Mubarak Iftar Platter untuk dine-in dan Mubarak Iftar Nate-Box untuk take-away/delivery. Kakak sendiri berpeluang merasa sendiri menu istimewa ni semasa Ramadan Preview baru-baru ni.


Mubarak Iftar Platter


Yang menariknya juga untuk Ramadan kali ni, korang yang membeli pakej Mubarak Iftar Platter boleh menikmati Mini Buffet Appertisers & Desserts dengan pelbagai pilihan menu pembuka selera dan pencuci mulut secara percuma! Tema yang ditampilkan oleh Me'nate Steak Hub tahun ini ialah kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai. Bila menikmati Mubarak Iftar Platter ni, memang terasa dekat sangat dengan keluarga ataupun rakan-rakan sebab kita berkongsi hidangan yang sama. Tak gitu?



  • Heavenly Me'nate (RM580)
Steamed Persian Rice, BBQ Wagyu Beef Ribs, Persian style grain Fed Ribeye, Half BBQ Spring Chicken, Pepperoni Pizzadillas, BBQ Beef Nachos, mammamia Beef Carbonara, Seafood Aglio Olio, Papadom & condiments.




  • Heavenly Lamb (RM530)
Steamed Persian Rice, Persian style lamb Shoulder, Mediterranean lamb Shank, Persian style Lamb Leg, Pepperoni Pizzadillas, BBQ Beef Nachos, mammamia Beef Carbonara, Seafood Aglio Olio, Papadom & condiments.




  • Heavenly Ribs (RM480)
Steamed Persian Rice, BBQ Grain Fed Beef ribs, Meduterranean Lamb Ribs,, Pepperoni Pizzadillas, BBQ Beef Nachos, mammamia Beef Carbonara, Seafood Aglio Olio, Papadom & condiments.





Sepanjang Ramadan nanti, kesemua cawangan Me'nate Steak Hub akan menyediakan beberapa lagi menu istimewa antaranya Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa'gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted BBQ Chicken, Sahawiq, Pepproni Pizzadillas, Nachos BBQ Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta,Seafood Aglio E Olio Pasta. Korang juga boleh memilih pelbagai pilihan minuman dalam jug seperti Cha bang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum dan Watermelon Mint.



Selain tu korang boleh nikmati pelbagai jenis hidngan daging seperti Daging Harimau Melalak, Rendang Tok ataupun Lamb Shabu. Antara 3 ni kan, Lamb Shabu paling kakak suka! Sedap gila, rasa dia macam manis-manis butter camtu.


Me'nate Steak Hub juga masih lagi menyediakan semua menu-menu ala carte lain yang mengikut buku menu standart Me'nate semasa Ramadan nanti.


Mubarak Iftar Nate-Box




Nak berbuka di rumah dengan hidangan Me'nate? Korang boleh menempah sajian Mubarak Iftar Nate-Box yang menyediakan 3 pilihan iaitu :


  • Nate-Box Heavenly Me'nate (RM470)
Steamed Persian Rice, BBQ Wagyu Beef Ribs, Persian style grain Fed Ribeye, Half BBQ Spring Chicken, Papadom & condiments.

  • Nate-Box Heavenly Lamb (RM430)
Steamed Persian Rice, Persian style Lamb Shoulder, Mediterranean Lamb shank, persian Style Lamb Leg, Papadom & condiments.

  • Nate-Box Heavenly Ribs (RM360)

Steamed Persian Rice, BBQ Grain Fed Beef Ribs, Mediterranean Lamb Ribs, Papadom & condiments.


Setiap Nate-Box ini dihidangkan dengan pelbagai daging stik premium dan halal dan  boleh dinikmati oleh 4 ke 5 orang untuk 1 box.




Promosi Pembelian Awal


Berita baik! Kalau korang membuat pembelian sebelum 31 Mac 2022, korang layak mendapatkan diskaun 15% tau.




Tawaran Menarik Bagi Syarikat Korporat


Terdapat juga pakej menarik yang ditawarkan bagi syarikat-syarikat korporat yang ingin mengadakan jamuan Korporat Ramadan untuk staff.


Program CSR


Bagi syarikat korporat yang ingin melaksanakan program CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan, Me'nate juga menyediakan peluang dengan Pakej Infak istimewa bertemakan "Sesekali Kita Infak Makanan Premium" untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa. antara pakej yang ditawarkan ialah :


  • Pakej Infaq Platinum (300-500 pax)
  • Pakej Infaq Gold (200-250 pax)
  • Pakej Infaq Silver (100-150 pax)


Bagi syarikat yang berminat boleh menhubungi pegawai perhubungan korporat Me'nate di talian : 019-4771047.


Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadan 2022 | Citarasa Nismilan Klana Beach Resort, Port Dickson

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2022 | Citarasa Nismilan Klana Beach Resort, Port Dickson | Alhamdulillah, Ramadan bakal tiba lagi. Dan bermula 1 April pula negara kita dah mula fasa endemik. Mesti ramai dah mula cari pakej-pakej buffet Ramadan kan? Baru ni kakak sempat merasai sendiri keenakan Buffet Ramadan bertemakan Citarasa Nismilan di Klana Beach resort, Port Dickson.



Kalau sebut pasal Negeri Sembilan apa yang terlintas dalam fikiran korang? Kalau kakak kan automatik terbayang pelbagai jenis masak lemak yang pedas dan padu! Haaa, kalau korang nak cari makanan original Negeri Sembilan, kat Klana Beach Resort, Port Dickson la jawapannya!


Klana Beach Resort, Port Dickson ni tak jauh pun dari KL. Kalau naik kereta lebih kurang 1 jam 30 minit je. Kalau korang dah biasa ikut jalan dalam, rasanya dalam sejam je kot. Hehehehehe. Landmark yag paling hampir dengan Klana Beach Resort, PD ni ialah Balai Cerap Baitul Hilal. Nak lagi mudah betul-betul belakang Ancasa Hotel, PD. Alaaaa, kakak gerenti senang nak cari. Tempatnya dalam 500 meter je dari Pantai Peranginan Teluk Kemang.


Tanpa membuang masa jom kakak bawak korang tengok sendiri menu menarik yang terdapat disini. Tak sah kalau buffet Ramadan takde hidangan kambing kan? Kakak sendiri pun, antara hidangan yang paling dinanti-nanti setiap kali buffet Ramadan mesti kambing golek. Tapi kat Klana Beach Resort, PD takde kambing golek tapiiiiiii, ada KIBAS GOLEK istimewa untuk para tetamu. Ini kali pertama kakak makan kibas golek tau. Tak dinafikan, rasa dia sedikit berlainana dari kambing dan lebih lembut. Ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat, lagi menarik!



Lepas tu pulak, bersempena Citarasa Nismilan ni korang boleh pilih pelbagai jenis masak lemak antaranya masak lemak pucuk paku, masak lemak telur itik, masak lemak udang dan banyak lagi. Alahai, tulis ni pun dah terliur! Selain tu kan, istimewanya kat sini ada rendang maman tau. Yang baya-baya kakak mesti teruja bila dengar pasal rendang maman kan? Sekarang ni susah nak jumpa rendang maman. Tapi kat sini, sepanjang Ramadan nanti akan ada rendang maman. Tak gemarkan masak lemak? Jangan risau, korang juga boleh nikmati asam pedas daging tetel. Ni pun salah satu favourite kakak tau! Dia punya asam pedas padu baq ang!



Lagi? Takkan tu je? Eh! Banyak lagi tau pilihan lauk-pauk yang kakak nak cerita. Sape kenal kakak mesti tau kakak ni peminat hidangan petai. Tak kisahlah masak apa pun, janji petai. Masa kat Klana  Beach Resort, PD tu benda pertama kakak nampak masa ronda-ronda tengok makanan tu kan, sambal bilis petai dengan petai masak tempoyak daun kayu, perghhhhhh! Tak sabar terus nak makan okay! Rasa petai masak tempoyak daun kayu sebiji macam mak-mak kita yang masak, cukup rasa dan pedas. Tapi sungguhpun pedas, tak boleh nak berhenti makan. Huhuhuhuhu. Selain tu ada juga ayam masak merah, daging masak hitam, pelbagai pilihan ulam dan sambal belacan serta bubur.




Klana Beach Resort, PD juga ada live station dimana chef mereka akan buatkan panas-panas untuk korang. Antaranya murtabak, kuey tiaw goreng, aneka mee sup, sup gearbox, apam balik dan cucur goreng panas-panas. Tapi kan, kalau korang nak merasa sup gearbox kena cepat tau, menu ni pun boleh tahan laku keras! Bagi mereka yang bawak anak-anak pula, kat sini ada kids corner dimana anak-anak boleh menikmati meatball dan pasta. Yelah, selera anak-anak ni kadang bukan sama dengan kita yang dewasa ni kan? Kita suka masakan kampung, tapi anak-anak suka hidangan yang agak moden. So, kalau korang kat Klana Beach Resort, PD dah tak payah risau pasal menu untuk anak-anak.



Tak sah kalau ke buffet Ramadan takde pencuci mulut kan? Kat sini juga dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih tradisional dan dessert yang tak kurang hebat. Favorite kakak? Buah Melaka!



Amacam? Best tak menu Buffet Ramadan bertemakan Citrasa Nismilan yang ditawarkan oleh Klana Beach Resort, Port Dickson? Kakak boleh cakap, memang rugi sangat kalau korang tak cuba sendiri. Bukan senang nak dapat menu-menu macam tu kat luar, lebih-lebih lagi kibas golek dan rendang maman tu. harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan :



RM 68 (Dewasa)

RM 30 (Kanak-Kanak dan Warga Emas)

PERCUMA bagi kanak-kanak 4 tahun kebawah


Tapi kalau korang buat pembelian sekarang, korang boleh dapatkan harga istimewa pembelian awal dengan hanya RM 55 sahaja! Jimat sangat! Tunggu apa lagi? Hubungi Klana Beach Resort, Port Dickson sekarang untuk membuat tempahan. Masa ni la korang boleh ajak keluarga dan rakan-rakan.


🌸 Tel: 06-6487888
🌸 Whatsapp:
🌸 Email: sales@klanabeachresortpd.com.my


Kemudahan yang terdapat di Klana Beach Resort, Port Dickson

Lepas menjamah makanan dan berbuka puasa, mesti ada yang nak solat Maghrib dan mesti ada yang nak Terawih sekali kan? Jangan risau, Klana Beach Resort, PD ni merupakan salah satu hotel yang berkonsepkan mesra Muslim, sepanjang Ramadan nanti, akan ada ustaz yang mengimamkan solat nanti tau. Jadi kalau korang tak menginap di situ pun takpe.

Tapi kalau nak menginap pun lagi bagus. Kat sini juga ada menyediakan pakej penginapan beserta dengan pakej sahur dan  berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Kakak sendiri dah menginap disini, bilik memang selesa. Kebetulan pulak masa tu kakak dapat bilik yang berdepan dengan laut, memang terasa damai dengar bunyi ombak. Resort ni pulak tak dekat sangat dengan jalan besar, so takde bunyi kenderaan lalu lalang pun, lagi lena tidur kakak. Hahahahah.

Kemudahan lengkap di dalam bilik

Dari segi kemudahan yang ada dalam bilik pula, kakak memang puas hati. Keluasan bilik agak basic, tapi lengkap. Bila menginap kat sini, dah tak payah fikir nak bawak iron atau hair dryer, dalam bilik memang dah tersedia ada selain daripada TV, kettle dan peti sejuk mini. Macam kakak cakap, Klana Beach Resort, Port Dickson hotel yang mesra Muslim, dalam bilik juga telah disediakan sejadah, kain pelikat dan telekung yang bersih untuk kegunaan tetamu. 




Rasa tak puas pula menginap kat sini semalam je, nanti kakak nak repeat lagi la. Untuk info lanjut mengenai pakej penginapan, sahur dan buffet Ramadan, korang boleh rujuk poster kat bawah ni okay.





Apapun, kakak nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1443H buat semua.

Baca Selanjutnya »

#TravelPerakLah | Edisi SELAMA

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


#TravelPerakLah | Edisi SELAMA - Kalau sebut pasal Selama kan, apa yang korang terfikir? Jujurnya, kakak sendiri pun tak tau apa yang menarik kat Selama sampailah kakak sendiri eksplore Selama dengan Gaya Travel dan Tourism Perak baru-baru ni.



Selama ni ada 2 bahagian, Selama Perak dan Selama Kedah. So korang jangan pelik kalau orang kat situ tak bercakap dengan dialek atau loghat Perak, sebaliknya loghat Kedah. Yang kakak eksplore tu Selama yang terletak di Negeri Perak. Dah kata #TravelPerakLah, of course menjelajah Negeri Perak, tak gitu ke kome? Hehehhehehe.




Perjalanan dari KL ke Selama memakan masa lebih kurang 3 jam setengah. Jauh juga, dalam 256km macam tu. Kebas jugalah punggung duduk dalam van. Hehehehehehe. Destinasi pertama kami bila sampai kat Selama ialah D'Lata Chalet yang terletak di Lata Tebing Tinggi untuk makan tengah hari dan juga check-in. Makanan yang dihidangkan aritu memang sedap, perut dah lapar dihidangkan pula dengan pelbagai jenis lauk-lauk kampung. Memang bertambah-tambah nasi! Hahahahha.




Jom jelajah tempat menarik di Selama


D'Lata Chalet @ Lata Tebing Tinggi




Apa yang best kat D'Lata Chalet, Lata Tebing Tinggi ni? Kalau korang suka nature, D'Lata Chalet memang pilihan yang terbaik untuk beriadah. Terdapat beberapa buah chalet penginapan dan kesemuanya dekat dengan sungai. Kiranya buka je pintu bilik terus nampak sungai. Tapi kalau korang pilih untuk tak menginap disini pun takpe, korang masih boleh beriadah di sekitar kawasan Lata Tebing Tinggi ni sebab kemudahan yang disediakan untuk pengunjung luar pun cukup lengkap seperti gerai makan, tandas awam dan surau. Kawasan tempat letak kereta juga banyak dan tak jauh dari sungai.


Sungai Atas Sungai, Kampung Redang Panjang



Kalau sebelum ni kakak penah baca pasal sungai atas sungai yang terdapat di luar negara. Rupanya dekat negara kita pun ada sungai atas sungai yang terletak di Kampung Redang Panjang, lebih kurang 13km dari Pekan Selama. Macam mana ye rupa sungai atas sungai tu? Bagi kakak sangat unik kerana terdapat 2 buah sungai yang bertindih antara satu sama lain. Selalu kita tengok sebatang sungai je kan? Kat sini kita boleh lalu di atas 2 batang sungai. Faham tak? Kalau tak faham, korang boleh tengok gambar. 



Sungai atas sungai merupakan terusan air sepanjang 3.5km yang dilencongkan dari Sungai Ijok dan di bawahnya pula Sungai Redang Panjang. Masa kat sini, korang boleh tengok keunikan sungai atas sungai tu sendiri dari sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1936. 


Telaga Gergasi, Kampung Jalan Baru




Selain sungai atas sungai, korang wajib ke Telaga Gergasi. Sampai kat sini, kakak terpegun sangat dengan telaga ni. Nampak macam mini Niagara Waterfall. Sebenarnya, sungai atas sungai dan telaga gergasi ni bersangkut paut kerana air sungai tersebut akan mengalir sepanjang lebih kurang 5km terus ke Telaga Gergasi. 




Mesti korang tertanya-tanya apa fungsi telaga ni kan? Telaga Gergasi merupakan tinggalan teknologi British untuk mengawal pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah. Kedalaman telaga ini 100 kaki atau 30 meter tinggi dengan diameter sepanjang 20 kaki atau 6 meter dibina itu pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai, namun ciri moden binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengelakkan hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah. Selain itu telaga ini juga diwujudkan sebagai penyimpanan air dan sumber air untuk tanaman padi yang terdapat dikawasan berhampiran. Boleh dikatakan, tali air la.


Galeri Keris Pak Din Komando, Kampung Bagan Baru



Galeri Keris Pak Din Komando atau nama asalnya Abdul Wahab bin Hassan antara salah satu tempat menarik yang boleh korang kunjungi di Selama. Kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis keris-keris dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. Masuk je kat situ, kakak terpegun tengok sendiri koleksi senjata tradisonal yang terdapat di dalam Galeri Keris Pak Din. Yang menariknya, kebanyakan keris yang terdapat disini merupakan keris turun temurun dan keris yang diperbuat sendiri oleh Pak Din. Pak Din Komando ni terkenal kerana kebolehannya membuat ukiran sarung senjata Melayu Tradisonal seperti keris, pedang, golok dan lain-lain. Selain keris, dalam galeri ini juga terdapat pelbagai koleksi barangan antik juga. Memang menarik!




Pak Din juga mempunyai pelbagai koleksi kayu surian. Kalau nak tau, Pak Din telah membuat kajian selama 5 tahun mengenai kayu surian ini dan telah memperkenalkannya secara eksklusif. Kayu surian ini datang dari pokok Surian Batu yang hanya boleh ditanam di beberapa kawasan seperti Larut Taiping kerana suhu yang bersesuaian. Pokok Surian Batu juga tumbuh di kawasan-kawasan tepi sungai dan gunung ganang. Menurut Pak Din, harga kayu surian boleh mencecah ribuan ringgit. lagi lama kayu tu disimpan, lagi mahal harganya. Kayu surian ini boleh digunakan untuk membuat hulu keris atau golok dan juga sarung keris. 


Kedai Kopi Ghazali (Nasi Lemak 50 sen)


Kalau ke Selama, korang boleh singgah di Kedai Kopi Ghazali. Apa  yang menariknya kat sini korang masih boleh jumpa dengan nasi lemak 50 sen. Kat KL tak jumpa dah nasi lemak 50 sen macam ni. Nasi lemak ni memang comel. Tapi rasa dia sedap sangat, terasa lemak dia dan sambal yang padu tu! Jangan tak tau, kakak makan 5 bungkus okay! Hahahahah.


Selain tu korang boleh jamu kuih muih dengan harga yang murah iaitu 3 ketul RM 1. Makan kat sini terasa vibes kampung dia tau, pekena pulak dengan kopi atau teh panas-panas, perghhhhh!




Aktiviti menarik di sekitar Selama


Selama dikenali dengan keindahan 7 Lata nya. Memang kat Selama banyak sangat kawasan-kawasan nature yang masih lagi terpelihara dari pembangunan. Masa kat Selama aritu kakak sempat la menjejakkan kaki ke beberapa buah Lata. Kalau nak jelajah semua, kena berkampung lama sikit la kat Selama. Jom kakak bawak korang tengok sendiri antara aktiviti yang sempat kakak buat sepanjang kat sini.


White Water Rafting, Sungai Rambong


Kalau ke Selama, korang boleh cuba aktiviti White Water Rafting dengan Selama Rafting. Aktiviti ini dilakukan di Sungai Rambong. Tapi kakak lupa la berkayuh berapa km aritu! Hahahahha. Macam biasa sebelum memulakan aktiviti, peserta perlu diberikan taklimat keselamatan dan diajar cara mengendalikan bot rafting. Kalau korang biasa rafting, mesti teruja pasal bum-bum dan jump-jump kan?



Aktiviti white water rafting ni memang seronok dan menguji fizikal juga okay. Walaupun sebenarnya abang bot tu yang banyak kawal bot, korang yang dalam bot tu pun main peranan juga okay! Hahaha. Tapi masa kakak buat aktiviti White Water Rafting tempoh hari, aliran air tak berapa bekerjasama. Air agak surut dan bot ada sangkut-sangkut kat batu. Kalau air tinggi sikit, lagi seronok! Walau macam mana pun, we still have fun!




Waterfall Abseiling, Lata Damak





Ini antara aktiviti yang paling kakak suka! Aktiviti ni memang sangat mencabar, bayangkan korang kena turun dekat air terjun dengan menggunakan tali. Sebelum buat aktviti ni, macam biasa kami buat sesi pengenalan dengan equipment dan taklimat keselamatan oleh Ayahanda. Nak buat aktiviti waterfall abseiling ni memang keselamatan perlu diutamakan dan aktiviti ni perlu dijalankan oleh mereka yang bertauliah. Jadi korang tak perlu risau soal keselamatan di sini. Team Ayahanda memang terlatih.



Lepas sesi taklimat, kami kena pakai helmet, harness dan tali keselamatan. Selepas semuanya lengkap kami dibawa naik ke atas air terjun dan team Ayahanda akan menunjukkan demo cara-cara untuk turun dari atas tu. Dan paling penting kan, korang kena pakai kasut yang sesuai sebab cerun nak menuruni air terjun tu sangat licin. Kalau takde kasut yang sesuai korang boleh sewa je "adias kampung" dengan mereka. Kakak pulak masa tu, takde size. makanya kau redha dan yakin je la dengan aqua shoes sendiri. Hahahahahah.



Aktiviti ni seronok gila, kakak teruja sangat nak turun, tapi dalam masa sama, nervous juga. Sebenarnya, masa nak turun tu ada command yang perlu korang sebut, tapi kakak kau ni, sampai je turn dia nak turun, terus lupa semua skrip. Tak pasal kena marah free-free dengan Ayahanda. Hahahhaha. Tapi Ayahanda marah-marah manja la. Masa turun tu, 2-3 kali juga tergelincir. Tapi enjoy gila!


ATV, Lata Tebing Tinggi


Bagi mereka yang nak aktiviti santai-santai, korang boleh naik ATV di D'Chalet, Lata Tebing Tinggi. Trail ATV dia tak terlalu mencabar. Korang boleh ronda-ronda di sekitar Lata Tebing Tinggi sambil melihat pemandangan hutan lipur yang tenang dan mendamaikan. Kalau mana yang bawak anak-anak tu, aktiviti ni sangat bersesuaian selain beriadah mandi sungai dan berkelah.



Kakak tak join aktiviti ATV masa ni, sebab kakak pilih waterfall abseiling, tapi tengok gambar diorang meronda, kemain seronok lagi ek? Takpe, next time kalau ada peluang berkunjung ke Selama lagi, kakak nak buat aktiviti  ATV ride pulak.


Sebenarnya, banyak lagi tempat dan aktiviti menarik yang boleh korang buat di Selama, tapi masa trip ni tak panjang, jadinya kami hanya berkunjung dan beraktiviti di beberapa tempat je. Terima kasih kepada semua pihak dan Majlis Daerah Selama yang memberikan kami peluang menjelajah Selama. InsyaAllah ada rezeki kakak nak ke Selama lagi.


So lepas ni, kakak nak kongsikan dengan korang destinasi seterusnya #TravelPeraklah! Keep in touch okay!


P/s : Sebenarnya ada kisah sedih dan pedih lepas balik trip ni, tu la punca delay cerita kakak. Telefon tak boleh hidup tiba-tiba dan semua gambar tak dapat diselamatkan. Nasib ada ehsan dari kawan-kawan lain. Dapatlah kakak kongsikan dengan korang. Huhuhuhu.



Baca Selanjutnya »

Kakak POSITIF!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


2 tahun lebih bertahan, sekali pun tak penah kena walaupun kasual kontak. Tapi bila Allah SWT tu kata kun fa ya kun, maka jadilah ia. 28 Februari 2022, tarikh yang kakak tak lupa bila kakak POSITIF! Tapi ni positif yang kau sendiri tak mampu nak positif. Huhuhuhu.


Kalau korang tanya kakak dapat dari mana kan, susah nak jawab. Kakak sendiri tak tau dapat dari mana. 26 Februari tu kakak ada bukak booth kat MaTic, lepas tu ada pegi makan kat Jalan TAR so tak tau jangkitan tu dapat dari mana. Tapi takpe la, malas pulak nak fikir pasal tu. Hahahhaha.


Simptom yang mula-mula sekali kakak dapat, malam ahad 27hb tu. Siang tu okay je, takde rasa tak sihat ke apa. Kakak siap pegi rumah mak sedara, makan-makan bagai. Makan pun berselera je, siap tambah-tambah lagi! Hahahha. Lepas tu malam tu dah mula rasa tak sedap badan dan demam. Masa tu kakak duk fikir demam biasa je la kot, sebabnya Sabtu tu memang kakak ada kena hujan dan terus tidur. Pagi Isnin tu kakak terus tumbang, tak boleh nak bangun sampailah petang tu, Kak Lang suruh check. Hati masa tu dup dap je nak buat saliva test tu okay, tup-tup naik 2 line! Ah sudah! Tapi tenang-tenang je lagi, update kat IG Story ramai suruh update kat mySejahtera. Kakak tak terus update masa tu, kakak tak puas hati try pula buat Nasal Swab, naik 2 line juga. So sahlah, memang positif.

Bila dah tau positif ni, dalam kepala otak masa tu kan, duk terfikir Mak dengan Abah je. Yelah, parents kakak ni pulak dua-dua pesakit yang berisiko tinggi, mau kau tak cuak? Kakak suruh Mak, Abah dengan Kak Lang buat test, Alhamdulillah diorang negatif. Lega rasa. Kakak tak pegi pun buat RTK or PCR, kakak cuma update terus kat MySejahtera sendiri je. Yelah, kakak ni kan tak bekerja. Jadinya nan hado la, memadai report self testing tu je. Lepas tu kuarantin je dalam bilik sensorang.


Covid ni SAKIT!


Orang kata, lain orang lain dia punya gejala. Yang kakak kena ni memang sakit ye. Demam on-off, bila demam tu datang kan dia datang dengan pakej seram sejuk, sakit badan dan urat segala. 3 hari pertama tu kakak memang tumbang, nak bangun pun rasa berpusing dunia. Lepas tu yang paling menyeksakan, tekak ni punya sakit macam kena hiris dan toreh dengan pisau. Nak menelan air liur pun menangis-nangis! Ko ghase? Batuk tak payah cakap la, macam nak terkeluar kerongkong wehhhh. Masa kena tahan wad dulu pun tak rasa seksa gini walaupun duk muntah ngan cirit-birit non stop masa tu.


Ubat? Macam-macam dah kakak telan tapi rasa macam 1 apa pun tak jalan. 5 hari juga dia punya gejala yang teruk gitu. Tak daya dah rasa badan ni. Hari keenam barulah kakak rasa okay sikit dan boleh telan solid food sikit, kalau tak nak menelan apa pun tak boleh. Pedih tekak tu tak boleh bawak bincang.


Alhamdulillah, sekarang kakak pun dah habis kuarantin. Kesan pada positif aritu tinggal batuk-batuk je la. Tekak pun dah makin baik, tak sakit sangat. Harapnya takde long covid la. Tapi dalam 2 hari  ni, badan masih rasa letih dan asik nak tidur je.


Kat sini kakak nak ucap terima kasih dekat semua yang tak jemu tanya khabar sepanjang kakak kuarantin. Tak lupa kepada mereka yang hantar makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain. Kakak doakan korang semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.


Kakak juga nak minta maaf kepada beberapa orang yang tak semena-mena jadi kontak rapat bergejala dan tidak bergejala. Salah seorang tu pun ikut positif sama. Harapnya semua orang semakin sembuh okay!


Okaylah, banyak keje tergendala gara-gara kakak positif ni. Tapi takpelah, ada hikmahnya kan? Nasib baik PR dengan kawan-kawan memahami. Now, nak pulun buat mana-mana task yang tergendala tu. Harapnya dapat selesaikan semuanya cepat.

Baca Selanjutnya »

Berpiknik ala Seoul, Korea di 15 May Cafe

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Berpiknik ala Seoul, Korea di 15 May Cafe - Mesti ramai yang rindu nak pegi piknik kan? Sekarang ni kalau nak berpiknik kat luar macam tak berapa sesuai, so kakak nak bawak korang berpiknik ala Seoul, Korea di 15 May yang terletak di MyTOWN Shopping Centre. 15 May ni baru je beroperasi bermula dari bulan Disember yang lepas.

15 May merupakan kafe yang berkonsepkan piknik. Masuk je kat dalam ni terus terasa mood santai-santai tu dengan dekorasi dan susun atur kafe yang sangat menarik.

Baca Selanjutnya »