Nutrition Pro Expands to Sabah, On Track to Achieve RM20m in Revenue in 2021

Nutrition Pro Expands to Sabah, On Track to Achieve RM20m in Revenue in 2021

Company Inks Agreement with Sabah Bodybuilding Association, and Extends Partnership with Ten Times World Bodybuilding Champion Sazali Samad


Joannes Staneslous, President of SBBA (center), Nelson Lee (L) and Benedict Yu (R), 

the directors of Nutrition Pro Sabah, at a sponsorship discussion for Mr Sabah and Mr Borneo 2021


Penampang, Sabah, 29 Sept 2021 – Sports Nutrition Pro Sdn Bhd (“Nutrition Pro”), one of Malaysia’s leading sports supplement retailers, opens its doors this month in Penampang, Sabah. Despite the prolonged lockdown of the fitness industry due to the COVID-19 pandemic this year, the company is still on track to achieve its all-time high revenue of RM20 million in 2021, an increase by over 60% from 2020.

Established in 2011, Nutrition Pro has successfully introduced world-renowned sports nutrition supplements to the fitness and bodybuilding market. Amongst some of the top global brands distributed are MMX Muscle Metabolix, Optimum Nutrition, Dymatize, MyProtein, MuscleTech, Scivation, Redcon1, Dream Tan, BSN and BPI Sports. The company is also the organiser of Mr. Perak, an annual bodybuilding competition in Ipoh, Perak.


Lawrent Cheong Yon Jean, director of Nutrition Pro

“Multiple Movement Control Orders (MCOs) initiated by the government to curb the spread of COVID-19 in 2020 and 2021 may have hampered the fitness industry. Despite the challenges, we were lucky to have managed to pivot our business model and focus on e-commerce, which has led to the growth in our revenue,” said Lawrent Cheong Yon Jean, director of Nutrition Pro.

He added that the company has also strived to help gyms and fitness centres to recover and recoup their losses. “Nutrition Pro has helped over ten gyms and fitness centres during this lockdown by expanding their business models to incorporate e-commerce and virtual personal training classes. This has helped them to sustain their income and hopefully, can be an added revenue for them when their operations resume.”

“What we strived for is the co-development and sustenance of the ecosystem by sharing our knowledge and by lending a helping hand. We hope that more gyms and fitness centres will utilise this opportunity to engage our services. Our comprehensive plans will ensure that they recover in the shortest amount of time possible.”
September 2021 also marked a new journey as the company launched its first East Malaysia outlet in Penampang, Sabah. “Over the past few years, we have witnessed an increase in demand by our customers in Sabah and Sarawak. I sincerely hope that our presence here will help to fulfil their demand and spur the growth of the local sports industry,” said Dr Benedict Yu, Managing Director of Nutrition Pro Sabah.

“Moreover, we have recently signed an agreement with the Sabah Bodybuilding Association (SBBA) to show our full support to the 2021 Mr Sabah and Mr Borneo that is slated at the end of the year. This will be our first foray in working with a sports association in Sabah and we hope that we can contribute more to the local sporting landscape,” he added.

(L-R) Adam Isaac, Operations Manager of Nutrition Pro and Sazali Samad, 

ambassador of Nutrition Pro at the contract extension signing ceremony


In the same month, the company also extended the contract of its ambassador, Sazali Samad, the ten times Mr. Universe. “We are pleased that he has decided to continue his journey with us and we look forward to more exciting content collaborations that will be released in our official Nutrition Pro YouTube and our social media pages,” Lawrent concluded.

For more info, visit https://nutritionpro.my/ or follow the company’s social media pages at:



ABOUT NUTRITION PRO

Established in 2011, Nutrition Pro is one of the leading sports nutrition retailers in Malaysia. With 12 outlets nationwide and 1 outlet in Singapore, the company has continued to support the local sports and fitness industries through various partnerships and collaborative efforts. In 2017, the company also secured its first exclusive Asia Pacific import and distributor license for the American brand, MMX Muscle Metabolix.


Nutrition Pro is also the annual organiser of Mr Perak, and will expand its initiative to support Mr Sabah and Mr Borneo in 2011. 


Baca Selanjutnya »

Akhirnya Kakak Dah Vaksin Sepenuhnya!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Orang dah lama complete vaksin, kakak barulah nak update ye. Takpe, biarpun lambat kakak tetap nak update! Hahahahhaha. Setelah sekian lama, akhirnya kakak dah vaksin sepenuhnya! Alhamdulillah. Kakak daftar untuk pengambilan vaksin ni dari bulan Februari. Dari mula kerajaan bukak slot vaksin, kakak terus je register. Tunggu punya tunggu belum ada panggilan.

Masa diorang bukak sukarela untuk AstraZeneca batch pertama tu, kakak tak sempat nak daftar. masuk-masuk je dah penuh, lepas tu kakak try untuk batch kedua. Alhamdulillah sempat mendaftar. Tu pun jenuh jugak nak dapatkan slot, nasiblah my sister tolong. Guna henfon kakak tak tau asal tak boleh tekan verification gambar-gambar tu. Hahahahahaha. Tu la yang paling menguji keimanan dan kesabaran ye guyssss!



Dos pertama kakak jatuh pada bulan 7 lepas, nak dijadikan cerita masa tarikh tu pulak, kawasan taman perumahan kakak ni kena PKPD. Masa tu macam-macam hal la, ramai yang bising sebab masa mula-mula memang polis dan askar yang jaga ni tak bagi keluar pegi vaksin. Kakak dah emosi dah masa tu, yelah ko dah susah payah rebut-rebut slot vaksin, tetiba bila sampai masa nak cucuk tak boleh keluar sebab PKPD. Nasiblah lepas 5 hari PKPD, diorang akhirnya buat keputusan untuk membenarkan orang-orang dari kawasan PKPD untuk keluar gi vaksin. Kalau korang follow kakak kat IG mesti korang tau betapa eksitednya kakak masa tu.

Masa nak amik dos pertama tu pun, taklah lama mana. Dalam masa 30 minit je dah selesai semua. Alhamdulillah, mudah je prosedur dia pun. Lepas cucuk tu, kakak demam 2 hari. Kuat jugak penangan AstraZeneca ni. Tapi takpe la, kesan dia tak berpanjangan pun. Dah baik demam, semuanya macam biasa dan takde effect lain-lain.


Dos kedua kakak pulak, 11 September lepas. Masa cucuk dos kedua ni pun smooth jugak, kejap je dah settle semua. Alhamdulillah. Tapi dos kedua ni kakak langsung takde kesan apa-apa berbanding dos pertama. Agaknya dah serasi kot. Mula cuak jugak, sebab ramai yang cakap dos kedua lagi kuat. Tapi so far takde pape pun. Rasa dia ikut penerimaan badan kita jugak kot. Ada yang first dose okay, tapi second dose demam. Macam my sister la, dos pertama dia okay, tapi dos kedua dia demam.

Tapi nak tau apa yang paling menguji lepas amik vaksin? Nak tunggu 14 hari tempoh matang dia tu. Dia lagi rasa lama berbanding gap 2 bulan  nak cucuk vaksin tu okay! Hahahhahahah. Tapi apapun, Alhamdulillah dah selesai semuanya. Now I'm FULLY VACCINATED! Yeayyyyy!!!!

Kakak doakan semoga segala urusan semua orang dipermudahkan okay!

Baca Selanjutnya »

Crystal Skin dari Rish Beauty Atasi Masalah Kulit

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Crystal Skin dari Rish Beauty Atasi Masalah Kulit - Siapa tak nak kulit yang cantik kan? Semua orang terutamanya kaum wanita impikan kulit yang cantik. Sebenarnya, kulit cantik ni bukan hanya kena jaga dari luaran tau, dalaman pun kena jaga. Barulah orang kata cantik inside out!



Baru ni kakak cuba produk Crystal Skin dari Rish Beauty. Ianya merupakan produk makanan tambahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi, berkhasiat dan berkualiti. Produk Crystal Skin ni terbukti mampu mencantikkkan dan merawat kulit dari dalam.

Sebelum amalkan pengambilan apa-apa produk, kakak akan pastikan produk ni tidak mendatangkan sebarang keraguan. Yelah, sebagai umat Islam banyak yang kita kena titikberatkan terutamanya apa yang kita makan. Crystal Skin merupakan produk bumiputera Muslim dan bahan yang digunakan bergred AAA dari kilang yang berstatus Halal dan mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. Pendek kata produk Crystal Skin selamat dan tiada kesan sampingan. Ianya juga telah dikawal selia dibawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Bahan Utama yang terdapat dalam Crystal Skin

Crystal Skin dirumus khas daripada bahan semulajadi, antaranya :

  • Tomato Kristal  - Anti-oksidan, boleh mengurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinaran matahari.
  • Habbatus Sauda - Anti-radang, mengurangkan jerawat dan membunuh kuman.
  • Vitamin C - Melindungi sel dan menjaga kulit agar lebih sihat.
  • Collagen - Menganjalkan kulit dan mencegah kedutan.
  • Ekstrak Biji Anggur - Anti-oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka.
  • Jus Blackcurrant  - Anti-oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.



Kesemua bahan yang terdapat dalam Crystal Skin telah diuji secara klinikal dan mampu membantu merawat pelbagai permasalahan kulit seperti jerawat, jeragat, liang pori terbuka, kulit berminyak, kusam dan tidak bermaya serta pelbagai lagi.

Kelebihan Crystal Skin 

Kalau korang konsisten dalam pengambilan Crystal Skin, banyak kelebihan yang boleh korang dapat antaranya :

  • Merawat masalah kulit.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Mengurang parut di wajah.
  • Mengecilkan liang pori.
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak.
  • Menjadikan kulit lebih glowing dan tidak kusam.
  • Menampak kelembapan kulit.
  • Mencerahkan kulit wajah.

Kalau kita amalkan apa-apa suplemen pun, mesti ada sedikit pantang larang dia kan? Sebenarnya takdelah pantang larang sangat pun, tapi kalau korang elakkan kesan pengambilan Crystal Skin ni mesti akan lebih baik dan efektif.

  • Elakkan minuman yang berkafein, beralkohol dan berkarbonat.
  • Minum lebih banyak air putih 2 ke 3 liter sehari.
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan bersenam. Elakkan makanan yang berminyak dan tidak merokok.

Cara pengambilan Crystal Skin

Minum satu (1) sachet yang dicampurkan dengan 150ml air sebelum sarapan setiap hari. Senang kan? Produk ini sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki juga tau. Lelaki pun nak cantik jugak okay!



Kesan pengambilan Crystal Skin dan testimoni pengguna

Sebelum kita tengok testimoni orang lain, meh kakak tunjuk dengan korang dulu hasil kesan pengambilan Crystal Skin kat diri sendiri dulu. Arini merupakan minggu kedua kakak amalkan produk ni tau. Kesannya kakak rasa kulit kakak lebih berkelembapan, sedikit cerah.



Tu baru 2 minggu, kalau konsisten? Mesti lagi cantik. Bukan kakak je yang rasa macam tu tau, ramai lagi pelanggan lain turut sama rasa perubahan pada kulit bila amalkan Crystal Skin. Tak caya? Tengok testimoni kat bawah ni.



So amacam? Kalau korang nak cuba sendiri Crystal Skin, Rish Beauty tengah buat promosi tau. Korang boleh dapatkan produk ni  dengan harga yang lebih jimat macam kat bawah ni :

  • 1 Kotak : Harga Tawaran RM69 | Harga Biasa RM89 (Diskaun 23%)
  • 2 Kotak : Harga Tawaran RM132 | Harga Biasa RM178 (Diskaun 26%)
  • 3 Kotak : Harga Tawaran RM187 | Harga Biasa RM267 (Diskaun 30%)
  • 4 Kotak : Harga Tawaran RM230 | Harga Biasa RM356 (Diskaun 35%)


Crystal Skin juga boleh didapati di :




Untuk maklumat lanjut mengenai produk Crystal Skin :



Baca Selanjutnya »

4 Kelebihan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

4 Kelebihan Gold Nano CC Cream - Sebelum  ni kakak penah cerita dengan korang pasal Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni kan? Arini kakak nak share pulak dengan korang 4 kelebihan Gold Nano CC Cream. Kakak ni susah sangat nak lekat dengan satu-satu produk, tapi kalau produk tu bagus memang kakak la pengguna setia dia! Macam Gold Nano CC Cream ni la, nak masuk 2 tiub dah kakak guna tau.



#1 Perlindungan Matahari SPF 50+ PA+++ dan tampak lebih Natural

Cuaca kat Malaysia ni memang panas kering sepanjang tahun, jadinya kita kena bijak memilih produk yang mengandungi perlindungan matahari untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Walaupun sekarang ni kita masih berada dalam PKP, kakak tetap pastikan produk yang kakak guna ada SPF.


Kenapa? Jangan ingat kita duduk rumah tak kena sinaran UV tau. Duduk saja-saja kat tingkap, jemur baju, siram pokok pun boleh buat kita terdedah pada sinaran matahari. Kulit yang selalu kena sinaran matahari ni selalunya akan cepat nampak kusam.

Selain tu, kakak suka Gold Nano CC Cream ni sebab dia menampakkan kulit kita lebih natural. Kebanyakan produk ni kadang bila kita apply kat kulit, nampak warna kulit kita jadi extra putih. Kulit dah la tak berapa nak cerah, pastu CC cream pulak putih gila tak ke nampak tak cantik? Tapi jangan risau, dengan Gold Nano CC Cream, takkan ada white cast. Lepas je kita apply, dia akan terus ikut tona kulit kita dan kulit akan jadi lebih glowing.



#2 Melembabkan Kulit, Tak Melekit dan Tak Berminyak

Kakak paling pantang kalau produk tu terasa melekit dan berminyak pada kulit. Tak selesa! Tapi tektur Gold Nano CC Cream ni best sangat. Bila kita sapu kat muka, dia akan terus melembabkan kulit, tak melekit dan tak nampak berminyak langsung. Even dah pakai dalam masa yang lama pun, kulit tetap maintain walaupun tengah berpeluh.


Bagi korang yang mempunyai masalah kulit berminyak, jangan risau pasal kulit jadi bercapuk sebabnya Gold Nano CC Cream tetap membuatkan struktur kulit kekal natural dan tak bercapuk. Korang cuma perlu touch-up sikit CC cream waktu tengah hari  atau bila perlu dan terus nampak glowing!



#3 Cara Pengunaan yang mudah

Cara pengunaan Gold Nano CC Cream ni sangat mudah, korang cuma perlu ratakan dengan jari je. Tak perlu nak guna makeup tools.


Kalau kemana-mana, bawa Gold Nano CC Cream je dalam beg tu. Bila-bila masa nak touchup, keluarkan dari beg dan terus apply pada kulit muka. Tapi make sure tangan korang bersih tau! Cuci tangan atau sanitize dulu sebelum nak apply tu.



#4 Tekstur Yang Ringan Pada Kulit

Dalam pemilihan produk, kakak suka yang tekturnya ringan pada kulit. Bila dah ringan pada kulit, teksturnya juga tak membuatkan liang pori tersumbat. Tau tak produk yang membuatkan liang pori tersumbat tu la punca jerawat muncul kat kulit kita tau! Dengan pengunaan Gold Nano CC Cream, tak payah nak risau dah. Lagi satu, bila kita nak solat jadi mudah sebab ianya mudah ditanggalkan. Lepas cuci muka terus kulit rasa bersih dan tak meninggalkan apa-apa kesan putih pada kulit.


Pada kakak memang berbaloi sangat bila guna Gold Nano CC Cream. Selain banyak kelebihan, cara nak guna pun mudah. Kakak dah tak payah nak sapu produk berlapis-lapis kat kulit. Lepas je sapu Gold Nano CC Cream, tak payah nak apply mekap tebal-tebal dah. Lagipun masa PKP ni, kita banyak pakai mask je kan bila beraktiviti kat luar, CC cream je dah cukup.

Lepas tu, tahan lama juga satu tiub tu. Kakak punya Gold Nano CC Cream tahan 2-3 bulan kot walaupun pakai hari-hari. Ni baru topup lagi satu tiub. Jimat! So kalau korang nak cuba sendiri produk Hansaegee Nature ni, korang boleh hubungi :



Ayue Rejaluddin
Baca Selanjutnya »

Plan Staycation ke Port Dickson!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Plan Staycation ke Port Dickson! | Mesti semua dah mula excited dengan Fasa Pelan Pemulihan Negara sekarang kan? Nak-nak yang dah dapat 2 dos suntikan vaksin, mesti lagi tak sabar nak merentas negeri untuk bercuti. Untunglah, kakak kena tunggu lagi 1 dos bulan depan, lepas tu barulah boleh berjimba-jimba.


Sementara nak tunggu selesai urusan vaksin dan pengumuman dari pihak kerajaan untuk fasa seterusnya, kakak dah plan staycation ke Port Dickson. Korang pun mesti dah buat perancangan dengan keluarga dan kawan-kawan nak bercuti kat mana kan?

Untuk permulaan, kakak plan nak pegi dekat-dekat je dulu. So yang paling dekat Port Dickson je la. Perjalanan dari KL pun tak berapa jauh, lebih kurang sejam setengah macam tu je. Yelah, dah lama kan kita terkurung, kalau drive jauh-jauh nanti mau patah pinggang. Hahahaha. So kita warm-up kat Port Dickson dulu.

Bila last korang bercuti ke Port Dickson? Agaknya lepas PKP ni mesti banyak dah berubah. Kalau tanya kakak, rasanya kali terakhir pegi Port Dickson tahun 2019 untuk program dengan geng beauty blogger. Masa tu kitorang stay dekat Avillion Port Dickson. Best jugak kat situ, tapi untuk next plan ni kakak nak try cari another Hotel in Port Dickson pulak. Barulah syok, setiap kali cuti duduk kat tempat lain-lain. Kata orang lain tempat lain pengalaman menginap dia.

Kalau sebut pasal hotel, ada a few jugak yang kakak penah stay. Antaranya hotel Avillion untuk program yang kakak cakap tadi tu, Tasek Villa, Mayang Sari (yang ni tak pasti ada lagi ke tidak), Tristle Port Dickson, Casa Rachado dan ada beberapa lagi la. Memang banyak pilihan hotel kat Port Dickson ni, korang tinggal nak pilih je.

Tempat-tempat menarik di Port Dickson

Selain dari hotel, kakak plan jugak nak lawat Kawasan sekitar Port Dickson. Dulu kakak selalu rasa Port Dickson tu macam takda apa yang menarik. Tapi bila kakak google, banyak tempat yang boleh korang lawat kalau ke sana. Antaranya :

Muzium Tentera Port Dickson

Terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera darat Malaysia dan merupakan Muzium Tentera yang terbesar dalam negara. Terdapat 9 galeri berbeza dalam muzium ni tau, dari zaman penjajahan Portugis sehinggalah zaman penjajahan Jepun. Diluar muzium juga korang boleh tengok pameran kereta kebal dan juga jet pejuang, sesuai nak bawak anak-anak. Mesti diorang teruja!

Sumber : MPPD

Kota dan Muzium Lukut

Kalau dah tau mengenai ketenteraan, mesti nak tau serba sedikit mengenai sejarah pentadbiran, pertahanan dan sistem ekonomi di Kota Lukut pada zaman dahulu kan? Jadi korang boleh singgah ke Kota dan Muzium Lukut yang merupakan sebuah kubu yang didikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847. Terdapat 4 galeri utama iaitu sejarah, teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau. Selain beriadah, boleh juga bantu anak-anak yang selama ni arini PDPR dalam pembelajaran jugak.



Alive 3D Art Gallery

Bagi mereka yang suka bergambar, korang boleh berkunjung ke Alive 3D Art Gallery, kat sini terdapat lebih kurang 50 lukisan 3D bertema. Masa kakak pegi dulu, ada 5 tema yang berlainan seperti adventure, animation, exotic, aquarium dan juga seni. Masuk sini, yang dewasa pun sama teruja tau! Hahahahaha.

Sumber : Gaya Travel



Kompleks Baitul Hilal

Kalau korang berminat dengan bidang astronomi, memang wajib singgah Kompleks Baitul Hilal atau balai cerap yang terletak bersebelahan dengan Klana Beach resort. Kalau nak tau, kat sini juga merupakan tempat melihat anak bulan. Kat dalam balai cerap ni ada teropong besar tau, kalau nak tengok matahari dengan lebih dekat boleh naik kat tempat tinjauan tu. Tapi kena naik tangga sikitlah! Hehhehe. Tapi kakak pasti, dah sampai atas tu, korang lupa dah penat naik tangga tadi.

Sumber : Azlan Andi


Bukit Batu Putih

Suka aktiviti outdoor? Korang boleh hiking ke Bukit Batu Putih. Destinasi ni memang terkenal dikalangan hikers. Pendakian untuk naik ke puncak Bukit Batu Putih dalam 20 ke 40 minit bergantung kepada stamina korang. Kalau kakak yang panjat rasanya mau sejam! Dah lama tak hiking kot, pancit wehhh! Tapi pancit tak pancit pun, bila sampai puncak mesti rasa berbaloi bila dapat tengok keindahan dan kebiruan lautan luas depan mata.

Sumber : Libur

Pantai Teluk Kemang

Dari dulu, rasanya tak sah ke Port Dickson kalau tak beriadah atau mandi-manda kat Pantai Teluk Kemang. Kalau korang datang hujung minggu memang ramai yang bawak keluarga beriadah kat sini. Aktiviti paling femes kalau ke Pantai Teluk Kemang, naik banana boat lah! Sampai terpelanting dalam laut okay. Tapi jangan risau, kalau naik banana boat tu kita memang diwajibkan pakai safety jacket. InsyaAllah selamat! Selain tu, boleh berkhemah dan anak-anak boleh main bubble. Memang seronok!



Antara tempat-tempat yang kakak share ni, ada yang kakak dah penah pegi. Tapi nanti once dah boleh rentas negeri dan bercuti, memang nak repeat balik.

So lepas PKP ni korang merancang nak staycation kat mana? Bolehlah share dengan kakak, mana tau next time kakak boleh plan ke tempat yang korang rancang pulak.

Agaknya bilalah orang KL dengan Selangor ni boleh lepas Fasa 1,2 ye? Tak sabar nak bercuti. Tapi bila dah boleh bercuti tu, kita tak boleh leka, kena sentiasa patuhi SOP dan jaga keselamatan diri serta keluarga. Even dah boleh bercuti nanti, kita masih belum bebas sepenuhnya. Ingat tau!

email signature
Baca Selanjutnya »