Cetaphil | 3 Langkah Mudah Penjagaan Kulit

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Cetaphil | 3 Langkah Mudah Penjagaan Kulit - Kakak memang  pengguna Cetaphil sejak sekian lama lagi, rasanya dah 3-4 tahun dah kakak gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan Cetaphil Moisturizing Cream. So kali ni, kakak nak share dengan korang 3 langkah mudah penjagaan kulit dengan hanya menggunakan Cleanser, Moisturiser dan Sunscreen SPF 50+ .


Jenama Cetaphil ni diakui tak asing lagi, ramai yang dah guna dan akui keberkesanan dia kan? Dulu kakak mula guna Cetaphil sebab kulit kakak jenis kering sangat. Sebelum pandemik kan kakak banyak berativiti luar, jadi kakak perlukan sesuatu yang lembut pada kulit dan dari situ kakak mula kenal Cetaphil hasil carian google. Nak guna produk apa-apa mestilah kita akan google dulu kan, nak pulak bila produk tu kita nak gunakan kat muka ni. Bukan boleh sebarang pakai! Alhamdulillah dari situ, kakak terus konsisten gunakan produk Cetaphil dan hasil dia kulit kakak jadi lebih lembut dan sihat.

Tak membuang masa meh kakak kongsikan dengan korang 3 langkah mudah penjagaan kulit Cetaphil.

Langkah 1 : Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Kulit yang sihat mestilah bermula dengan kulit yang bersih. Cetaphil Gentle Skin Cleanser lembut pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Telah diuji secara oleh pakar dermatologi dan diakui keberkesananannya. 


Kenapa kena percaya dengan Cetaphil?

  • Selamat digunakan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit - Kering, Sensitif, Berminyak, Kombinasi, Normal dan Kulit Bermasalah
  • Soap free - Membuatkan kulit tak jadi overdry ataupun over cleanse. Korang tau tak over cleanse ni boleh membuatkan skin barrier kita jadi lebih nipis? Skin barrier kita memang dah nipis, kalau terlebih cuci nanti akan buatkan dia makin nipis dan tak mampu lagi melindungi kulit. Sebab tu kakak lebih suka guna yang soap free.
  • Fragrance free - Tidak mengandungi sebarang pewangi dan tidak membuatkan kulit merengsa. Kakak paling tak gemar apa-apa produk yang ada bau wangi keterlaluan ni.
  • Tidak membuatkan kulit tersumbat
  • pH balance
  • Hypoallergenic - terbukti secara klinikal dan tidak membuatkan kulit beriritasi
  • Formulasi yang lembut pada kulit dan tak memedihkan mata

Cara pengunaannya pun senang je, boleh digunakan dengan ataupun tanpa air. Tekstur dia yang tak melekit ni buatkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser mudah nak digunakan. Korang cuma perlu ikut langkah mudah ni :

  • Titiskan Cetaphil Gentle Skin Cleanser mengikut amaun yang secukupnya untuk kulit
  • Urutkan perlahan pada kulit ataupun badan
  • Bilas dengan air ataupun lapkan dengan tuala lembut ataupun cotton pad


Cetaphil Gentle Skin Cleanser bukan hanya boleh digunakan pada kulit muka, tapi boleh digunakan pada kulit badan sekali. Ni pun salah satu sebab yang membuatkan kakak suka gila dengan Cetaphil! Masa boleh travel dulu, tak payah nak fikir untuk angkut banyak-banyak produk. Hehehhehe. Tapi agaknya bila lagi kita boleh travel ek?

Langkah 2 : Cetaphil Moisturizing Cream

Diformulasikan secara unik untuk memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan boleh mencegah dari kulit kita hilang kelembapan.




Cuaca kat negara kita ni jenis panas dan kering, so kulit kita memang senang kering sebab tu pelembab sangat-sangat penting dalam langkah penjagaan kulit. Cetaphil Moisturizing Cream ni tak berbau wangi dan tak melekit. Kakak paling anti dengan pelembab yang jenis melekit ni. Tak selesa kot bila pakai, rasa macam letak gam kat muka. Tapi Cetaphil Moisturizing Cream tak rasa macam tu, korang cuma perlu amik sikit je dah cukup untuk lembabkan kulit tau.

Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit macam cleanser tadi. Kakak sarankan korang pakai pada kulit muka ataupun badan lepas mandi. Ianya cepat meresap pada kulit tanpa membuatkan kulit jadi iritasi.

Korang boleh tengok sendiri tekstur moisturizing cream ni. pekat tapi tak melekit!



Langkah 3 : Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Ramai yang culas bab nak pakai sunscreen tau! nak pulak sekarang tengah PKP, ramai tak keluar rumah dan beranggapan sunscreeen tak perlu. Sebenarnya kan, kita kena pakai sunscreen walaupun sekadar duduk dalam rumah. Haaaa, jangan ingat kat rumah ni kita tak terdedah kepada cahaya matahari. Duduk tepi tingkap semua tu pun mendedahkan kita pada sinar UV okay.


Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel ni kakak baru-baru je cuba, sebelum ni tak penah guna Cetaphil. Sejujurnya, kakak pun jenis culas jugak bab-bab nak pakai sunscreen sebelum-sebelum ni! Hahahahha. Tapi lepas dah tau fungsi dia, terus tak tinggal sunscreen.

Diformulasikan untuk melindungi kulit dari pigmentasi dan penuaan kulit pramatang. Tau tak kulit yang selalu terdedah kepada sinaran UV ni boleh membuatkan kita nampak lebih cepat tua? Kita orang perempuan mesti nak selalu nampak muda. Hahahhaa. Kalau boleh muda tu nak kekal je sepanjang masa!


Cetaphil Sun SPF50 + Light Gel menawarkan perlindungan cahaya spektrum luas tinggi terhadap sinaran UVA / UVB untuk wajah dan badan. Ringan pada kulit, tahan air dan sesuai untuk kulit sensitif. Boleh digunakan untuk melindungi kulit setiap hari Selain tu ianya fragrance-free, paraben-free dan telah diuji secara klinikal. korang boleh tengok sendiri tekstur dia. Tak melekit langsung! Senang menyerap pada kulit dan tak meninggalkan kesan putih kat muka korang.


So senang je kan nak jaga kulit dengan Cetaphil? Dengan hanya 3 langkah mudah penjagaan kulit, korang boleh dapatkan kulit yang lebih sihat dan lembut.

Kat mana nak dapatkan produk Cetaphil?

Facebook : Cetaphil Malaysia
Instagram : @cetaphilmy
Lazada : Cetaphil

So apa tunggu lagi, korang boleh cuba sendiri Cetaphil ni okay!

email signature
Baca Selanjutnya »

Nasi Dagang Grannies, Terlaris di KLCC. Original Terengganu!

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Nasi Dagang Grannies, Terlaris di KLCC. Original Terengganu! - Lama betul tak ke Terengganu, musim pandemik ni lagilah susah nak travel sampai ke sana kan? Bila sebut je pasal Terengganu, mesti ramai duk terbayang Nasi Dagang Terengganu kan? Sebenarnya, kakak ni bukanlah penggemar nasi dagang sangat, sebab mostly lauk nasi dagang mesti ikan. Kakak kan tak makan ikan, jadinya kureng sikit la.

Tapi bulan puasa baru ni, kakak ada cuba Nasi Dagang Terengganu Grannies yang katanya terlaris di KLCC. Betul ke? Mestilah kakak nak cuba kan? Yang buat kakak lagi nak mencuba, bila lauknya tak hanya ada ikan semata, tapi ada gulai ayam, gulai telur dan gulai udang. Bila dah rasa sendiri keenakan Nasi Dagang Terengganu Grannies, tak dinafikan memang patutlah trademarknya terlaris di KLCC. Sedap wehhh! Nasi dia terasa lemak dan gulai dia memang padu. Yang lagi unik, Nasi dagang Grannies dibungkus dengan daun pisang menambahkan lagi aroma nasi dagang tu.


Bila dah start PKP 3.0 ni, idea nak memasak tu memang dah tepu. Kadang sampai mak pun tak tau nak masak apa. Pastu kakak duk godek-godek kat IG, nampak pulak pasal Set Kenyir dari Nasi Dagang Terengganu Grannies. Elok sangatlah tu, terus kakak order sebab diorang ada buat delivery. Set Kenyir pula ada macam-macam jenis lauk.

Set Kenyir

Musim PKP ni, pihak Grannies ada buat promosi Grannies JUMBO Fiesta. Korang boleh pilih dari 2 set yang ditawarkan iaitu Set Kenyir dan Set Kuala. Kakak dah tentulah pilih Set Kenyir, kat rumah ni ada 4 orang je. Kalau amik set Kuala nanti takut tak habis pulak! Hehehehhe. Kalau korang kena kerja kat ofis tu, bolehlah pakat share dengan ofismate.



Dalam Set Kenyir ni korang boleh pilih lauk Ayam atau Ikan. paling best siap dapat FREE gulai telur dan lauk gulai udang (vp size) dan PERCUMA Zeenik Premium Crunchy Cornflakes Cookies. Kalau korang pilih lauk Ikan, korang boleh ADD ON lauk gulai Ayam (vp size) untuk 5 orang dengan hanya RM25 sahaja! Bagi kakak memang sangat-sangat berbaloi.


Nak lagi best? Meh kakak zoom satu-satu lauk dia! Jangan menjejeh air liur pulak tau. Hehehhehe.

Lauk Gulai Ayam dan Gulai Telur

Lauk Gulai Ikan dan Gulai Telur

Lauk Gulai Udang dan Gulai Telur



Penghantaran pantas dan pembungkusan pun elok, setiap satu lauk tu dibungkus dengan plastik untuk mengelakkan kuah dan lauk tumpah. Rugilah kalau beli nasi dagang tapi kuah gulainya sikit je kan? Ramai yang suka makan nasi banjir.


Portion Nasi Dagang Terengganu Grannies pulak memang puas hati, 1 tu pun buat kakak rasa kenyang gila. Specialnya, beras yang digunakan pun 100% beras Basmathi pusa cream dan menggunakan rempah ratus asli dari Negeri Terengganu, sebab tu rasanya original dan buatkan korang rasa macam makan nasi dagang betul-betul kat Terengganu. Nasi jadi tak melekat dan elok je sebutir-sebutir. Lauk pun banyak dan premium! Pendek kata kakak memang berpuas hati sangat dapat makan nasi dagang Grannies ni okay. Kalau tak takkan dah rasa sekali, boleh repeat order lagi. Kakak ni, kalau tak sedap, memang sekali tu je la! Hihihihi.


Kat mana nak dapatkan Nasi Dagang Terengganu Grannies ni? Kalau nak order korang boleh hubungi :

Facebook : Grannies
Instagram : @grannies.my / @zeenik.my
Whatsapp :  60139075199

Korang boleh check dengan pihak Grannies delivery area okay, sebabnya mereka ada beberapa agent di sekitar Lembah Klang.

Order sekarang! Confirm tak menyesal!

email signature


Baca Selanjutnya »

Rebranding ayuejean Kepada Ayue Rejaluddin

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Rebranding ayuejean Kepada Ayue Rejaluddin - Okay, just a quick update. Setelah 11 tahun dikenali dengan nama ayuejean, hari ni kakak nak rebranding blog dan semua media sosial dari ayuejean kepada Ayue Rejaluddin.


Sebenarnya dah hampir setahun lebih jugak kakak pertimbangkan untuk rebranding. Yelah, orang dah kenal kita dengan nama tu kan, so dalam kepala kakak ni duk fikir itu dan ini. Akhirnya, setelah kakak fikirkan masak-masak dan sehabis baik, kakak buat keputusan untuk menukar nama dan rebrandingkan diri kepada Ayue Rejaluddin. Alhamdulillah. Itulah yang lebih afdal!

Tapi buat masa ni email lama masih lagi ada, tapi kakak dah mula divert sikit demi sedikit ke alamat email baru, actually tak baru sangat la, email ayuerejaluddin@gmail.com tu memang lama dah wujud pun. Hehehehehe.  InsyaAllah soon semuanya akan beralih ke Ayue Rejaluddin.

Rebranding ni, macam biasalah ada pro dan cons dia. Tapi takpe, sekejap je pun huru-hara. Lepas dah selesai semua okaylah. Buat masa ni kakak tak tau macam mana kalau orang klik dari entri lama, dia redirect ke tak ke ayuerejaluddin.com, kakak tak pasti. Tapi takpe la, nanti lelama okay la tu kot kan.

Okay ni dia link baru untuk blog dan media sosial kakak :

Twitter : ayuerejaluddin
Email : ayuerejaluddin@gmail.com

Moral of the story? Aku penah MUDA dan TAK BERAPA CERDIK! 😂


Baca Selanjutnya »

Koko Jar Shake Berperisa Strawberry Yogurt dan Mango Yogurt

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Koko Jar Shake Berperisa Strawberry Yogurt dan Mango Yogurt - Kalau sebut kokojarshake, mesti korang terbayang campuran bubble rice and mini white crunch with premium chocolate melts berperisa coklat seperti kebiasaannya kan? Baru ni kakak ada cuba kokojarshake terbaru berperisa Strawberry Yogurt dan Mango Yogurt dari @kokojarshake.hq. Yeayyy! Bagi yang kurang  gemar coklat, korang mesti cuba perisa baru ni tau. Tapi kena order cepat, khabarnya perisa ni limited edition!



Packaging kokojarshake

Sebelum ni penah je order kat tempat lain, tapi size dia agak kecik, tak puas rasanya makan. Kejap je dah habis. Tapi kokojarshake ni botol dia panjang dan isipadu setiap kokojarshake tu padat, lebih kurang 340gram setiap satu. Lepas tu kan, kokojarshake ni adalah keluaran Bumiputera Islam dan HALAL. Ini yang kita cari!


Dari segi packaging, kokojarshake dibalut dengan aluminum foil. Jadi korang akan dapat kokojarshake yang rangup dan tak mudah masuk angin. Takdelah korang dapat produk yang dah lemau. Botolnya juga agak keras, jadi tak payah nak risau pasal botol pecah.

Sedap ke kokojarshake ni?

Actually, ni kali pertama kakak cuba kokojarshake yang berperisa lain, selain daripada coklat. So memang teruja sikit la bila pestime nak makan tu. Hahahahaha. Kalau yang coklat biasa tu rasanya manis, Koko Jar Strawberry Yogurt dan Mango Yogurt ni rasa dia unik, masam-masam manis. Dah nama pun yogurt kan mestilah ada masam-masam tu. Tapi kadar masam dia, tak keterlaluan macam korang makan buah strawberry or mangga yang masam tu. Rasa dia just nice je dan kena dengan tekak. Faham tak?



Cara makan kokojarshake

Senang je nak makan kokojarshake ni, buka botol dan aluminum foil terus ngap! Kalau kokojarshake ni disimpan pada suhu yang sejuk atau berhawa dingin, dia akan sedikit keras. So korang boleh biarkan sekejap pada suhu bilik ataupun rendam botol dalam air suam untuk mencairkan kokojarshake korang.


Antara 2 perisa ni kakak paling suka Koko Jar Shake perisa Strawberry Yogurt, sedaaaapppppppppp!

Macam mana nak dapatkan kokojarshake?

Mesti korang pun dah tak sabar nak cuba sendiri kokojarshake perisa Strawberry Yogurt dan Mango Yogurt ni kan? Harga dia sangat berpatutan, hanya RM18 sebotol. Bagi kakak memang berbaloi!

Korang boleh mendapatkan dari :

Website: https://kokojar.com/
Whatsapp: 01162921562
Facebook : https://www.facebook.com/kokojarshake.hqpage
Instagaram: https://www.instagram.com/kokojarshake.hq

Peluang Menjadi Agen kokojarshake




Oh ya, sekarang ni kan tengah musim pandemik dan ramai yang dah hilang atau kurang punca pendapatan. Apa kata korang ambik peluang untuk jadi agen kokojarshake. Dah alang-alang makan tu, juallah sekali. Boleh juga buat tambah pendapatan. Modal untuk jadi agen pun rendah dan korang boleh jana pendapatan sehingga 50% okay! Apa tunggu lagi, rebut peluang ni sementara pengambilan agen masih dibuka. Nak tau lebih lanjut boleh rujuk info kat atas.


P/s : Lepas ni agaknya kokojarshake nak keluarkan perisa apa pulak ye?

email signature
Baca Selanjutnya »

Pembayaran Zakat Pelanggan Korporat melalui Maybank2E

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pembayaran Zakat Pelanggan Korporat melalui Maybank2E - Berbaki lagi 2 hari, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Dan setiap kali Ramadhan pasti ada satu perkara yang wajib dibayar iaitu Zakat. Korang dah bayar zakat ke belum tu?


Zakat dan Kewajipannya

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Zakat diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)

Islam sentiasa menitikberatkan tentang memudahkan sesuatu perkara dan tidak mahu menyulitkan manusia dalam urusan sehariannya khususnya dalam melaksana urusan agama. Semua hukum Islam adalah mudah bagi mereka yang benar-benar beriman.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.” (Surah At-Talaaq : 4)

Umat Islam juga diingatkan supaya tidak membebankan sesuatu perkara malah haruslah dipermudahkan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”

Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”

Kadar Zakat Fitrah Ramadhan 1442H

  • RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
  • RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
  • RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah

Pembayaran Zakat Pelanggan Korporat melalui Maybank2E

Sekarang ni musim pandemik, kita tak digalakkan untuk kerap berjumpa ataupun melakukan aktiviti diluar untuk membantu memutuskan rangkaian Covid-19. Lagipun sekarang ni kan, banyak urusan yang kita boleh buat secara atas talian je termasuklah zakat. Kadang-kadang pelanggan korporat ni agak sibuk, kalau nak ke kaunter zakat pula kadang-kadang masa tu agak tak mengizinkan. Nak pulak sekarang ni urusan di kaunter zakat dihadkan. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan membayar zakat secara online.


Korang tau tak, sejak tahun 2008 lagi pembayar zakat korporat di Selangor boleh membayar zakat terus dalam talian melalui Maybank2e.net. Melalui perkhidmatan yang ditawarkan Maybank2e.net, orang ramai tidak perlu lagi ke kaunter pembayaran zakat untuk menunaikan tuntutan agama itu. Para pelangan korporat yang menggunakan perkhidmatan Maybank2e.net boleh membuat pembayaran zakat terus kepada LZS (MAIS).

Bagi yang tak tau pembayaran zakat juga boleh dibuat bagi pihak kakitangan mereka melalui Skim Berkat iaitu  pemotongan gaji yang secara tidak langsung memudahkan para kakitangan daripada perlu pergi sendiri ke kaunter zakat bagi tujuan tersebut. Kaedah pembayaran ni memang memudahkan kita untuk berzakat.




Cara pembayaran zakat 




Senangkan? Kaedah pembayaran secara online ni cepat dan selamat. Semua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Okay, tadi kakak ada sebut pasal Skim Berkat kan? Meh kakak cerita serba sedikit mengenai skim ni.



Apa itu Skim Berkat?

Skim Berkat ialah kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Pembayarannya tidak terhad kepada zakat pendapatan sahaja tetapi zakat-zakat harta yang lain termasuk qada zakat. Ini bererti dengan menyertai Skim Berkat, zakat anda kini selesai.

Kelebihan Skim Berkat

Banyak kelebihan yang boleh didapati oleh pembayar zakat melalui Skim Berkat antaranya :

Lebih berkat
  • Tertunai kewajipan berzakat yang menjadi rukun Islam ketiga.
  • Zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan.
  • Pahala amal jariah yang berterusan dan berkekalan.
  • Zakat diagihkan untuk kepentingan umat Islam.
  • Zakat membersihkan jiwa dan harta.

Lebih mudah
  • Anda hanya perlu membuat arahan potongan gaji dan pembayaran zakat akan diuruskan oleh majikan kepada LZS (MAIS).
  • Tidak perlu bersesak di jalan raya atau di kaunter zakat.
  • Tidak mengalami masalah tempat meletak kereta yang terhad.

Tidak membebankan
  • Tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar sekaligus untuk membayar zakat
  • Mengeluarkan wang secara ansuran lebih meringankan dan tidak begitu dirasai.
  • Bagi anda yang layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan sumber wang yang lain untuk menunaikan zakat kerana anda boleh membuat pelarasan atau memindahkan sebahagian daripada potongan PCB anda kepada zakat.

Kaedah Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

Pembayaran zakat melalui potongan gaji hanya diuruskan oleh pihak majikan atau unit gaji pembayar/pekerja. Sekarang ni pihak majikan dah tak perlu mengisi borang secara manual.

Skim Berkat boleh dibuat melalui portal : www.e-zakat.com.my/skimberkat (webpage khas Skim Berkat). Selepas selesai mengisi segala maklumat pada borang, 3 salinan cetak akan diberikan untuk salinan majikan (Bahagian Sumber Manusia/Unit Gaji), salinan pembayar dan salinan Lembaga Zakat Selangor.



Bagi tujuan menyemak e-penyata zakat, anda disarankan untuk mendaftar E-Zakatonline. Melalui E-Zakatonline anda juga boleh mendapatkan jadual kiraan zakat bulanan, muat turun borang bayaran zakat melalui potongan gaji, panduan bayaran bagi pencarum dan majikan. Mudah kan nak berzakat?



Kemana perginya segala zakat kita?

Kalau kita tengok dekat FB Lembaga Zakat Selangor, banyak update yang disalurkan untuk pembayar zakat. Korang jangan risau, zakat yang dibayar akan disalurkan kepada insan yang benar-benar memerlukan. 


Contohnya baru-baru ni pihak Lembaga Zakat Selangor telah membuat program Ziarah Asnaf dan Iftar Ramadhan bertempat di Kariah Masjid Pt. 4, Sungai Burong, Tanjung Karang. Seramai 5 keluarga asnaf kariah tersebut telah disantuni bertujuan melihat keperluan semasa asnaf dan persiapan Ramadhan. Mereka terdiri daripada asnaf yang mempunyai tanggungan ramai, warga emas dan sakit kronik. Pada majlis tersebut, Zakat Selangor memberikan sumbangan berupa barangan dapur bagi memenuhi keperluan dan kegembiraan kepada mereka di bulan yang mulia ini.



Kempen Smart Pay Smart Stay - Kempen Jom Zakat Cashless

Sepanjang Ramadhan ni pihak Lembaga Zakat Selangor menganjurkan Kempen Jom Zakat Cashless bermula 13 April sehingga 12 Mei 2021. Kempen ini dianjurkan untuk menggalakkan orang ramai mengeluarkan zakat secara online. Pembayar zakat berpeluang memenangi sebahagian dari jumlah keseluruhan RM15,000.


Caranya mudah je :
  • Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online @ branch, mobile banking, ATM machine, atau e-Wallet yang penting pastikan cashless.
  • Imbas QR atau korang boleh terus isi borang di https://bit.ly/zakatcashless2021.
  • Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my.



Info lanjut :
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/

Selamat menunaikan zakat!






email signature
Baca Selanjutnya »