CC Cream Terbaik Yang Mudah Digunakan Untuk Urusan Seharian | Hansaegee Nature

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tengah PKP ni kakak memang tak rajin nak bermekap, tapi kakak memang tak tinggal rutin penjagaan muka. Dan kakak akan pastikan produk yang kakak pakai tak rasa berat pada kulit wajah. Yelah, kalau tak muka ni rasa macam ada gam je.


Arini kakak nak kongsi dengan korang pasal Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Sebenarnya lama dah nak cuba CC Cream sebab ramai yang kata okay, tapi tak berani sebab banyak yang kakak jumpa semuanya nampak tak natural kalau apply kat muka. Kakak ni kulit tak berapa nak cerah, so kakak kena cari produk yang tak tinggalkan kesan putih pada muka. Lepas tu kakak ada terbaca pasal Gold Nano CC Cream, terus kakak cuba.



Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Krim ni merupakan "all in one day cream"  yang berfungsi sebagai Color Control + Brightening. Yang paling best ianya takkan meninggalkan kesan putih pada kulit wajah. Bila korang apply kat muka je, krim ni secara automatik akan ikut tona kulit kita dan menampakkan wajah lebih glowing secara semulajadi. 

Gold Nano CC Cream juga mengandungi SPF 50 PA+++ untuk melindungi kulit wajah dari sinaran matahari. Kalau dah pakai krim ni, kakak dah tak payah nak tepek sunblock lagi sebab ianya dah ada SPF. Tekstur Gold Nano CC Cream ni pulak tak melekit dan ringan pada wajah. Suka gila!

Dalam pemilihan produk wajah, kakak memang akan pastikan produk tu sangat ringan pada wajah. Ni lah salah satu punca kakak pilih Gold Nano CC Cream. Tekstur dia ringan, melembabkan kulit, tak berminyak dan tak melekit setiap kali pengunaan. Bila dah sapu pada wajah, warna kulit nampak sangat natural.


Terdapat 3 bahan utama yang terdapat dalam Gold Nano CC Cream iaitu :

  • Mineral Water - Berfungsi untuk menjaga kelembapan dan keseimbangan PH kulit dan membantu menganjalkan kulit wajah.
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Bersifat Anti-Bakteria untuk membantu meredakan kerengsaan kulit serta mengurangkan masalah kulit.
  • Nano Gold - Mencegah penuaan, menyekat sinaran inframerah dan mempunyai kadar anti-oksidan yang tinggi

Cara penggunaan Gold Nano CC Cream
  • Bersihkan kulit wajah
  • Lakukan rutin penjagaan kulit seperti memakai toner dan moisturizer seperti biasa
  • Ambil sedikit Gold Nano CC Cream dan ratakan pada kulit wajah
Kalau korang perasan, Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dan terdapat kapsul kecil berwarna coklat. Tapi bila korang ratakan je krim tu pada kulit dengan jari, krim tu akan sedikit demi sedikit bertukar kepada warna pink dan coklat mengikut tona kulit kita. So memang takkan nampak kulit kita tu putih yang pelik. Cerah dia pun natural, sekata dan glowing.



Masa korang ratakan Gold Nano CC Cream, korang boleh nampak sendiri perubahan warna macam kakak cakap tadi, krim tu akan tampak lebih natural pada kulit muka. Senang kan? Kalau korang jenis tak suka nak mekap berat-berat, memang sesuai sangat. Dah tak payah nak tepek foundation semua, pakai CC Cream je dah cukup buatkan kulit lebih licin dan bercahaya.


Korang boleh tengok sendiri hasil dia bila kakak pakai kat kulit muka. Terus kulit nampak sedikit cerah, licin dan glowing

Lagi 1 kan, korang boleh jugak jadikan Gold Nano CC Cream sebagai asas mekap sebab ianya tak mudah bercapuk dan waterproof. Kalau berpeluh tengah panas pun tak payah risau kulit atau mekap nampak tak rata. Cuaca kat Malaysia ni kan panas, jadi kita kenalah cari produk yang waterproof kan. Dan paling best, bila korang dah apply Gold Nano CC Cream, mekap jadi lebih pigmented dan tahan lama.



Selalu bila dah masuk tengahari, mesti kulit akan start berpeluh ataupun berminyak kan? Tapi sejak pakai Gold Nano CC Cream kulit still nampak elok dan tak bercapuk. So tak payah nak touch-up mekap kita sangat. Seronok betul sekarang ni, kalau keluar pegi mana-mana tak payah nak bawak mekap dalam handbag lagi. Kalau tak, beg kakak memang berat dengan barang mekap je.



Tapi jangan risau, ianya mudah ditanggalkan kalau kita nak berwudhu tu. Korang cuma perlu lap dengan tisu basah atau cuci je muka, senang je hilang. Lepas abis solat, boleh pakai balik. Oh ya, Gold Nano CC Cream packaging dia comel dan mudah nak letak dalam handbag. Penutup botol dia jenis "twist-lock" dan takkan mudah terkeluar. Taklah risau beg korang kotor.


So tunggu apa lagi? Korang kena dapatkan dan cuba sendiri Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Kakak yakin korang takkan menyesal cuba. Korang cuma rasa menyesal sebab tak cuba dari dulu lagi.


Untuk info lanjut mengenai produk Hansaegee Nature :







Baca Selanjutnya »

OGAWA Master Drive AI 2.0 | Penyelidikan Bersama OGAWA dan Universiti Malaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


OGAWA bukan lagi 1 jenama asing dalam penghasilan mesin urut elektronik, Sebut je OGAWA mesti ramai yang terbayangkan kerusi urut dia kan? Baru-baru ni OGAWA dengan kerjasama Universiti Malaya telah melakukan penyelidikan terhadap model terbaharunya iaitu OGAWA Master Drive AI 2.0.


Dalam penyelidikan bersama ni, OGAWA Master Drive AI 2.0 didapati mampu membantu meningkatkan peredaran daran dan juga menambahbaikkan kualiti tidur. Zaman serba moden ni, ramai yang terlepas pandang akan kepentingan peredaran darah yang baik dan mendapatkan kualiti tidur yang sempurna.


Menurut Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Ogawa Malaysia, gangguan dalam tidur yang berkualiti boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit seperti hipertensi, diabetis, obesiti kemurungan, serangan jantung dan strok. Selain tu menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan emosi meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.

Kata Datuk Lim lagi "Melalui Pusat Penyelidikan Bersama ini, kami berharap kajian yang dilakukan dapat memberikan manfaat yang lebih mendalam dan meningkatkan lagi proses pengembangan produk, pada masa yang sama dapat mendidik masyarakat umum mengenai manfaat kesihatan yang terdapat pada kerusi urut OGAWA."




OGAWA Malaysia dan Univesiti Malaya menjalankan penyelidikan ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggunakan OGAWA Master Drive AI 2.0. Hasil kajian mendapati 100% peserta menunjukkan peningkatan dalam peredaran darah sebanyak 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui program Peredaran Darah. Dan 100% peserta mencatatkan peningkatan kualiti tidur iaitu sebanyak 88.73% melaui program Sweet Dream.

Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE (USA), FIET (UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa universiti berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan untuk tidak hanya menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini yang mungkin berguna untuk kajian masa depan, tetapi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.

Menurut beliau lagi; "Kesejahteraan tidak hanya merangkumi diet yang sihat dan senaman yang konsisten, tetapi urut secara berkala dapat menyumbang lebih banyak pada jiwa manusia - dari membetulkan tekanan postur hingga meningkatkan imuniti. Melalui kajian ini, kami ingin menyampaikan faedah kesihatan utama kerana melakukan urutan biasa dan bagaimana ia harus dianggap penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan - sama ada untuk melegakan sakit otot, mengurangkan tekanan atau bahkan meningkatkan sistem imun anda, urut akan memberi kesan positif memberi kesan kepada kehidupan seharian anda."


Dibangunkan dengan sehingga 5,184 kombinasi urut untuk memberikan penyelesaian kesihatan yang lebih meluas, OGAWA Master Drive AI 2.0 menampilkan Artificial Intelligence (AI) yang canggih termasuk fungsi pengecaman wajah, Health Tracker and Scanner™ dan Penganalisis Automatik Bertenaga AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan menguruskan data bagi menyesuaikan kerusi urut dengan senarai syor penyelesaian yang diprogramkan tepat pada kawasan bermasalah. Pendek kata, OGAWA Master Drive AI 2.0 akan memberikan urutan mengikut program yang sesuai dengan badan melalui pengecaman wajah dan data yang dimasukkan.


Selain itu, sempena Hari Ibu Bapa, OGAWA juga akan mengadakan promosi khas dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga tempoh 68 bulan untuk produk terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini atau OGAWA Malaysia, layari www.ogawaworld.net

Diharapkan dengan adanya hasil kajian yang telah dijalankan oleh OGAWA dan Universiti Malaya akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan urutan dan pada masa yang sama dapat mendidik masyarakat mengenai manfaat kesihatan yang mampu diberikan kerusi urut OGAWA.


email signature
Baca Selanjutnya »

Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY

ASSALAMUALAIKUM DAN SALA SEJAHTERA 

27 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Orang kata masa ni lah masa dan bulan yang terbaik untuk kita kejar pahala berlipat kali ganda. So kakak nak kongsikan dengan korang Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY.


Sekarang ni, banyak SOP yang perlu kita patuhi dan pergerakan agak terbatas. Jadi pihak Dapur LAPOWEY mengambil inisiatif untuk buat Projek Infaq Ramdhan 2021 bagi memudahkan mana-mana badan korporat ataupun individu yang berniat untuk bersedekah dan infaq makanan kepada badan kebajikan ataupun para frontliner yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan.

Kita ni kalau nak bagi orang makan mestilah nak bagi sajian yang terbaik kan? Kakak memang recommend sajian dari Dapur LAPOWEY. Makanan yang disajikan memang sedap dan terbaik. Kakak sendiri dah merasa sendiri masakan mereka. Alhamdulillah, sedap!

Menu pilihan kakak set Daging Salai Gomonceh dan Set Ayam Percik. Daging dan ayam empuk dan perapan sempurna. Masak lemak daging salai dia pulak cukup rasa pedasnya. Okay sangat dan tak terlalu pedas.


Terdapat 6 pilihan makan yang boleh korang pilih, setiap sajian tu didatang dengan nasi putih, lauk pilihan, sayur, kurma dan sebotol ar mineral. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan bersesuaian dengan portion makanan yang dihidangkan.





Macam mana nak menyertai Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY?
  • Pilih menu makanan dari 6 menu yang ingin di'infaq
  • Buat tempahan minima 100 pax ataupun bahagiakan kepada 2 bahagian iaitu 50pax setiap satu bahagian
  • Dan nyatakan lokasi penghantaran
Selepas itu, pihak Dapur LAPOWEY akan memasak menu makanan dan membuat penghantaran kepada badan kebajikan, lokasi pilihan penderma itu. Yang bestnya, penghantaran di sekitar LEMBAH KLANG adalah PERCUMA. Bagi mereka yang berniat untuk infaq luar kawasan Lembah Klang pula, korang boleh berbincang dengan pihak Dapur LAPOWEY.

Selepas setiap penghantaran, Dapur LAPOWEY akan memuatnaik bukti kepada penderma di media sosial tanpa mendedahkan maklumat penderma. Alhamdulillah, mudah kan nak ber'infaq dengan Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur LAPOWEY.




Apa tunggu lagi? Buat tempahan Infaq Ramadhan korang sekarang.. Kalau ada bos-bos yang nak jamu pekerja pun boleh order dengan Dapur LAPOWEY. Info lanjut :


P/s : Tak Sabar nak tunggu Ramadhan 2021

email signature






Baca Selanjutnya »

Rentak Selangor 2021

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


SHAH ALAM, 28 February 2021 – Program Rentak Selangor yang telah bermula sejak tahun 2016, bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di negeri Selangor.


Sekitar penggambaran siaran langsung promosi RENTAK SELANGOR 2021 pada 28 Februari 202 bersama Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor.


Di samping itu, program ini diharap dapat memberi santapan minda kepada rakyat negeri Selangor dan khalayak ramai terutama sekali bagi generasi muda yang bakal mewarisi peradaban serta warisan yang kita tinggalkan kepada mereka.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada hari ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia malahan turut serta merubah landskap kehidupan masyarakat. Besar harapan saya agar program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu artis budaya di Negeri Selangor untuk meneruskan kelangsungan dalam norma baharu.



Tahun ini juga menyaksikan program Rentak Selangor dilaksanakan dalam format baharu, iaitu dalam bentuk rakaman digital dan Live di platform social media, dilaksanakan mengikut garis panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan transaksi fizikal. Langkah proaktif ini juga seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk meneroka inisiatif pendigitalan yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat, lebih-lebih lagi buat generasi akan datang.

Program Rentak Selangor menampilkan kepelbagaian seni warisan budaya yang diamalkan oleh komuniti tempatan di negeri Selangor, iaitu komuniti Melayu, Cina, India dan Orang Asal seperti seni muzik cempuling yang telah diiktiraf sebagai identiti negeri Selangor, angklong, Gordang 9 dan seni tarian singa.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Behormat Tuan Borhan Aman Shah berkata, program Rentak Selangor buat julung kalinya dianjurkan secara digital pada hari ini.

Jelasnya, usaha itu dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan budaya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga kita sama-sama menghayati, menikmati, dan meraikan seni warisan budaya kita.

Video rakaman program Rentak Selangor boleh mula ditonton di saluran Facebook rasmi Rentak Selangor di pautan : 

https://www.facebook.com/rentakselangormy/videos/970079740190547

https://www.youtube.com/watch?v=e_gijr7IEmM&list=UUmr6LtzyYlxUdd6XJl1WBwQ& index=1

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyemarakkan seni dan budaya dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni dari pelbagai komuniti di Negeri Selangor seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi seni, budaya dan warisan negara.

email signature
Baca Selanjutnya »

Plan Percutian ke Cameron Highlands

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni kita semua sedang berjuang melawan pandemik Covid-19 dengan menjalani PKP 2.0 sehingga 4 Februari 2021 ni kan? Agaknya lepas PKP ni, kita akan sambung lagi ke tidak? Kalau tak, mesti ramai yang dah merangka percutian ke mana-mana destinasi di dalam negara. Yelah, bila dah terlalu lama terkurung dalam rumah ramai yang dah mula rasa tertekan dan mula cari cara untuk menenangkan fikiran. Macam tu jugak kakak dan keluarga, Mak pun dah bagi hint “Lama tak bercuti di Cameron Highlands”.

Sebut pasal Cameron Highlands, terus kakak terbayang menghirup udara yang segar, pemandangan ladang teh yang menghijau dan petik buah strawberry. Selain tu, kakak paling suka bila dapat memborong bunga dan sayur-sayuran segar kat sana. Tak lupa juga cendawan goreng kat Pasar Malam Brinchang tu. Lama sangat kakak tak ke Cameron Highlands tau, last pegi bulan Julai 2018. Lama tu! 

Sementara tengah banyak masa ni kakak pun start cari Hotel untuk kami sekeluarga menginap masa nak bercuti kat sana nanti. Takdelah kelam-kabut nak fikir which Hotel in Cameron Highlands to stay. Time tu mesti banyak bilik dah fully booked, takkan nak tidur dalam khemah pulak kan? Hahahah. Yang kakak tau, bilik dah siap book, datang check-in lepas tu mula meneroka Cameron Highlands. Kan senang macam tu.


Dari hasil carian kakak, banyak sangat Hotel in Cameron Highlands yang menawarkan harga yang berpatutan tau. Sampai rambang mata tak tau nak pilih untuk stay kat mana. Tapi bila dah bawak Mak dengan Abah, kakak kena pastikan hotel tu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang bersesuaian dengan warga emas. Hotel kenalah dekat dengan kawasan tarikan dan selamat. Dalam musim pandemik ni, walaupun pegi bercuti kenalah patuhi SOP dan ikut norma baharu dalam setiap apa yang kita lakukan. Selain tu, mesti dekat dengan tempat makan! Ni paling utama tau, kalau boleh nak cari yang walking distance je. Boleh cuci-cuci mata sikit!

Antara tempat tarikan di Cameron Highlands

Cameron Valley Tea

Walaupun dah beberapa kali ke Cameron Highlands, kakak tak penah bosan tau. Sebabnya kat sini kakak rasa tenang je. Udara segar, pemandangan indah dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Destinasi pertama yang kakak nak terjah ialah Cameron Valley Tea menikmati teh panas dan sepotong kek strawberry sambil melihat kehijauan ladang teh yang saujana mata memandang. Terasa macam berada di luar negara. Destinasi percutian kat Malaysia ni tak kurang hebatnya kalau kita perasan tau, ada yang setanding luar negara.


BOH Tea Centre Sungei Palas


Kat sini korang kena drive naik atas bukit sikit, jalannya agak sempit dan perlu berhati-hati. Tapi bila dah sampai, kakak gerenti korang puas hati punya! Apa yang menariknya kat sini, korang boleh dapatkan produk-produk berasaskan teh dan serbuk teh pelbagai perisa dengan harga yang berpatutan. Terdapat kilang pemprosesan teh kat sini, tapi kakak kurang pasti sama ada kita boleh melawat atau tidak. Kalau nak tau, sini nak ootd memang cun! Kawasan dia luas, korang tak perlu nak bersesak untuk bergambar.

KEA Farm

Tak sah kalau ke Cameron Highlands tak beli sayur-sayuran dan buah-buahan segar kan? Kat KEA Farm korang boleh dapatkan macam-macam jenis sayur dan pelbagai jenis buah dengan harga yang agak murah. Kalau korang pandai tawar-menawar sikit buah strawberry mungkin boleh dapat dalam RM5 ke RM10 je sekotak bergantung pada size. Bolehlah beli lebih sikit bagi kat sedara-mara dan jiran tetangga sekali. Lepas tu, kalau nak beli jagung manis fresh pun ada. Jagung dia punyalah manis sampaikan kalau korang makan yang belum rebus pun boleh. Tapi seeloknya rebuslah dulu bila bawak balik rumah tu. Masa kat sana, korang beli je corn in cup dah siap rebus tu. Senang.

Kredit : Getty Images

Galeri 3D KEA Farm

Dah alang-alang ada kat sekitar KEA Farm, korang singgahlah dulu ke Galeri 3D Cameron Highlands ni. Mesti tak rugi, banyak mural-mural 3D menarik yang boleh korang abadikan dalam gambar dengan keluarga. Kalau ada anak-anak kecik tu, sesuai sangat. Mesti budak-budak tu seronok! Lagipun galeri 3D ni indoor, bolehlah panaskan badan sikit sementara amik gambar tu.


Dan yang paling kakak rindu Pasar Malam Brinchang!

Pasar Malam Brinchang ni selalunya dibuka hanya pada hujung minggu. Kat sini pelbagai jenis makanan dan cenderahati dari Cameron Highlands boleh didapati. Tapi masa musim pandemik ni kakak tak pasti pulak dibukak atau tidak. Tapi kalau buka, jangan lupa singgah tau!

Kredit : Google

Tak sabar rasanya nak menjelajah Cameron Highlands lepas habis PKP ni. Mesti banyak yang dah berubah dan banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati. Dalam pada kita merangka percutian dan bercuti kat sana sini tu, pastikan kita sentiasa mematuhi SOP tau! Jangan lupa pakai pelitup muka jika berada di tempat awam dan sentiasa mencuci tangan serta menggunakan hand sanitiser. Jom ke Cameron Highlands!


email signature
Baca Selanjutnya »