ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pernah tak terfikir nak mengopi kat Ipoh kejap dan balik ke Kuala Lumpur lepas tu? Dalam Program Coffee Trip KTMB X Media baru ni kakak dan beberapa rakan media ke Ipoh hanya untuk minum secawan kopi. Kalau baca ni rasa macam tak mungkin kan? Tapi dengan adanya perkhidmatan ETS KTMB ni, ngopi kat Ipoh bukan lagi mimpi.
Meh kakak bawak korang round-round dalam ETS sementara nak sampai ke Ipoh tu.
Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS merupakan perkhidmatan penumpang rel yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). ETS merupakan perkhidmatan keretapi terpantas di Malaysia. Kakak sendiri dah beberapa kali menggunakan khidmat ETS ni, memang terasa perjalanan lebih pantas dan selamat.
Masa-masa pandemik ni, ramai yang takut nak gunakan perkhidmatan awam kan? Tapi pengalaman kakak menggunakan ETS semasa musim pandemik ni memang meyakinkan kakak untuk terus menaiki ETS. KTMB sentiasa memastikan setiap staff dan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi SOP yang telah disarankan oleh Kerajaan. Malahan sebelum setiap trip, pihak KTMB akan menjalankan sanitasi dalam gerabak.
Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit dengan ETS. Korang boleh pilih untuk menaiki ETS standart class ataupun business class.
Standart Class
Diatur dengan tempat duduk 2 + 2 untuk keselesaan penumpang. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan meja dulang dan soket elektrik untuk tujuan mengecaj. Terdapat TV LCD dalam setiap gerabak untuk hiburan sepanjang perjalanan. Takdelah korang bosan kan dalam tren?
Business Class
Diatur dengan tempat duduk 2 + 1 yang lebih lebar dan selesa. Boleh diturunkan sehingga 45 darjah. Paling special, tempat duduk dalam business class ni boleh dipusingkan kemana-mana arah ikut keselesaan penumpang. Setiap tempat duduk juga dilengkapi dengan skrin video sendiri untuk hiburan dan wi-fi percuma. Selain tu dalam business class ni ada pramugara atau pramugari sendiri tau!
Setiap gerabak ada kemudahan tandas, bagi mereka yang beragama Islam, surau juga ada disediakan dalam ETS ni. Kalau dalam perjalanan tu rasa lapar, korang boleh dapatkan minuman dan makanan di kafe dalam ETS tu sendiri. Mudah kan naik ETS?
Masa dalam perjalanan ke Ipoh tu kan, kami bukan je dapat merasai pengalaman naik ETS semata-mata, tapi dapat masuk ke kokpit pilot ETS dan melihat sendiri cara pengendalian tren ETS. Cara kendalian ETS ni kan, nampak je mudah. Tapi sebenarnya pilot kena sentiasa alert pada persekitaran keadaan semasa tren dan keadaan landasan juga.
Kalau nak tau ETS dilengkapi dengan sistem keselamatan Automatic Train Protection (ATP) yang sentiasa memastikan kelajuan tren sesuai dengan kecepatan yang dibenarkan mengikut isyarat termasuk isyarat berhenti. Kiranya kalau kata tren yang kita naiki tu tak respon pada isyarat, sistem ini akan memberhentikan keretapi bagi tujuan keselamatan. Tapi takdelah berhenti mengejut terus bila sistem ini mengesan sesuatu yang tidak kena pada tren, dalam 900 meter juga baru tren betul-betul berhenti. Kalau terus brek je, mau terpelanting penumpang dalam tren oi! Hahahahaha.
Lepas lebih kurang 2 jam menjelajah ETS, sampailah kami ke Ipoh. Masa kat sini, kami sempat singgah di Oldtown White Coffee yang terletak di Ipoh Lama, lepas minum-minum kopi, apa lagi? Balik KL la, kan dah kata pegi Ipoh nak mengopi je? Hehehehhehe.
So lepas ni kalau korang ada plan nak ke Ipoh tapi malas nak memandu redah jem semua, naik je ETS. Memang selamat dan patuh SOP. Tak payah risaulah!
Terima kasih KTMB atas kesudian menjemput kami naik ETS ngopi kat Ipoh, siap tapaukan Nasi Ganja lagi okay! Sempoi baq ang!
Kalau nak tau info lanjut mengenai KTMB, harga tiket dan apa-apa promo boleh layari : https://www.ktmb.com.my/
Sebenarnya kan, masa program ni kakak dah hampir kena tinggal tren tau! Nasib baiklah sempat kejar tren, kalau takkkkk...... Dengan ETS korang jangan la lambat, memang takde tunggu-tunggu punya tau!
Terima kasih pihak KTMB dan Abang Pilot yang tunggu kakak lari kejar tren tu. Hahahhaha.
Kalau diingat balik, perghhh, macam nak putus nyawa berlari kat stesen tu weh, terasa macam drama Melayu sangat! Kahkahkah!
Jumpa lagi KTMB dan IPOH!