Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Zakat bukan lagi perkara asing bagi Umat Islam. Setiap pada kita diwajibkan membayar zakat yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu zakat fitrah yang biasa kita dengar, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP dan zakat emas.

Kakak sendiri pun kurang arif mengenai zakat, tapi bila dengar pasal Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor barulah kakak faham serba sedikit mengenai zakat saham dan pelaburan. Meh kakak kongsikan sedikit info mengenai zakat saham ni.

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut :

  • Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  • Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  • Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.




1. Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

2. Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

Bagi yang kurang pasti berapa kiraan zakat yang perlu korang bayar boleh ke : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/




Syarat wajib Zakat Saham dan Pelaburan
  • Islam - diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna - mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
  • Milik Pihak Tertentu - saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
  • Cukup Nisab - Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul - Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal - Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.

Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor


Sehubungan dengan itu pihak Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Kempen Zakat Saham 2020 bermula 15 September 2020 sehingga 30 November 2020. Yang menariknya mereka yang menyertai kempen ini berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik berupa :

Hadiah Utama: Telefon Bimbit bernilai RM1,000 x 1
Hadiah Kedua: Tablet bernilai RM600 x 1
Hadiah Ketiga: Baucar AEON bernilai RM100 x 3
Hadiah Saguhati: Cenderahati daripada Lembaga Zakat Selangor x 5

Syarat Penyertaan
  • Terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat saham di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sahaja.
  • Wargakerja LZS tidak layak menyertai kempen ini.
  • Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta dengan jumlah bayaran zakat saham adalah bawah RM50000.
  • Tempoh kempen bermula 15 September hingga 30 November 2020.
  • Peserta mestilah membuat bayaran zakat saham dan memenuhi semua kriteria yang dinyatakan dan menjawab semua soalan dengan betul bagi melayakkan diri dalam penyertaan.

Cara pembayaran dan penyertaan juga sangat mudah, korang cuma perlu mengikuti langkah dibawah :



  • Bayaran secara online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
  • 25 Cawangan Lembaga Zakat Selangor
  • Semua Ejen Kutipan Lembaga Zakat Selangor

2. Selepas pembayaran zakat saham, imbas kod yang diberikan dalam gambar yang tertera.

3. Jawab soalan mudah dan lengkapkan borang maklumat diri.

Keputusan penganjur adalah muktamad dan hadiah mesti dituntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pegumuman.

Info lanjut :

Website: https://www.zakatselangor.com.my/kempenzakatsaham2020/

Tel : : 03-8314 2312 (Afzalika) 
03-8314 2222 (Lembaga Zakat Selangor)

Whatsapp : 011-2075 4557 (Afzalika)




Sekarang korang mesti dah faham mengenai zakat saham dan pelaburan kan? Jom korang, kita tunaikan kewajipan berzakat. Semoga harta yang kita perolehi lebih berkat dengan berzakat. InsyaAllah.

email signature
Baca Selanjutnya »

Perjalanan Hijrah Seorang Ayue

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rasa macam tak sesuai je nak cerita, yelah nanti mesti ada yang kata "Alah, baru setahun jagung je kot!". Tapi takpelah, kakak sajalah kongsikan dengan korang macam mana bermulanya perjalanan hijrah seorang Ayue. Bulan lepas ada cerita kat FB. So arini kakak nak cerita pulak kat blog.


Sebenarnya niat nak berhijrah ni dah lama kalau ikutkan, bertahun kakak simpan hasrat. Tapi masih berbolak balik pulak hati tu. Banyak "macam mana", "kalau", "tiba-tiba" bermain kat fikiran. Makanya niat tu kakak lengahkan.

Sampailah 1 hari dalam pertengahan bulan 8, masa tu kakak kat jalan-jalan kat Pasar Chowrasta, Penang dan masuk 1 kedai ni. Kat kedai tu sambil-sambil cuci mata, terberkenan kat sehelai shawl ni. Masa tu takde pun rasa "aku beli shawl ni sebab nak pakai tudung". Serius, sikit pun tak terlintas di fikiran, yang ada masa tu ialah "shawl ni cantik".

Tanpa sedar, inilah dia punya TURNING POINT penghijrahan kakak

Lepas tu esoknya, entah macam mana rasa nak lilit kat kepala ala gypsy. Mula-mula kan rasa segan jugak. Nanti apa pulak orang kata kan. Tapi kakak amik pendekatan, malas nak amik pusing dengan cakap-cakap orang dan kakak pakai macam tu sampailah kakak balik KL masa hari tu.

Lepas pada tu, kakak pegi pulak launching Fareha temankan Nisa Kay. Disebabkan kakak sedia maklum Fareha tu jenama tudung, kakak pakai shawl kat event tu supaya tak nampak macam pelik. Yelah, kakak ni spesis kalau ke event selalunya akan berpakaian ikut kesesuaian majlis.


Dan dijadikan cerita, bermula pada kat Penang tu tanpa sedar kakak dah mula bershawl dan bertudung secara perlahan-lahan. Mula-mula style gypsy, tapi sebab tak rajin nak mengikat style tu setiap kali nak keluar, kakak just pinkan shawl kat kepala dan selimpangkan kat bahu. Sampailah sekarang. Mungkin kakak masih belum pakai tudung menepati syariat, tapi InsyaAllah kakak cuba sedikit demi sedikit.

Masa pakai style gypsy tu ada yang bertanya, kakak dah pakai tudung ke? Jawapan kakak "Taklah."

Tapi itulah orang kata, kalau Allah SWT dah gerakkan hati kita, tanpa perancangan dan secara tiba-tiba sesuatu tu jadi. Kun Fa Ya Kun! Kalau ikutkan, umur 40an kot baru kakak rasa nak bertudung! Hahahah. Jangan kecam pulak ayat kakak ni, walaupun memang minta dikecam! Tapi Allah dah rangka sesuatu yang terbaik buat kakak rupanya. Alhamdulillah.

Semua yang kakak cerita ni, Allah SWT yang atur. DIA yang jentik hati kakak untuk mula berhijrah.

Untuk pengetahuan korang, kakak bertudung ni bukanlah atas paksaan sesiapa, bukan juga sebab nak kawen dan bukan sebab nak jual tudung. Al-maklumlah sekarang ni kan kakak dah jadi agent tudung Fareha. Ini pun lagi 1 hal, meniaga ni tak penah ada dalam kamus hidup kakak tau tak? Secebis kuman pun tak penah terasa nak berbisnes. Hahahahaha. Subjek pengajian perniagaan masa tingkatan 6 dulu pun, tak mencapai piawaian. Cukup-cukup makan je! Hahahahaah. Tapi dah tertulis rezeki kakak buat masa ni, berniaga tudung Fareha pulak.

Satu yang kakak minta, korang doakan kakak lebih Istiqomah. Yelah berhijrah ni mudah tapi nak Istiqomah dan kekalkan hijrah kita tu ada ON/OFF battle dia. Sedangkan yang bertahun-tahun bertudung pun boleh kembali freehair. Inikan pulak kakak yang baru sangat ni. Kakak doakan semoga urusan kita semua, orang yang membaca entri kakak ni dipermudahkan Allah SWT. Amin.

Kat bawah ni yang kakak post kat FB bulan lepas.

    



email signature
Baca Selanjutnya »

Peluang Pekerjaan dengan iREHAB

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak awal PKP dijalankan, ramai yang dah mula hilang pekerjaan. Keadaan ni sangat merunsingkan, yelah dengan komitmen yang bermacam-macam tu lagi. Tapi kakak ada berita baik untuk korang!


iREHAB membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang terjejas di luar sana. Kalau korang takda pengalaman pihak iREHAB akan memberikan latihan dalam membantu korang melaksanakan tugas menjaga warga emas yang memerlukan bantuan. 

Kursus dan latihan penjagaan ni agak singkat, hanya dalam 1 hari sahaja. iREHAB bukan hanya menawarkan kursus serta latihan secara teori tetapi juga secara praktikal di iCenter atau iHome. Jadi mereka yang mengikuti kursus dan latihan ini boleh mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Menarik kan? 

Yuran untuk Kursus dan Latihan ni cumalah RM 70 dan selepas sahaja tamat latihan, korang berpeluang untuk bekerja dengan iREHAB. Bagi kakak, peluang ni merupakan peluang keemasan untuk korang kat luar sana. 


Untuk maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan dan kursus latihan yang ditawarkan korang boleh menghubungi iREHAB di talian 017-9880324 atau 012-9061690



email signature
Baca Selanjutnya »

Rawatan Rehabilitasi Dengan Harga Terendah di iREHAB

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dengan penularan pandemik Covid-19 ni, kakak percaya ramai yang takut nak keluar rumah, lagi-lagi bila kena ke hospital. Walaupun dengan kawalan SOP yang ketat, ramai yang tetap memilih langkah berhati-hati kan? Nak pulak sekarang ni kebanyakkan hospital terutamanya hospital kerajaan perlu mengurangkan bilangan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan dalam satu-satu masa. 



Bagaimana pulak dengan mereka yang perlu menjalani sesi rawatan rehabilitasi terutamanya mereka yang menghidap stroke? Kita semua tau pesakit stroke memang memerlukan sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy


Jangan risau! Korang masih boleh meneruskan rawatan rehabilitasi dengan harga terendah di iREHAB yang merupakan bukan 1 nama asing lagi. Inisiatif ini diambil untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan terus mendapat rawatan rehabilitasi yang sewajarnya di musim pandemik ini. 

Bagaimana? 

Korang Cuma perlu menunjukkan kad temujanji hospital dengan tarikh yang korang hadiri atau perlu hadiri untuk mendapatkan harga diskaun. Mudah kan? 

Jangan tunggu lagi, hubungi iREHAB di talian 012-9061690 atau 017-9880324 untuk membuat temujanji (tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut : FB : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

#irehab #onestoprehab #physiotherapy #occupationaltherapy #speechtherapy #neurologicalrehabilitation

email signature
Baca Selanjutnya »

Menu Terbaharu Ayam Goreng Mala Marrybrown, MALA-tup!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila tengah PKPB ni, tak rajin kakak nak keluar. Kadang-kadang nak masak pun malas. So amik pendekatan order je. Sekarang kan semua dihujung jari! Dengar cerita Marrybrown ada menu terbaharu iaitu Ayam Goreng Mala Marrybrown bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020. Dan katanya kalau makan ayam goreng tu terasa MALA-tup letup dalam mulut. Betul ke?


Seperti yang kita semua tau Marrybrown merupakan Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia. Jadinya Marrybrown ni memang menjadi salah satu rangkaian restoran yang kakak percayai. 


Ayam Goreng Mala Marrybrown


Hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering. Perghhh membaca ramuan ni je dah buat kakak kau terasa kepedasan dia okay! Bila kakak cuba sendiri baru tau, seawal gigitan pertama Ayam Goreng Marrybrown terasa sensasi MALA-tup tu. Pedas dia rasa hujung-hujung lidah dan membuatkan bibir kakak pijor! Rasa dia pun unik, kenalah dengan moto Marrybrown "something different".


Terdapat 4 hidangan yag boleh korang cuba dari menu terbaharu ni iaitu :

Ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo.
Ayam Goreng 2-pc (RM15.90) dan Ayam Goreng 3-pc (RM18.90)



Kedua-dua kombo ini dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.


Kombo Bubur Ayam MALA dimana buburnya digabungkan dengan MALA powder untuk rasa yang lebih memukau. (RM14.60)


Mala Box Meal dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad dan onion ring. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik. (RM22.60)


Setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola.


Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan bermula RM14.90 sahaja.


Kakak dah rasa dah sensasi MALA-tup menu terbaharu Marrybrown ni. Memang best! Korang kena cuba okay!



Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV

P/s : MALA-tup mulut!

email signature
Baca Selanjutnya »