6 Produk dari Earth Home Malaysia Untuk Kediaman

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Penah dengar tak pasal Earth Home Malaysia? Kalau nak tau Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari milik Earth Corporation Jepun (EC) yang ditubuhkan sejak 128 tahun yang lalu iaitu peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga. Terbaru,  6 produk dari Earth Home Malaysia untuk kediaman telah diperkenalkan.



Menurut Nobuhito Hosaka, 6 produk yang diperkenalkan sebagai permulaan ni antara produk-produk terlaris di pasaran Jepun. Salah 1 dari produk tersebut merupakan produk terunggul iaitu penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.

Sekarang ni selain dari virus pandemik dan virus penyakit disebabkan oleh serangga seperti demam denggi membuatkan produk penjagaan rumah menjadi 1 keperluan. Jadi, produk-produk dari Earth Home Malaysia antara pilihan yang tepat untuk membantu persekitaran rumah jadi lebih selamat dan sihat untuk seisi sekeluarga.

Mesti korang dah tak sabar kan nak tau apa 6 produk Earth Home Malaysia tu kan?

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR 


Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.
Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90


2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR


Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.
Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90


3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach


Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60


4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 


100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90


5. Perangkap Tikus Bergam ARS


Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90


6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH


Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Menarik kan? Kediaman korang mesti kena ada produk ni okay!

Maklumat lanjut :


email signature
Baca Selanjutnya »

Vivo Memperkenalkan Siri X50 Terbaru di Pasaran

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

16 Julai 2020 yang lepas Vivo Malaysia telah memperkenalkan peranti Siri X50 terbaharu di pasaran. Terdapat 2 siri X50 yang dilancarkan iaitu X50 dan X50 Pro yang menampilkan teknologi kamera yang bakal menjadi revolusi dalam fotografi mudah alih.



AJ tak nafikan, teknologi kamera Siri X ni memang canggih didatangkan dengan penstabilan gimbal, mod malam, ciri zoom dan teknologi potret. Kalau korang suka amik gambar dan video, Siri X50 ni memang pilihan yang bijak. Gambar memang cun dan rakaman video sangat-sangat stabil. Paling best, Siri X50 juga ada teknogi zoom suara di mana, kalau korang zoom kamera, suara korang pun akan dizoom untuk audio yang lebih jelas! Waaahhhhh! Best gile! Reka bentuk Siri X50 juga menggabungkan elemen semulajadi dan futuristik sesuai untuk semua golongan dan gaya hidup aktif pengguna.



Selaras dengan perkembangan 5G di Malaysia, pengguna dapat menikmati faedah 5G iaitu kelajuan, kependaman yang rendah dan keupayaan interkoneksi yang lebih pantas. Vivo Malaysia berharap dengan adanya Siri X50, pengguna boleh mendapatkan pengalaman mudah alih yang senang diakses dengan meningkatkan kreativiti dan produktiviti pengguna.

Jom AJ cerita lebih lanjut spesifikasi Vivo X50 pulak.

Siri X50 Pro dilengkapi dengan Sistem Teknologi Gimbal yang merangkumi gimbal radar iaitu bola animasi pada skrin, algoritma motion-deblur vivo dan sensor khas yang membantu menstabilkan gambar dan video. Kalau nak rekod sebarang pergerakan takde masalah video gegar-gegar dah tau walaupun di waktu malam!

Kamera depan dilengkapi dengan 32MP dan empat kamera belakang yang merangumi 48MP utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP professional Potrait dan 8MP 5x Telescopic yag menyokong 60x Hyper Zoom. Siri X-50 juga memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode untuk imej yang lebih jelas pada waktu malm dengan fungsi 120 Super Wide Angle (108 setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro.


Siri X50 dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 756G dan kadar penyegaran skrin 90Hz. Teknologi HDR 10+ pula memberikan paparan yang lebih terang dan AG Matte Glass pula memberikan sentuhan halus dan lembut.


Siri X50 terbaharu ni didatangkan dengan 3 pilihan warna yang menarik iaitu Frost Blue, Glaze Black untuk X50 dan Alpha Grey untuk X50 Pro.



Mesti korang eksited nak tau harga Vivo Siri X50 ni kan? Kalau nak tau, korang kena tengok Live Streaming di Facebook Page Vivo Malaysia esok 21 Julai 2020.


email signature
Baca Selanjutnya »

Rawatan CC Glow dan CC Blush di JL Jorgeous Beauty Studio Bukit Jalil 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selasa lepas, AJ buat rawatan CC Glow dan CC Blush di JL Jorgeous Beauty Studio, Bukit Jalil 2. Lama tak manjakan muka sejak bermula PKP bulan Mac lepas. Dengan SOP norma baru yang mewajibkan kita kerap memakai mask bila berada di luar rumah, lagilah buat kulit muka AJ naik bintik-bintik halus dan kusam!



Kebetulan JL Jorgeous tengah ada promosi, so AJ buat appointment untuk buat 2 rawatan tu. Nak kesana pun tak susah, korang cuma perlu waze JL Jorgeous. Landmark dia senang je, bersebelahan dengan pejabat LBS Bina Group Berhad. 

Sampai sana seperti biasa korang kena isi borang maklumat dan akan diberikan penerangan ringkas mengenai produk dan rawatan yang akan dilakukan. Untuk rawatan CC Glow dan CC Blush, mereka menggunakan produk yang didatangkan dari Korea. Produk ni dijamin selamat untuk kulit muka.


Selepas korang jelas mengenai produk barulah beautician mulakan rawatan. CC Glow dan CC Blush ni adalah rawatan menggunakan dermapen yang merupakan salah satu teknologi rawatan terkini dalam dunia kecantikan dengan menggunakan jarum mikro pada kulit yang membantu merangsang pembentukan kolagen dan tahap keanjalan kulit, membantu menyembuhkan jerawatan, mengurangkan kedutan dan parut pada kulit.

Ramai yang tanya AJ sakit tak? Sebenarnya rawatan dermapen ni tak menyakitkan kulit pun, korang cuma rasa macam kena gigit semut sikit je. Tu pun kat area kulit yang agak nipis macam kat bahagian dahi. Tapi overall korang sikit pun tak rasa pape tau!




Rawatan dimulakan dengan membersihkan wajah, sebab nak buat apa-apa rawatan kena pastikan kulit kita bersih dulu kan? JL Jorgeous menggunakan produk yang berkualiti dan lembut pada kulit supaya kulit kita lebih terpelihara. Selepas tu, mereka apply bubble peel untuk membuang sel-sel kulit mati. Serius bubble peel ni best gila, lepas 5 minit terasa buih-buih tu kat kulit buatkan kulit jadi lebih lembut. Selepas tu, ampoule diratakan pada kulit menggunakan dermapen agar ampoule lebih menyerap masuk ke dalam kulit dan memberikan kesan yang lebih maksimum.



Seterusnya rawatan CC Glow dan CC Blush dilakukan dengan cara yang sama seperti ampoule tadi. Kalau korang nak tau, CC Glow akan menjadikan kulit lebih cerah dan kulit akan nampak lebih bermaya. Ampoule untuk CC Glow biasanya akan disesuaikan mengikut warna kulit. Manakala CC Blush pula untuk menaikkan seri wajah dan membuatkan pipi lebih anjal.



Usai prosedur CC Glow dan CC Blush, kulit muka akan dimanjakan dengan Led Light Mask selama 15 minit bagi membantu merangsang pengeluaran kolagen dan juga mengatasi masalah bakteria yang menyebabkan jerawat.



Korang jangan salah faham, rawatan CC Glow dan CC Blush yang AJ buat ni bukan untuk mengantikan mekap, tapi ianya untuk enhance lagi kulit kita. Untuk 1 ke 2 hari selepas rawatan, kulit korang akan ada sedikit kemerah-merahan. Tapi jangan risau sebab kesan ni cuma sementara. Lepas tu, korang akan nampak kulit lebih berseri dan tak kusam! Yeayyy!



Nampak tak perbezaan kulit AJ sebelum dan selepas rawatan? Jangan tunggu lagi, jom buat rawatan CC Glow dan CC Blush di JL Jorgeous Beauty Studio di Bukit Jalil 2.

Info lanjut :

Alamat : JL Jorgeous Sdn Bhd, E-12-3 , Pusat Bandar Bukit Jalil ,Jalan Jalil Utama 2, 57000 Kuala Lumpur.

IG : https://instagram.com/jljorgeous

Selain daripada rawatan wajah, JL Jorgeous juga ada sediakan beberapa jenis rawatan lain seperti waxing, manicure & pedicure, makeup & hairdo dan sebagainya.



P/s : Memang best!

email signature
Baca Selanjutnya »

Cermin Mata Raya dari Eye Pro Vision

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru ni duk menjahit lace kat baju, boleh pulak terduduk atas cermin mata. So cite dia kenalah buat cermin mata raya dari Eye Pro Vision. Fuhhh, nasib baik Eye Pro Vision dah bukak masa PKPB ni. Kalau nak tau, AJ memang suka buat cermin mata kat sini. Selain dari murah dan kanta yang berkualiti, AJ suka layanan mereka kat customer. Membantu sangat! So nak pilih cermin mata tak makan masa lama pun. Dah 2 kali AJ buat kat Eye Pro Vision tau! Lepas tu ramai gak kengkawan yang AJ suh buat kat situ gak. So far, diorang puas hati.


Sekarang dah hujung puasa, sempat ke nak buat cermin mata baru? Eh mestilah sempat! Kat Eye Pro Vision, cermin mata korang boleh disiapkan dalam masa 30 minit ke 1 jam je. Aritu pun, AJ pegi agak lewat, Alhamdulillah sempat je siap. Tapi macam biasa la, sebelum masuk korang kena isi kehadiran, check suhu, gunakan hand sanitizer dan wajib pakai mask. Eye Pro Vision jugak memastikan setiap pelanggan mematuhi jarak sosial dan cermin mata yang korang dah cuba akan diletakkan di dalam 1 kotak untuk di sanitize kemudian bagi menjamin keselamatan pelanggan. Design cermin mata pun banyak, tak payah nak risau bentuk yang korang nak takde.



Kenapa AJ suka buat spek kat Eye Pro Vision? Kan banyak lagi kedai lain kat Sungei Wang tu? Haaaa, AJ ni ada masalah silau. Nak pulak sepanjang PKP ni asyik menghadap henfon. Lepas terduduk atas spek aritu, bila ngadap henfon lama sikit mulalah sakit kepala. Kat Eye Pro Vision mereka menggunakan kanta Alpha Blue 420 iaitu lens anti-silau yang bagus kalau nak dibandingkan dengan lens multi-coat biasa. Lens ni memang tahan lasak tau, even kat spek AJ yang patah tu pun lens dia helok lagi. Tapi biasa lah, dah nak raya kan terus buat spek baru je! Hahahahaha.

Macam biasa, setiap kali nak buat cermin mata baru mesti kena check mata dulu. Silau tu okay ke, power naik ke.

Lens Alpha Blue 420 banyak kelebihan dia, setiap kali pegi William mesti akan demo lagi dan lagi. Dia akan suluh cahaya laser pada lens kita dan tadaaa! Memang tak silau. Lens ni jugak senang nak dibersihkan. Korang cuma perlu lapkan dengan kain optical yang ada dalam bekas cermin mata korang tu dan terus clear! Kadang tu lens multi-coat biasa kena lap berkali-kali jugak, kalau tak cermin tu ada kesan stain dan kabur. Kan? Dan yang ni paling penting, HARGA MAMPU MILIK!


So korang, apa tunggu lagi? Cepat ke Eye Pro Vision sekarang dan buat cermin mata raya. Walaupun kita raya dalam PKP,  takkan baju je kena cantik kan? Cermin mata pun harus cantik. AJ rasa ramai yang ada tragedi cermin mata patah atau rosak masa tak boleh kuar aritu sebab kedai tak bukak. Ni dah bukak dah oi! Jom jom jom!

So kalau nak ke Eye Pro Vision boleh ke :
Lot G 111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Ataupun boleh hubungi William : 016-377 1304.

Waktu operasi semasa PKPB ni pula dari pukul 11 pagi hingga 6 petang okay! Ingat tau, pegi Eye Pro Vision okay. Cari kedai macam kat gambar bawah ni.


P/s : Jadi raya nampaknya! Hehehehe



email signature
Baca Selanjutnya »

Order Bubur Nasi Berlauk dari Jim's Porridge Untuk Berbuka Puasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sedar tak sedar kita dah dipertengahan bulan Ramadhan dah kan? Dan Ramadhan kali ni betul-betul berbeza dari sebelum ni sebabnya kita berpuasa dalam musim PKP. Bazaar Ramadhan pun takde!



Setiap kali puasa, bubur nasi memang akan jadi salah satu menu pilihan AJ. Disebabkan takde bazaar, AJ cuba-cuba la cari kalau ada yang buat delivery kan. Terjumpa pulak dengan Jim's Porridge. So AJ terus order bubur nasi berlauk dari Jim's Porridge untuk berbuka puasa. Sesekali, kena la gantung kuali jugak.


Jim's Porridge menawarkan pelbagai pilihan set bubur nasi berlauk tau, AJ tak tau nak pilih mana, semua nampak sedap dan menyelerakan. So AJ order 4 set terus!


Bila sampai je bubur nasi berlauk tu, semerbak gila je bau dia. Paling best, portian besar dan pilihan condiment memang best! Isi ayam dan daging dalam bubur padat, setiap suapan terasa. Perghhhh! Meleleh air liur bila ingat balik.


Sempena bulan Ramadhan, Jim's Porridge ada special offer tau! Kalau korang beli minima 3 set set bubur nasi berlauk, korang boleh dapatkn diskaun 15% dari total harga tu. Menarik kan?

Kalau korang teringin nak rasa, cara nak order pun senang je. Klik je https://jimsporridge.oddle.me/en_MY, pilih menu dan team Jim's Porridge akan hantar terus sampai depan pintu! AJ sarankan korang order awal sikit, so takde la kelam kabut masa nak berbuka tu.

Tempahan boleh dibuat pada setiap hari dari  11 pagi hingga 4 petang. Order yang dibuat pada hari ni, akan dihantar pada hari ni jugak. Cepat kan? Area penghantaran pula sekitar Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Keramat.

Tapi kalau korang berada di sekitar KL, Jim's Porridge ada 2 kiosk yang dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 8 malam. Kiosk terletak di Ground Floor Busana @ Menara MARA dan Walkway Jakel (sebaris Chatime)

Banyak tau lauk pilihan untuk korang pilih. Nah AJ belanja lagi gambar.






Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh layari :

FB :https://www.facebook.com/jimsporridge/
IG : https://instagram.com/jimsporridge  @jimsporridge

Dah baca sampai habis kan? Tunggu apa lagi? Order set Bubur Nasi Berlauk Jim's Porridge sekarang di : https://jimsporridge.oddle.me/en_MY



Pasti menepati citarasa korang!

email signature
Baca Selanjutnya »