ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
17 Oktober yang lepas, AJ menghadiri majlis pelancaran telefon pintar terbaru dari Vivo Malaysia iaitu Vivo NEX 3 selepas melancarkan Vivo V17 Pro. Sekarang ni telefon pintar memang 1 keperluan buat semua orang. Nak-nak pulak blogger macam AJ ni. Masa tengok Vivo NEX 3 ni memang rasa tergoda habis sebabnya ia dilengkapi dengan pelbagai inovasi baru yang sesuai dengan AJ. Nak tau lebih lanjut kena baca entri ni sampai habis tau.
Vivo NEX 3 didatangkan dengan paparan skrin dwi-lengkung dengan teknologi POLED Waterfall Fullview untuk view yang lebih menarik dan elegan dengan ukuran 6.89 inci bernisbah 99.6% dan layar tepi hampir vertikal. Sangat wide angle!
Selain tu Vivo NEX 3 juga didatangkan dengan fungsi Touch Sense untuk keselesaan pengguna dan dilengkapi dengan teknologi X-axis Haptic Vibration. Terdapat juga In-display Fingerprint Scanning untuk membolehkan pengguna membuka telefon pintar dengan lebih pantas.
Yang paling AJ suka sekali mengenai Vivo NEX 3 ni ialah teknologi kamera dengan 64MP triple camera. So senang, korang tak payah nak usung kamera DSLR kemana-mana dah dengan adanya Vivo NEX3, untuk kamera depan 13MP wide camera pulak dia akan popup bila korang nak gunakan. Dan paling best, storage dia 256 GB! Nak selfie 200 kali sehari pun boleh je. Hahahaha.
Vivo NEX 3 juga dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan UFS 3.0 high-speed flash memory untuk kegunaan yang lebih lancar. Kapasiti bateri sehingga 4500mAh membolehkan pengguna menggunakan peranti lebih lama. Kalau nak caj pun senang jugak sebab ada FlashCharge sehingga 22.5W dan C-DRX power-saving. Telefon pintar ni pun tak mudah panas kalau digunakan dengan adanya The Vapor Chamber Cooling System.
Untuk spesifikasi lebih lanjut mengenai Vivo NEX 3, korang boleh rujuk kat bawah.
LAUNCH | Announced | 2019, September |
---|---|---|
Status | Available. Released 2019, September |
BODY | Dimensions | 167.4 x 76.1 x 9.4 mm (6.59 x 3.00 x 0.37 in) |
---|---|---|
Weight | 218.5 g (7.72 oz) | |
Build | Front/back glass, aluminum frame | |
SIM | Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by) |
DISPLAY | Type | Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors |
---|---|---|
Size | 6.89 inches, 119.3 cm2 (~93.6% screen-to-body ratio) | |
Resolution | 1080 x 2256 pixels (~363 ppi density) | |
HDR10 |
PLATFORM | OS | Android 9.0 (Pie); Funtouch 9.1 |
---|---|---|
Chipset | Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+ (7 nm) | |
CPU | Octa-core (1x2.96 GHz Kryo 485 & 3x2.42 GHz Kryo 485 & 4x1.8 GHz Kryo 485) | |
GPU | Adreno 640 (700 MHz) |
MEMORY | Card slot | No |
---|---|---|
Internal | 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM | |
UFS3.0 |
MAIN CAMERA | Triple | 64 MP, f/1.8, (wide), 1/1.7", 0.8µm, PDAF 13 MP, f/2.5, (telephoto), PDAF 13 MP, f/2.2, (ultrawide), PDAF |
---|---|---|
Features | LED flash, HDR, panorama | |
Video | 2160p@30fps, 1080p@30/60/120fps, 720p@960fps, gyro-EIS |
SELFIE CAMERA | Single | Motorized pop-up 16 MP, f/2.1 |
---|---|---|
Features | LED flash, HDR | |
Video | 1080p@30fps |
SOUND | Loudspeaker | Yes |
---|---|---|
3.5mm jack | Yes | |
32-bit/192kHz audio Active noise cancellation with dedicated mic |
COMMS | WLAN | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot |
---|---|---|
Bluetooth | 5.0, A2DP, LE | |
GPS | Yes, with A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS | |
Radio | No | |
USB | 2.0, Type-C 1.0 reversible connector, USB On-The-Go |
FEATURES | Sensors | Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass |
---|
BATTERY | Non-removable Li-Po 4500 mAh battery | |
---|---|---|
Charging | Fast battery charging 44W |
MISC | Colors | Liquid Tianhe, Deep air streamer |
---|---|---|
Models | V1924A, V1924T | |
Price | $ 774.39 / £ 755.00 |
Gempak kan? Harga pasaran untuk Vivo NEX 3 ialah RM 3,899. Sesuailah dengan teknologi nya kan? Kalau ada yang nak beli, belikan untuk AJ 1 please! Hihihihihi.
P/s : Canggih-canggih telefon pintar sekarang!