ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Masih belum move on nampaknya seorang AJ dari trip Penang dia sepanjang minggu lepas. Hahahhahha. Tapi kali ni AJ nak share dengan korang produk ZV Beauty Collection yang AJ pakai sepanjang trip ni.
Kalau pegi mana-mana, 1 benda yang AJ takkan tinggalkan ialah mekap. Sekalipun takde rasa nak bermekap, beg mekap tetap kene bawak. Tertinggal barang lain macam toiletries semua tu takpe, jangan barang mekap. Terus keyakinan diri tergugat sikit. Hahahhaha.
Korang penah dengar tak pasal ZV Beauty tak? Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh pasangan adik beradik Zihan dan Vian selaku pengasas produk. Kat situ la wujudnya nama ZV Beauty ni, bersempena dengan pangkal nama mereka.
Terdapat 4 jenis produk dibawah label ni yang diformulasikan dari Argan Oil dan Marula Oil yang diketahui secara lazimnya membantu mencantikkan iaitu :
❀ Precision Face Base Primer
❀ Precision Treatment Foundation
❀ Precision Loose Powder
❀ Precision Eyeshadow
Masa kat Penang baru ni AJ dah cuba koleksi Precision ZV Beauty ni tau. Memang AJ rasa puas hati sangat dengan kualiti mekap ZV Beauty yang boleh dikatakan hampir setanding dengan produk antarabangsa. Kulit AJ jenis yang normal dan sedikit kering tapi dengan koleksi Precision ZV Beauty, AJ tak perlu risau pasal nak kejap-kejap touch-up sebab ianya sangat tahan lama. Mekap yang pakai dari pagi tu helok lekat kat muka ni walaupun dah berjalan-jalan tengah panas bagai.
Precision Face Base Primer
Diformulasikan dari minyak Argan dan Marula serta mengandungi kandungan Vitamin E. Primer ini digunakan sebagai asas kepada solekan yang membantu mengekalkan solekan sehingga 24 jam. Terdapat "glitter" yang menjadikan kulit nampak lebih glowing. Teksturnya tak tebal dan membuatkan kulit lebih bebas bernafas. Selain tu kan, kulit akan jadi lebih lembut dan dilindungi dari radikal bebas. Boleh membantu merawat jerawat dan tona kulit tak sekata.
Ini merupakan produk yang paling AJ suka diantara keempat-empat produk ni. Bila AJ apply kat muka, terasa macam liang-liang pori tu jadi lebih sekata dan halus. Lepas tu, pakai dalam 2 pam je dah cukup. Mudah meresap pada kulit dan tak melekit. Lepas tu efek glitter tu buat kulit AJ nampak lebih fresh dan glowing.
Precision Treatment Foundation
Sama seperti primer, foundation juga diformulasikan dengan minyak Argan dan Marula serta mengandungi Vitamin C untuk mencerahkan wajah dan Vitamin E. Tekstur liquid dia just nice, tak terlalu cair dan tak terlalu likat. Dari segi coverage pulak, AJ rasa Precision Treatment Foundation sangat full coverage, AJ tak perlu nak ratakan tebal-tebal dan juga ada SPF35 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Pengunaan foundation ni dapat melembabkan kulit muka, dan melindungi kulit dari radikal bebas. Sesuai digunakan untuk kulir berjerawat dan pigmentasi.
AJ suka sangat dengan tekstur foundation ni, kulit tak rasa kering dan tak buatkan kulit oxidation (gelap dari masa ke semasa). Bila dah sapu kat kulit, tak rasa macam tepung melekat kat muka, ringan je!
Precision Loose Powder
Diformulasikan dari minyak Argan dan Marula serta mengandungi kandungan Vitamin C. Sangat natural pada kulit dan buatkan mekap tampak lebih matte. Tekstur bedak yang halus boleh mengurangkan kesan garis halus, mengecilkan liang roma. Memang kalau ratakan atas foundation tu rasa halus je kulit!
Precision Eyeshadow
Warna-warna eyeshadow ni sesuai untuk mereka yang gemarkan solekan natural. Eyeshadow pun sangat high-pigmented dan tak rasa berdebu bila kita apply kat kelopak mata. Nak bawak travel pun mudah sebab senang nak sumbat dalam handbag je.
So far, AJ memang suka sangat dengan koleksi Precision dari ZV Beauty ni tau! Untuk maklumat lanjut boleh follow ZV Beauty kat bawah ni okay.
Website : http://www.zvbc.my
Instagram : https://www.instagram.com/zvbeautycollection/
Facebook : https://www.facebook.com/zvbeautycollection
Macam mana nak dapatkan produk ni? Haaa, kalau nak tau sekarang ZV Beauty Collection dah boleh dibeli secara online kat Watson's. Ataupun whatsapp je ZV Beauty (011) 2870 3549
Serius best!