Pandu Lalu Pertama Texas Chicken di Lembah Klang @ Shell Sunway Mentari, PJS 8/9

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Berita baik untuk penggemar Texas Chicken di Lembah Klang! Kalau tahun lepas Texas Chicken melancarkan Pandu Lalu pertama di Sungai Petani, kini korang boleh membeli hidangan kegemaran korang di Pandu Lalu pertama Texas Chicken di Lembah Klang yang telah dirasmikan pembukaannya di Stesen Shell Sunway Mentari, PJS 8/9 pada 27 Jun 2019. Yang bestnya kan, ianya beroperasi 24 jam okay!


AJ sendiri berpeluang turut serta dalam upacara pelancaran stesen pandu lalu ni yang turut dimeriahkan oleh Pengerusi Envictus International Holdings sendiri iaitu Dato' Jaya Tan. Menurut beliau sebanyak 50 buah cawangan Texas Chicken telah dibuka oleh Envictus International Holdings dan pada tahun 2019, 5 lagi cawangan baru termasuk pandu lalu di Sunway Mentari telah dibuka.



Hari pelancaran tu memang meriah, kitorang sempat dihiburkan dengan persembahan pancaragam dan berpeluang menyertai acara flag-off kenderaan pertama masuk kat pandu lalu tu tau!



Jom AJ nak cerita sikit apa yang best pasal Texas Chicken Sunway Mentari ni. esok lusa, korang bolehlah singgah.

AJ suka betul dengan Texas Chicken di Sunway Mentari ni sebabnya, kawasan ni sangat strategik. Berdekatan dengan stesen BRT dan juga pusat membeli belah Sunway Pyramid. Di sekitarnya juga terdapat beberapa buah kawasan perumahan.

Selain tu, Texas Chicken Sunway Mentari berkeluasan 3,500 persegi dan boleh memuatkan sehingga 146 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Kalau korang takde masa nak lepak ataupun beratur beli makanan favourite korang, pandu lalu kan ada! Lepas isi minyak ke, balik keje ke boleh terus lalu dan order je! Sekarang kan semua nak cepat dan pantas.

Pastu yang lagi best, AJ dah mention awal-awal tadi Texas Chicken ni beroperasi 24 JAM! Ye korang, 24 Jam, kalau lapar tengah-tengah malam, korang waze je Shell Sunway Mentari, sekelip mata je waze tu bawak korang kesini.


Nak tau lebih lanjut mengenai Texas Chicken, menu ataupun outlet terbaru? Boleh follow info yang AJ sertakan kat bawah ni okay!

Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. (986113-P)
Website : www.texaschickenmalaysia.com
Instagram : @texaschickenmalaysia
Alamat : Level 3, Lot 11, Jalan 225, Section 51A,
46100, Petaling Jaya, Selangor


P/s : Favourite AJ? Chocolate Lava!

Baca Selanjutnya »

Review - L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minggu lepas, AJ dan beberapa orang gadis cantik dari The Butterfly Project mendapat jemputan dari L'Occitane The Gardens Mall untuk melihat demo dan mencuba sendiri L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil.


Bila sebut pasal produk yang berasaskan minyak ni mesti korang yang ada kulit berminyak ataupun kulit kombinasi macam AJ tak rasa teruja nak mencuba. Sebab pada kita, produk ni akan membuatkan kulit kita jadi makin berminyak. Kan? Sebenarnya, produk berasakan minyak ni boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Kita cuma perlu tau amaun yang diperlukan untuk kulit kita je.


Masa kat outlet L'Occitane, kami semua diberikan penerangan yang ringkas dan padat mengenai L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil. Selain tu, ada demo 1 to 1 dengan beauty consultant L'Occatine untuk tunjukkkan kepada kami macam mana produk ni berfungsi dan kesannya pada kulit.


1 tape test yang similar dengan kulit kita telah diletakkan pada kedua-dua belah tangan, Salah 1 diletakkan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil. Kesannya korang boleh tengok  sendiri macam mana produk ni menyerap masuk ke dalam kulit. Bila tengok demo tu, AJ sendiri jadi tak sabar nak try kat kulit muka AJ pulak. So jom tengok macam mana hasilnya selepas hampir 2 minggu penggunaan. sebelum tu AJ terangkan sera sedikit mengenai produk ni.


L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil

L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil 100% dari bahan semulajadi. Teksturnya sangat halus dan ringan pada kulit. Produk ni juga takkan membuatkan pori muka kita tersumbat.

Mengandungi 7 jenis Plant Oil iaitu :

  • Rose Hip Oil
  • Apricot Oil
  • Sea Buckthorn
  • Borage Oil
  • Echium
  • Evening Primrose
  • Camelina Oil


Dan juga, terdapat 8 kebaikan dari Plant Oil iaitu :

  • Anti-oksidan
  • Anti Keradangan
  • Menseimbangkan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Menhidrasikan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Menyuburkan kulit
  • Melindungi kulit dari kerosakan


Kebaikan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil untuk semua jenis kulit.

Jika kulit korang berminyak atau berjerawat, L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil akan membuat kulit korang lebih licin dan lembut.

Jika kulit korang kering, L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil akan menyerap masuk kedalam kulit tanpa membuatkan kulit jadi berjerawat. Ianya juga membantu kulit tampil lebih cerah

Jika kulit korang jenis sensitif, L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil boleh membantu mengurangkan kesan kemerah-merahan pada kulit.

Review AJ

Okay, masa AJ mula guna L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil kulit AJ memang tengah kering dan sedikit menggelupas. Bila AJ pakai foundation ataupun mekap, kulit nampak sangat tengah merekah. Bende ni memang buat AJ tak selesa dan agak mencacatkan penampilan. Korang boleh tengok kulit AJ sebelum gunakan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil.




Nampak tak betapa kering dan tak sekatanya kulit AJ masa ni? Stress tau! Rasa macam bile mekap tu serba serbi tak kena.

Bila AJ mula pakai titisan pertama, AJ boleh rasa yang produk ni memang betul-betul menyerap dalam kulit. Tekstur dia ringan dan tak buat kulit AJ rasa melekit ataupun terlalu berminyak. Senang je nak ratakan pada kulit. Macam kulit kering AJ ni, 2-3 titik je dah mencukupi. Lepas pakai L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil, AJ akan pakai pelembab kegemaran AJ dan boleh rasa yang kadar penyerapan produk tu pun menjadi lebih baik!

AJ pakai L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil 2 kali sehari, pagi dan juga malam. Hasilnya, kulit AJ tak lagi kering. Tona kulit pun jadi lebih sekata. Korang boleh rujuk gambar selepas kat bawah ni.




Nampak tak perbezaannya, kalau dibandingkan sebelum AJ gunakan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil? Oh ya! Bila dah mula tak kering, AJ cuma perlu 1-2 titis je setiap kali penggunaan.

Cara pengunaan

Selepas membersihkan kulit wajah dan menggunakan toner, ratakan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil pada tapak tangan dan apply pada kulit. Amaun minyak tu bergantung pada jenis kulit macam AJ cakap awal tadi. Korang pandai-pandailah agak kan?

So kalau korag berminat nak cuba sendiri L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil, korang boleh kunjungi outlet L'Occitane yang berhampiran. AJ pasti, korang akan jatuh cinta dengan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil!

#DivineYouthOil #SayYesToFaceOil #LOccitaneMalaysia #ButterflyMsia


Baca Selanjutnya »

Istana Budaya Dihantui The Phantom of The Opera

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Istana Budaya dihantui The Phantom of The Opera bermula pada 15 Jun yang lepas sehingga 7 Julai 2019. Siapa yang tak kenal karya agung klasik penulis Perancis, Gaston Leruox kan? Bahkan masa zaman AJ sekolah dulu pun karya ni dimasukkan dalam silibus pembelajaran.

Bila dengar pasal persembahan The Phantom of The Opera akan diadakan di Malaysia, AJ jadi teruja sebab ianya mengimbau kembali zaman persekolahan dan juga merupakan persembahan muzikal yang AJ nanti-nantikan.


Sebagai pengenalan, The Phantom of The Opera diadaptasi ke pentas muzikal West End oleh Andrew Lloyd Webber pada tahun 1986 dan kemudiannya dibawa ke pentas Broadway. Merupakan persembahan yang paling lama di dalam sejarah Broadway apabila ianya menjayakan persembahan ke 7,486 pada 9 Januari 2006 diikuti oleh persembahan ke 13,000 pada 1 Januari 2018.

Berpeluang menjadi salah seorang penonton teater muzikal The Phantom of The Opera pada 18 Jun 2019 yang lalu merupakan suatu pengalaman yang berharga. AJ bukan sahaja dapat menonton persembahan, malahan dapat menyaksikan sendiri suasana belakang pentas dan juga melihat pakaian yang dipakai oleh pelakon teater dengan lebih dekat. Bayangkan kostum para pelakon ada yang beratnya mencecah 15 - 20kg!




The Phantom of The Opera merupakan sebuah kisah romantik dan seram yang membabitkan 3 watak utama iaitu The Phantom, Christine dan Raoul. Kisah cinta 3 segi ini mengisahkan lagenda dimana susuk lelaki yang memakai topeng dan mempunyai wajah mengerikan yang menghantui Gedung Opera di Paris. Susuk lelaki ini telah jatuh cinta kepada watak utama pementasan Opera iaitu Christine. The Phantom telah menakluki pemikiran Christine yang merupakan kekasih kepada Raoul. Pelbagai konflik dan kejadian yang telah berlaku di Gedung Opera tersebut. Untuk mengetahui  kisah ini dengan lebih lanjut, korang kene menonton sendiri The Phantom of The Opera yang sedang dipentaskan di Istana Budaya.


Pementasan ini diarahkan oleh Andrew Lloyd Webber dibantu oleh Rainer Fried dijayakan oleh para pelakon yang berbakat seperti Jonathan Roxmouth, Meghan Picerno, Matt Leisy dan diringi oleh pemuzik yang hebat diketuai oleh pengarah muzik David Andrews Rogers dan Jee Hyun Noh sebagai Kareografer serta dibantu oleh krew terbaik. Mereka baharu sahaja menjayakan persembahan di Singapura dan Filipina. Semasa persembahan, AJ terpegun dengan penataan cahaya dan pentas teater. Setiap pertukaran "scene" dan pentas juga nampak sangat pantas dan lancar. The Phantom of The Opera buat AJ rasa tak nak mengerdipkan mata supaya tak terlepas setiap plot cerita.

Jonathan Roxmouth sebagai The Phantom
Meghan Picerno sebagai Christine Daae
Matt Leisy sebagai Raoul, Vicomte De Chagne

Dari segi suara dan alunan muzik, AJ tak nafikan mereka memang hebat! Lontaran soprano memenuhi setiap ruang di Istana Budaya buat AJ rasa macam turut berada diatas pentas bersama-sama para pelakon.

Apa yang boleh AJ rumuskan, persembahan The Phantom of The Opera memang rugi kalau tak ditonton! Bukan senang nak dapat pengalaman tengok sendiri karya agung ni di pentas teater. AJ bagi 10 bintang untuk para pelakon, pemuzik serta krew yang menjayakan pementasan ni.


Terima kasih juga kepada Base Entertainment yang membawakan The Phantom of The Opera di Malaysia.

Korang boleh dapatkan tiket The Phantom of The Opera di : ticketcharge.com.my. harga tiket bermula dari RM 200*.

P/s : AJ memang peminat teater muzikal dan Opera!

Baca Selanjutnya »

Pulau Mabul, Sabah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pulau Mabul, Sabah antara tempat yang memang semua orang nak pegi kan? Merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Pantai Timur Sabah. Dahulunya hanyalah sebuah perkampungan nelayan, tapi sekarang ni dah semakin popular dan menjadi pilihan para penyelam kerana ianya berhampiran dengan Pulau Sipadan.



Kali pertama jejakkan kaki kat sini, AJ memang teruja sangat bila tengok air laut yang membiru dan pasir pantai yang halus. Kalau korang nak tau, AJ memang pencinta pantai! Bila dapat ke Pulau Mabul, rasa nak melompat sampai bintang! Hahahahaha. OVER!

Sepanjang disini, kami menginap di Sipadan-Mabul Resort yang mempunyai 45 buah chalet yang dibina dengan kayu. Setiap 1 chalet ni dilengkapi dengan peti sejuk, penghawa dingin dan bilik mandi dengan pancuran air. Selain tu juga terdapat fasiliti kolam renang yang menghadap laut. Suasana kat sini memang tenang dan damai. Bila petang-petang korang boleh dengar bunyi kicauan burung dan deruan ombak dengan angin sepoi-sepoi bahasa.



Islands Hopping (Tatangan, Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Bum Bum)

Antara aktiviti yang boleh korang buat kat sini adalah Islands Hopping. Terdapat beberapa buah pulau yang boleh dilawati antaranya Pulau Sibuan, Pulau Tatangan dan Pulau Mantabuan. Tapi sebelum mengunjungi pulau-pulau ni, selalunya pengendali bot akan minta korang isi borang yang perlu disahkan di Jabatan Laut Malaysia di Semporna tau. Ini salah satu langkah untuk memastikan keselamatan korang.



Perkampungan Bajau Laut

Tempat pertama yang kami tuju ialah perkampungan Bajau Laut, kat sini terdapat beberapa buah rumah atas laut yang didiami oleh kaum Bajau Laut, mereka ni memang duduk jauh dari kawasan orang ramai. Malahan dialek yang digunakan pun lain. Kitorang pun berinteraksi dengan abang bot kalau nak tau apa yang diorang cakap.


Pengangkutan utama mereka adalah sampan dan mereka menjana pendapatan dengan hasil laut. Bila datang sini kan, ada satu perasaan sayu yang singgah kat hati AJ. Tak tau macam mana AJ nak gambarkan rasa tu. Kalau kita rasa apa yang kita ada tu tak cukup, kat sini kehidupan mereka tu jauh lebih serba kekurangan, tapi sungguhpun macam tu nampak bahagia je hidup diorang tau.


Kalau korang kesini, apa kata korang bawak makanan macam buah-buahan, gula-gula ataupun apa sahaja untuk diberikan untuk mereka kat sini. Dan kalau ada baju-baju terpakai yang masik elok pun korang boleh bawak. Sebenarnyya masa AJ kat sini, ada sorang gadis Bajau Laut ni berkenan sangat ngan topi yang AJ pakai, tapi AJ tak boleh la nak bagi.

Pulau-Pulau Sekitar

Tak sah ke Pulau Mabul kalau tak naik ke Bohey Dulang, kat sini korang perlu mendaki naik ke atas lebih kurang 45 minit. Dari atas ni korang boleh tengok pemandangan laut di sekitar pulau berhampiran. Tapi sayangnya, kami takde rezeki nak naik ke atas. Masa kami sampai tu, hujan turun dan agak merbahaya kalau kami teruskan dengan pendakian. Insyaallah ada rezeki, AJ nak repeat!


Kami juga berkesempatan ke beberapa buah pulau lain seperti Sibuan dan Mantabuan. Kalau nak  list kan semua pulau yang ada, AJ rasa panjang list nanti! Hehehhee. Kat pulau-pulau ni terdapat kediaman penduduk. Kat sini kalau snorkeling memang cantik! Airnya jernih dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang boleh korang nampak. Nak lagi best bawaklah roti untuk bagi ikan makan. Tapi kengkadang ikan kat sini eksyen! Hahahahahaha. Soal keselamatan korang jangan risau, kat sini dikawal oleh esscom!



Selain snorkeling, korang boleh pilih untuk berkayak. Laut kat sini sangat tenang, mudahlah korang nak mengendalikan kayak tu Tapi pastikan korang pakai jaket keselamatan tau. Nak pulak kalau korang tak reti berenang macam AJ, memang wajib pakai! Hahahahahahaha.



Pulau Perlancongan Nur Rezqy, Pulau Mabul

Disebabkan resort kami berdekatan dengan kampung, kami dibawa berjalan-jalan disekitar kampung untuk mendekati masyarakat kat sini. Kehidupan masyarakat kat sini serba sederhana dan taklah mundur. Merasalah AJ kejap duduk dalam suasana kampung. Kat KL mana ada dah budak-budak main guli dan sep tiang kan?




Terdapat pelbagai kemudahan kat sini, ada surau, sekolah, kedai-kedai runcit dan juga kedai menjual cenderamata. Inilah sumber pendapatan mereka kat sini. Petang-petang pulak korang boleh tengok orang kampung main bola. Masa kat sin, AJ sempat merasa makanan mereka, tapi AJ tak tau nama dia. Diorang kata, itu merupakan makanan ruji masyarakat kat sini, dia macam nasi tapi lain sikit. Entahlah, korang kene cuba baru tau! Hehehhehhe.








Memang seronok sangat kat Pulau Mabul ni, 2 malam kat sini rasa ta cukup je. Korang kena datang sini! Carilah mana-mana Pakej Murah Pulau Mabul. Seronok sangat. Lupa segala sesak kat bandar tu bila ada kat sini tau. Mabul, tunggu AJ datang balik tau!


P/s : Rasa macam banyak lagi nak cerita!

email signature
Baca Selanjutnya »

Menara Kayangan, Lahad Datu Sabah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah baca entri AJ kat Kota Kinabalu kan? Sekarang AJ nak bawak orang ke Lahad Datu pulak. Kat sini kami dibawa ke Menara Kayangan. Apa yang menarik di Menara Kayangan?


Bagi penggemar aktiviti hiking ataupun pencinta alam sekitar, Menara Kayangan adalah salah satu tempat yang patut korang lawati sekiranya berada di Lahad Datu. Terletak 20km dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan lebih kurang 30 ke 40 minit perjalanan dengan menaiki van. Sampai je kat pintu gerbang kaki bukit ni, korang kene memandu lebih kurang 8km lagi untuk naik ke atas. Jalan dia agak sempit, so kena berhati-hati sikit la masa nak naik tu.

Sampai je kat atas tu korang boleh menikmati pemandangan indah dari puncak Gunung Silam yang berketinggian 880m dari paras laut. Menara Kayangan menghadap laut Teluk Marvel yang terbentang luas. Terpegun AJ dengan keindahan yang dapat AJ tengok dari Menara Kayangan. Terasa hilang lelah naik tangga lebih kurang 10 tingkat tu tau! Ye, nak naik atas Menara Kayangan ni korang kene memanjat anak tangga sikit. Tapi percayalah, berbaloi sangat kalau naik . Dapat menghirup udara segar dan rasa angin sejuk yang bertiup. Kalau mana yang suka bergambar memang bonus la untuk korang. memang cantik! Tapi jangan risau, kalau korang tak larat nak panjat tangga tu, kat sebelah bawah menara ada pelantar untuk korang lihat kawasan sekitar jugak.



Selain tu, korang juga boleh menikmati pemandangan alam sekitar dengan melalui trail yang terdapat disediakan untuk ke Gunung Silam. Pelbagai jenis tumbuhan korang boleh tengok tau. Dan paling pelik dan unik nya, korang boleh jumpa dengan KETAM! Ye ketam kengkawan. Hihihihih. pelik kan? Macam mana la ketam boleh duduk kat atas gunung ni.


Kalau korang nak lebih adventure, bolehlah meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Silam, terdapat 2 trail yang boleh korang lalui mengikut kemampuan korang. Masa pendakian lebih kurang 1 jam 45 minit ke 2 jam 35 minit. Tapi AJ pasti, korang mesti puas hati punya. Yelah, pemadangan cantik dengan udara yang nyaman, sape tak suka. Dah sampai puncak nanti mesti rasa berbaloi pendakian korang tu.

Lepas penat melawat kawasan sekitar Menara Kayangan, kami dibawa menjamu selera di Restoran Kayangan. Terasa lebih nikmat hidangan makan tengah hari tu dengan cuaca dan pemandangan macam ni tau! So kalau korang ke Lahad Datu, jangan lupa singgah ke Menara Kayangan tau!





Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00

Bukan Warganegara
Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak: RM 7.00

Waktu Operasi:
Hari : Isnin - Ahad
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang


Best sangat kat sini, rasa macam nak camping je atas tu. Seterusnya, AJ akan bawa korang sekitar Semporna dan Pulau Mabul! Excited tak?

P/s : Tenang!

email signature
Baca Selanjutnya »