ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pulau Mabul, Sabah antara tempat yang memang semua orang nak pegi kan? Merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Pantai Timur Sabah. Dahulunya hanyalah sebuah perkampungan nelayan, tapi sekarang ni dah semakin popular dan menjadi pilihan para penyelam kerana ianya berhampiran dengan Pulau Sipadan.
Kali pertama jejakkan kaki kat sini, AJ memang teruja sangat bila tengok air laut yang membiru dan pasir pantai yang halus. Kalau korang nak tau, AJ memang pencinta pantai! Bila dapat ke Pulau Mabul, rasa nak melompat sampai bintang! Hahahahaha. OVER!
Sepanjang disini, kami menginap di Sipadan-Mabul Resort yang mempunyai 45 buah chalet yang dibina dengan kayu. Setiap 1 chalet ni dilengkapi dengan peti sejuk, penghawa dingin dan bilik mandi dengan pancuran air. Selain tu juga terdapat fasiliti kolam renang yang menghadap laut. Suasana kat sini memang tenang dan damai. Bila petang-petang korang boleh dengar bunyi kicauan burung dan deruan ombak dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Islands Hopping (Tatangan, Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Bum Bum)
Antara aktiviti yang boleh korang buat kat sini adalah Islands Hopping. Terdapat beberapa buah pulau yang boleh dilawati antaranya Pulau Sibuan, Pulau Tatangan dan Pulau Mantabuan. Tapi sebelum mengunjungi pulau-pulau ni, selalunya pengendali bot akan minta korang isi borang yang perlu disahkan di Jabatan Laut Malaysia di Semporna tau. Ini salah satu langkah untuk memastikan keselamatan korang.
Perkampungan Bajau Laut
Tempat pertama yang kami tuju ialah perkampungan Bajau Laut, kat sini terdapat beberapa buah rumah atas laut yang didiami oleh kaum Bajau Laut, mereka ni memang duduk jauh dari kawasan orang ramai. Malahan dialek yang digunakan pun lain. Kitorang pun berinteraksi dengan abang bot kalau nak tau apa yang diorang cakap.
Pengangkutan utama mereka adalah sampan dan mereka menjana pendapatan dengan hasil laut. Bila datang sini kan, ada satu perasaan sayu yang singgah kat hati AJ. Tak tau macam mana AJ nak gambarkan rasa tu. Kalau kita rasa apa yang kita ada tu tak cukup, kat sini kehidupan mereka tu jauh lebih serba kekurangan, tapi sungguhpun macam tu nampak bahagia je hidup diorang tau.
Kalau korang kesini, apa kata korang bawak makanan macam buah-buahan, gula-gula ataupun apa sahaja untuk diberikan untuk mereka kat sini. Dan kalau ada baju-baju terpakai yang masik elok pun korang boleh bawak. Sebenarnyya masa AJ kat sini, ada sorang gadis Bajau Laut ni berkenan sangat ngan topi yang AJ pakai, tapi AJ tak boleh la nak bagi.
Pulau-Pulau Sekitar
Tak sah ke Pulau Mabul kalau tak naik ke Bohey Dulang, kat sini korang perlu mendaki naik ke atas lebih kurang 45 minit. Dari atas ni korang boleh tengok pemandangan laut di sekitar pulau berhampiran. Tapi sayangnya, kami takde rezeki nak naik ke atas. Masa kami sampai tu, hujan turun dan agak merbahaya kalau kami teruskan dengan pendakian. Insyaallah ada rezeki, AJ nak repeat!
Kami juga berkesempatan ke beberapa buah pulau lain seperti Sibuan dan Mantabuan. Kalau nak list kan semua pulau yang ada, AJ rasa panjang list nanti! Hehehhee. Kat pulau-pulau ni terdapat kediaman penduduk. Kat sini kalau snorkeling memang cantik! Airnya jernih dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang boleh korang nampak. Nak lagi best bawaklah roti untuk bagi ikan makan. Tapi kengkadang ikan kat sini eksyen! Hahahahahaha. Soal keselamatan korang jangan risau, kat sini dikawal oleh esscom!
Selain snorkeling, korang boleh pilih untuk berkayak. Laut kat sini sangat tenang, mudahlah korang nak mengendalikan kayak tu Tapi pastikan korang pakai jaket keselamatan tau. Nak pulak kalau korang tak reti berenang macam AJ, memang wajib pakai! Hahahahahahaha.
Pulau Perlancongan Nur Rezqy, Pulau Mabul
Disebabkan resort kami berdekatan dengan kampung, kami dibawa berjalan-jalan disekitar kampung untuk mendekati masyarakat kat sini. Kehidupan masyarakat kat sini serba sederhana dan taklah mundur. Merasalah AJ kejap duduk dalam suasana kampung. Kat KL mana ada dah budak-budak main guli dan sep tiang kan?
Terdapat pelbagai kemudahan kat sini, ada surau, sekolah, kedai-kedai runcit dan juga kedai menjual cenderamata. Inilah sumber pendapatan mereka kat sini. Petang-petang pulak korang boleh tengok orang kampung main bola. Masa kat sin, AJ sempat merasa makanan mereka, tapi AJ tak tau nama dia. Diorang kata, itu merupakan makanan ruji masyarakat kat sini, dia macam nasi tapi lain sikit. Entahlah, korang kene cuba baru tau! Hehehhehhe.
Memang seronok sangat kat Pulau Mabul ni, 2 malam kat sini rasa ta cukup je. Korang kena datang sini! Carilah mana-mana Pakej Murah Pulau Mabul. Seronok sangat. Lupa segala sesak kat bandar tu bila ada kat sini tau. Mabul, tunggu AJ datang balik tau!
P/s : Rasa macam banyak lagi nak cerita!