Menara Kayangan, Lahad Datu Sabah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah baca entri AJ kat Kota Kinabalu kan? Sekarang AJ nak bawak orang ke Lahad Datu pulak. Kat sini kami dibawa ke Menara Kayangan. Apa yang menarik di Menara Kayangan?


Bagi penggemar aktiviti hiking ataupun pencinta alam sekitar, Menara Kayangan adalah salah satu tempat yang patut korang lawati sekiranya berada di Lahad Datu. Terletak 20km dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan lebih kurang 30 ke 40 minit perjalanan dengan menaiki van. Sampai je kat pintu gerbang kaki bukit ni, korang kene memandu lebih kurang 8km lagi untuk naik ke atas. Jalan dia agak sempit, so kena berhati-hati sikit la masa nak naik tu.

Sampai je kat atas tu korang boleh menikmati pemandangan indah dari puncak Gunung Silam yang berketinggian 880m dari paras laut. Menara Kayangan menghadap laut Teluk Marvel yang terbentang luas. Terpegun AJ dengan keindahan yang dapat AJ tengok dari Menara Kayangan. Terasa hilang lelah naik tangga lebih kurang 10 tingkat tu tau! Ye, nak naik atas Menara Kayangan ni korang kene memanjat anak tangga sikit. Tapi percayalah, berbaloi sangat kalau naik . Dapat menghirup udara segar dan rasa angin sejuk yang bertiup. Kalau mana yang suka bergambar memang bonus la untuk korang. memang cantik! Tapi jangan risau, kalau korang tak larat nak panjat tangga tu, kat sebelah bawah menara ada pelantar untuk korang lihat kawasan sekitar jugak.



Selain tu, korang juga boleh menikmati pemandangan alam sekitar dengan melalui trail yang terdapat disediakan untuk ke Gunung Silam. Pelbagai jenis tumbuhan korang boleh tengok tau. Dan paling pelik dan unik nya, korang boleh jumpa dengan KETAM! Ye ketam kengkawan. Hihihihih. pelik kan? Macam mana la ketam boleh duduk kat atas gunung ni.


Kalau korang nak lebih adventure, bolehlah meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Silam, terdapat 2 trail yang boleh korang lalui mengikut kemampuan korang. Masa pendakian lebih kurang 1 jam 45 minit ke 2 jam 35 minit. Tapi AJ pasti, korang mesti puas hati punya. Yelah, pemadangan cantik dengan udara yang nyaman, sape tak suka. Dah sampai puncak nanti mesti rasa berbaloi pendakian korang tu.

Lepas penat melawat kawasan sekitar Menara Kayangan, kami dibawa menjamu selera di Restoran Kayangan. Terasa lebih nikmat hidangan makan tengah hari tu dengan cuaca dan pemandangan macam ni tau! So kalau korang ke Lahad Datu, jangan lupa singgah ke Menara Kayangan tau!





Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00

Bukan Warganegara
Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak: RM 7.00

Waktu Operasi:
Hari : Isnin - Ahad
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang


Best sangat kat sini, rasa macam nak camping je atas tu. Seterusnya, AJ akan bawa korang sekitar Semporna dan Pulau Mabul! Excited tak?

P/s : Tenang!

email signature
Baca Selanjutnya »

Menarik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa perasan AJ ada update bercuti kat Sabah baru-baru ni. Ala, yang pegi dengan Alif Satar pujaan korang tu? Hahahahaha. So semasa trip tu, AJ dibawa ke beberapa negeri di Sabah.


So AJ nak cerita dulu apa yang menarik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya, ini pertama kali AJ jejakkan kaki di Negeri di Bawah Bayu. Memang teruja sangat. Banyak tempat yang best dan juga makanan yang sedap! Ada yang susah nak dapat kat KL, korang boleh dapat kat sini tau! Jom AJ bawak korang berjalan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant

Kalau ke KK, tak sah kalau tak singgah di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant yang terletak di Taman Tun Fuad Luyang. Restoran ni memang sangat popular kalau kat Kota Kinabalu. Kat sini pelbagai jenis makanan laut korang boleh makan. Kalau kat Sabah, dah tentulah lobster antara hidangan makan laut yang korang kene cuba!



Restoran ni dibuka setiap hari dan terdapat 2 sesi. Iaitu makan tengah hari dari jam 11.30 pagi sehingga 2 petang dan makan malam dari jam 6.30 petang sehingga 11 malam. Setiap malam ada persembahan kebudayaan negeri Sabah dan paling seronok pengunjung juga boleh turut serta dalam tarian-tarian tu tau! Sambil makan, sambil berhibur gitu.



Info :
Alamat : Silverado Corporation Sdn. Bhd Taman Tun Fuad Luyang, Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-231 003


Perpustakaan Negeri Sabah, Menara Yayasan Sabah dan Tanjung Lipat

"Mende la, pegi perpustakaan!" Haaaa, jangan terkejut tau kalau masuk Perpustakaan Negeri Sabah. Perpustakaan ni sangat moden dan teratur. Sebelum jejakkan kaki pun korang akan amaze gile dengan reka bentuk perpustakaan ni tau. Direka dengan bentuk buku yang separa terbuka. So dari luar korang dah boleh nampak reka bentuk unik tu.



Perpustakaan Negeri Sabah ada 6 tingkat kesemuanya, setiap 1 tingkat dah dipecahkan dalam beberapa kategori yang bersesuaian dengan semua peringkat umur. Terdapat beberapa jenis kemudahan yang disediakan selain daripada ruangan membaca. Ada bilik komputer, bilik muzik dan dewan untuk peperiksaan. Paling AJ suka, ruangan kanak-kanak yang berada di tingkat 1. Terasa macam duduk dalam tadika reka bentuknya tau! Kalau korang memang suka membaca, bolehlah luangkan masa berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah.



Info :
Website : http://www.library.sabah.gov.my/index.php/ms/

Menara Tun Mustapha / Menara Yayasan Sabah

Selain tu korang boleh luangkan sikit masa ke Menara Tun Mustapha ataupun lebih dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah, merupakan menara ikonik yang melambangkan Negeri Sabah. Dulu ianya juga digelarkan sebagai bangunan bateri mengikut rekabentuknya.



Berhadapan Teluk Likas yang terkenal dengan air laut biru dan pantai bertembok batu karang. Nak kesini boleh melalui jalan pantai sejauh 8.3km je dari Bandaraya Kota Kinabalu. Dinamakan sebagai Menara Tun Mustapha pada 31 Julai 2001 bersempena 35 tahun penubuhan Yayasan Sabah sebagai pengikhtirafan atas sumbangan dan perjuangan beliau. Yayasan Sabah ditubuhkan dan bertindak sebagai pemangkin dalam pendidikan dan pembangunan sosioekonomi Negeri Sabah.

Info : http://www.yayasansabahgroup.org.my

Berhampiran Menara Yayasan Sabah, terletaknya Tanjung Lipat ataupun Teluk Likas. Kat sini korang boleh berjalan, makan-makan angin ataupun berjogging petang-petang sambil menikmati pemandangan yang tenang. Angin petang kat sini best wa baq ang! Sambil tu korang boleh juga ke Masjid Terapung Kota Kinabalu.

Restoran D'Place Kinabalu

Nak rasa makanan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun kat Sabah? Korang wajib ke Restoran D'Place yang terletak di Plaza Shell. Makanan dia memang unik dan kalau korang nak cuba rasa butod pun ade juga tau. Ape tu butod? Ala, ulat sagu tu. Tapi kita tak bole makan la. Masa kat situ semua macam tertanya-tanya boleh makan ke tidak. Alif siap google lagi. So, jawapannya TAK BOLEH DIMAKAN bagi yang beragama Islam.



Masa kat sini kami dihidangkan nasi dalam buluh kombinasi "gulu-gulu". Dalam tu ada beberapa jenis makanan tradisi seperti hinava, bambangan, tuhau, nomsom/bosou ikan, sayur kampung dan ikan masin. Bagi AJ yang pertama kali makan hidangan ni, memang tak tau  nak gambarkan seapnya macam mana terutama bambangan dan tuhau tu. Ada rasa pedas, masam manis, semua cukup! Yang AJ boleh cakap, korang kene CUBA! Dibuka dari jam 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari.



Info :

D’ Place Kinabalu
Alamat : Lot 2.01&2.02, 2nd Floor,Plaza Shell
Kota Kinabalu, Malaysia

Tel : +6016-833 2381

Bukit Signal dan Dataran Todak, Kota Kinabalu

Seterusnya kita ke Bukit Signal yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Dari atas ni, korang boleh tengok pemandangan indah Kota Kinabalu. Korang boleh nampak bukit, laut. Kat atas tu jugak ada kafe untuk korang lepak-lepak minum. Memang cantik! Kalau korang jenis suka adventure sikit, bolehlah berjalan ikut trail yang ada kat situ. Orang kata, kalau tak fit boleh tahan mengah jugak. Hehehhehhe.



Dataran Todak juga salah satu tempat yang boleh korang pegi kalau ke Kota Kinabalu. Kat sini kira macam Jalan Alor yang kat KL ni la. Pelbagai jenis kedai makan seafood ada. Korang tinggal nak pilih je. Makanan laut dia segar-segar. Lobster dia, perghhh! Bapak besar!. Kat sini selain makanan laut, AJ try latok. Dia sejenis rumpai laut yang memang terkenal di kalangan orang Sabah. Rasa dia? Plain tapi kalau kuah cecah dia sedap, memang licin sepinggan latok tu! Alhamdulillah, kene dengan tekak AJ! Dataran Todak ni hanya bukak pada sebelah malam je tau.



Okay, ni je la antara tempat menarik yang sempat AJ singgah masa kat Kota Kinabalu. Memang best kat sini. Kalau korang ada banyak masa, banyak lagi tempat yang boleh korang explore dengan pakej percutian ke Sabah yang korang amik. Untuk entri seterusnya, AJ  nak bawak korake Sabahng berjalan di Menara Kayangan yang terletak di Lahad Datu pulak.

Nak tau apa yang best kat situ? Tunggu!

P/s : Rindu pulak nak makan Latok!

Baca Selanjutnya »

Eat.Travel.Write 8 | Kelulut Kasih, Hulu Langat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Eat.Travel.Write 8 diteruskan dengan kunjungan ke Kelulut Kasih, Hulu Langat. Diusahakan oleh  Puan Affarida dan suami. Bermula dengan hanya 30 sarang kelulut, kini beliau memiliki lebih 100 sarang kelulut untuk membekalkan madu kelulut kepada pelanggan.


Menurut Puan Affarida, beliau meninggalkan kerjaya sebagai pegawai bank bagi mengusahakan madu kelulut dengan tanpa ada apa-apa pengetahuan mengenai kelulut sehinggalah satu demi satu kelulut mengosongkan sarang. Selepas itu beliau mengambil pendekatan untuk mempelajari ilmu mengusaha dan menternak kelulut.


Selepas hampir 2 tahun mengusahakan kelulut, beiau kini sudah mula memproses sendiri hasil kelulut di Kelulut Kasih menggunakan mesin khas.

AJ dan rakan-rakan trip ni berpeluang tengok dan merasa sendiri madu kelulut fresh dari ladang! Rupanya kelulut ni menyerap rasa dari tumbuhan yang mereka makan. Kalau kata, makan pokok durian, makanya mau yang dihasilkan akan ada sedikit rasa durian, kalau manggis adalah sikit rasa manggis.


Lepas tu lebah kelulut ni ada beberapa jenis dan madu yang dihasilkan juga ada beberapa rasa yang berlainan. Duduk kat situ, habis semua madu AJ rasa! Betullah, tak dinafikan setiap rasa madu tu berlainan. Ada yang manis, ada yang masam-masam sikit dan ada juga yang rasanya sedikit pahit kat hujung rasa tu.



Kalau korang nak dapatkan sendiri hasil madu kelulut asli ni ka, korang boleh ke Kelulut Kasih yang  terletak di Batu 12, Hulu Langat. Terdapat pelbagai hasil dari madu kelulut dijual disini selain dari mdu asli seperti sabun.



Info lanjut AJ sertakan kat bawah ni okay!

Alamat : Lot 1635, Kampung Seberang, Batu 17, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Facebook : Kelulut Kasih

P/s : "Madu Asli" yang tu takde jual kat sini tau! Hahahhahaha..


Baca Selanjutnya »

Eat.Travel.Write 8 | Gerai Masakan Kampung Asli (Ikan Sungai), Hulu Langat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau sebelum ni kami dihidangkan dengan hidangan Minang, untuk hari kedua kami dibawa menjamu selera di Gerai Masakan Kampung Asli (ikan sungai), Hulu Langat. Gerai ni terletak betul-betul di tepi jalan Batu 11 tak salah AJ. Kalau korang lalu situ, boleh nampak banner dia.


Pelbagai jenis hidangan ikan sungai terdapat disini seperti ikan patin, baung, keli, talapia dan sebagainya. Kalau korang tak begitu gemarkan ikan sungai, korang boleh pilih hidangan ikan siakap.

Pelbagai jenis masakan kampung ada seperti masak lemak, gulai tempoyak, kari dan asam pedas. Kat sini kan, lauk-pauk dia macam ala-ala Jawa sikit. Yang paling buat terliur tu ada beberapa jenis sambal. AJ duk terliur dengan sambal hijau Jawa dia. Pedas dan memang umppph!




hjKalau korang kenal AJ kan, korang mesti tau yang AJ tak makan ikan. Jangan risau, ada jugak lauk lain macam ayam goreng, gulai lemak telur itik, sambal tauhu dan tempe goreng jawa, masak lemak nangka. Kalau nak cerita memang tak abis sampai esok! AJ yang menaip entri ni pun dah terliur.



Gerai ni taklah besar mana pun, tapi selalunya kalau korang datang lambat lauk-pauk pun dah tak berapa banyak dan meriah. So kat situ pun dah boleh tau, macam mana enakmya rasa masakan dia kan?

Kalau korang ke Hulu Langat, jangan lupa singgah menjamu selera di Gerai Masakan Kampung Asli (Ikan Sungai). Gerenti kenyang!

P/s : Apa yang best mengenai Eat.Travel.Write, kita bukan je terjah kedai makan yang mewah-mewah. Biasa-biasa pun kita singgah. Janji sedap!

Baca Selanjutnya »

Eat.Travel.Write 8 | Galeri Saudagar, Bangi Gateway

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kita sambung lagi dengan trip Eat.Travel.Write 8, Hulu Langat. Hari kedua, kami dibawa ke Galeri Saudagar milik Tok Siak Ar-Rembauwi yang terletak di Bangi Gateway. Apa yang menarik kat sini?


Galeri Saudagar ni menjual Khazanah Melayu, terutamanya keris. Serius la zaman moden ni ada lagi yang jual dan tahu pasal keris? Haaaa, kalau korang nak tau apa sahaja mengenai keris, korang boleh berjumpa sendiri Tok Siak. Banyak ilmu mengenai keris yang dikongsikan dengan kami semasa sesi ni.


AJ sendiri pun pertama kali pegang keris yang betul. Kalau setakat keris plastik pengantin tu penah la pegang. Yang ni keris betul okay! Masa kami kat sini, Tok Siak banyak menerangkan jenis keris dan perbezaan setiap bilah keris yang ada.


Kami ditunjukkan dengan keris Melayu dan Jawa. Selama ni, yang AJ tau, keris tu sama je semuanya. Asalkan ada hulu, ada bilah dengan sarungnya itulah keris. Tapi sebenarnya setiap satu keris ni ciri dia sangat berlainan. Bentuk mungkin nampak sama dan serupa tapi lainlah! AJ nak cerita lebih lanjut pun, AJ tak berapa mahir.


Yang AJ tau, keris Jawa pangkal bilahnya tenggelam habis bila dalam sarung, manakala keris Melayu pula bilahnya akan sedikit kelihatan bila didalam sarung. Tapi kan, bila tengok sendiri keris-keris kat sini, AJ paling tertarik dengan rekabentuk hulu keris. Tak tau kenapa tapi bagi AJ hulu keris tu sangat unik. Pada mata AJ, kalau hulu cantik, bentuk unik nampak gah sangat!


Setiap keris-keris ni ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Bukan semua orang boleh beli atau pinang keris-keris ni tau! Korang kene ada ilmu dan juga kebenaran untuk memiliki keris.  Selain daripada keris, terdapat beberapa lagi senjata dari zaman moyang kita yang ada kat situ. Nak tau lebih lanjut korang boleh ke Bazar Karat yang terletak di bahagian belakang bangi Gateway dan jumpa Tok Siak sendiri.

P/s : Khazanah dan pusaka Melayu makin dilupakan.. Sobs!


Baca Selanjutnya »