Eat.Travel.Write 8 | Galeri Saudagar, Bangi Gateway

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kita sambung lagi dengan trip Eat.Travel.Write 8, Hulu Langat. Hari kedua, kami dibawa ke Galeri Saudagar milik Tok Siak Ar-Rembauwi yang terletak di Bangi Gateway. Apa yang menarik kat sini?


Galeri Saudagar ni menjual Khazanah Melayu, terutamanya keris. Serius la zaman moden ni ada lagi yang jual dan tahu pasal keris? Haaaa, kalau korang nak tau apa sahaja mengenai keris, korang boleh berjumpa sendiri Tok Siak. Banyak ilmu mengenai keris yang dikongsikan dengan kami semasa sesi ni.


AJ sendiri pun pertama kali pegang keris yang betul. Kalau setakat keris plastik pengantin tu penah la pegang. Yang ni keris betul okay! Masa kami kat sini, Tok Siak banyak menerangkan jenis keris dan perbezaan setiap bilah keris yang ada.


Kami ditunjukkan dengan keris Melayu dan Jawa. Selama ni, yang AJ tau, keris tu sama je semuanya. Asalkan ada hulu, ada bilah dengan sarungnya itulah keris. Tapi sebenarnya setiap satu keris ni ciri dia sangat berlainan. Bentuk mungkin nampak sama dan serupa tapi lainlah! AJ nak cerita lebih lanjut pun, AJ tak berapa mahir.


Yang AJ tau, keris Jawa pangkal bilahnya tenggelam habis bila dalam sarung, manakala keris Melayu pula bilahnya akan sedikit kelihatan bila didalam sarung. Tapi kan, bila tengok sendiri keris-keris kat sini, AJ paling tertarik dengan rekabentuk hulu keris. Tak tau kenapa tapi bagi AJ hulu keris tu sangat unik. Pada mata AJ, kalau hulu cantik, bentuk unik nampak gah sangat!


Setiap keris-keris ni ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Bukan semua orang boleh beli atau pinang keris-keris ni tau! Korang kene ada ilmu dan juga kebenaran untuk memiliki keris.  Selain daripada keris, terdapat beberapa lagi senjata dari zaman moyang kita yang ada kat situ. Nak tau lebih lanjut korang boleh ke Bazar Karat yang terletak di bahagian belakang bangi Gateway dan jumpa Tok Siak sendiri.

P/s : Khazanah dan pusaka Melayu makin dilupakan.. Sobs!


Baca Selanjutnya »

Eye Pro Vision, Kedai Cermin Mata Murah di Sungei Wang Plaza, KL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ada yang nak ganti atau buat cermin mata raya tak? AJ dengar ade kedai viral iaitu Eye Pro Vision, kedai cermin mata murah kat Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Betul ke murah???? Baru ni AJ sendiri pegi Sungei Wang dengan Mr. JR, kebetulan dia nak tempah cermin mata. So kitorang nak tengoklah tahap kemurahan harga cermin mata viral yang ditawarkan kat sini. Dalam hati AJ "mesti cermin mata biasa-biasa je."


Tapi bila dah sampai kat Eye Pro Vision, sangkaan AJ tu meleset sebab disini cermin mata murah yang ditawarkan memang berkualiti dan ada waranti. So kalau dah beli, ada yang tak kene ataupun cermin mata korang rosak macam hilang skru ke, cermin ke, korang boleh datang rujuk balik kat sini.


Banyak sangat pilihan bingkai cermin mata yang ada, korang nak bingkai tebal, nipis, kecik, besar semua ada! Mula-mula datang, Mr. JR dah tak keruan, mana satu bingkai nak pilih. Pakai yang tu rasa macam okay, try yang lain pun okay jugak. Lama duduk depan rak tu untuk pilih bingkai je!  Ye korang, lelaki ni kalau bab memilih kalah perempuan jugak weh! Nasib baik staff kat situ sudi membantu dalam membuat pilihan. Terima kasih sangat kat William yang bagi pandangan bingkai mana yang sesuai untuk Mr. JR. Kalau tak, dengan AJ sekali pening nak tentukan mana yang sesuai dengan dia. Hahahahahaah.



Lepas dah pilih bingkai yang berjaya tawan hati, kita kena buat pemeriksaan mata dulu untuk tengok jenis rabun dan juga power kanta untuk cermin mata kita. Macam Mr. JR kan, dia memang dari dulu rabun, tapi degil tak nak pakai cermin mata. Pastu duk complaint kalau buat keje lama-lama jadi pening la, silau la. So padan la muka! Lepas tu barulah timbul keinsafan nak buat cermin mata baru. Tu yang AJ ajak ke Eye Pro Vision lepas baca banyak review yang okay pasal kedai ni.

Lens Alpha Blue 420

Lepas check mata je, William sarankan Mr. JR amik  Lens Alpha Blue 420. Apa tu? Ni kali pertama kitorang dengar, ingatkan semua kanta sama je. Tapi kat sini diorang memang sarankan kita amik Lens Alpha Blue 420. Korang kene tambah RM 60 je tau! So kalau tak amik, rugilah kan? Dah alang-alang buat cermin mata, biarlah amik kanta yang elok sikit kata Mr. JR pun.

Lens MultiCoat Biasa
Lens Alpha Blue 420

Lens Alpha Blue 420 ni bagus sangat untuk mereka yang ada masalah silau. William siap buat demo lagi perbezaan antara lens multicoat biasa dan Lens Alpha Blue 420. Memang terbukti, lens ni terbaik. William siap halakan lampu LED kat kedua-dua lens, tapi kat Alpha Blue 420 cahaya memang tak tembus, 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu (UV420). Tak percaya? Tengok sendiri video kat bawah ni :



Wah! Hebatnya kamu Lens Alpha Blue 420! Selain tu banyak lagi kelebihan lens ni antaranya tahan lasak, tak mudah pecah, kalis calar. Bagus untuk mereka yang belajar, kerja dan banyak menggunakan komputer macam Mr. JR tu.

1 Jam, SIAP!

Selain tu tau tak apa yang best kat Eye Pro Vision? dalam masa 1 jam je, cermin mata yang korang tempah dah boleh siap. Sementara nak tunggu 1 jam tu, korang bolehlah cuci mata dan shopping kat Sungei Wang Plaza. Alang-alang menyeluk pekasam kannnn.... Hahahahhahaha...



Kos?

Kalau AJ kata murah, memang murahlah tu. Mr. JR cuma perlu membayar RM 125 je sahaja untuk cermin mata dia tu. RM 65 (bingkai) + RM 60 (Lens Alpha Blue 420). Serius, kualiti cermin mata dan harga yang ditawarkan oleh Eye Pro Vision sangat-sangat berbaloi.

Oh ya, kat sini memang banyak kedai yang letak papan tanda viral. Tapi pastikan korang ke kedai yang betul iaitu Eye Pro Vision yang terletak di alamat berikut :

Lot G 111, Ground Floor, sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Kalau tak jumpa keai korang boleh contact William sendiri di talian : 016-377 1304.

Pastikan korang pergi ke kedai cermin mata murah yang viral tu tau! Jangan tersalah pegi kedai lain pulak. kalau tak dapat lens boek Alpha Blue 420 tu, jangan kecewa pulak. AJ dah bagitau dah kedai mana yang betul-betul viral ni.



So Mr. JR dah dapat cermin mata raya, korang bila lagi?

P/s : Dia kata kan, dia nampak hensem pakai cermin mata ni. AJ terus krik krik krik. Hahahah!

Baca Selanjutnya »

Photoshoot Dulu Baru Raya di Kaio Studio / White Studio Shah Alam

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tak lama lagi kite semua dah busy nak raya kan? AJ pasti kebanyakan pada kite mesti dah siapkan baju raya yang cantik-cantik untuk di pakai masa pagi raya. Bila dah masuk lebaran, dah sibuk melayan tetamu yang datang bertandang dan kita pun sibuk kunjung-mengunjung rumah sanak saudara dan kawan-kawan jugak kan? Kadang tu, nak bergambar pun tak sempat!


So, apa kata kali ni kita sarung dulu baju raya awal-awal untuk sesi photoshoot dulu baru raya di Kaio Studio ataupun White Studio Shah Alam ni. Kalau taknak orang lain tau warna baju raya yang korang nak pakai nanti pun takpe, pagi raya semua dah ready termasuk gambar raya! Tinggal nak post je, mesti saudara mara dan kawan-kawan jeles tengok gambar raya korang yang meletop tu!



AJ sendiri pun dah siap dengan gambar raya tau dengan beberapa orang rakan blogger dan influencer walaupun ada lebih kurang 2 minggu lagi Aidilfitri akan menjelang. Awal kami dah rasa suasana raya! Tak sabar pulak nak beul-betul raya. Bila dah dapat gambar hasil bidikan lensa team Kaio Studio, lagilah rasa nak raya membuak-buak! Tak sabar nak post gambar yang banyak-banyak tu masa raya! Hihihihihi..



So far, AJ memang sangat berpuas hati dengan hasil kerja Kaio Studio. Ini pun bukan kali pertama AJ amik gambar kat White Studio Shah Alam tu. Dah berkali-kali dah! Yang dah penah berkerjasama dengan mereka mesti tau betapa teliti dan cantiknya gambar diorang kan? Kalau yang belum penah buat photoshoot raya kat sana, jangan lepaskan peluang! Bila lagi 1 family nak ada gambar cun? Inilah masanya.. Raya nanti sure dah sibuk macam AJ bagitau kat awal entri ni tadi.



Sekarang ni AJ dengar Kaio Studio ada buat promosi untuk mereka yang nak berphotoshot raya kat sana. Terdapat 2 background yang disediakan untuk korang, macam dalam gambar kitorang tu dengan 3 pakej menarik. Korang taknak ke ade gambar meriah macam kami? Nah AJ belanja lagi gambar kami lagi, lagi dan lagi!


So, kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai 3 pakej yang disediakan oleh team Kaio Studio kat White Studio Shah Alam tu, korang boleh hubungi mereka dekat info yang AJ sertakan kat bawah ni:

Whatsapp :  +60 13-730 2880
Alamat :  1-06, Mitea Residence Office, No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

#KaioStudio #PhotoshootRayaKaioStudio #whitestudio #WhiteStudioShahAlam

P/s : Korang team raya mana tahun ni?

Baca Selanjutnya »

Althea A'Bloom, Produk Terbaru dari Althea Korea

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni Althea Korea melancarkan rangkaian terbaru Althea A'Bloom. Sebagai Althea Angels, AJ berpeluang mencuba sendiri produk ni. Produk dari ALthea Korea memang tak pernah mengecewakan. AJ memang suka sangat bila dapat shopping kat website Althea tu, heaven gila sampai kadang rambang mata nak memilih produk.



Okay, tanpa berlengah jom kita tengok apa yang best mengenai rangkaian Althea A'bloom. Terdapat 3 jenis produk iaitu :

  • A'Bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'Bloom Mask (Moisturizing Watermelon Mask, Brightening Lemon Lime Mask, Nourishing Avocado Mask, Anti-Blemish Peach Mask)
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puffs
A'Bloom BHA Blackhead Blaster



Blackhead memang musuh utama semua orang, blackhead ni kalau tak dicegah dari awal boleh buat kulit kita naik jeawat. Macam AJ sendiri selalu buat aktiviti luar, so blackhead memang senang jadi sebab pori yang tersumbat kesan kotoran dari luar tu la. Selalu AJ guna peel-off mask, tapi lecehlah bila nak kene tunggu kering lepas bila nak cabut tu, rasa macam bulu-bulu roma halus kat muka pun tercabut sama. Sakit tau! Hahahahahhaha. A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni mudah sangat nak digunakan, tak sakit dan tak buat kulit jadi rengsa. Packaging pun kecik comel je, senang nak bawak kemana-mana. Hihihihi.

Cara penggunaan :

Bersihkan kulit wajah. Lepas tu sapukan A'Bloom BHA Blackhead Blaster di kawasan yang terdapat sebum berlebihan terutama pada bahagian hidung dan dagu. Urut perlahan pada bahagian tersebut kemudian bilas bersih. Nak lebih efektif, AJ sarankan korang letak tuala yang dibawahkan dengan air suam untuk buka pori muka kita sebelum gunakan produk ni.


A'Bloom Masks

Ini adalah produk yang AJ suka! Ada 4 jenis mask sheet yang berasaskan bahan semulajadi iaitu Moisturizing Watermelon Mask, Brightening Lemon Lime Mask, Nourishing Avocado Mask dan Anti-Blemish Peach Mask.

Mask sheet ni nipis je terasa melekap kat muka bila pakai. Lepas tu essence yang terdapat kat setiap 1 mask ni pun banyak. Jadikan kulit kita lebih lembut dan halus. Setiap 1 mask ni ada kelebihan dia sendiri.

Water-Me-Long - Moisturizing Watermelon Mask

✿ Mengandungi ekstrak tembikai untuk menghidrasikan kulit. menjadikan kulit lebih lembut, halus dan memperbaiki struktur kulit kering dan menggelupas.



Sparkle-Me-Bright - Brightening Lemon Lime Mask

✿ Memberikan khasiat vitamin dari lemon dan lime untuk kulit yang lebih bersih dan cantik. Membantu mencerahkan kulit yang kusam.



Avo-Cuddle-Me - Nourishing Avocado Mask

✿ Kaya dengan anti-oksidan dan mengandungi ekstrak avocado untuk melindungi kulit dari keadaan persekitaran yang tak baik. Ianya juga mengandungi vitamin E untuk memperbaiki keanjalan kulit dan buat kulit lebih berseri.



AC-Me-Peach - Anti-Blemish Peach Mask

✿ Mengandungi ekstrak buah peach yang kaya dengan vitamin A untuk mengurangkan minyak pada kulit dan membantu melembutkan kulit. Ianya membantu mengurangkan rengsa pada kulit yang sensitif.



Cara penggunaan :

Selepas menggunakan toner, letakkan mask dan tunggu sehingga 15-20 minit. Selepas mask ditanggalkan, ratakan lebihan essence sehingga meresap dalam kulit.




A'bloom Giant & Baby Meringue Puffs

Yang ni sangat cute! Rasa macam nak makan pulak puff ni. Sangat sesuai digunakan untuk apply foundation, concealer semua. Puffs ni sangat-sangat anjal dan lembut. Boleh digunakan semasa kering ataupun korang boleh lembabkan puff ni sebelum letak foundation kat kulit.



Sebab apa ada dua size? kadang bila mekap kan, ada part-pat yang susah nak ratakan dengan puff besar so bolehlah guna yang kecik untuk ratakan ke kawasan tu. Puffs ni sangat lembut dan fluffy je rasa masa dapkan kat kulit. Bila pakai foundation tu rasa lebih rata dan melekap pada kulit.


Bestkan rangkaian Althea A'Bloom dari Althea Korea ni? Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut mengenai produk-produk ni boleh layari : https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom

jangan tak tau, harga setiap satu produk ni sangat-sangatlah berpatutan dan berbaloi. Rugi rasanya kalau korang tak beli. Nak kulit cantik, kenalah invest sikit kan? Hehehehehe. So cepat order sebelum stok habis, nak pulak raya tak lama lagi. Sempat ni kalau korang beli sekarang! Hihihihihi.

Info lanjut :

Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

P/s : Althea Korea best! Tak penah kecewakan AJ. Banyak dah prduk-produk yang AJ guna beli dari sini.

Baca Selanjutnya »

McDonald's Malaysia Menyantuni Anak-Anak Yatim

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dua minggu sudah Ramadhan berlalu, selalunya masa bulan Ramadhan ni la, masa kita untuk bersama keluarga tercinta, berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama. Namun, ada antara kita yang kurang bernasib baik dan tak berpeluang merasa apa yang kita rasa. Bersempena Ramadhan yang diberkati ,McDonald's Malaysia telah menyantuni anak-anak yatim dengan menganjurkan Majlis Iftar McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju pada 16 Mei 2019.


Majlis Iftar ini juga telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau juga turut meluangkan masa menyampaikan sedikit tazkirah Ramadhan kepada semua para tetamu dan juga anak-anak yatim. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald's Malaysia.


Seramai 500 orang anak-anak yatim daripada beberapa buah rumah kebajikan telah dijemput sebagai tetamu khas yang diraikan seperti Rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak, Rumah Titian Kaseh, Pusat Jagaan Kasih Murni, Baitul Hasanah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha, Rumah Penyayang Darul Ilmi, dan Baitul Ehsan. Setiap rumah kebajikan ini juga telah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dari RHMC.



Seronok sangat bila tengok anak-anak yatim yang diraikan. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing. AJ yang turut berpeluang turut serta ni rasa terharu melihat usaha yang McDonald's Malaysia  dan PPZ-MAIWP melalui majlis Iftar ni yang bertujuan mengeratkan ukhwah dan sebagai tanda keprihatinan mereka dengan meraikan Ramadhan bersama insan-insan yang kurang bernasib baik ni.



Menurut Encik Azhar Darbi, mereka sangat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak yatim dari rumah kebajikan yang dipilih dan berharap majlis ini dapat menyerikan lagi sambutan bulan Ramadhan. Menurut beliau lagi "Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untuk membayar zakat bagi membantu serta memberikan manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia"



AJ harap pada masa akan datang, program ini akan terus dijayakan. Semoga anak-anak yatim yang diraikan ni merasa nikmat Ramadhan yang barakah melalui program dan sumbangan dari RHMC. Tahniah kepada kedua-dua pihak yang bertanggungjawab dalam meraikan insan yang kurang bernasib baik. Semoga ukhwah yang terjalin antara McDonald's Malaysia dan PPZ-MAIWP akan berterusan menyebarkan kebaikan dan kegembiraan buat anak-anak ini. Aamiin.



"Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan"

#McDIndahnyaRamadan
#McDonaldsMalaysia


Baca Selanjutnya »