ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Siapa dah baca entri AJ pasal Vitamin C Serum by Annona ni 2 minggu lepas? Kalau belum, apa kata korang baca dulu kat sini. Banyak kelebihan dan info mengenai serum ni yang AJ share tau.
So kali ni AJ nak bagi testimoni AJ sendiri lepas gunakan serum ni. Serius cakap bestnya Vitamin C serum by Annona! Macam AJ cakap sebelum ni kan, AJ kerap travel. Kalau korang follow rapat instagram AJ, ada je tempat yang AJ pegi. Sekarang ni dah tak keje kan, lagi panjanglah langkah!
Bila dah kesana kemari, AJ banyak terdedah pada cahaya matahari. Lepas tu pulak, AJ rajin mekap, tapi tak rajin cuci. Bila adanya habit macam tu, jerawat memang senang naik! Kadang AJ ni malas nak buat rutin yang sebetulnya untuk kulit, cuci muke je dah rasa kulit tu elok! Tu la masalah seorang AJ. Lepas tu dia pelik, " Kenapalah kulit orang lain cantik elok je? " Sadis nau!
Sebenarnya, nak kulit cantik bukan takat cuci muka ikut dan je. Kene rajin dan konsisten. Lepas tu korang kene pakai produk yang sesuai dengan kondisi kulit. Sebelum AJ gunakan produk ni, AJ ada baca review orang lain jugak, ramai yang kata produk ni berkesan dalam merawat kulit yang rosak, ada yang kata kulit diorang lebih lembut dan boleh hilangkan jerawat serta jeragat. Bila dah yakin, barulah guna. Bila dah start pakai Vitamin C serum by Annona ni barulah rasa rajin sikit nak jaga muka. Hahahahahaha. Jujur sangat ni! Yelah, takkan nak bagi kulit orang lain je cantik kan?
Packaging dan Tekstur Vitamin C serum by Annona.
First sekali AJ nak cerita dulu pasal packaging dan tekstur serum ni. Ianya didatang dalam botol kecil yang mudah dibawa kemana-mana. Ada 2 size iaitu 5ml dan 15ml. Botol tu pulak jenis yang ada tube, so korang boleh kawal pengunaan ikut berapa banyak yang perlu. Sekali guna tu, sikit je dah cukup sebenarnya.
Teksturnya pulak jenis cecair. Tak pekat sangat dan tak cair sangat. Bila apply kat kulit memang tak rasa melekit pun. Cepat terserap dalam kulit. Walaupun kaya dengan vitamin C, dia takde bau yang merengsakan hidung. Tu salah satu bende yang AJ suka pasal serum ni. kadang ada jenis serum yang terlalu wangi. Bila pakai rasa menusuk je kat hidung. Lepas tu rasa perit kat kulit. Macam Vitamin C Serum by Annona ni, tak terasa macam pakai apa-apa kat kulit. Ringan!
Cara pengunaan Vitamin C serum by Annona.
✿ Bersihkan kulit wajah dan lap.
Tips AJ : Jangan lap sampai kering sangat kulit tu, biar dia lembab-lembab sikit.
✿ Segarkan kulit dengan toner.
✿ Titiskan Vitamin C serum by Annona di wajah ikut keperluan kulit. Macam kulit AJ agak kering di bahagian dahi, so AJ oleskan lebih sikit kat situ.
✿ Dap-dapkan sedikit supaya serum meresap ke dalam kulit. Siap! Ataupun boleh teruskan dengan rutin penjagaan kulit korang yang lain. Pakai sunblock ke kan.
Nota : Untuk kesan yang lebih baik, gunakan 2 kali sehari pada waktu siang dan malam. Vitamin C serum by Annona juga boleh digunakan sebagai makeup base.
Kesan penggunaan Vitamin C Serum by Annona.
Mesti korang nak tengok kesan pengunaan produk ni kat kulit AJ sendiri kan? Haaa, ni AJ nak share dengan korang.
Selepas : Kulit AJ nampak lebih segar, sekata dan sedikit cerah, jerawat pun dah makin berkurangan.
Ni baru pakai lebih kurang 2 minggu. Nak betul-betul okay kenalah konsisten kan. So AJ dah jumpa produk yang best dan boleh membantu mengurangkan masalah kulit AJ. Koramg pulak macam mana? Tak nak cuba sendiri ke?
Kalau korang nak cuba produk Vitamin C Serum by Annona boleh dapatkan di :
Website : https://vitamincseries.com
Facebook Page : www.facebook.com/VCSAnnona
Instagram : www.instagram.com/vcs_annona
Hotline : 010-8424243
Harga pasaran :
RM 39 (5ml)
RM 90 (15ml)
P/s : Bila elok, kenalah share!