Majlis Pra-Pelancaran BioUsahawan 2019 di Hotel Ibis Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Khamis lepas Majlis Pra-Pelancaran BioUsahawan 2019  telah diadakan di Hotel Ibis Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp), Jalan Yap Kuan Seng bagi mewar-warkan mengenai intisari BioUsahawan 2019 yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



Semasa program ini nanti, Bioeconomy Corp menyasarkan pelaburan sebanyak RM375 juta bagi sektor bio melibatkan pelabur asing dari beberapa buah syarikat dari Thailand, Indonesia, India, Taiwan dan banyak lagi.

Peluang kepada Usahawan Tempatan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp, Dr. Mohd Shuhaizam Mohd Zain, Bio-Usahawan 2019 merupakan platform strategik untuk usahawan, syarikat permulaan, perusahaan kecik dan sederhana dalam aktiviti perdagangan serta peluang untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan sektor Agro dan Bio.



Menerusi program ini juga, Bioeconomy Corp yakin ianya mampu memacu pertumbuhan sektor pertanian dan asas tani negara selain menyumbang kepada sasaran jualan sebanyak RM900 juta terhadap industri pada tahun 2019 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).

BioUsahawan 2019 : Ke Arah Industri Pertanian dan Asas Tani Berdaya Saing 

Mengikut kajian Bioeconomy Corp baru-baru ni juga menunjukkan 60% penduduk bandar telah membeli produk berasaskan bio tempatan. Kajian ini menunjukkan pengguna tempatan sudah mula mempercayai produk ini. Beliau juga menjangkakan angka ini akan meningkat kepada 80% menerusi BioUsahawan 2019.

Daripada penilaian tersebut juga tiga kategori barangan berasaskan bio yang dibeli pengguna merangkumi produk penjagaan diri, produk penjagaan kesihatan dan produk makanan serta minuman. Maklumat produk yang mencukupi juga menjadi faktor pemilihan selain kualiti dan keperluan. Jadi, usahawan perlu mengambil kira faktor-faktor ini dan BioUsahawan 2019 dapat memberi peluang kepada mereka untuk meneroka peluang pertumbuhan perniagaan.


Jadi jangan lupa ke BioUsahawan 2019 pada 15 dan 16 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Disasarkan seramai 10,000 pengunjung bakal menghadiri program ini. Jangan lepaskan peluang.

Untuk maklumat lanjut : 


Facebook : www.facebook.com/BioeconomyCorporation



atau

Sebarang pertanyaan tentang pameran, sila hubungi : 
biousahawan@bioeconomycorporation.my

Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384

Untuk penajaan, sila hubungi: syahirah.adnan@bioeconomycorporation.my
Cik Syahirah: +603 2116 6499

Bioeconomy Corp

Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) merupakan agensi pembangunan ekonomi utama bagi industri berasaskan bio dan agro. Ia adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Bioeconomy Corp berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) sejak November 2018.

Bioeconomy Corp menyediakan perkhidmatan sokongan, fasilitasi dan khidmat nasihat untuk syarikat sains bio, agro dan sains hayat di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bioeconomycorporation.my.

Baca Selanjutnya »

Berjaya Menjejakkan Kaki di Bumi Korea!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Annyeonghaseyo! Alhamdulillah lepas lebih kurang 7 jam penerbangan, sampailah AJ ke bumi Korea. Walaupun awalnya rasa macam jadi tak jadi je, we made it! Sampai sana, junior AJ dah minta adik dia jemput kami kat airport, so takdelah terkial-kial. Yelah, kami langsung tak prepare apa-apa since sepatutnya semua diuruskan oleh agen. Stop pasal tu, dah sampai pun. Kalau difikir-fikirkan memang buat sakit hati! Hahahaha.


Bila sampai ke Korea, bende pertama yang korang kene cari ialah T-Money. Kad ni macam touch n go je, Bila ada kad ni korang nak kemana-mana pun senang sebab kad ni diterima oleh semua khidmat pengangkutan awam yang ada, kecuali teksi. Korang beli je dari kedai GS25, 7 eleven. ataupun kat vending machine. Dalam tu korang topup la dalam 15k ke 30k won ikut lama mana korang nak berada di bumi Korea. kalau tak cukup takpe, korang boleh topup lagi kat mana-mana stesen subway.



Dari airport kami menuju ke Myeong-dong untuk makan malam. Arini kami makan di Nasi Lemak D-Seoul. Restauran ni diusahakan oleh rakyat Malaysia sendiri. Manalah tau kalau ada yang tak boleh nak terima makanan Korea, AJ sarankan korang makan kat sini. Portion dia pun besar dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Lokasinya betul-betul dibelakang Sejong Hotel. Senang je nak cari.








Kebetulan masa kami kat sana, Kak Dila dan Kak Laila dari geng #KelabBloggerBenAshaari pun ade. Memang Allah swt tu permudahkan urusan kami kat sana pendek kata. Alhamdulillah. Sampai je terus diorang cari kami kat D'Seoul.


Usai makan kami berjalan kaki cari hotel penginapan. Sebenarnya, AJ pun tak tau kat area mana AJ tempah penginapan tu. Sebab dah semuanya last minute kan. Tapi dengan bantuan kawan-kawan, kami jumpa hotel kami. Oh ya, masa kami sampai tu cuaca tak berapa cun. Hujan pulak, so AJ memang dah mesej hotel kami tu siap-siap bagitau kami agak lewat untuk check-in.

Rupanya kami tak book kat Myeong-dong pun, kami book kat area Namdaemun. Nasib dekat je, so kami berjalan kaki dari Myeong-dong ke Namdaemun. Adalah dalam 15 ke 20 minit. Actually kalau nak naik subway pun boleh. Korang cuma perlu berhenti kat stesen Hoehyeon. Tapi tu nanti AJ cerita dalam entri lain pasal keseluruhan tempat penginapan tu ye. Sampai je bilik hotel di K-Pop Hotel Seoul Tower, check-in terus AJ tidur. Nak simpan tenaga kekdahnya. Esok dan hari seterusnya dah plan nak jalan sakan walaupun takde proper plan Hehehehehe.. Nak tau ke mana? kenelah tunggu entri AJ seterusnya!

P/s : Stay tuned okay! Entri-entri lepas ni berkoyan gambar! Hahahahahaha.


Baca Selanjutnya »

Hampir Tak Jadi ke Korea

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pagi ni AJ, Mr.JR dan Nan bertolak ke Korea. Alhamdulillah. Doakan perjalanan kami ke sana dipermudahkan. Sebenarnya kami hampir tak jadi ke Korea tau. Sebabnya? Meh AJ cite...


Plan nak ke Korea ni dibuat dari bulan April 2018. Mulanya, AJ just cakap rasa macam nak belajar bahasa Korea la... It was a normal conversation la kan. Tetibe Nan cakap kakak dia ajak gi Korea dengan kengkawan dia kat kampung ikut agen diorang kat sana. AJ terus cakap ngan Mr.JR nak pegi. So ON la trip Korea kami.

So disebabkan trip ni sume pakai agen, tetiap bulan kami bayar je la. Tak fikir la nak buat ape since semua dah diuruskan A to Z. Cumanya kami gi amik vaksin je la..

Sampailah hari Selasa, tetibe Nan dapat mesej cakap trip terpaksa dibatalkan pada tarikh sepatutnya pegi. Orang tengah salah tarikh katanya. Wallahualam. Puas berunding, agen cakap tak boleh teruskan dan kene tunda sampai bulan 8. What???? Bulan 8 summer kot, baik duduk KL je! So kami amik keputusan untuk refund je.

Stressnya rasa bila trip WINTER yang ditunggu-tunggu tak jadi, berapa hari je sebelum pegi.  Kalau bagitau 2-3 bulan sebelum, boleh diterima lagi la. Menung kami bertiga kat Nu Sentral. Last-last AJ cakap "nak tak kita gi sana gamble je?". Okay ON.

So malam tu pukul 12am lebih jugak kami book flight dan book bilik siap-siap guna duit sendiri wehhhh. Kaw-kaw lari bajet camni. Tapi takpe, janji trip berjalan. Sampai sana baru fikir apa nak buat, pegi mana dan naik ape semua. Nasib baik AJ ade sorang junior kat sane. So bolehlah minta bantuan if pape jadi kat sane. Gigih!

So ke KOREA la kite weehhhhh!!!! Alhamdulillah. Our long awaited trip is ON ON ON!

Baca Selanjutnya »

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask, Tidur Pun Cantik!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Seronok je rasa nak tidur sekarang. Sebabnya ada ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask, tidur pun cantik! Sejujurnya, AJ tak rajin bile dah pakai mask, lepas 20-30 minit kene gi cuci. Kalau pakai terus tidur, hari-hari AJ pakai. Jadi mask ni memang betul-betul menepati jiwa AJ.. Gittew!



Okay, ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask bukan mask yang biasa-biasa. Banyak yang menarik pasal mask ni. Antaranya boleh bentukkan muka kita. Ramai yang cakap AJ dah bulat kan? So inilah altenatif untuk muke AJ lebih V-Shape! Tapi takdelah kesan tu terus nampak overnight kan... Heheheheh...



Selain tu kan, mask ni boleh membantu menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan pada kulit, membuatkan wajah lebih terbentuk dan tegang serta anti-penuaan. AJ ni dah 30an kan, sel-sel kulit AJ pun dah tak macam dulu. Walaupun nampak masih muda remaja, tahap keanjalan kulit berkurangan tu tetap ada, jadinya ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask memang terbaik untuk kulit AJ!

Masa mula-mula dapat produk ni kan, AJ tertarik sangat dengan packaging dia. Terletak elok je dalam bekas kristal. Unik! Teksturnya pula, halus dan lembab. Baunya pun sangat mild, takde la rasa mencucuk hidung.




Cara nak pakai senang je, korang boleh pakai dulu produk yang biasa digunakan, lepas tu sapu rata ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask. Ataupun korang boleh gantikan je mask ni sebagai pelembab malam korang. Tapi guna amaun yang mencukupi je tau! AJ ni masa memula pakai terambik banyak macam sapu mask peel-off tu, rupanya calit sikit pun dah cukup! Hahahahhahaha.



Pastu kan, nak tau apa yang best? Boleh digunakan setiap malam tau! Pagi bile bangun tidur tu rasa lembut dan lebih berkelembapan je kulit ni.



So korang pun mesti nak try jugak kan? Korang boleh dapatkan di Watson's yang berhampiran.

Harganya pula RM 199 untuk 30ml. Tapi tahan lama tau! AJ dah pakai dalam 2-3 minggu. Ada banyak lagi.

Nak dapatkan secara online pun boleh! Pegi je kat Watson's Online.

Sekarang ni kan Watson's tengah buat sale kan? Inilah masanya korang nak dapatkan produk ni pada harga promosi! Lagipun Chinese New Year pun tak lama lagi. Bolehlah belikan kat mak ke, kakak ke sebagai hadiah selain angpow... Heheheheh..

Nah tengok ek sebelum dan selepas punya kesan. Takdelah banyak beza, tapi nampaklah terbentuk sikit muka AJ tu... Hehehehe!


So okaylah, AJ nak tidur dulu! Sebab setiap pagi bile bangun je rasa cantik! Eh! 😍

Baca Selanjutnya »

Ekspo Halal Malaysia 2019, Peluang Keemasan Untuk Usahawan Produk Halal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mesti ramai dah tau mengenai Ekspo Halal Malaysia 2019 (MHE2019) yang bakal berlangsung pada 24 sehingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) yang AJ dah ceritakan dalam entri sebelum ni kan?



Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun nanti, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia bakal membuka peluang untuk para usahawan produk halal. Jadi inilah peluang keemasan untuk usahawan produk halal mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan untuk diketengahkan selaras dengan tema ekspo iaitu "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020"


Majlis Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019

Pada 8 Januari 2019 yang lalu juga, Majlis Pra pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Majlis ini diadakan bagi mengumumkan memorandum kerjasama (MoC) yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Jepun dalam memastikan industri halal Malaysia dapat menembusi pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik nanti.



Ekspo Halal ini menyasarkan seramai lebih 10,000 orang pengunjung dengan penglibatan 320 booth pameran oleh usahawan dari enam (6) kluster iaitu :
  • Makanan dan Minuman (F&B)
  • Bahan Ramuan
  • Bioteknologi
  • Kosmetik
  • Penjagaan Kesihatan
  • Farmaseutikal serta Logistik
Program Menarik Sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019

Sepanjang ekspo itu nanti, banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung iaitu beberapa sesi perkongsian ilmu (knowledge sharing) seperti Pocket Talk (3 sesi), Forum (2 sesi) dan  Singgah Santai Selebriti (2 sesi) yang menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Program ini juga melibatkan pelbagai agensi-agensi seperti SME Bank Berhad, EXIM Bank, JAKIM, Matrade dan banyak lagi.

Kat bawah ni AJ lampirkan jadual 3 sesi Pocket Talk yang akan berlangsung nanti.






Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award juga akan diberikan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal.

Selain tu terdapat lebih daripada 300 sesi padanan perniagaan dengan sekurang-kurangnya 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari kedua-dua negara menyasarkan potensi jualan sebanyak RM50 juta! Rugi tau kalau tak rebut peluang semasa Ekspo Halal Malaysia 2019 ni, bukan senang nak dapat peluang macam ni lagi.



Jangan lupa datang ke Ekspo Halal Malaysia 2019 tau! Ianya dibuka kepada trade visitor dan umum pada 24 sehingga 26 Januari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Ekspo Halal Malaysia 2019 :
http://www.halal-expo.my


Baca Selanjutnya »