Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Annyeonghaseyo Angels!!! Okay arini AJ nak share sikit dengan korang pasal Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers. Beberapa bulan lepas kan AJ ade share kat IG pasal Althea Angels punya welcome gift yang ada 2 jenis produk Real Fresh Skin Detoxer iaitu Rose dan Green Tea.


Produk ni bukan AJ je yang suka, artis K-Pop Jeonghwa dari Kumpulan EXID pun suka. Tak percaya? Tengok video kat bawah ni!



So bersempena kolaborasi Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers, meh AJ story mory lebih lanjut pasal produk ni kat korang.

Apa yang best produk ni? Untuk orang yang terlebih "rajin" macam AJ, Real Fresh Detoxer ni wajib ada... Sebab ianya 2 dalam 1 tau. Masker dan pencuci muka. Selalu kalau pakai masker kene tunggu 15 ke 20 minit. Dengan Real Fresh Detoxer, 10 saat je dah cukup tau, pastu terus boleh cuci muka. Lepas tu boleh guna hari-hari pulak tu...

Real Fresh Skin Detoxer - Rose

Gunakan pada waktu pagi, bau bunga mawar tu buat pagi AJ rase lebih segar.



Bahan utama yang terdapat dalam produk ni adalah : 

Kelopak bunga ros segar - Lembut pada kulit dan memberikan aroma segar, ringan dan menyenangkan.

Ekstrak Rose - Menenangkam kulit rengsa dengan lebih mendalam, menghaluskan kulit dan memperbaiki tekstur kulit.

Glycerin - Memberikan kelembapan pada kulit,  serta mencegah dehidrasi.


Bahan aktif lain :

Water, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoamphodiacetate, Potassium Cocoyl Glycinate, Acrylates Copolymer, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Glycerin, Pentylene Glycol, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Pteris Multifida Extract, Cynara Scolymus (Artichoke) Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Amaranthus Caudatus Seed Extract, Rosa Centifolia Flower Water, Hydrogenated Lecithin, Rosa Gallica Flower Powder, Methylpropanediol, Butylene Glycol, Polyquaternium-51, Beta-Glucan, Betaine, Fragrance, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol

Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea

Gunakan pada waktu malam, bau green tea tu sangat menyenangkan tau!


Bahan utama yang terdapat dalam produk ni adalah : 

Daun teh hijau asli - Merawat kulit dan memberikan wangian yang menyegarkan.

Ekstrak teh hijau - Mengandungi vitamin C dan asid amino untuk membersihkan dan menganjalkan kulit.

Glycerin - Memberi kelembapan pada kulit, serta mencegah dehidrasi.



Bahan aktif lain :

Water, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoamphodiacetate, Potassium Cocoyl , Acrylates Copolymer, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Glycerin, Pentylene Glycol, Piper Methysticum Leaf/Root/Stem Extract, Melia Azadirachta Leaf Extract, Phellodendron Amurense Bark Extract, Melia Azadirachta Flower Extract, Coccinia Indica Fruit Extract, Solanum Melongena (Eggplant) Fruit Extract, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Pteris Multifida Extract, Cynara Scolymus (Artichoke) Leaf Extract, Aloe Barbadensis Flower Extract, Ocimum Sanctum Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Amaranthus Caudatus Seed Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Corallina Officinalis Extract, Hydrogenated Lecithin, Camellia Sinensis Leaf Powder, Methylpropanediol, Butylene Glycol, Polyquaternium-51, Beta-Glucan, Betaine, Fragrance, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol

Cara nak guna pun mudah je.

Ratakan Real Fresh Skin Detoxer pada kulit yang kering dan biarkan selama 10 saat. Kemudian ambil air, urutkan perlahan pada kulit muka dan bilas. Dah siap! Senang kan?





Love sangat dengan Real Fresh Skin Detoxers ni! Dah payah nak buat 10 skin routine. 2 jenis produk ni dah cukup....

Nak dapatkan produk ni boleh layari : https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set.

Semestinya dari Althea Korea!

P/s : Banyak lagi beauty product yang AJ nak share... Tunggu tau!


Baca Selanjutnya »

The Westin Miyako Kyoto, Hotel Termewah di Kyoto

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hari terakhir di Jepun, geng Kembara KBBA9 ke Kyoto. Disini kami menginap di The Westin Miyako Kyoto, hotel termewah di Kyoto. Salah 1 hotel yang juga menjadi tumpuan VVIP antaranya Sultan dan Tengku Ampuan Besar Terengganu pada tahun 1971 dan juga Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah pada tahun 1991.




The Westin Miyako Kyoto sekarang ni sedang menjalankan renovasi dan mereka bentuk baru bagi menjadikan hotel ni paling terkemuka di Kyoto menjelang tahun 2020. 

Bilik penginapan

Kami bertuah sebab dapat duduk di bilik yang baru je direka bentuk tau. Semuanya serba baru. Sangat selesa dan luas. Dari bilik kami boleh nampak kawasan sekitar seperti Nanzenji Temple dan juga zoo. Seperti hotel-hotel lain bawah rangkaian Miyako Hotels, disini juga menyediakan kelengkapan untuk guest Muslim. Bilik mandi pun luas dan ade bathtub! Yang buat lagi jakun kan, tandas dia automatik terbuka kalau kite ada dalam tu. Hihiihihi.







Walaupun kat Jepun, Cosmoderm tetap tak tinggal. Kembara halal KBBA9 mestilah bawak travel companion halal juga. Hehehhee.

Disini pelbagai kelengkapan dan fasiliti disediakan untuk para pengunjung termasuklah gym, kolam renang (indoor/outdoor), jakuzi dan paling menarik premium lounge di tingkat 9 yang membolehkan kita tengok pemandangan yang lebih luas dari atas.






Bagi mereka yang nak buat majlis perkahwinan pula, kat sini menyediakan dewan bankuet dengan design menarik yang di dalamnya terdapat Aoiden Garden. Masa kami dibawa melihat sekitar hotel, hujan pulak makanya tak dapatlah berjalan dalam taman.






Selain tu, terdapat juga Chinese Restaurant dan juga sebuah tempat khas untuk "tea ceremony"


AJ juga berpeluang melihat sendiri bilik yang kedua termahal iaitu Higashiyama Suite Room berharga RM18,000. Staff hotel kata, bilik ni penah diduduki oleh Tom Cruise.



Sajian makanan

Misi utama geng Kembara KBBA9 ni nak war-warkan pasal hotel yang menyediakan makanan halal di Jepun. Jadi, The Westin Miyako Kyoto merupakan salah satu hotel yang menitik beratkan halal untuk guest Muslim. Kafe disini sangat teliti, setiap makanan diletakkan label bahan. Jadi takdelah kita yang Muslim ni terambil makanan lain dan bagus untuk mereka yang ada alahan makanan.


Sepanjang menjamu selera di Aquablu, kami diiringi oleh Chef Murat yang berasal dari Turki. Chef Murat ni dah lama berkhidmat disini tau dan beliau banyak membantu kami menerangkan status halal makanan yang dihidangkan. Kat sini pun kami makan menggunakan pinggan dan cawan kertas.









Untuk sarapan pagi pula, terdapat halal corner yang tak bercampur dengan makanan lain. Cara penyediaan makanan pun menggunakan dapur yang berasingan dan perkakas juga telah dilabel dengan perkataan halal. 






Paling best, chef sendiri buatkan omelete untuk kami. AJ siap request extra cheese lagi! Hahahahaha.




Terima Chef Murat atas layanan sepanjang di Aquablu.

Pengangkutan awam dan kawasan sekitar

Kalau nak menginap di The Westin Miyako Kyoto, korang boleh menaiki bas perantara yang disediakan di stesen Kyoto. Jika nak naik tren, korang boleh berhenti di stesen Kaege yang terletak bersebelahan hotel.


Kat Kyoto ni banyak tempat yang boleh korang singgah antaranya Kaege Incline, landasan keretapi lama dan Nejimanpo (Spiral Brick Tunnel) yang ada di sebelah hotel.


Lepas tu korang boleh ke Nanzenji Temple. 10 minit je berjalan dari hotel. Pemandangan kat sini cantik sangat. Nak pulak hari terakhir tu kan, daun-daun dah start merah. Bentuk temple kayu yang unik pun menarik perhatian AJ sepanjang berada kat Nanzenji ni tau!






Selain tu, korang boleh ke Fushimi Inari yang terletak lebih kurang 30 minit dari hotel menaiki teksi ataupun tren. Kat sini menariknya terdapat banyak pintu gerbang berwarna oren dari bawah sampailah ke puncak Mt. Inari. Fushimi Inari ni salah satu kawasan temple. Yang AJ boleh tengok ramai yang berhajat datang kat sini dengan menggantung gerbang oren mini sebagai simbolik. Macam kita, berdoalah tapi dengan cara mereka sendiri.




Sebelah malam pulak, boleh ke Kyoto Tower. Cuma 2 stesen je dari Kaege. Kami sempatlah singgah di Kyoto-Yodobashi Mall disebelah Kyoto Tower tu cari jam. Kalau sesiapa yang nak tengok sekitar Kyoto dengan lebih jelas, bolehlah naik ke atas Kyoto Tower ni. Tapi diorang masa matahari nak terbenam lagi cantik.



Selain tu boleh ke Arashiyama Bamboo Groove , Nijo Castle ataupun Nishiki Market kalau berkesempatan. Kami tak sempat singgah. Sob sob sob. Tapi takpe, banyak sangat tempat yang kami dapat pegi sepanjang berada di Jepun.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Miyako Hotels Group untuk penginapan yang superb selesa. Tak lupa juga kepada J-Horizons fan Cosmoderm. Dan tak lupa kepada Seino-san yang banyak bantu kami sepanjang trip. Semoga berjumpa lagi! 😍



P/s : Jepun! AJ pasti kembali.....


Baca Selanjutnya »