Shima Kanko Hotel, Percutian Mewah di Kashikojima, Jepun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau korang impikan percutian mewah di Jepun, apa kata korang menginap di Shima Kanko Hotel yang terletak di Kashikojima. Hotel mewah ni terletak di Ago Bay dan biasa diinap oleh VVIP. Tahun 2016 perhimpunan G7 Ise-Shima Summit telah diadakan disini dan dihadiri oleh beberapa orang kenamaan seperti  Shinzo Abe, perdana menteri Jepum sendiri, Barack Obama President US, Justin Trudeau Perdana Menteri Canada dan ramai lagi.



Terdapat 2 buah hotel iaitu Shima Kanko Hotel The Classic dan juga Shima Kanko Hotel Bay Suites yang terletak bersebelahan. Kami menginap di The Classic, memang best! Paling menarik pemandangan dari dalam bilik menghadap teluk dan jauh dari kesibukan kota.




Bilik penginapan

Bilik yang geng Kembara KBBA9 huni kali ni juga sangat mesra Muslim. Menyediakan sejadah dan kompas kiblat.




Katil dan bantal sangat selesa. Lepas perjalanan yang jauh tu kan, letak kepala terus hanyut je dibuai mimpi. Hehehehe. Bilik mandi juga dilengkapi dengan toiletries dan bathtub! Memang lagi lama la AJ duduk dalam bilik air tu.

Disini terdapat pelbagai kemudahan antaranya kolam renang yang terletak diluar bangunan berkonsepkan dalam taman, ada onsen macam jakuzi air panas tu la dan juga menara tinjau di tingkat 6 untuk tengok pemandangan semasa matahari terbenam. Pukul 9 pagi, setiap hari guest hotel akan dibawa melawat sekitar bangunan, melihat sendiri struktur asal Shima Kanko Hotel dan juga G7 Ise-Shima Summit Gallery.





Sajian Makanan

Malam pertama di Shima Kanko Hotel kami dihidangkan dengan hidangan Fine Dining di french Restaurant, La Mer The Classic. Hidangan makan malam ni berasaskan seafood. Bab halal pun AJ tak ragu-ragu sebab bila dimaklumkan kami Muslim je terus mereka tukar set pinggan mangkuk dan alihkan cawan wine dari meja. Kat Jepun, AJ memang respek dengan diorang punya sensitiviti mengenai Muslim.











Sarapan pagi juga dihidangkan di La Mer. Terdapat 2 jenis sarapan yang boleh korang pilih iaitu Japanese Breakfast dan Western Buffet. Dah kata pegi Jepun, mestilah AJ pilih Japanese Breakfast. Hidangan ni memang sangat mengenyangkan dan staff yang bertugas pun alert pasal status kami sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah.




Malam kedua pulak, kami dihidangkan dengan Japanese Dinner di Hamayu Restaurant, Bay Suites. Kat sini staff dia berpakaian kimono, nampak klasik sangat. Nama menu yang kami jamah pun semua dalam tulisan Jepun. Hehehehe. Yang pastinya, halal! Kat sini memang mewah sugguh hidangannya, lepas 1, 1 diorang keluarkan lengkap dengan pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut. 











Pengangkutan awam dan kawasan sekitar

Kalau menginap di Shima Kanko Hotel, kite kene naik keretapi. Dari stesen Osaka Namba, kami naik Kintetsu Limited Express ke Kashikojima yang memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan menarik tau. Dari bandar ke kawasan perkampungan boleh tengok.



Kalau menginap di sini korang boleh pegi ke beberapa kawasan tarikan antaranya ke Okage Yokocho dan Ise-Jingu Naiku. 2 tempat ni terletak di kawasan yang sama. So dalam masa 1 hari boleh habis.

Okage Yokocho ni macam sebuah perkampungan, banyak makanan dan cenderamata boleh didapati disini. Tapi harga dia agak tinggi jugaklah. Tapi mutiara murah! Sebab Ise-shima memang terkenal dengan pengeluaran mutiara Mikimoto. Tau kan, ade crown Mikimoto dalam pertandingan Miss Universe? Haaa, dari Jepun la!



Ise-Jingu Naiku pulak sebuah hutan yang dijaga rapi dan tempat beribadat. Kat sini ada beberapa temple. Kalau korang pegi certain time, bolehlah tengok persembahan drum. 




Nak kesini korang kene naik keretapi tempatan ke Isuzugawa dan naik bas ke Naiku. Dalam 45 minit perjalanan dari Kashikojima.

Selain tu korang boleh ke Shima Marineland. Kat sini ada beberapa buah akuarium yang ada banyak spesis ikan laut. Paling besar berukuran 150 meter. Besar kan? Korang juga boleh tengok pertunjukan bagi ikan makan. Teruja AJ tengok tau! Ngeri pun ye bile tengok ikan besar-besar tu serbu si pemberi makan. Penguin pun ada kat luar tu. Happy je AJ tengok diorang berenang-renang.




Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh korang pegi kat Ise-shima ni. Tapi masa tak mengizinkan kami jelajah semua tempat sebb kami nak jelajah Kyoto pulak. Insyaallah kalau ada rezeki kami jejak lagi Shima Kanko Hotel.

Terima kasih Miyako Hotels Group dan J-Horizons, tak ternilai rasanya pengalaman ni.

P/s : AJ suka laut, tapi pegi time autumn. Mau beku kalau mandi laut! Hehehehe.


Baca Selanjutnya »

Sheraton Miyako Hotel Osaka, Hotel Mesra Muslim

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari pertama kat Osaka, geng Kembara KBBA9 menginap di Sheraton Miyako Hotel Osaka. Terletak berhampiran stesen Kintetsu Osaka-Uehommachi. Turun je kat stesen tu, terus sampai hotel. Mudah sangat! Lokasi pun strategik, dekat dengan pusat bandar. Kami pulak sampai dah lewat malam so takde la rasa hilang arah nak mencari arah ke hotel dari Kansai Airport tu.



Jepun ni bukanlah sebuah negara Islam, so AJ tak jangka yang hotel ni menyediakan kemudahan bagi mereka yang beragama Islam. Tapi jangkaan AJ meleset. Sheraton Miyako Hotel Osaka merupakan salah satu hotel Mesra Muslim.

Bilik Penginapan

Masuk je bilik selain dari katil dan bantal empuk memanggil-manggil tu, bende pertama yang AJ perasan ada sejadah, terjemahan Al-Quran dan juga kompas kiblat. Rupanya, barang-barang asas ni disediakan jika bilik ditempah oleh mereka yang beragama Islam. Alhamdulillah, bangga AJ dengan usaha diorang tu tau.

Bilik kami pulak berada di tingkat 17 dan menghadap bandar. Seronok tengok dari atas tu. Rasa saujana mat memandang. Gitteewww! 😁
Korang tengok sendiri la, bilik penginapan kami. Best ke idokkk? Haaaa..





Sajian Makanan

Dari segi makanan pulak, AJ tak rasa risau dan was-was. Mereka ada menyediakan halal corner untuk sarapan pagi. Bab makan ni jangan dibuat main, jadi darah daging tau. AJ pulak kalau travel memang tak bawak sangat makanan. AJ suka cuba makanan kat tempat tu sendiri. Hihihihi. Kami dimaklumkan daput penyediaan makanan halal ni memang tak bercampur sama sekali dengan dapur lain. Pihak Sheraton Miyako Hotel Osaka juga telah mendapat pengiktirafan halal Kyoto Council for Sharia and Halal Affairs, Japan. Nak lagi meyakinkan, kami pakai pinggan dan cawan kertas je.




Kat sini staff mereka sangat alert. Kalau kata kita tersalah masuk seksyen makanan, terus mereka datang tegur dan bagitau makanan tu, tak boleh dimakan.

Makan malam pulak, kami dihidangkan dengan Halal bento di Restoran Jepun Uemachi yang terletak di tingkat 3. Ada 2 jenis halal bento yang disediakan iaitu set "IRODORI"  yang berharga 5,000yen dan set "MIYABI" yang dihidangkan untuk kami pula berharga 8,000yen.



Kalau nak makan set halal bento ni, korang kene menempah sekurang-kurangnya 3 hari awal. Sebabnya mereka perlu mendapatkan bahan makanan halal. Nak masak pun, makan masa sebab dapur makanan halal terletak di tingkat 2. Kalau bagi short notice memang tak dapatlah kan.

Set halal bento ni nampak je simple tapi kenyang sampai menyandar la. Hahaaha. Puas hati makan, sampai rasa tak larat la nak menghabiskan. Alhamdulillah sedap sangat.

Pengangkutan awam dan kawasan sekitar

Selain daripada tren, korang boleh naik airport limusine ataupun bas dari Kansai Airport ke Sheraton Miyako Hotel Osaka. Lebih kurang 45minit perjalanan.

Berdekatan dengan hotel pulak korang boleh ke macam-macam tempat tarikan. Antara yang sempat kami singgah ialah Osaka Castle dan juga Dotonburi.






Selain tu korang boleh ke Abeno Harukas iaitu Kintetsu Mall yang terbaru dilengkapi dengan menara tinjau terletak di tingkat 60. Kat sini korang boleh tengok seluruh Osaka City. Waktu yang disarankan untuk naik masa matahari terbenam. Memang cantik! Tapi AJ tak sempat pegi. Sedihnyaaaa.....



Banyak lagi tempat menarik yang boleh korang kunjungi di Osaka tau! Rasanya 2 hari tu tak cukup masa AJ nak menjelajah. Nanti AJ nak datang lagi! Seronok sangat...

Okaylah, nanti AJ nak story lagi pasal trip kami. Stay tuned!

P/s : Rindu udara Jepun.. 😁

Baca Selanjutnya »

Cosmoderm, Wajib Ada!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila travel, jauh atau dekat Cosmoderm memang wajib ada! Nak pulak bila keluar negara yang bukan Islam. Kenapa? 1 je sebab dia HALAL! Kita ni nak pakai apa pun kene tengok jugak kandungan produk tu. Samalah macam makan. Mesti halal kan?



Cosmoderm dah lama bertapak kat Malaysia dari tahun 2001 lagi dan merupakan salah 1 pelopor produk penjagaan kulit wajah dan badan yang diyakini halal dan telah mendapat pengiktirafan.

Masa pegi Jepun aritu pun, AJ bawak Cosmoderm travel pack. Dalam tu ade Vitamin E Cream 3,000iu, Tea Trea Oil Shower Gel dan Tea Tree Oil Magic Body Lotion.



Selain tu AJ bawak Deep Heat Lotion jugak! Deep heat lotion ni memang sangat-sangat membantu. Nak pulak kat Jepun, AJ banyak berjalan. Sape kenal AJ mesti tau, AJ dan kasut tinggi tak dapat dipisahkan. Tapi lepas berjalan tu, tau la nasib kau! Hahahahaha. Malam sebelum tidur tu, sapu deep heat.. Fuhhh! Lega....


Dan cerita paling sedih, deep heat lotion tertinggal kat Jepun! 😅Kene beli baru la jawabnya, nasib Cosmoderm dah restock balik produk ni tau!

Mesti ada yang cakap, selalu kalau travel, mesti hotel sediakan toiletries kan? Kenapa tak guna? AJ ni nampak je lasak, tapi kulit tak selasak AJ. My skin is very-very sensitive. AJ tak boleh simply guna produk lain sebab kulit AJ boleh jadi sangat kering! Disebabkan Cosmoderm ni memang AJ dah lama pakai, so AJ memang tak ragu-ragu dengan kandungan dia. Bebas paraben, SLS dan SLES. Alhamdulillah, produk-produk Cosmoderm mesra dengan kulit AJ.


Ni kat Ise-Jingu Naiku aritu, tak tau AJ kene gigit dengan apa, terus naik bintat merah. Nasib travel pack memang ade je dalam beg. Sapu la Tea Tree Oil Magic Body Lotion, tak lama lepas tu ilang gatal dia. Merah dan bintat pun kurang.


Antara ketiga-tiga produk dalam travel pack tu, mana yang paling AJ suka? Semua suka! Tapi paling suka shower cream. Buih dia banyak gile! Rasa bersih je mandi. Nak pulak, kat Jepun sume hotel geng Kembara KBBA9 duduk tu ada bathtub, meriah la AJ punya mandian... Opsss! Hahahahaa...



Okaylah korang, kalau ade plan nak travel memane sepanjang cuti sekolah nanti, jangan lupa dapatkan produk Cosmoderm.


Boleh didapati secara online di http://www.cosmoderm.com.my/ ataupun dapatkan dari farmasi berhampiran. Ingat Halal, Ingat Cosmoderm.

P/s : Terima kasih Cosmoderm!

Baca Selanjutnya »

Kintetsu Rail Pass Memudahkan Perjalanan Sepanjang di Jepun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Rindunya suasana kat Jepun, tak puas rasa seminggu kat sana. Huhuhuhuhu. Rasanya, kat sana semua teratur termasuklah kenderaan awam macam keretapi, bas dan sebagainya.

Sebagai pelancong, mesti banyak nak berjalan kesana sini kan? Tapi kalau korang nak beratur beli tiket setiap kali nak gunakan kenderaan awam, susah jugakkan? 

Bila kat sana kan, kita wajib ada pass perjalanan! Terus terang AJ cakap kos kat sana tinggi dibandingkan dengan duit kita. So kami pilih Kintetsu Rail Pass bagi memudahkan perjalanan sepanjang kat Jepun.



Yelah kat sana J-Horizons (M) Sdn Bhd, bagi kami trip ala-ala backpackers. Free and easy sesuai untuk mereka yang tak nak terikat dengan masa sangat. Tapi nak pilih ada orang yang guide pun okay, ikut kesesuaian masing-masing. 

Berbalik pasal Kintetsu Rail Pass, kat Jepun kenderaan awam memang kenderaan utama yang digunakan oleh rakyat Jepun. Kereta pun tak banyak sangat AJ rasa. Jalan sikit pun tak jem. Sebagai orang luar, chances untuk sesat tinggi woo. Line railway dia banyak sangat! Silap naik ke lain peginya. Hehehehe.



Kintetsu Rail Pass ada beberapa jenis, korang boleh pilih pass untuk 1 ke 5 hari bergantung kepada hari korang melancong. Dengan pass ni korang boleh naik semua Kintetsu Railway line tanpa batas ke Osaka, Nara, Kyoto, Ise-Shima dan Nagoya.



Tren pulak korang boleh naik regular train termasuk Rapid Express, Express, Semi Express dan tren tempatan. Dan korang boleh menaiki Limited Express train tapi korang kene tambah sikit duit tambang sebab tempat duduk dalam tu bernombor (reserved seat) dan ada pelbagai kemudahan seperti kafe, tandas dan loker untuk bagasi. Bilik solek pun ade tau!





AJ berpeluang merasa naik kesemua jenis tren. Best sangat! Dan yang paling best ialah Limited Express train dari Osaka ke Kashikojima dan Premium Train Shimakaze dari Kashikojima ke Kyoto. Walaupun kami naik tren 2 jam setengah setiap 1 perjalanan. Tak terasa ape pun. Kalau tren biasa-biasa pun dah selesa. Yang ni apatah lagi!




Istimewanya kedua-dua tren ni ialah kite ada tempat duduk sendiri. Lepas tu macam AJ cakap kemudahan yang ada dalam tren tu la dan tren lebih selesa serta luas. Jangan tak tau, tren Shimakaze siap ade kerusi urut tau kat semua seat. Hilang lenguh-lenguh sendi dalam perjalanan ke Kyoto tu.

Naik Shimakaze tak perlu transit kat mana-mana stesen pun, perkhidmatan tren ni terus je dari Kashikojima sampailah ke Kyoto.

Cara membeli Kintetsu Rail Pass

Cara nak dapatkan Kintetsu Rail pass ni mudah je. AJ sarankan korang beli sebelum sampai di Jepun sebab harga yang ditawarkan murah sikit berbanding beli kat Jepun. Nanti sampai sana tinggal nak amik pass je. Senang kan?

Layari : https://www.ticket.kintetsu.co.jp/vs/en/e-ticket/ untuk menempah tiket KintetsubRailwayy Pass korang ataupun untuk sebarang maklumat lanjut.

P/s : Nak plan gi Jepun lagi tahun depan. Hehehee.





Baca Selanjutnya »

Jom Ke Lombok dengan Traveloka!

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru balik dari Jepun, dah sebok nak plan trip ke tempat lain kan AJ ni? Sebenarnya lama dah AJ ni berangan nak ke Lombok... Bila tengok kawan-kawan post gambar kat Gili Trawangan tu, AJ pun rase diawan-awangan je dah sampai sane. Hehehe.. Teruk nau berangannya.


AJ ade suarakan hasrat nak ke Lombok ni kat Mr.JR tapi keadaan kewangan masa tu pulak terbatas. So tertangguhlah plan cuti ke Lombok AJ tu. Baru ni kan, AJ ade tengok Traveloka tau. Belek punya belek nampak pulak pasal Lombok tour packages ni... Eh? Macam seronok je.. AJ rasa ni la peluang yang ditunggu-tunggu!

Okay cerita pasal Traveloka ni, AJ memang selalu sangat buat booking dengan diorang.  Tak kire la dalam website ataupun aplikasi mudah alih, Traveloka tetap jadi pilihan AJ. Nak tau sebab apa? Sebab AJ yakin 100 peratus ianya selamat bila buat apa-apa booking dan transaksi. Samada bercuti di dalam atau luar negara, tempahan yang kite buat memang dah secure untuk kita.

Sekarang ni AJ nampak ada pakej kombo flight + hotel , harga pakej yang ditawarkan pun AJ rasa berbaloi. Senang keje la cite dia, kalau tak kite nak kene tengok tarikh dan tiket flight, lepas tu nak cari tempat untuk kite stay lagi, dah jadi banyak keje. Katakan tarikh yang kita nak tu takde flight, dah kene buat plan lain. Nak plan trip tu bukan mudah! AJ ni pulak kalau boleh semua nak shortcut. So pakej kombo ni memang sesuai sangat dan pilihan terbaik.



Makanya, AJ pun selak kalendar sambil bukak aplikasi Traveloka. AJ rasa macam bulan April 2019 nak ke Lombok tu. Sambil-sambil tu AJ buat carian pakej Lombok.

Jom AJ bawak korang teroka aplikasi ni. Cara nak guna memang senang. Apps ni user friendly. Carian pun meluas, lepas tu paling best boleh cari ikut bajet korang. Takdelah isu terlebih bajet dan terkurang duit shopping! Hahahahahaha.

Oh ya, sebelum tu kan pakej kombo ni boleh didapati melalui website dan android je tau. Kalau korang pakai IOS, coming soon baru ade feature ni.

Okay first skali kenelah muat turun apps Traveloka dari android play store, yang IOS guna website tau. Dah bukak tu pilihlah pakej kombo kat tengah tu dan masukkan butiran tempat yang kite nak pegi. AJ mestilah pilih Lombok kan! Tempat idaman tu... Hehehehhe.

Jom AJ bawak korang cara nak buat tempahan dengan Traveloka. Ini cuba-cuba je dulu. Hehehhee.

1. Dah tau destinasi masukkan tarikh trip dan tempoh percutian idaman korang.



2. Pilih kombinasi flight + hotel yang ditawarkan mengikut bajet.




3. Semak butiran flight + hotel. Sekiranya berpuas hati boleh proceed untuk booking.




5. Masukkan butiran penumpang untuk urusan pembelian tiket penerbangan. Kat sini pastikan semua butiran tepat supaya tiada masalah mas nak travel nanti. Lagi 1 pastikan passport korang masih valid lebih daripada 6 bulan semasa trip tu.



6. Buat pembayaran la! Lepas semuanya selesai, e-tiket dan baucer akan dihantar kepada alamat emel yang berdaftar dengan Traveloka.




Senang je kan? Dah selesai semua barulah rasa gembira nak buat itirenary masa kat sana nanti. Sekarang ni AJ nak pegi jenguk-jenguk gambar kawan AJ kat Lombok tu. Nak tanya mana dia pegi, tempat makan mana yang best, kat mana nak cari cenderamata dengan harga berpatutan semua. Bila dah tau, barulah jimat hebat!

Rahsia dia? Amik je pakej kombo flight + hotel Traveloka. Bijak tak AJ? Hehehehhee...

Okay jom AJ bawak korang tengok Lombok pulak, mana tau kot lepas baca entri ni korang pun mengidam nak ke sana.


Pulau Gili (Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air)


Pulau Gili merupakan gugusan 3 buah pulau yang dikatakn cantik dan terletak di bahagian barat laut Lombok. 3 buah pulau ini adalah Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Antara 3 buah pulau ini, Gili Trawangan adalah pulau yang paling popular dikalangan pelancong. Sebab tengok gambar Gili Trawangan la AJ tertarik nak kesana tau!

Rinjani Lodge



Bila tengok gambar kolam infiniti je AJ dah eksited. Pemandangan dia tu, perghhhh menarik! Rasanya tak terucap dengan kata-kata. Dari Rinjni Lodge boleh tengok pemandangan semulajadi pergunungan dan hamparan hutan hijau. Sejuk mata memandang. Kalau ada masa dan cukup stamina, korang boleh cuba memdaki Gunung Rinjani jugak!

Gua Bangkang



Bagi mereka yang sukakan cabaran, boleh ke Gua Bangkang. Kata orang, masuk dalam gua ni dah rasa macam filem Hollywood. Kot ada yang fefeeling nak jadi Indiana Jones, sesuai sangat kesini. Barulah adventure kan!

Gua Bangkang juga dikenali sebagai Goa Gale-Gale, korang boleh tengok ribuan ekor kelawar mengepakkan sayap masa matahari mula terbenam. Jangan lupa untuk bawak topi atau payung. Kalau tak, korang tau la ape akan jadi kan? Hehehehehe.

Air Panas Aik Kalak



Air Panas Aik Kalak ini terletak berdekatan kawasan perkhemahan Gunung Rinjani. Laluan nak masuk pun katanya mencabar. So kalau sesiapa yang nak mendaki gunung tu boleh la ke tempat air panas ni. Katanya dapat menyembuhkan seribu satu macam penyakit. Nak tajamkan penglihatan pun boleh. Tapi wallahualam, nak tau kene cuba sendiri.

Nota : Gambar hasil carian google.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Lombok ni. Tak sabar pulak AJ nak teroka kawasan sekitarnya. So sape nak join? Jom Ke Lombok dengan Traveloka!

P/s : LOMBOK aku datang!

Baca Selanjutnya »