Buffet Ramadhan 2018 | Sama-Sama Hotel, KLIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Fuhh! Sakan seorang AJ menjejak Buffet Ramadhan tahun 2018 ni kan? Kali ni nak bawak korang jauh sikit je dari KL iaitu di Sama-Sama Hotel yang terletak di KLIA. Gigih AJ merempit gi sana tau demi pembaca kesayangan blog AJ ni. Sebelum tu terima kasih pihak Tourism Selangor dan juga Sama-Sama Hotel, KLIA atas jemputan.

Kalau korang jenis yang tak suka bersesak, Sama-Sama Hotel, KLIA memang lokasi yang paling sesuai untuk kaki makan ni tau sebabnya mereka menawarkan promosi buffet Ramadhan di ruang legar hotel. Luas dan selesa serta dikelilingi gerai ala bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.



Berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, juadah yang disajikan bukan sahaja dari Malaysia, malahan juga hidangan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Okay kat sini memang banyak gila juadah yang disediakan oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Ditambah pula dengan iringan irama tradisional Ghasal dari kumpulan Suara-Suara Otai, lagilah terasa mood Nusantara tu.



Bermula 18 Mei ini, para pengunjung boleh menikmati sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.

Okay, tak nak cerita panjang lebar, jom AJ bawak korang tengok sendiri antara juadah berbuka puasa yang terdapat disini. Untuk permulaan berbuka mestilah jamah kurma kan. Kat sini pelbagai jenis kurma ada iaitu Ajwa, Mariami, Mabroom dan Safawi.

Macam AJ cite tadi, kat sini ada 2 tempat yang boleh korang duduk, 1 dekat ruang legar di dalam hotel dan 1 lagi ruang legar di ruangan luar. Kalau kat luar tu memang best sebab stall makanan kat luar tu lagi meriah! Macam kat paar malam je rasa. Variasi makanan? Tak payah cerita, banyak gila! Paling best... Ada stall durian lagi. Kopek dan makan kat situ jugak. Tapi kalau nak merasa makan durian tu kena cepat beratur. Kalau tak korang tengok kulit durian je la!




Lepas tu acam biasalah, pencuci mulut pun banyak pilihan termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi.




Harga Buffet Ramadhan 2018 | Sama-Sama Hotel, KLIA

Promosi buffet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6 petang sehingga 10 malam. Berharga RM135 pada hari biasa dan RM99 pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih erat bersama ahli keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan. 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan Sama-Sama Hotel KLIA yang tertera kat bawah ni :

Telefon : +603 8787 3333
Email : sales@samasamahotels.com

Info Sama-Sama Hotel KLIA :
Mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel ini telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013.

Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:
1. Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013 – 2017.
2. Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3. Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4. 25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5. Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6. Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia, 2014 – 2017.
7. Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8. Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9. Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.

P/s : Buffet Ramadhan sini puas hati!


Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan 2018 | Verandah, Cyberview Resort & Spa

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Haaa, ni nak bawak korang jengah 1 lagi Buffet Ramadhan 2018 iaitu di Verandah, Cyberview Resort & Spa. Ini merupakan kali kedua AJ menjejakkan kaki kat sini. Tahun ni special sikit tau sebab ini merupakan Iftar untuk kali ke-20 bagi Cyberview. So mereka menawarkan diskaun sehingga 40% kepada semua yang ingin menikmati juadah berbuka yang ditawarkan. Tahun ni lebih kurang 26 buah gerai dibuka terdiri daripada pelbagai jenis hidangan bukan sahaja hidangan tempatan malahan Chinese, Japanese, Korean, Italian, Mexican dan Spanish.



Okaylah, mesti korang dah tak sabar nak tengok antara juadahnya kan? Jom AJ bawak korang intai sikit juadah yang bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramdhan nanti di Verandah, Cyberview Resort & Spa.

First sekali mestilah kambing golek kan? Tak lengkap rasanya buffet Ramadhan kalau takde kambing golek. Kat sini kan, kambingnya AJ suke sebab cukup juicy dan terasa dia punya rempah perap tu. Lepas tu kan, hidangan kambing golek ni turut dihidangkan dengan nasi mandi. AJ ni memang penggemar nasi mandi tau! 2 kali la tambah nasi. Hahahahaha.


Okay selain tu jugak, ada apam balik dan bahulu. Apam balik kat sini special tau. Bentuknya macam pizza, pelbagai warna dan perasa pulak. Pilihan AJ apam balik Nutella. Penggemar coklat memang akan jatuh cinta. Coklat dia melt bila dalam mulut. Slupppp, menaip ni pun dah buat AJ kecur liur bila ingat apam balik tu.


Gerai asam pedas dan tempoyak pun ada dengan pilihan pelbagai jenis ikan yang segar macam ikan patin, talapia, lampam, pari, tenggiri, ikan susu, tongkol, kembung dan ikan merah. Oh ya, salmon pun ada jugak. Tapi yang ni AJ tak rasa la, sebab AJ kan tak makan ikan. Tapi bile menyebok kat blogger lain diorang kata best. Nak pulak masak tempoyak tu. Alahai, ruginya AJ. Huhuhuhu.



Lagi 1 gerai favourite AJ kan, seafood station. Kat sini ada udang, sotong, kepah dan ikan bakar jugak. AJ ni memilih sikit, kalau seafood ni tak berapa nak masak pun AJ tak makan. Tapi chef kat sini pandai tau, hidangan dia ngam-ngam je rasa dia. Tak terlalu mentah, tak terlalu masak. So just nice. Sotong paling banyak AJ kaut. Sapa yang tak sempat makan tu, sorry! Hehehehhehe.





Selain tu ada juga gerai-gerai lain macam Japanese counter kat situ ada sushi, udom mee tak salah AJ. Ada juga gerai BBQ, Laksa dari pelbagai Negeri, aneka bubur dan sebagainya. Pendek kata banyak betul juadah kat Verandah ni okay.



Bagi yang bawak anak kecik pulak, tak perlu risau sebab kat sini ada Kidz Corner yang menyediakan pelbagai jenis buah-buahan, marshmallow, bread stick dengan chocolate fountain. Yang ini jangan kata budak, AJ pun tergoda. Hihihihi.



Dan last sekali pelbagai jenis dessert of course! Takde pencuci mulut tak syok pulak kan? Macam tahun sebelum ni, ice-cream unik masih lagi dihidangkan untuk para tetamu iaitu ice-cream rendang, teh tarik dan beberapa jenis perisa lagi. AJ paling suka ice-cream teh tarik tu dan juga ice-cream durian. Ya ampun... Sedap kemain!

Nah jamu korang sikit lagi dengan gambar.






Harga Buffet Ramadhan 2018 | Verandah, Cyberview Resort & Spa

So kalau korang nak mencuba sendiri buffet Ramadhabn 2018 di Verandah, Cyberview Resort & Spa. Harga yang ditawarkan agak berpatutan tau. Hanya RM149 untuk dewasa dan RM75 bagi kanak-kanak. Untuk warga emas pulak, harganya hanya RM100. Bagi mereka yang membuat tempahan awal, harga yang ditawarkan hanya RM120 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak serta diskaun 20% jika membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

Berita baik! Bersempena ulangtahun ke-20 pada 20 Mei 2018 ni kan, Cyberview Resort & Spa menawarkan diskaun 40% pada hari tersebut. Setiap pembelian 150 pax keatas, percuma hot air ballon sunrise ride untuk 2 orang.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok info kat bawah okay.

Alamat :
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel :
03-8312 7041
03-8312 7042

P/s : Tahun ni tak merasa durian roll, tapi masa Ramadhan nanti diorang kata ada. Sedap tu!


Baca Selanjutnya »

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga, outing dengan rakan sekerja ataupun reunion dengan kawan-kawan boleh sangat amik offer ni tau!

Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak gile boleh jimat. Kurang-kurang pun RM 1,000 dah boleh jimat kat situ. WOW tak WOW? Mestilah WOW kan. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? Meh sambung baca meh.

Tawaran kali ini adalah untuk pakej hari keluarga ataupun nama glamer nya family day. Hihihihu. Konsep pakej kali ni pulak, tempah dulu pastu tarikh family day tu boleh ditetapkan kemudian. Kiranya kalau korang tak plan lagi bila nak buat family day tu, boleh booking tempat sesiap. So tak payah nak risau pasal tempat dah habis  kene booking.

Pihak Agrofarmstay tahu nak organize family day ni bukan senang. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga pun dah makan masa. So bila dah ade promosi terhad ni, boleh sangat kalau nak buat tempahan dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Korang boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak lagi masa nak plan pape tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah okay.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 je tau, so apa tu tunggu lagi, booking dulu  pastu tarikh family day atau event bagitahu kemudian.

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Pakej ini menawarkan penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. 


Makanan yang disediakan sepanjang tempoh penginapan pula terdiri daripada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dengan BBQ. Pihak Agrofarmstay juga menyediakan sebanyak 5 game sukaneka bersama jurulatih. 


Paling best, kalau korang kaki karaoke bolehlah cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, pulak boleh cuba berkayak atau memancing, korang cuma perlu bawa joran sendiri je.


Selain tu, kat sini ada pelbagai jenis haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh beramah mesra bagi makan kat haiwan-haiwan yang ada kat Agrofarmstay tu. Bagi yang bawa kanak-kanak, pihak Agrofarmstay juga mengadakan pertandingan mewarna. Bolehlah tengok bakat anak-anak tu nanti. Hamper untuk sukaneka dan peraduan mewarna pun disediakan tau. Akhir sekali Agrofarmstay akan menyediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah! Banyak kan aktiviti kat sana.

Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20 pax ialah RM2,780. 

Tapi untuk promosi terhad ni, harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20 pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maksimum 78 pax. 

Murah sangat. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web Agroframstay di:

Whatsapp / SMS / Call : 012-211 8246 / 016-209 8623 / 012-202 5647
Office: 06-232 2761

P/s : Lama tak buat family day!

Baca Selanjutnya »

Nak Beli @Hurr.TV

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Beli online sekarang ni memang dah jadi pilihan almost semua orang, AJ pun sekarang ni jarang sangat nak gi store atau outlet. Kadang rasa macam tak berbaloi je pegi sana. Yelah kat KL ni nak shopping pun kene fikir duit minyak, tol, parking. Kadang lagi mahal dari harga barang yang kita nak beli tau! Hahahhah. Sadis okay! Ini AJ dengar ada 1 program baru yang korang boleh shopping secara online je. Nak tau apa? Meh baca entri ni.



Sape penah dengar pasal program Nak Beli @ hurr.tv? Kalau nak tau rancangan ni merupakan rancangan terbaru hurr.tv menampilan instafamous untuk jual barang-barang pre-loved diorang. Korang mesti ada teringin nak ada baju ke, beg ke macam diorang kan? so inilah masanya nak dapatkan barang-barang tu. Tapi special dia, korang dapat hak milik instafamous tu sendiri.

Nak beli @ Hurr.TV akan menampilkan beberapa orang instafamous  macam Sharifah Rose, Nisha Izzati,  Ikashafarey, Syuhaila dan beberapa orang lagi selama lapan minggu. Dalam setiap episod personaliti media sosial kegemaran anda akan menampilkan koleksi barangan peribadi mereka yang akan dijual dengan harga menarik di laman web Beli@hurr. 






Empat episod web pertama ‘Nak Beli’ akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Jumaat bermula 20 April 2018 sehingga 11 Mei 2018, dan empat episod web berikutnya pada jam 12 tengah hari bermula 18 Mei sehingga 8 Jun 2018 di laman web www.hurr.tv. Barangan pre-loved yang ditampilkan boleh didapati secara eksklusif di laman web beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv.


Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Arah aliran untuk memilih barangan pre-loved memang telah ada sejak dulu lagi dengan kehadiran kedai vintaj, flea market, car boot sale, bazaar, kedai amal dan sebagainya. Kini, pembelian barangan pre-loved secara online sudah lazim di kalangan belia. Menerusi program ‘Nak Beli’, penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengenali lebih dekat personaliti kegemaran mereka, malah koleksi peribadi mereka juga boleh diperoleh dengan harga yang rendah dan mampu milik.”

Tambahnya lagi, “Menjelang bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk penonton membeli-belah barangan pre-loved yang dipaparkan dengan harga yang menarik sekaligus bergaya dengan koleksi berkenaan di musim perayaan. Sudah pasti membeli barangan pre-loved adalah alternatif untuk pembeli bijak yang mahukan harga lebih baik, membantu mengurangkan pembaziran dan mesra alam serta memberikan keseronokan dan kepuasan yang hebat kepada pembeli.”

Dalam episod web pertama yang disiarkan pada 20 April lepas, Sharifah Rose memperkenalkan sepuluh barangan peribadinya termasuk baju, kasut tumit tinggi, tas tangan dan shawl yang dijual secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv. Barangan pre-loved Sharifah Rose mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan sejumlah enam daripada sepuluh barangan yang diperkenalkan berjaya dijual di dalam tempoh dua jam selepas program berlangsung. Wow sangat kan? So korang tak teringin ke nak dapatkan barangan instafamous, influencer lain. Eksklusif tu walaupun pre-loved!


Saksikan episod web pertama di sini: https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/sharifah-rose/



Untuk episod 3 nanti kita ada sape pulak? Haaa. Kita ada Kasha! nak tau apa yang Kasha jual? Jangan lupa esok, Jumaat jam 8.30 malam tau. manalah tau ada barangan pre-loved Kasha yang korang berkenan ke. Tengok tau, jangan tak tengok!







Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti hurr.tv di:
WebsiteFacebookYouTubeInstagram Twitter

MENGENAI HURR.TV

hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on -point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips -tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua. Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv.

P/s : Nak Beli tak? Jom tengok Nak Beli @ Hurr.tv!

Baca Selanjutnya »