ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Beberapa minggu lepas AJ ke Terengganu untuk beraktiviti di Peladang Setiu Agro Resort yang terletak di Kampung Guntung selama 3 hari 2 malam. Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 6 jam dari KL. AJ pegi kali ni bukan berseorangan tapi dengan geng #KelabBloggerBenAshaari. Pagi Jumaat kami berkumpul kat LRT Gombak. Walaupun ada sikit dugaan sebelum bertolak dan kami lewat dari plan asal, Alhamdulillah, berpandukan GPS jam 5 petang kami sampai kat Setiu. Jauh jugak rupanya Setiu ni. Huhuhuhuh.
Hari Pertama
Bende pertama bila sampai, terus ambil kunci dan check-in bilik. AJ dapat bilik Lake View. Bilik ni ada beranda yang menghadap tasik. Ada 1 katil queen dan 1 katil single lengkap dengan aircond, cerek air elektrik dan TV. Bilik-bilik kat sini takdelah setaraf hotel 5 bintang, tapi nak berehat, bersiap semua selesalah. Lepas berehat, bersihkan diri kami ke kafe untuk makan malam dan mendengar sedikit penerangan dari Encik Sanusi mengenai Peladang Setiu Agro Resort. Selain bilik, kat sini juga terdapat dom dan tapak perkhemahan jugak bagi mereka yang nak buat kem motivasi dan sebagainya.
Habis je makan, kami mulakan aktiviti yang pertama iaitu "Jungle Night Walk". Masa aktiviti ni kami dibawa memasuki hutan berdekatan. Dalam hutan tu memang gelap la, tapi jangan risau kalau nak buat aktiviti ni sebab kita akan diiringi oleh pelatih yang berpengalaman dan tahu selok belok hutan ni. Jalan dalam hutan tu adalah dekat 2 jam kot, entah tak sedar masa yang berlalu sebab masing-masing kalut kena serang dengan pacat. Sebelum kitorang masuk hutan tu pulak hujan sebelah petang memang pacat meriah la. Memula tak tau ada pacat, bila sorang dah kena... Masing-masing cuak! AJ? Tak kene pun serang ngan pacat tu, tak sempat dia nak naik dah kene cekup! Hihhihihihih. Lebih kurang pukul 1 pagi, habislah aktiviti "jungle night walk" tu. Sampai bilik, mandi dan tidurlah. Esoknya aktiviti lagi menarik kot!
Hari Kedua
Ari kedua pulak seawal jam 8 pagi dah terpacak kat kafe untuk sarapan pagi. Lepas je sarapan, bergerak pulak ke tempat "flying fox". Sebelum mula, macam biasalah, ada taklimat keselamatan dari Pok Nik yang memang berpengalaman dalam bidang ni. Dari A sampai Z dia terangkan kat kitorang. Aktiviti ni memang AJ eksited sikit, dah kalau namanya penggemar aktiviti lasak kan. Hihihihi. AJ orang pertama yang buat aktiviti ni. Best gile! Rasa macam tengah terbang atas tasik je, sebab flying fox kat sini merentangi tasik depan bilik AJ tu. Kalau nak tau, 2 kali AJ buat flying fox ni. Siap record video, tapi sayangnye bila playback..... Video takde sound! Frust hakak dek non!
Lepas je aktiviti flying fox, kami semua kene tukar baju sebabnya kami akan dibawa ke Laguna Wetland untuk aktiviti mencari lokan, kupang dan scallop! Jap scallop dalam bahasa Melayu mende ek??? Oh tiram! Haaaaa, yang ni lagi eksited sebab pestime nak jadi nelayan. Ingatkan nak cari semua kat 1 tempat je, rupanya tak. Nak cari lokan korang kene pegi dalam area paya bakau dan guna alat khas untuk kais tanah. Bukan senang nak cari lokan rupanya, sakit pinggang terbongkok-bongkok kat dalam kawasan paya bakau tu! Hahahahaha.
Abis cari lokan, kami pegi pulak kat muara cari kupang. Cari kupang ni pakai tangan je, raba-raba je dalam air tu. Kalau ada rasa bende licin dalam tanah tu, itulah dia. Masa ni seronok, sebab sambil cari kupang, sambil main air. Siap berenang-renang pulak cari kupang ni. Hahahahaha. Seronok dia sampaikan mak bapak budak pun lupa diri okay! Walaupun matahari duk atas kepala, rileks je semua. Pelatih yang ikut kitorang pun memang sporting abis, layankan je la perangai macam-macam kitorang ni. Hahahahaha.
Lepas dah dapat lokan dengan kupang, kitorang sambung pulak cari tiram. Yang ni mencabar sikit sebab kene pegi kawasan yang dalam sikit dan menyelam untuk bawak naik tiram. Pastu kan, tiram yang dibawak naik pulak bukan semua hidup. Ada yang mati. AJ pun berkali-kali bawak naik tiram yang dah mati. Hahahahha. Susah kot, dahlah tak nampak ape, dalam air tu pulak main raba-raba je. Tapi pengalaman ni berharga jugak buat AJ. Masa tengah menyelam nak kutip tiram tu kan, boleh dengar bunyi tiram tu tau. Tak tau la AJ nak explain kat korang camne bunyinya, tapi ada bunyi la. Kalau kutip tiram ni, untung-untung boleh dapat mutiara. Tapi AJ tak untunglah, sebutir mutiara pun tak nampak bayang!
Habis je aktiviti air, kami dibawa ke Desa Kekabu Inn untuk minum petang. Kat area Setiu tu ada banyak jugak tempat penginapan yang boleh korang stay, antaranya Desa Kekabu Inn ni. Ianya terletak kat tepi sungai je dan tak jauh dari air terjun. Diusahakan oleh Abang Din sekeluarga. Kat sini ada beberapa jenis bilik jugak. Kalau nak tau korang boleh google je Desa Kekabu Inn okay.
Balik je Peladang Setiu Agro Resort, kami berehat kejap dan bersiap. Malam kami nak bbq hasil tangkapan dan jugak sesi "sumbang" suara kat kafe! Time ni, masing-masing tunjuk bakat terpadam. Abis je semua terus balik bilik dan lena. Esok ada 1 lagi aktiviti sebelum balik KL woi!
Hari Ketiga
Pagi macam biasa, sarapan pagi kat kafe. Lepas sarapan get ready untuk aktiviti terakhir iaitu water confident dan berkayak. Aktiviti water confident tu memang wajib dibuat sebelum berkayak, untuk mengelakkan korang panik bila beraktiviti air. AJ yang dah 100 kali buat aktiviti air pun, masih lagi ikut water confident ni. Lain tempat, lain dia punya cabaran air. Masa aktiviti ni kan, kitorang kene terjun dari atas jambatan. AJ ingatkan memain je, sekali memang betul-betul kene terjun. Bab terjun ni memang kakak suka! AJ lah orang pertama terjun! Hahahahaha. Lpeas semua dah lulus barulah kami dibenarkan berkayak. Usai berkayak tamatlah aktiviti kami kat Peladang Setiu Agro Resort. Kalau ikutkan memang tak puas beraktiviti kat sana. Tapi nak buat macam mana, kene balik KL. Kerja hakiki tengah tunggu.
So kalau korang nak buat aktiviti macam kami kat Peladang Setiu Agro Resort, boleh hubungi pihak resort macam yang tertera kat bawah :
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu Terengganu,
Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240
Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com
Facebook : Peladang Setiu Agro Resort
Sebelum AJ akhiri entri ni, AJ nak ucapkan terima kasih kepada pihak Peladang Setiu Agro Resort sebab menerima baik kedatangan kami. Minta maaf kalau ada kekurangan sepanjang kami berada disana. Terima kasih juga AJ ucapkan kepada para pelatih yang sabar melayan karenah kitorang. Dengan ada yang takut pacat, takut nak terjun jambatannya la, sabar je korang kan. Salute gila AJ, sebab diorang memang sempoi. Tak kering gusi jadimya ikut pelatih kat sini. Kelakar! AJ harap lepas ni, pihak Peladang Setiu Agro Resort tak serik nak ajak kitorang lagi. Okay jumpa lagi Terengganu!
P/s : Tengah bulan April ni, AJ ke Terengganu lagi. Nak tau kat mana? Tunggu update AJ okay!