Syok Berkampung di Natasya Riverside Resort, Gopeng!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ada ke yang masih menanti cerita short trip AJ hujung minggu lepas? Seriuslah, syok berkampung kat Natasya Riverside Resort, Gopeng ni. Banyak bende menarik yang kita boleh buat kat sana. Nak pulak untuk orang bandar macam AJ  ni, dapat kutip buah durian gugur pun dah excited! Hahahahahaha.


Jarak daripada KL ke Gopeng lebih kurang 182 km, kira-kira 2 jam la dari Pusat Bandaraya. Nak ke Natasya Riverside Resort pulak lebih kurang 5 ke 10 minit je dari plaza tol Gopeng. Korang waze je Natasya Riverside Resort. Nanti korang akan dibawa masuk ke kawasan kampung, tak salah AJ nama kampung tu Kampung Datuk.

Natasya Riverside Resort, Gopeng diusahakan oleh pemilik produk Natasya Skincare, Datin Muniroh Haji Kassim dan suaminya, Datuk Suhaimy Othman. Berkesempatan berjumpa dengan mereka memang 1 pengalaman yang berharga. Mereka sangat merendah diri dan ramah. Kedatangan geng #KelabBloggerBenAshaari seramai 8 orang disambut baik. Terima kasih Datuk dan Datin. 😊



Masa mula je sampai terpampang papan tanda "happily ever after start here". Nak tau happy tak happy bacalah entri-entri AJ sampai habis. Kat sini terdapat 2 jenis tempat penginapan yang boleh korang pilih, ada suite wooden chalet yang boleh menempatkan sehingga 4-5 orang dan juga cabin yang boleh memuatkan 2-3 orang.





Kami berlapan ditempatkan di dalam 2 wooden chalet. Setiap satu chalet tu ada 1 katil bersize queen dan juga 1 katil 2 tingkat. Biliknya dilengkapi dengan tv, sofa, kipas dan aircond. Tapi percayalah korang takde mananya nak tengok tv bila dah sampai sana. Hahahaha. Bilik jenis cabin pula dilengkapi dengan 3 katil bersize single.




Natasya Riverside Resort ni lapang tau, kawasan sekitarnya dilengkapi dengan kemudahan dewan makan, karaoke, pit barbecue, surau, kawasan wall climbing, flying fox serta kemudahan permainan kanak-kanak dan surau. Nak beriadah dengan keluarga tu memang sesuai sangatlah. Kat situ juga terdapat kolam kecil untuk bebudak mandi manda. Tapi nak lagi best mandi sungai lah!

Jom kita tengok sekitar Natasya Riverside Resort, Gopeng. Mana tau lepas ni korang ada nak buat hari keluarga ke, bolehlah letak dalam list korang. Disini boleh menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.





Haaaa, kat sini ada satu tarikan yang buat AJ nak culik dia bawak balik. Sara seekor Ungka! Sara ni sangat manja, menurut datuk mereka dah bela Sara ni dari umurnya 3 bulan. Sara ni kalau dilepaskan pun takkan lari, even panjat pokok pun tak tau. Tapi dia tak kacau orang, naughty sikit je,  paling tidak dia tarik tudung je. Dengan AJ dia memang manja, siap suruh AJ garukan belakang lagi bila nampak muka AJ lalu kat sangkar dia. Dah terasa macam kakak angkat Sara pulak. Hahahahhahaha.



Selain tu ada juga kuda, menurut staff Natasya Riverside Resort, kita boleh menunggang kuda ni. Tapi masa kat sana AJ tak berkesempatan pulak nak menunggang kuda sebab aktiviti pack sepanjang 2 hari 1 malam tu. So far memang berada kat sana buat AJ terasa macam ada kat kampung. Yelah, AJ kan budak bandar jarang-jaranglah nak rasa suasana macam ni. Sekali dapat nikmati duduk kat kampung, jakun kejap! Hihihihihihihi.


Okaylah kalau nak tau apa aktiviti kami sepanjang kat sana, tunggu entri AJ yang seterusnya tau? Sampai hilang suara lah AJ bila balik KL.

Kalau korang nak tau lebih lanjut, follow :

Facebook : https://www.facebook.com/natasyariverside/

Instagram : https://www.instagram.com/natasyariverside/

P/s : Best, malam pun sejuk je...

Baca Selanjutnya »

Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly Project dan Traveloka

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


16 Disember lepas AJ join percutian singkat 2 hari 1 malam bersama The Butterfly Project dan Traveloka dengan 40 orang lagi wanita-wanita cantik. Best sangat since ini adalah program pertama AJ dapat luangkan masa selama 2 hari 1 malam dengan para rama-rama bertempat di The KL Journey Hotel, Bukit Bintang. Yang buat AJ lagi excited kan, AJ memang dah lama teringin nak stay kat situ! Thanks The Butterfly Project Malaysia dan Traveloka! Akhirnya impian nak duduk di hotel kat tengah Bandaraya tercapai.


Lebih kurang 10 pagi semua dah start sampai kat sana. Ada yang datang all the way dari negeri lain tau. Aktiviti pertama kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nombor yang telah dicabut masa pendaftaran. AJ dapat 1 team dengan Innanie, Sabby, Scha, Ainn Baharom dan Syafiqah Hashim. Pada sesi ni kami diminta bersuai kenal antara 1 sama lain, kira cam ice breaking la. Geng AJ ni semua 1 kepala tau!


Sesi kedua pulak kami semua dibahagikan kepada 2 lagi kumpulan ikut 1 lagi nombor. Awal tadi kami kene cabut 2 nombor. Game nombor 2 ni game berkumpulan. Kita kene sampaikan signal dari end to end dengan mata yang terpejam. Masa ni haru biru tingkat 1 hotel tu dengan gelak ketawa kitorang semua. Yelah, beberapa kali team AJ kalah tau. Lepas tu kitorang salahkan side. Konon "feng shui" tak bagus. Lepas tukar tempat terus memang. Kecoh gila masa game kedua ni tau. Tak kering gusi dengan karenah semua orang.



Sesi yang ketiga pula kami diperkenalkan dengan lebih lanjut mengenai Traveloka. AJ ni memang pengguna aplikasi Traveloka. Dengan Traveloka korang bukan je boleh book bilik hotel, tapi boleh book tiket flight jugak.


AJ suka guna Traveloka sebab pengalaman AJ dengan pihak mereka sebelum ni tak penah mengecewakan. Penah dulu AJ kat Thailand tau, masa tu pulak AJ kene check-in dah kat hotel pada sebelah siang. Tapi AJ dah run out time, pukul 9 malam, AJ atas jalan lagi. Masa tu pulak nak buat call tak boleh sebab AJ cuma ada data je. Nasib bila chat Traveloka melalui apps dia, customer service mereka cepat respon dan banyak membantu. Dapatlah AJ check in tengah malam tu.

Pic by : www.fishmeatdie.com

Traveloka ni kan applikasi yang perlu ada untuk setiap traveller dalam dan luar negara. Sangat mesra penguna dan juga mudah. Dengan traveloka tak perlu nak bersusah payah walk in ataupun beratur untuk beli tiket penerbangan, tempah hotel semua. Segalanya hanya dihujung jari, sampai destinasi semua dah tersedia tau!

Kenapa mesti Traveloka? AJ kan kerap jugak travel, setiap kali travel mesti kene kira bajet semua. Kadang apps lain banyak memaparkan harga yang tak tepat. Bila kita nak confirmkan booking tetibe je ada kos tersembunyi. Dengan Traveloka, harga yang ditawarkan tu, tu la yang perlu korang bayar. Dah termasuk tax dan caj servis semua, tiada kos tersembunyi. Harga jujur la AJ kata.


Traveloka selalu menawarkan smart combo sehingga 40% diskaun untuk penerbangan 2 hala antarabangsa. 40% tu dah jimat banyak kot. Masa buat booking tu pilihlah airlines yang ada mark smart combo. Best kan?

Sekarang ni kan zaman moden, bila dah buat booking dengan Traveloka tu tunjuk je e-ticket atau hotel voucher bila nak check-in. Takde data internet? Jangan risau, ianya boleh diakses bila-bila masa je walaupun takde data.

Cara nak buat pembayaran pun senang tau. Kalau time tu dalam bank takde duit dan korang cuma ada cash, pegi je 7 eleven terdekat untuk bayar booking korang tu. Cuma perlu tunjukkan barcode yang disediakan dalam applikasi Traveloka kat kaunter dan bayar. Masa AJ travel kat Thailand aritu kan, bayar kat 7 eleven je. Asalkan ada khidmat MOLpay, selesailah urusan pembayaran. Senang je wehhhh!

Pic by : www.fishmeatdie.com

Nak tau apa lagi best? Korang boleh pilih sehingga 100,000 penerbangan dari pelbagai airlines dan lebih 70,000 hotel dari bajet sehingga ke 5 bintang di seluruh dunia!

So kalau korang nak menerokai Traveloka sendiri, download je kat Google Play ataupun Appstore korang okay!


Lepas siap check in bilik, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk mengikuti workshop pilihan masing-masing. AJ pilih Travel Journaling Workshop dengan OrangeBerry. Dalam workshop ni kan, kitorang kene buat travel journal DIY. Pihak OrangeBerry sediakan bahan dan kami cuma perlu hias journal kami ikut kreativiti masing-masing.


Haaaa... Masa ni terserlah bakat semua orang. AJ yang tek berseni pun terus semangat nak tunjuk bakat sama. 3 jam dalam workshop ni makanya siaplah hasil keje masing-masing. macam-macam jenis dan corak ada, Terima kasih OrangeBerry atas tunjuk ajar. lain kali bila travel je, AJ nak buat buku journal. Seronok!



Sebelum memulakan workshop ni kan, ada sesi fotografi beramai-ramai dan melepaskan rama-rama sebagai tanda simbolik dan rasminya acara Percutian Singkat bersama The Butterfly Project dan Traveloka ni.

Pic by : www.fishmeatdie.com

Pic by : www.fishmeatdie.com

Pada sebelah malam pula, kami bersiap untuk makan malam dan juga bertukar hadiah dengan roommate. Wahhh. Sakan masing-masing dapat hadiah tau. AJ dapat blanket dari Mimin sebab dia tau AJ suka travel, so dia bagi mini blanket yang senang dibawa kemana-mana. Yeayyy! Hadiah yang AJ bagi Mimin pun comel je tau. AJ rasa kalau ada pertandingan hadiah paling cute, AJ lah dapat! Hihihihi. Alhamdulillah, Mimin pun suka.




THE KL JOURNEY HOTEL

Okay sekarang AJ nak cerita pulak pasal tempat penginapan kami pada hari tu. The KL Journey Hotel terletak di Bukit Bintang yang ditaja oleh Traveloka. Hotel ni ada 11 tingkat dilengkapi dengan gym dan kolam renang. Kolam renang tuu yang best tu, atas bumbung tau. Sambil berenang boleh tengok pemandangan. Kalau terasa nak membeli belah, The KL Journey Hotel sangat berdekatan dengan Pavillion KL, Lot 10, Fahrenheit, Low Yat, Times Square, Bukit Bintang Plaza serta Sungei Wang Plaza. Semuanya walking distance je. Tak sampai 5 minit dah ada kat pusat membeli belah terkemuka.



Sebelum tu AJ bawak korang tengok bilik dia dulu. 

Bilik 303


Kat sini AJ 1 bilik dengan Mimin Adam, salah sorang geng #kbba9. Biliknya agak luas dilengkapi dengan 1 katil Queen, mini fridge, seterika, hair dryer dan rain shower. Bilik yang AJ dapat tu merupakan connecting room. Jiran sebelah pulak Cik Ein dan Scha Nazri, memang 24 jam pintu tu terbukak je la. Hahahaha. Bezanya bilik diorang ada 2 katil single.





Uniknya kat sini, setiap 1 bilik ada gambar yang menggambarkan Kuala Lumpur yang diambil dari zaman 90an sehingga kini. Terasa macam tengah berjalan di setiap pelusuk kota pulak. Dari bilik AJ pulak boleh nampak Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).


Fasiliti yang terdapat di The KL Journey Hotel ni pun banyak tau selain daripada gym dan kolam renang. Kat sini sangat sesuai kalau nak buat mesyuarat korporat ataupun mini gathering sebab di tingkat 1 terdapat bilik-bilik mesyuarat yang disediakan buat mereka yang menginap disini dengan tujuan tersebut. Masa percutian singkat bersama The Butterfly Project dan Traveloka tempoh hari, kami gunakan bilik-bilik meeting ni sebagai workshop yang AJ cerita kat atas tadi.



Selain tu, terdapat kat cafe hotel pula selalu ada persembahan dari "live band" pada setiap hujung minggu untuk menghiburkan pengunjung hotel. Memang santai sangat suasana kat sini. Dan yang paling best, setiap sudut di The KL Journey Hotel sangat instagrammable! Yang mana suka bergambar tu memang puas hati tau!



Terasa tak puas pulak bercuti dengan The Butterfly Project dan Traveloka selama 2 hari 1 malam ni tau! Dapat kenal dengan kawan-kawan baru dan juga yang dah sedia dikenali, dapat beramah mesra dengan pihak Traveloka serta The KL Journey Hotel dan banyak lagi. AJ harap pada masa depan AJ dapat lagi join program-program macam ni. Seronok! Pengalaman yang sangat berharga.

Untuk maklumat lanjut mengenai mereka disebalik Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly Project dan Traveloka, boleh tengok info dibawah ni okay!


The Butterfly Project 


Traveloka 






The KL Journal Hotel




P/s : I am happy kid!


Baca Selanjutnya »

Mabuk Durian Seorang AJ Kat Natasya Riverside Resort, Gopeng


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hujung minggu lepas AJ berkampung kat Natasya Riverside Resort, Gopeng. Tak sangka rupanya kat Gopeng ni banyak resort menarik bersuasana kampung. Salah satu padanya Natasya Riverside Resort ni la. Tempatnya cantik dan tenang. Paling best dikelilingi pokok durian! Pasal resort ni nanti AJ cerita lebih detail kat korang.


AJ ni pulak bukanlah penggemar durian, serius kalau makan durian pun setakat 2-3 ulas dah cukup. Tapi kat sini AJ mabuk durian wooo. Sampai je sana, check in terus dijamu dengan durian. Bende lain tak pandang dah, bau durian tu dah buat kitorang tertarik. Bukan AJ sorang je, semua tergoda dengan durian kat sana tau.


Durian kat sini fresh, terus gugur dari atas pokok je. Merasa jugaklah AJ dengar bunyi buah jatuh dan kutip durian. Kat KL mana nak dapat dah suasana macam tu. Yang ada pun durian dah sedia kat pasaran. Kat sini dah tak fikir dah pasal panas badan ke, apa ke. Yang penting perut kenyang durian. Hahahahaha.




Kalau korang menginap di Natasya Riverside Resort, Gopeng masa musim durian memang untunglah sebab kat sini ada menawarkan pakej menarik untuk korang nikmati durian. Hanya lebih kurang RM 30 je 1 kepala. Durian pulak memang fresh dan terbaik dari ladang. Makanlah korang sampai puas hati. Mana lagi nak dapat makan durian dengan harga yang murah? Walaupun durian kampung, rasa dia umphhh okay!




So akalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Natasya Riverside Resort, Gopeng dan pakej menarik yang ditawarkan, apa kata korang jenguk facebook Natasya Riverside Resort Gopeng. Nanti AJ update pulak lebih lanjut pasa resort dan aktiviti lain yang kitorang buat kat sana okay. Tunggu cerita AJ tau!

P/s : Hilang suara gara-gara DURIAN! Hahahahaha. Tapi puas hati!


Baca Selanjutnya »