ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kenapa blogger kena ada kad nama? Sebab blogger ni POYO ke? Ramai yang selalu cakap " Eh blogger pun ada kad nama ek? ". Sebenarnya kalau nak tau kad nama ni adalah salah satu proses marketing ataupun branding blog kita. Dulu AJ pun takde kad nama jugak, tapi lepas AJ tanya otai-otai barulah AJ faham kenapa seseorang blogger kena ada kad.
Cuba korang fikir, dalam sesuatu event ataupun apa sahaja acara melibatkan blogger mesti ada orang tanya apa nama blog kita semua kan? Kalau kita cakap secara lisan orang akan ingat ke? Takkan? Dalam tu ramai lagi blogger, takkan la kita boleh ingat semua. Kat sinilah kad nama kita mainkan peranan. Future engagement omputih kata.
Dulu segan jugak, yelah AJ bukan blogger hebat. Masa tu update blog pun rongak, tetibe nak ada kad nama bagai. Malu je rasa. Tapi sifat malu tu la yang silapnya kita. Dari kad nama tu la, orang akan mula kenal kita. Dan dari kad nama tu jugak, orang akan start intai-intai blog dan platform media sosial kita.
Haaaaaa. Segalanya bermula dengan kad nama. So kalau siapa yang belum ada kad nama tu, start la buat. Bila pegi mana-mana event atau jemputan, hulur je kad. Kita tak tau apa peluang lain yang kita ada pada masa hadapan kan?
P/s : Dulu kad nama pertama AJ macam kad kawen diorang kata. Hahahahaa.