Program Sahabat Negaraku untuk pengguna Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard - Langkah Bijak Berbelanja

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Selepas sesi pengenalan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard kerjasama dari Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang diadakan pada hujung bulan lepas. Sekali lagi AJ dijemput untuk menghadiri majlis merealisasikan Program Sahabat Negaraku yang diadakan di Kelab Darul Ehsan.



Semasa majlis ini Dr. Zamri dari KSP  dan wakil dari Mpay telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai Program Kad Negaraku dengan menjemput beberapa buah badan bukan berkanun (NGO) untuk turut sama menyokong dan mendaftar dengan Program Sahabat Negaraku ini. Sekurang-kurangnya 15 NGO dengan keahlian lebih 12 ribu orang datang Rabu lepas.

Di bawah Program Sahabat Negaraku pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan dan dimulai dengan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard. Melalui program ni KSP mensasarkan 200 ribu pengguna kad melalui NGO yang terdapat di seluruh Negara terutama ahli-ahli NGO yang menetap disekitar Lembah Klang. Melalui kerjasama ini juga KSP berharap dapat menyemarakkan semangat Negaraku dengan penganjuran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.



Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard akan diperkenalkan secara konsisten di seluruh negara dan dimulakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memastikan rakyat dan ahli-ahli NGO memahami konsep dan hasrat program ini. Kad ini merupakan kad sara diri digital yang memberikan peluang kepada pemegang kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat.

AJ rasa zaman sekarang ni semua orang dah mula ambik langkah bijak berbelanja kan? So pada AJ inisiatif wujudnya kad ini sememangnya bertepatan dengan rakyat dan juga ahli-ahli NGO. Dengan kad ini, bukan boleh beli barang dengan harga yang murah tapi boleh digunakan untuk membuat pembelian secara online, menonton wayang, berhibur bersama keluarga di taman tema, pindahan wang dan sebagainya. Yang lagi menarik, pihak Mpay akan sentiasa menawarkan secara bulanan penjimatan bagi produk-produk terpilih dan bersesuaian dengan pengguna kad.




Banyak sebenarnya kelebihan bila NGO mendaftar di bawah Program Sahabat Negaraku dan menjadi pengguna di bawah Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ni. So nak tau lebih lanjut boleh hubungi :

Ketua Kelab Sahabat Persaudaraan, Pn Farina Abd Razak : 017-3921711
Unit Media KSP : Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net

Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018, dijangka bulan Januari 2018. Sama-sama kita nantikan. 

P/s : Zaman sekarang, lagi banyak boleh jimat lagi bagus.

Baca Selanjutnya »

KL Wangan : Bikin Gempak

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ berpeluang menonton filem KL Wangan : Bikin Gempak aritu dengan beberapa orang geng #kelabbloggerbenashaari. cerita ni pasal lumba kereta ala-ala FF. Cerita arahan Pekin Ibrahim ni berdurasi 90 minit ni merupakan filem arahan kedua beliau selepas Mat Moto. Menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim sendiri, Faizal Hussein, Kazuto Soon, Emily Lim, Jasmine Suraya, Kodi Rasheed, Kamarool Haji Yusof dan Donny Alamsyah.



Sinopsis KL Wangan : Bikin Gempak

Mengisahkan Hong dan Yudi yang ada sejarah yang panjang dalam perlumbaan drag. Mereka bermula dari bawah hinggalah mendapat kepercayaan memandu kereta berkuasa besar. Selepas sekian lama tidak menyertai sebarang perlumbaan berikutan sibuk dengan perniagaan masing masing, mereka bertemu di jalan raya. Ketika berlumba, Hong mengalami kemalangan. Hong cuba mencari pemilik kereta yang menyebabkan dia kemalangan tanpa menyedari kereta itu sebenarnya milik Yudi. Bermulalah pelbagai agenda dan pergelutan yang akhirnya menemukan mereka dengan Ejay. Siapakah Ejay? Apakah kaitan Ejay dengan Hong dan Yudi?


Pada AJ, Pekin ada idea dalam membuat filem berunsurkan aksi kereta ni, tapi apa yang buatkan AJ kurang faham mengenai cerita ni adalah terdapat beberapa watak yang tidak dikembangkan dan membuat penonton tertanya-tanya sampai ke akhir cerita. Contohnya siapakah bapa kepada Ejay yang disebut-sebut dalam cerita. Selepas tu terdapat watak yang kurang difokuskan seperti watak yag digalas oleh bintang kelahiran Indonesia Donny Alansyah dan kaitannya dengan bapa Ejay tadi.



Tapi dari segi sinematografi masih boleh diterima dan masih nampak logiknya kecuali masa kereta meletup di awal-awal tayangan. Kalau nak dibandingkan dengan filem luar Negara, memang tak sama la kan. But not bad. Tahniah kepada Pekin dan team. Bila tengok filem ni, barulah AJ tau sikit-sikit pasal enjin kereta semua kan. Hihihihi.

AJ nak ulas panjang lebar pun, AJ bukanlah orang industri. Tapi apa yang AJ boleh katakan mungkin Pekin boleh tumpukan pada 1 jalan cerita untuk filem aksi seterusnya. KL Wangan ni nampak macam 1 filem yang mempunyai banyak jalan cerita yang tak jelas. Nak kata AJ faham sangat mengenai cerita ni, tak jugak tapi takdelah tak faham langsung.

KL Wangan : Bikin Gempak telah ditayangkan pada 21 Disember 2017 lalu. So kalau korang nak tonton filem ni, jangan harapkan sesuatu yang terlalu gempak seperti filem Hollywood. Tapi tak salah pun untuk ditonton sebagai tanda sokongan kepada industri perfileman kita. AJ harap Pekin Ibrahim tak serik untuk membuat filem-filem lain lagi. Buat filem bukan murah, modalnya berjuta-juta pulak. Sayang kalau hasilnya tak seperti juta-juta.

Semoga segala komen dan kecaman yang diterima dari pelbagai pihak dapat diambil sebagai satu semangat lain buat Pekin pada masa hadapan. Kudos buat mereka yang menjayakan filem KL Wangan : Bikin Gempak ini.  Lagi 1 OST filem ni nyanyian Altimet best!



P/s : Nak tunggu Ayat-Ayat Cinta 2! Weeehuuu!


Baca Selanjutnya »

Rapunzel's Secret Box dari Althea Korea

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ ada secret! Shhhh... It's Rapunzel's Secret Box dari Althea Korea! Serius AJ memang excited sangat bila dapat box ni. Tahap kegembiraan terus naik 200% okay! Semuanya produk penjagaan rambut, tell me bila masa seorang Ayue tak happy bila salah satu produk tu adalah produk warna rambut dalam warna favorite AJ!


AJ ni memang ada habit suka sangat tukar warna rambut, so penjagaan rambut yang khusus memang perlu dititikberatkan. Kalau tak, memang rosak teruklah rambut AJ. So dengan produk yang ada dalam Rapunzel's Secret Bix, AJ boleh senyum je sebabnya produk-produk ni memang sangat membantu AJ elakkan rambut jadi bermasalah!

Okay, tak nak lengahkan masa lagi. Jom tengok apa yang ada dalam Rapunzel's Secret Box.

The Healthy Silk Protein Hair Ampoule - Black Bean Protein



Produk kan unik sangat sebab datang dalam bentuk picagari. Mungkin ramai yang tak tau, protein yang ada dalam black bean sangat baik untuk rambut yang lebih sihat dan bersinar. Sangat sesuai untuk semua jenis rambut termasuk rambut berminyak! Lepas syampu rambut, sapukan pada rambut dan biarkan selama 5-10 minit kemudian bilas. Rambut terus rasa lembut lepas tu.

Dr. Dr. B5 Shampoo Anti-Hair Loss




Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut, boleh guna yang ni. Bau dia macam herba sikit tau. 

Mise en Scene Perfect Serum



Ada 2 langkah mudah nak gunakan serum rambut Mise en Scene ni.

Langkah 1 : Sapukan rata krim yang tertera step 1

Langkah 2 : Tutup rambut menggunakan shower cap mask yang ada tulis step 2


Suaviss travel pack - Argan Scalp Shampoo, Argan Brilliant Hair Conditioner, Suaviss Perfect One Foaming Pore Cleanser




I love this! Senang nak muatkan dalam beg bila travel lepas tu shampoo dia pun best, rambut jadi lebih lembut dan juga tak kering. Pencuci muka pulak, bertindak jauh ke dalam pori dan buat kulit muka kita lebih halus.

Aritaum Colorize Hair Bleach



AJ seriously tak berani sebenarnya nak bleach rambut sendiri. But this product is very easy to use. Dalam tu ada 2 peket tau, 1 bleaching powder dan 1 krim. Korang cuma perlu campurkan kedua-duanya dalam 1 bekas plastik dan sapukan pada bahagian yang hendak dibleach.




Biarkan selama 10 ke 30 minit. Kalau korang prefer warna yang lebih cerah, biarlah lama sikit. Rambut AJ memang dah penah bleach, so dalam gambar ni tak nampak sangatlah. Tapi warna rambut AJ jadi sedikit cerah.



Aprilskin Turn-Up Color Treatment (Peach Pink)



Ni produk yang paling AJ suka! Datang dalam warna yang lembut dan favorite color AJ. Peach Pink! Nak guna senang gila okay, tak payah campur dengan pape pun. Keluarkan warna dari tiub dan terus ratakan pada rambut. Biar selama lebih kurang 20 minit selepas mencuci rambut dan bilas bersih. Hasilnya? Rambut AJ jadi pink cerah. Love it!!!!




Koelf Deep Scalp Purifying Swab



Ni macam cotton buds je bentuknya. Digunakan untuk merawat kulit kepala dan jadikan kulit kepala lebih segar.

CP-1 Scalp Tincture




Lagi 1 produk yang AJ suka! AJ ada masalah kegatalan kulit kepala yang teruk lepas banyak sangat beraktiviti luar, mungkin sebab berpeluh semua kan. Banyak dah yang AJ guna, tapi kurang berhasil. Bila AJ try produk ni, Alhamdulillah kulit kepala AJ tak gatal. Rase sejuk dan segar je. Kalau kene angin lagi best. Cuma perlu sembur pada kulit kepala dan urut perlahan. Best!



CP-1 Premium Silk Ampoule



Yang ni AJ dah bawak ke hulu hilir dah pun, packaging dia kecik je tapi tahan lama. Selalunya lepas mandi tu, AJ sapukan sikit pada rambut yang lembab. Produk ni buat rambut AJ tak frizzy. Bau pun wangi je. Kalau kat luar tu, bila AJ dah start rasa rambut kembang semacam je, terus sapu Cp-1 Premium Silk Ampoule, barulah rasa rambut terkawal je serabutnya. Tabiat mewarna rambut AJ memang buat rambut kering dan rosak. Nasib baik ada penyelamat!



Dan ada extra sample Suaviss Argan Scalp Shampoo, Argan Brilliant Hair Conditioner jugak!



Kat bawah ni AJ nak tunjuk dengan korang betapa excitednya AJ bila dapat Rapunzel's Secret Box dan sikit demo AJ warnakan rambut.




Kalau korang nak dapatkan sendiri produk ni bolehlah ke laman web Althea Korea sekarang! Rugi tau tak beli Rapunzel's Secret Box. AJ a bit regret tau lambat pasal secret box ni. Kalau tau, awal-awal AJ dah sebat tau.

Anyway, thanks Althea Korea! Sekarang AJ tak risau sangat dah pasal rambut rosak. Rapunzel's Secret Box kan ada!

P/s : I love my new peach pink ombre hair!

Baca Selanjutnya »

New Year Countdown Party 2018 di Citta Mall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pejam celik setahun dah berlalu kan? Beberapa hari je lagi kita akan berada di tahun yang baru. So macam mana? Azam 2017 dah tercapai ke belum tu? Okay macam setiap tahun Citta Mall sekali lagi menganjurkan New Year Countdown Party bagi menyambut tahun 2018. Korang mesti tak nak ketinggalan kan? Macam tahun sebelum ni, banyak aktiviti menarik yang diadakan di Citta Mall. So tahun ni AJ taknak ketinggalan untuk join kemeriahan sambutan tahun baru Citta Mall kali ni.


Tahun ni Citta Mall menampilkan barisan artis-artis terkenal seperti Adibah Nor, Shawn Lee (BeatBox King), RJVN dan ramai lagi. New Year Countdown Party 2018 di Citta Mall seperti biasa akan dihoskan oleh tak lain dan tak bukan.... Baki Zainal!



Tak sabar pulak nak tengok persembahan mantap mereka nanti! Mesti best! Selain persembahan, AJ dengar ada magic show, persembahan api dan ada bunga api! Yeayyyy!

Bagi para pengunjung yang menghadiri acara ni jugak, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Macam tahun lepas kan, beberapa orang menang telefon pintar tau. Kan ke untung? Datang sambutan tahun baru je dapat telefon pintar baru.

Kalau korang tak tau kat mana nak bawak keluarga dan rakan-rakan sambut tahun baru, apa kata korang ke New Year Countdown Party 2018 di Citta Mall. Kat sini sesuai sangat nak bawak seisi keluarga sebab kat sini tak terlalu padat. Lepas tu, nak menghala ke Citta Mall pulak memang tak jem jika nak dibandingkan kat tempat lain. Tempat letak kereta dan tempat makan pun banyak. AJ sarankan korang datang awal sikit tau. Sempatlah join pelbagai games dan makan-makan dulu.

AJ harap dapat jumpa korang kat sana. Tak sabar pulak nak tunggu tahun baru 2018. Banyak perancangan yang AJ dah buat untuk sepanjang tahun depan tau.

Untuk maklumat lanjut mengenai New Year Countdown Party 2018 di Citta Mall, layari facebook :

https://www.facebook.com/events/1788800217858204/?ti=cl



Alamat : 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya Selangor.
No. Tel : 03-7662 5000

P/s : 2017 banyak jugak yang kurang best! 2018 I will do the best!


Baca Selanjutnya »

Menyelami Tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diatas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Cukup AJ katakan ini merupakan antara pengalaman AJ yang paling berharga bila AJ dapat menyelami tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diatas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271 (KLGS) bersempena Program TLDM bersama Media yang diadakan pada minggu lepas. Bangga AJ bila diberitahu, pihak media ni antara orang pertama yang dapat naik dan tengok sendiri kapal ni tau!


Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271 (KLGS) yang merupakan kapal pertama bagi tujuan latihan warga TLDM telah disiapkan dan diserahkan kepada TLDM pada 1 Mac 2017. Sebelum beroperasi sepenuhnya KLGS diletakkan di bawah Markas Pemerintahan Armada Barat dan telah menjalani Latihan Penyesuaian di laut mulai 30 Mac sehingga 5 Mei 2017 yang lalu.


Nama KL GAGAH SAMUDERA pula merupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS SAMUDERA dimana "samudera" merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Banyak kemudahan yang terdapat di dalam KLGS sepanjang 75.9 meter dengan berat keseluruhan 1366 tan metrik yang dilengkapi dengan tempat pendaratan helikopter. KLGS mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti dengan kelajuan optimum 12 knot atau 14 hari dilautan.


KLGS boleh memuatkan 45 orang kru terdiri daripada 8 pegawai dan 37 anggota. Boleh menampung 60 pelatih dan 10 jurulatih pada satu-satu masa. KLGS juga dilengkapi dengan sistem kombat, radar dan peralatan navigasi serta komunikasi serta senjata jarak dekat untuk tujuan latihan dan perlaksanaan tugas operasi.

Pengalaman AJ berada di atas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA 271.

Best! Tu je yang AJ boleh kata. Bukan senang dan bukan semua orang dapat merasa berlayar atas kapal TLDM ni. Masa AJ dapat je jemputan ni kan, memang excited gila kot!


Masa dalam kapal ni, kami semua dibawa menjelajah di sekitar kapal dari dek pengendalian sehinggalah ke bahagian enjin kapal. Kami diperkenalkan dengan setiap peralatan dan juga fungsinya.

Warga TLDM juga telah membuat beberapa demonstrasi antaranya latihan kebanjiran dan kebakaran sekiranya berlaku kecemasan di atas kapal. Selain itu kami juga berkesempatan melihat sendiri cara pihak TLDM berkomunikasi dan cara meminta dan menghulurkan bantuan dari/dengan kapal lain. Terima kasih KD LEDANG yang turut sama dalam demonstrasi ni.



Kami juga diberi peluang menjalani latihan menembak menggunakan 2 jenis senjata jarak dekat. Yang ni memang mencabar jugak sebabnya AJ penah menembak pun last masa tingkatan 4. Latihan menembak ini dikendalikan oleh pegawai bertauliah bagi memastikan pihak media mematuhi SOP keselamatan dan dapat mengendalikan senjata dengan betul.



Time ni kan dalam pada excited, AJ nervous gila sebenarnya. Hahahaha. Setiap pada kami diberi 10 butir peluru dari setiap senjata untuk menembak pada sasaran. Tembakan AJ? Satu pun tak kena!! Hihihi.

Selepas seharian berada di dalam KLGS, kami dibawa ke majlis Hi-tea di Wisma Indah dan sebagai penghargaan, kami dapat "lucky draw". Yeayyyyy!!!!

Bukan mudah sebenarnya bertugas dilautan ni. AJ yang baru seharian dalam tu pun terasa penat. Inikan pula mereka yang berkhidmat 24 jam, 7 hari seminggu secara rutinnya bagi memastikan keselamatan negara daripada perairan ni. 

TLDM juga merupakan salah satu badan berkanun yang penting dalam institusi keselamatan negara yang tak semua orang nampak. Peluang yang AJ dapat ni memang sangat berharga tau!

Terima kasih kepada warga TLDM atas kesudian menjemput AJ dan rakan media lain merasai sendiri pengalaman dan cabaran berada di lautan dan menyelami tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Semoga terus maju jaya. AJ harap akan ada lagi program TLDM seperti ni pada masa hadapan.



Kalau nak mengetahui info lanjut dan aktiviti TLDM boleh follow laman sosial di bawah :

Website : www.navy.mil.my
Twitter : @tldm_rasmi
Instagram : @tldm_rasmi


Terima kasih!
Sedia Berkorban.

P/s : Rentung wehhhh!


Baca Selanjutnya »