ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kolestrol vs Cinta! Sumpah kelakar. AJ berpeluang tengok filem ni masa Malam Gala filem ni Rabu lepas, memang tak jangka pulak cerita dia buat AJ tak kering gusi dari awal cerita. Filem Kolestrol vs Cinta merupakan filem ke 119 terbitan Metrowealth (MIG) dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Kanal Adli dengan usahasama PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan juga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Kerjasama dengan kedua-dua pihak ni dianggap satu jalinan "win-win" dan sangat membantu MIG merealisasikan filem Kolestrol vs Cinta yang diarahkan oleh pengarah berpengalaman iaitu Eyra Rahman yang sememangnya banyak menghasilkan filem-filem cinta antaranya Aku Terima Nikahnya, Suamiku Jatuh Dari Langit dan Bencinta serta drama yang tengah meletop Mencintaimu Mr Photographer, Si Kolot Suamiku dan Shah & Shah.
Sinopsis Kolestrol vs Cinta
" Krisya (Tiz Zaqyah) seorang pereka fesyen yang berjaya memiliki sebuah butik di Taiping, Perak. Selain memiliki sebuah butik , Krisya juga mempunyai kehidupan yang berjaya, rupa yang cantik, bentuk tubuh yang menarik dan setiap apa yang dilakukannya menjadi perhatian umum.
Krisya seorang yang obses dengan kecantikan. Dia mengamalkan pemakanan yang sihat, yoga dan tidak mengambil apa-apa bahan yang boleh menggemukkan badannya.
Suatu hari, Krisya bertemu dengan Irfan (Kamal Adli) CEO sebuah syarikat minuman mineral yang terkenal di Malaysia. Krisya jatuh cinta buat pertama kali pada Irfan dan mahu memikat hati Irfan. malangnya apabila Krisya mengetahui hakikat bahawa Irfan menyukai perempuan yang gemuk dan sederhana. Demi cinta, Krisya sanggup mengorbankan segala kecantikan dan bentuk tubuh yang menarik demi memikat hati Irfan.
Sejak itu, kehidupan Krisya berubah 360 darjah apabila dia melupakan semua baju-baju yang cantik, kasut tumit tinggi idamannya, make-up dan segala pemakanan yang sihat. Dia melanggar segala prinsip hidupnya demi mendapatkan cinta Irfan.
Pada mulanya, Irfan yakin bahawa dia tidak akan jatuh cinta terhadap Krisya kerana dia sukakan perempuan yang gemuk. Namun, semakin lama dia didekati Krisya, hatinya turut tercuit. "
So korang nak tau macam mana kesudahan kisah cinta Krisya? kenelah tengok filem ni sendiri. AJ boleh kata tak rugi korang menonton filem ni. Banyak sangat adegan dan scene-scene kelakar dalam ni. AJ pun tak sangka Tiz Zaqyah boleh membawakan watak ni dengan baik sekali dibantu oleh Vicha Saywho, Ardell Aryana, Anam Azinani dan Dayang Areeda. Walaupun ada antara watak yang merupakan nama baru, sedikit pun tak nampak macam baru berlakon. Watak diorang memang hidup!
Keseluruhannya jalan cerita filem ni sangat mudah difahami dan terselit pelbagai mesej didalam lawak yang ditampilkan. Korang kene tengok tau! Best sangat cerita dia. Kelakar! Pick-up line bersepah woooo. Boleh guna nak ngorat awek! Hahaahahahhaaa. AJ bagi 5 bintang untuk filem ni.
P/s : Filem Melau semakin berkualiti! Barulah seronok nak ke panggung.