ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Rambut adalah mahkota setiap orang terutama sekali kaum Hawa. kalau rambut serabai, serabut je mulalah mood pun tak berapa cantik. Serius AJ ni kalau rambut tengah bermasalah ataupun " bad hair day " datang, mood kelaut. Keyakinan diri pun terus hilang entah kemana. Perkara ni biasanya bukan terjadi kat AJ sorang je tau, wanita bertudung pun tak terkecuali rasa benda yang sama. Besar tau efek rambut ni dalam kehidupan seharian.
Dulu ingat lagi, masa sekolah kan kalau lepas beraktiviti atau lepas pendidikan jasmani tu masing-asing duk tanya sesama sendiri " Weh.. Ade BAU KEPALA tak? " Kalau kawan korang kate ade bau kepala je, tak keruan jadinya. Bau kepala tu macam bau kepam la. Gila tak kepam? berpeluh lepas tu masa sekolah pulak AJ bertudung.
Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan produk terbaru dari jenama Shurah. Kalau sebut Shurah je AJ terbayangkan produk penjagaan kulit je. Sekarang ni Shurah telah memperkenalkan Syampu Shurah Ariana yang didatangkan dengan 4 pilhan berbeza untuk semua orang terutamanya wanita berhijab. Kenapa ada 4? Haaaaa... Jangan ingat semua syampu tu sama je tau. Dengan Syampu Shurah Ariana korang boleh mengatasi pelbagai masalah rambut dan juga kulit kepala. Kalau tengok syampu ni punya packaging ceria je tau. Berwarna warni lagi!
Syampu Shurah Ariana dirumus khas untuk wanita berhijab dengan bahan-bahan semulajadi untuk membantu mengawal kegatalan,bau yang tidak menyenangkan dan rambut berminyak. Teknologi Malodor dapat mengekalkan bau syampu yang wangi pada rambut walaupun berhijab.
Jom AJ kenalkan korang dengan setiap 1 rangkaian syampu Shurah Ariana.
❀ Syampu Shurah Ariana - Anti Kelemumur (Hijau)
Dirumus khas dengan Octopirox dan Ekstrak Mint (Epal & Mint) untuk mencegah dan mengurangkan kelemumur suapaya rambut menjadi lebih bersih dan segar bermaya.
Yang ni paling AJ suka. Baru-baru ni AJ ade masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Masa AJ alami masalah ni, AJ jadi stress sangat. AJ tak boleh nak pakai baju gelap, sebab nampak keping-keping kelemumur tu kat bahagian bahu baju AJ. AJ jadi malu dan kurang berkeyakinan. Lepas tu rambut AJ jadi gugur teruk. Bila AJ pakai syampu Shurah Ariana - Anti Kelemumur, Alhamdulillah masalah kelemumur AJ jadi berkurangan dari sehari ke sehari. Now, masalah AJ tu dah lesap! Takde lagi tergaru-garu kepala.
❀ Syampu Shurah Ariana - Kawalan Rambut Gugur (Biru)
Dirumus daripadakhas untuk wanita yang menghadapi masalah keguguran rambut. Diperkaya dengan Mikro Protin yang dapat menguatkan dan mengukuhkan struktur rambut sambil mencegah dan keguguran dan kerosakan rambut. Mengandungi minyak Zaitun dan Buah Beri yang memelihara kulit kepala supaya rambut lebih lembut dan berseri.
Ini pun salah 1 rangkaian yang AJ suka selepas anti kelemumur. AJ ni hari-hari kene syampu rambut kalau tak rasa macam tak selesa je, so AJ selang selikan penggunaan syampu ikut keperluan rambut.
❀ Syampu Shurah Ariana - Lembut & Licin (Pink)
Diperkaya dengan Buah Tin dan Buah Delima yang dapat melembab, melembut dan memelihara kulit kepala serta rambut menjadikan rambut lebih licin, lembut serta mempunyai haruman berkekalan sepanjang hari.
Yang ni kan, AJ suka sangat bau dia tau. Lembut je rasa.
❀ Syampu Shurah Ariana - Kawalan Rambut Kering & Rosak (Oren)
Dirumus khas dengan pelbagai vitamin, Minyak Argan dan Jojoba untuk melembap, memulih dan menguatkan rambut. Juga diperkaya dengan Pathenol yang dapat mengurangkan rambut bercabang dan rambut rapuh menjadikan ianya lebih kuat, hitan berkilau dan mudah diuruskan.
Bagi AJ kan, kesemua rangkaian ni best dan ada kelebihan yang tersendiri. Bau setiap 1 produk pun lain-lain. Tapi semua wangi. Nutrisi yang terdapat dalam produk Syampu Shurah Ariana menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Syampu Shurah Ariana ataupun rangkaian Shurah yang lain, layari :
Facebook : Shurah
Instagram : @shurahmalaysia
Korang jugak boleh membuat pembelian secara online melalui : http://www.jetaine.com/shop/
Ataupun korang boleh follow je hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia untuk tengok sendiri pengalaman pengguna produk Shurah yang lain.
Jangan lupa dapatkan keempat-empat rangkaian Syampu Shurah Ariana untuk mahkota korang tau!
Terima kasih Shurah Ariana, AJ seronok sangat sejak gunakan produk ni. Rase yakin dan wangi je rambut ni. Masalah? Tiada lagi. Nak #fliphair pun takde rasa ragu-ragu dah.. Hehehhehehe..
P/s : Pewarna rambut Shurah pun best jugak. 🌝