Raya dengan ALTHEA KOREA!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Wahai kaki mekap sekalian, AJ nak share berita baik yang mesti akan buat korang punya adrenalin mengalir pantas... Korang mesti dah biasa dengar pasal Althea Korea, website untuk K-Beauty lovers kan kan kan? Kat sini macam-macam produk khas diterbangkan dari Korea untuk korang semua... Tak payah susah-susah nak gi Korea beli mekap!

Macam semua orang sedia maklum, setiap kali musim perayaan mesti Althea Korea akan keluarkan kotak comel yang sememangnya limited edition... So, bersempena Hari Raya AIdilfitri yang akan datang  ni, kalau korang beli barangan kosmetik korang akan menerima barang korang dalam Althea's Limited Edition Raya Box! AJ kalau shoping dengan Althea Korea, kotak ni merupakan salah satu bende yang AJ paling suka selain daripada produk dalam tu tau. Sebabnya kotak dia memang berkualiti dan boleh dijadikan tempat simpan aksesori ataupun jadikan hiasan pun boleh! Hihihihihii....



Amacam? Cantik tak kotak dia? Rugi tau kalau korang tak shopping mekap raya dengan Althea Korea ni. Lepas tu AJ ade lagi satu berita happy nak share dengan korang jugak.
Althea ada buat giveaway untuk semua orang! Dengan setiap pembelian, korang berpeluang mendapatkan 1 hadiah percuma daripada 9 produk terpilih daripada festival collection untuk Makeup Raya Look korang nanti... Gila taknak hadiah percuma? Dahlah dapat kotak cantik limited edition, dapat lagi 1 produk secara percuma... Memang Althea Korea nak bagi korang raya sakan ni! Apa tunggu lagi? Nak berseri masa raya nanti, inilah masanya.. Jom shopping mekap raya dengan Althea Korea sekarang!
Kalau lambat nanti terlepas pulak nak dapatkan parcel sebelum raya...



AJ pun nak sambung pilih produk-produk mekap yang AJ suka ni, korang pun pilih jugak tau. Nanti jangan lupa share Raya Makeup Look korang tau. Rambang mata weh! Dahlah Althea Korea memang tawarkan harga yang murah dan berpatutan, paling penting original... Terasa macam nak memborong semua pulak! Untung-untung dapat 2-3 Althea's Limited Edition Raya Box tu nanti... Hihihihihih... Tunggu apa lagi??? SERANNNNNNGGGGGGGGG!!!!!!!!

Website : Althea Korea
Facebook : Althea Korea
Instagram : @altheakorea




Baca Selanjutnya »

Surya Apple Cider Vinegar (ACV) Dengan Madu Asli Untuk Kesihatan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penah dengar pasal Apple Cider Vinegar ataupun cuka epal? Tau tak sebenarnya cuka apple ni banyak khasiat dan manfaat dia untuk kesihatan. Macam AJ sendiri, memang kat rumah gunakan cuka epal untuk diri sendiri dan juga untuk kucing AJ.. Yup, cuka epal ni bukan bermanfaat untuk manusia je, ianya juga bermanfaat untuk kucing peliharaan AJ juga. Baru ni AJ diperkenalkan dengan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) dengan Madu Asli keluaran Surya Malaysia ni, AJ nampak macam cuka epal biasa je. Tapi bila AJ dah cuba sendiri, baru AJ tau yang ACV ni luar biasa penangan dia.. Huhuhuhuh...


Cuka epal yang diperbuat daripada buah epal segar mengandungi vitamin, pectin, pottassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi ini sememangnya terkenal dari zaman tok nenek kita kerana khasiatnya. Mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta carotene yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas berbahaya yang boleh melemahkan sistem imun. Kalau siapa yang ade sistem imun yang lemah kan, AJ sarankan korang amalkan pengambilan cuka epal dalam kehidupan seharian. Bagus tau! Selain tu, ianya boleh membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin. Bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, produk Surya ACV memang disarankan tau. Bahan utamanya, asid asetik boleh membantu membunuh bakteria dan boleh digunakan sebagai bahan pengawet semulajadi.


AJ dah cuba sendiri cuka epal ni memang sedap. Takdelah rasa masam sangat macam cuka epal biasa sebabnya Surya Apple Cider Vinegar ni memang dah dicampur dengan madu asli. Kalau AJ tak makan masa bersahur pun, AJ minum segelas cuka epal Surya ni pun dah cukup tau...
Terasa lebih segar dan bertenaga je sepanjang hari walaupun aktiviti sepanjang puasa ni agakpadat adakalanya.
Lagi satu kan AJ ni memang selalu kurang tidur, bila bangun je rase badan ni lemau semacam. Tapi sejak AJ amalkan Surya ACV, Alhamdulillah, badan tak letih macam selalu. Lepas tu balik keje pun tak terasa penat sangat. Kalau tak balik keje je mesti flat!



Selain boleh diminum, korang boleh gunakan cuka epal ni dalam masakan.. Chef Wan sendiri pun gunakan cuka epal ni menggantikan asam jawa dan gula bila masak ayam masak merah ataupun acar. Kalau chef pun tak meragui cuka epal ni mestilah sedap kan bila dicampur dengan masakan.

Selain tu, Surya Apple Cider Vinegar (ACV) memang bagus untuk kesihatan. AJ tak nafikan AJ ni jenis jarang membuang air. 2-3 hari sekali je AJ membuang. Sistem pencernaan tak berapa efektif gitu. Tapi sekarang ni, senang je nak membuang. Korang pun tau kan, dalam menu detox sendiri pun memang selalu guna cuka epal, sebab ianya membantu sistem pencernaan. Bila sistem pencernaan baik, toksin pun tak terkumpul dalam tubuh badan, jadi senanglah nak maintain kurus..Haaaaa.. Suka tak bila dengar pasal kurus? Hhihihihihi... Disebabkan ianya mengandungi madu asli, kalau korang ada batuk-batuk ataupun sakit tekak kan, Insyaallah bila amalkan pengambilan Surya Apple Cider Vinegar (ACV), masalah korang akan berkurangan dan sekejap je boleh baik.

Paling best ACV dari Surya Malaysia tiada bahan pengawet dan gula tambahan. Ianya juga disahkan HALAL.


Cara pengambilan Surya Apple Cider Vinegar pun mudah :
Campurkan 30ml ACV dengan 180ml air (2 sudu) dan minum selepas makan.

Okay kalau untuk haiwan peliharaan pun boleh guna jugak. AJ selalu campurkan 1 atau 2 sudu cuka epal kedalam minuman kucing AJ.
Fungsinya sama jugak macam kita, untuk meningkatkan sistem imun. Alhamdulillah, kucing AJ pun suka sangat bila minum air yang dicampur cuka epal. Berebut-rebut nak minum. Sebab ada madu asli tu la tu.

Kalau korang  berminat nak dapatkan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) with Natural Honey dari Surya Malaysia, boleh pegi ke outlet Watsons yang berhampiran ataupun farmasi yang terpilih di seluruh Malaysia. Harganya juga berpatutan dan mampu milik, hanya RM 21 sebotol.
Mulai sekarang korang dah kene simpan 1 kat rumah. Banyak kebaikannya tau.
Oh ya, korang juga boleh beli secara online jugak di Lazada dan Shopee

Untuk info yang lebih lanjut :

Facebook : Surya
Instagram : @surya.malaysia

Raya nanti bolehlah jadikan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) with Natural Honey sebagai kordial untuk dihidangkan untuk para tetamu. Benda yang baik haruslah dikongsi bersama kan. AJ sihat, keluarga sihat, kawan-kawan pun sihat barulah bersemangat dan lebih bertenaga nak menziarah dari 1 rumah ke 1 rumah!

P/s : AJ suka masam-masam manis, macam cerita P.Ramlee pulak


Baca Selanjutnya »

Happy Birthday Diri Sendiri!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


6 Jun 1986, 31 tahun yang lepas lahirnya seorang AJ dari benih mak dan abahnya...
Alhamdulillah, dah 31 tahun AJ menjalani kehidupan atas muka bumi ni...
Masih diberikan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat dan serba serbi okay....

Dalam 31 tahun ni. banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian AJ...
Ada yang baik, ada yang kurang baik.. Tu semua lumrah kehidupan kan..

So AJ nak ucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan AJ di hari bersejarah ni...
Call, mesej, media sosial tak putus-putus ingatan dari korang.. Terima kasih....
Paling penting, terima kasih mak dan abah, tanpa kalian takdelah AJ yang arini menginjak usia 31 tahun...


P/s : Rase sebak pulak taip entri ni... Eh!


Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan ala Kampung Sejati di Kuala Lumpur International Hotel 2017


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah 10 hari dah kite berpuasa, kejap je masa berlalu... Ada ke yang dah buntu nak berbuka puasa kat mana selain daripada di rumah?
Kalau korang tak tau nak berbuka kat mana kan, apa kata korang berbuka dengan Buffet Ramadhan ala kampung sejati di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH)...
AJ pasti ramai yang tercari-cari tempat yang menyediakan juadah berbuka ala kampung kan...
Macam AJ sendiri, kalau nak berbuka mesti pilih lauk kampung tau... Dia punya selera lain macam!


Bila sebut pasal masakan kampung sejati, menu yang paling sinonim dan menambat selera mestilah kerabu... Dapat pulak kerabu yang cukup bahan seperti kelapa parut, kerisik, serai, bawang, cili padi dan udang kering yang digaul dengan ulam-ulam segar tu lepas tu pulak perah dengan asam limau....
Perghhhh! Terliur dibuatnya.... Tak lupa jugak sambal yang ringkas tapi pedasnya menambat rasa... Pedas tapi nak lagi gitu! 

Kat mana lagi nak dapatkan kerabu yang pelbagai selain di Toppot Cafe, Kuala Lumpur International Hotel? Macam tahun-tahun sebelum ni KLIH memang terkenal dengan promosi berbuka puasa bertemakan masakan kampung sejati...
Kat sini terdapat 30 aneka jenis kerabu seperti kerabu mangga, sotong, daging salai, jantung pisang, rebung, surimi, pucuk gaus, limau barli, nangka muda, pucuk paku, obor-obor dan banyak lagi...





Juga 15 jenis sambal antaranya dabu-dabu manado, sambal ijo, berembang asam, udang geragau garing dan pedas, udang kering nyonya, lonteh, sambal hitam Pahang, cencaluk, tempoyak, budu dan belacan yang dihidangkan berbeza setiap hari ditambah pula dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar..
Confirm dah tak pandang lauk lain tau!






Selain daripada kerabu dan sambal, ada juga sajian lain dijamu untuk para pengunjung.. Antaranya "live cooking" dan juga hidangan nasi panas dengan pelbagai lauk pauk turut disediakan di KLIH. Ada kari kepala ikan, ketam kari ala bonda, sotong tumis jintan, daging kurma utara, gulai ikan tongkol, gulai nenas ikan masin, ikan kembung, pari panggang balut daun pisang dengan air asam dannnnnnnnn yang paling best siput sedut lemak keledek dengan daging salai masak lemak.... Perghhhh! Bertambahlah terliur bila tengok menu yang dihidangkan...





Kuih muih tradisional pun ada juga sebagai pemanis mulut, pembuka selera....
Cakap je nak kuih apa? Tako, seri muka, kole kacang, kuih lopez, cucur badak semua ada...
Bubur kacang hijau, bubur lambuk, pengat labu, agar-agar dan puding aneka rasa pun ada...
Pendek kata macam-macam hidangan masakan kampung sejati ada kat KLIH ni..






Kalau omputih ada dessert kek, candy semua kan, kita orang kampung ada roti jala cicah kari ayam atau serawa durian, sago gula Melaka, goreng pisang, keledek dan keropok lekor...
Yang ni, kek ape segala tak boleh lawan okay! Hihihihihihi....
Lok-lok telur puyuh, bebola ikan, udang, isi ketam, sotong dan tauhu bersama sos cili dan sos manis pun ada jugak... Lengkap serba serbi hidangan kampung kat sini... Tak lupa air buah bermusim.. Kang takde air tercekik pulak.. Hihihi...







Bila adanya pelbagai masakan kampung sejati, mesti ada orang yang bertanggungjawab dalam penyediaan menu-menu ni kan?
Di Kuala Lumpur International Hotel, sajian buffet Ramadhan ini disediakan oleh Ekskutif Chef, Kasim Man yang berpengalaman selama 36 tahun di dapur hotel dibantu oleh pembantu chef Kamal Ariffin, Azlan, Izwan, Izwani dan Zaharah... Tanpa mereka, tak dapeklah nak meraso lauk kampung ni ha! Timo kasih para chef yo... Sodap hinggo menjilat jari kato orang! Dah cito pasal lauk kampung, toruih kuar loghat kampung den! Penangan air tangan chef ni ha... Hihihihihihihi...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Buffet Ramadhan Kuala Lumpur international Hotel :
Bermula seawal hari pertama Ramadhan sehingga menjelangnya malam Aidilfitri

Waktu : 6.30 petang - 9.30 malam

Harga Buffet Ramadhan :
RM 69.00 (dewasa)
RM 35.00 (kanak-kanak 4-12 tahun)
*harga termasuk 6% GST*

Lokasi :
Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel (KLIH),
Lorong Haji Hussien 2, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang Ramadhan, pihak hotel menyediakan acara moreh secara percuma setiap hari untuk para jemaah yang menunaikan solat terawih di surau KLIH, tazkirah sebelum waktu berbuka puasa dan pengedaran surah Yassin. Kaunter zakat fitrah yang dikendalikan oleh pegawai Pusat Pungutan Zakat juga disediakan beroperasi bermula pada 20-27 Ramadhan di lobi hotel.

Sebagai tanda penghargaan, pihak hotel menyediakan pelbagai insentif dan promosi bagi memeriahkan promosi pada tahun ni.. Nikmati promosi Diskaun Kad Kredit, pakej Bilik Mesyuarat Percuma, pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, pakej penajaan, baucer pra-bayar dan set pakej katering "Take-Away"

Untuk info lebih lanjut tentang promosi yang ditawarkan, boleh berhubung dengan :
Encik Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan dan Pemasaran : 019-3822 100
Atau layari : www.klitel.com.my

P/s : Terliur tengok gambar juadah!

Baca Selanjutnya »

Jom Beli Fesyen Muslimah Terkini dari Calaqisya di Carousell!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini dah 3 Ramadhan 1438H, bermakna tak lama je lagi Syawal pun bakal menjelma....
Pejam celik, tau-tau je dah nak raya kan? Makanya sekarang ni memang ramai yang dah mula membuat persiapan raya dalam kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ni....
Tahun ni, AJ masih lagi beraya bersama keluarga... Tapi macam setiap tahun, AJ la "mastermind" dari segi pemilihan baju, warna dan sebagainya...
Pendek kata, kalau bab-bab baju raya ni semua family AJ serah bulat-bulat kat AJ la..
Jadi bagi memudahkan kerja AJ bab membeli baju raya ni kan, AJ pilih untuk beli secara online je terutamanya fesyen muslimah terkini dari Calaqisya....

Korang penah dengar pasal Carousell tak?
Kalau nak tau, Carousell ni adalah salah satu tempat yang AJ selalu buat pembelian secara dalam talian....
Pendek kata, segalanya dihujung cari je... Klik-klik, tunggu je barang sampai kat tangan korang...
Mana yang belum penah dengar pasal Carousell, meh AJ nak cerita sikit apa yang best kat sini...
AJ dah survey baju-baju kat sini tau, banyak pilihan pakaian muslimah moden Calaqisya yang boleh korang pilih...
Pelbagai design, size dan warna ada... AJ ni sampai rambang mata dibuatnya...
Sampai tak tau nak pilih yang mana, kalau ikut hati semua AJ nak beli!



 Bila AJ duk belek-belek dalam website Carousell, banyak juga design yang menarik kat mata AJ...
AJ sendiri pun memang dah lama berkenan sangat dengan baju-baju Calaqisya, terutamanya fesyen peplum...
Nak pulak memang design-design peplum ni, memang sentiasa "in" dalam dunia fesyen..
AJ pun tak terkecuali, mestilah nak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini...
Kat Carousell korang boleh dapatkan pakaian idaman korang dengan harga yang jauh lebih murah.... Dengan Carousell korang dah boleh berjimat!
Jimat siapa yang tak suke kan? Bak kata orang "Alah membeli, menang memakai"... Haaaa... Gittewwww...



Kalau korang tak gemarkan fesyen peplum, jangan risau..
Kat sini terdapat pelbagai pilihan lain mengikuti citarasa fesyen korang...
Bagi sesiapa yang suka berjubah, banyak juga design menarik yang AJ tengok...
Kalau nak beli untuk Emak, takkan nak beli peplum kan? Mestilah nak jugak cari sepasang dua jubah untuk Emak AJ gayakan di Hari Raya nanti...
Haiii.. Tengok untuk orang lain, tapi dah terasa macam nak beli untuk diri sendiri jugak...
Acaner tu? Memang menarik sangat tawaran dekat Carousell ni tau!




Okay dah tengok dah pilihan-pilihan fesyen muslimah dari Calaqisya yang terdapat kat Carousell?
Mesti korang tertanya-tanya pula selamat ke membeli-belah kat sini? Dapat ke tidak barangnya??
Jawapannya mestilah selamat! Kalau tak, takkanlah AJ berani nak suggest korang shopping kat sini pulak kan....
AJ dah banyak kali berurusan dengan pengiklan dari Carousell tau...
Kalau korang ade berkenan apa-apa barang, korang boleh terus chat je dengan pengiklan barang tu.... Segala yang korang nak tau pasal produk boleh tanya....

Lepas tu yang paling mudah selain membeli melalui website, Carousell ade apps sendiri...
Muat turun je dari telefon pintar korang tu...
Lagi senang, mudah dan pantaslah nak berurusan dengan penjual....
Agak-agak berkenan, buat urusan pembayaran dan tunggu je barang sampai depan pintu....
Mudah kan? Dah jimat masa dan tenaga....

Nak shopping? Layari je website : my.carousell.com

Apa tunggu lagi? Jom membeli belah di Carousell...
AJ nak sambung shopping ni!
Baaaiiiiii!!! 😍😍😍

P/s : Agaknya ade dapat bonus raya tak?

Baca Selanjutnya »