ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pejam celik lebih kurang seminggu lebih je lagi Ramadhan bakal menjengah...
Macam-macam pakej buffet ramadhan mula ditawarkan di restoran mahupun hotel.......
Salah satunya Buffet Ramadhan Streat Thai yang terletak di Jaya One (the school), Petaling Jaya...
Terdapat lebih 60 hidangan Thai yang pasti menambat selera korang...
Streat Thai memang pilihan yang sesuai sangat buat mereka yang menggemari makanan Thai...
Nak pulak seorang AJ yang memang selalu ulang-alik Thailand ni.... Hidangan kat sana tu dah sebati dengan tekak AJ... Hihihi...
Kat Lembah Klang ni agak susah jugak nak dapatkan makanan Thai yang biasanya dijual di jalanan dengan rasa yang sedap.... Kalau ada pun, rasa dia memang tak boleh tandingi rasa asli sesuatu hidangan tu...
Tapi kat sini soal rasa dan keaslian makanan, AJ aku dan tak boleh diragui..
Staff mereka juga kebanyakannya merupakan warga Thailand sendiri....
Sebab tu la Streat Thai mampu kekalkan citarasa Thai di dalam setiap hidangan....
Okay sekarang ni AJ nak ajak korang tengok sendiri keunikan makanan yang terdapat di Streat Thai...
Macam AJ cakap la, terdapat lebih 60 jenis menu yang ditawarkan...
Susah nak buat pilihan nak makan apa... Tapi ini buffet ramadhan tau...
Amacam? Best tak? Mesti korang terliur kan....
So kalau dah terliur apa tunggu lagi... Buatlah tempahan sekarang....
Harga yang ditawarkan oleh Restoran Streat Thai ni bagi AJ sangat berpatutan dengan makanan yang dihidangkan... Murah dan sedap!
Rasanya, Ramadhan nanti memang AJ akan repeat lagi dengan keluarga dan kawan-kawan....
Biar diorang cuba sendiri kelazatan hidangan Thai kat situ..
Tapi kalau korang bukan orang yang tak tahan pedas, memang berasaplah!
habis berpeluh dan merah-merah muka la makan, tapi tak boleh nak berenti makan...
AJ paling suka tom yam dia.. Kaw weh!
Lepas tu daging bakar dia.. Walaweh! Meleleh air liur bile ingat balik rasa dia yang empuk dan juicy tu.... Slurppppp!
Dari segi dekorasi restoran, korang akan rasa betul-betul berada macam nak cari makan kat jalanan...
Kat bawah ni AJ sertakan info mengenai Streat Thai
------------------------------------------------
Harga Buffet Ramadhan Streat Thai
RM 39.90++ : Early Bird (Tempahan 7 hari sebelum)
Normal :
RM 49.90++ (Dewasa)
RM 19.90++ (Kanak-kanak 6 - 12 tahun)
------------------------------------------------
Waktu Buffet Ramadhan :
7 Petang - 9.30 Malam (Setiap hari)
------------------------------------------------
Tempahan :
+603-7476 1297
------------------------------------------------
Alamat :
(Jaya One) 100-G The School,
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya,
46200 Selangor.
------------------------------------------------
Website : www.eatatstreat.com/
Facebook : Streat Thai
Instagram : @streatthai
P/s : Alhamdulillah.....